Cubaan YB Azmin Ali Tunjuk Hero Di Twitter Dibelasah Penduduk Di Kawasan Parlimennya

Menarik sekali membaca ruangan laman sosial Twitter YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, malam ini. Pada mulanya, CTS agak terkesima membaca tweet-tweet beliau seolah-olah beliau adalah seorang Wakil Rakyat yang telah sedaya upaya menyelesaikan permasalahan penduduk di kawasan Parlimennya iaitu di kalangan pembeli-pembeli rumah di Ukay Bistari.

Namun, segala tweet YB Azmin pada malam ini hanyalah retorik semata-mata. Pendapat beliau telah disanggah oleh seorang pegguna Twitter yang kebetulan merupakan pembeli rumah di Ukay Bistari dan merupakan antara Ahli Jawatankusa Persatuan Penduduk Ukay Bistari yang menguruskan permasalahan penduduk di situ. Rupanya, YB Azmin Ali sekadar untuk menumpang nama dan mendapatkan kredit, kononnya beliaulah Wakil Rakyat yang menyelesaikan permasalahan penduduk. Dengan penjelasan yang diberikan oleh Dr Rafick, seorang pesara doktor Angkatan Tentera Malaysia, nyatalah YB P”Gay”R ini hanyalah seorang pembohong!

 

 

Leave a Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Petugas BRIM BN Ampang

image

Leave a Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jadual pengagihan bantuan rakyat 1malaysia BRIM

image

Leave a Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Program kursus memasak dan menjahit tudung PDM Enggang Utara

image

image

image

image

image

Terima kasih juga diucapkan kpd penyelaras DUN Bkt Antarabangsa yg sudi hadir memberikan sokongan kpd program ini.

Leave a Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

“Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim…” Dr Hasan Ali

Di depan kira-kira 200 orang, terdiri daripada sahabat, saudara mara, jiran, pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al Quran yang diasaskannya bersama rakan taulan, juga  wakil media, bekas Naib Presiden PAS Datuk Dr Hasan Ali mendedahkan, pemecatan beliau tidak lain kerana individu bernama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di perkarangan banglo putih yang betul-betul mengadap tangga Masjid Al Gufran Taman Tun Dr Ismail, Dr Hasan Ali menceritakan perkara tersebut dalam satu majlis penjelasan yang katanya dirancang secara mengejut “atas permintaan teman-teman saya,”.

Berbaju Melayu warna kuning cair, beliau didampingi isterinya, anak-anak dan sebahagian besar ahli kariah masjid tersebut yang juga merupakan jirannya selama belasan tahun tinggal di pinggir Taman Tun Dr Ismail itu.

“Saya dipecat kerana Anwar Ibrahim,” kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastrukur dan Kemudahan Awam Selangor itu tanpa berselindung lagi.

Beliau pada petang Ahad dipecat serta-merta oleh PAS Pusat atas tuduhan melakukan perkara yang merugikan PAS tanpa dipanggil membela diri.

Menceritakan perkara di sebalik pemecatannya, beliau berkata, jika ada isu-isu yang berb[I]a[/I]ngkit sebelum ini, semuanya sudah selesai apabila beliau bertemu dengan Muryidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat di Kota Bharu sebelum tahun baru lalu.

“Tok Guru Nik Aziz sudah kata selesai, dia hendak buat kenduri lagi, di JKR 10 (rumah rasmi Nik Aziz) hendak kenduri dan minta ahli-ahli PAS bagi sumbangan untuk kenduri besar-besaran kerana menyambut kemenangan selesainya masalan ini. Habis dah. Tapi di mana timbul saya dipecat, kerana ANWAR IBRAHIM,” katanya dengan penuh bersemangat.

Jelas Dr Hasan, segala komen yang dibuatnya membabitkan isu peribadi ketua pembangkang itu kerana tidak mahu rakyat terjebak dalam permainan politik Anwar.

“Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa KOTOR BETUL, ini yang saya perjuangkan.

“Saya dah ikut dari tahun 1997, satu persatu, saya adalah orang yang belajar sampai PhD, saya tahu sistem[I] research,[/I] saya tahu data, saya tahu memecahkan data, saya tengok data boleh dipercayai atau tidak, saya terdidik dengan itu, jadi saya hendak gunakan ilmu itu untuk melihat apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim…

“Saya tak sanggup saudara-saudara, tak sanggup, betul-betul tak sanggup…”

“Saya tidak sanggup hadir 901, saya antara orang PAS yang tidak sanggup keluar bersama Anwar Ibrahum untuk memberikan  justifikasi mengapa Anwar mesti terus dilonjakkan jadi Perdana Menteri,” katanya.

Sebelumnya, turut berucap sama adalah beberapa orang kuat PAS Selangor, antaranya bekas Setiausaha PAS negeri itu, Norman Taha, bekas Ketua Penerangan PAS Selangor Ustaz Hasan Basri, Presiden ISMA Ustaz Abdullah Zaik, Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali dan paling menarik adalah kehadiran Ahli Parlimen PAS Bachok, Ustaz Nasaruddin Mat Isa.

[IMG]/images/stories/nasharudin400.jpg[/IMG]Sebagai bekas Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin berkata kehadiran beliau bersama keluarganya adalah sebagai menyatakan sokongan peribadi kepada Hasan, yang sentiasa komited memperjuangkan syiar Islam walaupun berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.

“Tindakan pimpinan PAS Pusat memecat Dr Hasan merupakan satu tindakan drastik tanpa memberi peluang kepada beliau untuk memberi penjelasan.

“Saya sebagai anggota Majlis Syura Ulama PAS ingin menyatakan ruang masih ada untuk beliau berkhidmat kepada parti dengan mengemukakan rayuan pemecatan beliau dalam tempoh 30 hari kepada majlis ini,” katanya.

Nasharudin juga berharap tidak timbul polemik di kalangan anggota PAS yang menganggap orang yang menyatakan pendapat dalam media proUMNO ingin menjadi anggota UMNO.

“Saya harap politik kita lebih matang daripada itu, mesej perjuangan kita harus dikukuhkan agar Islam sentiasa berada di hati kita,” katanya.

Laungan takbir berselang seli dengan tepukan, di antara ucapan, ini mudah difahami, kerana PAS di kawasan Taman Tun Dr Ismail dan Bukit Damansara adalah PAS profesional yang pro ulama seperti Dr Hasan Ali sendiri.

Boleh dikatakan PAS di kawasan tersebut adalah PAS ‘kem Hasan Ali’ yang terdiri daripada golongan profesional yang bukan jenis pak turut dan [I]independent.[/I]

Mereka tidak takut menyatakan sokongan kepada siapa yang mereka fikir benar dan wajar.

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali dalam ucapannya, mengatakan beliau menyedari PAS terpesong dari landasannya sejurus selepas menang besar Pakatan Rakyat (PR)  dalam PRU ke 12.

“Saya bertanding atas tiket PAS, tapi lepas saja PRU, saya lihat PAS berkompromi dengan tiga perkara yang saya fikir turut diperjuangankan oleh Dr Hasan hingga dia dipecat, iaitu Islam, Bangsa Melayu dan Institusi diraja,” katanya yang kini merupakan Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas.

Beliau tidak segan silu mengajak Dr Hasan menyertai PERKASA, yang katanya, “saya sanggup bagi jawatan, ambilah Presiden pun tidak mengapa, Dr Hasan ada PhD, saya tidak ada,” katanya berselorah disambut gelak ketawa hadirin.

Ibrahim Ali barangkali bergurau tentang jawatan, tapi dia memang serius tentang semangat ‘soladiriti’ dengan Dr Hasan Ali, menurutnya, “Sebulan dua lagi, saya hendak bawa Dr Hasan ‘pusing’ Malaysia, dia jadi hero baru kita,”.

Dr Hasan yang berucap terakhir, berselorah menjawab Ibrahim yang katanya “Presiden seumur hidup PERKASA, saya tak boleh ganti beliau,” menjadi isyarat jelas tentang masa depan politiknya.

Bagi Dr Hasan, penjelasan malam Ahad itu hanya untuk “teman-teman saya” tentang masa depan politiknya, “ke mana saya dalam PRU akan datang, saya akan terangkan dengan lebih teliti dalam sidang media yang akan diadakan beberapa hari akan datang,”

“15 tahun saya dalam PAS, saya berterima kasih kepada ramai guru yang mengajar saya tentang politik Islam, termasuk yang bawa saya ke dalam dunia politik Allahyarham Datuk Fadzil Noor, Tok Guru Nik Aziz sendiri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ustaz Taib Azamuddin, juga Datuk Dr Harun Din,” katanya.

“Mereka banyak menyedarkan saya untuk terlibat aktif dalam politik Islam,” katanya yang secara tidak langsung membayangkan bahawa NGO bukan pilihan beliau jika terus berpatah arang berkerat rotan dengan PAS.

[IMG]/images/stories/wartawanhasanali400.jpg[/IMG]Hasan dalam ucapan lebih 15 minit itu, berterus-terang tentang Anwar Ibrahim, yang menurut beliau tidak layak menjadi Perdana Menteri kerana mempunyai latar belakang ‘meragukan’ dan berpendapat Abdul Hadi Awang atau Nik Aziz lebih layak memegang jawatan itu.

“Saya orang PAS yang mencadangkan Nik Aziz atau jika faktor usia Nik Aziz tidak mampu, Haji Hadi…

“Ustaz Hadi bersama kita (PAS) sejak lebih 30 tahun dulu, dari saya kecil, pasal dia rekod bagus, moral bagus, DIA TAK SAPU ANAK ORANG, DIA TAK SAPU BINI ORANG….

“Tapi saudara-saudara orang ini, orang ini (Anwar) dia kata dalam penjara pun dia hendak jadi Perdana Menteri… saya tidak mahu komen lebih, dia sahabat saya, satu pengajian dengan saya, tapi… saya dipecat atas dasar itu.

“Dan saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.

“Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, Demi Allah… saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini,” katanya disambut laungan takbir oleh hadirin.

Apakah reaksi keluarga Dr Hasan Ali di atas pemecatannya, ceritanya jujur, “Isteri saya ada gementar sikit, saya yakinkan beliau, saya bangga dengan isteri saya, saya bangga dengan anak-anak saya, anak saya dari Jeddah telefon tadi, tanyakan khabar saya, saya yakinkan mereka semua, isteri, anak-anak teman-teman saya, seluruh hidup saya, saya didikasikan untuk perjuangan Islam, perjuangan bangsa kita dan perjuangan untuk menegakkan institusi raja di bumi Malaysia ini… Insyallah…” katanya mengakhiri ucapan dengan laungan takbir yang lebih gemuruh.

Jika 15 tahun dulu, Dr Hasan pernah diusung PAS untuk ‘memaku’ semangat ahli-ahlinya, kita tunggu selepas ini, apakah kesan pemecatan Dr Hasan ini akan mengugat semangat ahli-ahli PAS di akar umbi. Sebagai ‘tukang paku’ , sekurang-kurangnya, Dr Hasan tahu, paku mana yang hendak cabut dulu. Terutamanya bagi yang waras, terutamanya yang berfikir ‘PAS beyond Anwar”-9/1/2012 agendadaily

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saya tetap jadi PM walaupun dipenjara – Anwar

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini.

Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang ‘Perdana Menteri sementara’ jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.

Malah, beliau juga tidak menjangka dipenjarakan begitu lama walaupun hukuman bagi dakwaan mengikut Seksyen 377 (B) Kanun Keseksaan itu memperuntukkan pemenjaraan sehingga 20 tahun.

”Kita ada bincang perkara ini dengan pemimpin pakatan (sekiranya dipenjarakan). Tapi adakah itu masalah sebenar? Tidak. Sebab jika kita menang, akan ada seorang PM sementara.

“Tentulah saya mahu sebaik kita menang, saya tidak akan dipenjara untuk begitu lama,” katanya dalam wawancara tersebut.

Beliau mengambil contoh tindakan yang dilakukan Parti AK di Turki, apabila parti tersebut memenangi pilihan raya pada 2002 ketika pemimpin parti mereka, Recep Tayyip Erdogan dipenjarakan.

Pada masa itu jawatan Perdana Menteri sementara disandang oleh Abdullah Gul dan beliau berjaya melaksanakan pindaan undang-undang untuk membenarkan Erdogan kembali menyertai politik dan mengambil alih jawatan sebagai perdana menteri.

Sementara itu ketika menyampaikan ceramah di Machang, malam tadi, Anwar melahirkan keyakinan akan dibebaskan daripada penjara jika pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan baru pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Sehubungan itu, Ketua Pembangkang tersebut mahu jentera pakatan rakyat bergerak habis-habisan bagi memastikan mereka memenangi setiap kerusi yang ditandingi supaya dapat membentuk kerajaan dan seterusnya membebaskan beliau daripada penjara.

Dakwa beliau, tuduhan liwat yang dikenakan ke atasnya adalah tuduhan politik dan ia boleh diselesaikan melalui tindakan politik oleh pakatan pembangkang selepas mereka berjaya membentuk kerajaan.

“Hukuman kita pun politik, jadi dalam pilihan raya pastikan setiap kerusi yang dipertandingkan di Kelantan dan kawasan-kawasan yang kita bertanding baik Pas, PKR mahu pun DAP, kita pastikan kita menang,” katanya.

Menurut Anwar, beliau percaya dengan kesetiaan rakan-rakan dalam pakatan pembangkang terhadapnya.

Sehubungan itu katanya, kemenangan pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang adalah lebih utama berbanding keputusan kes liwatnya.

 

– sungguh gila manusia sorang ni…gila kuasa dan pangkat…masih idam nk jadi PM

Leave a Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Al-kisah Saiful Bukhari, Anwar, Azlan dan Raja Petra

Saiful Bukhari Azlan tidak gelabah menantikan detik-detik 9 Januari 2012 ini. Tarikh itu sebenarnya dipopularkan oleh propagandis Anwar Ibrahim dengan panggilan 901, lebih kurang sama seperti hari keruntuhan Pusat Dagangan Dunia New York di Amerika Syarikat iaitu pada 911.

Saiful, 27, menjalani kehidupannya seperti orang muda yang lain. Beliau tenang. Beliau keluar berjumpa orang. Beliau tidak gelabah. Beliau bukan pemarah. Beliau kini menyerahkan kepada Allah Taala sebarang keputusan yang akan didengarinya pada pagi Isnin depan, 901.

Beliau sudah bersumpah laknat di masjid. Pendek kata beliau tiada apa-apa lagi tekanan. Beliau akan terus berdoa, beristiqamah dan bersabar. Sebagai mangsa, beliau menyerah kepada qada dan qadar Allah SWT.

Sebaliknya bagi Anwar bin Ibrahim, 901 yang akan dihadapinya itu bukanlah kali pertama, tapi sudah kali kedua. Pertuduhan kali kedua yang dihadapinya juga membabitkan kes liwat, sama seperti pertuduhan kali pertamanya membabitkan bekas pemandu isterinya.

Bagi masyarakat Barat, kes liwat ini bukanlah satu jenayah. Ia bukan sesuatu yang menjelekkan. Ia juga bukan suatu taboo atau sesuatu yang orang mahu sembunyikan.

Di Barat, liwat-meliwat atau kehidupan gay adalah sebahagian daripada cara hidup. Lelaki boleh bernikah dengan lelaki. Mereka boleh menjalinkan hubungan seks sama jenis.

Mungkin kerana itulah para propagandis Anwar mahu menjadikan hari 901 itu sebagai Rakyat Hakim Negara. Mereka mahu menjadikan undang-undang di tangan mereka.

Tapi di Malaysia, undang-undang tidak membenarkan liwat. Jika ada kes, ia harus dibicarakan. Biar mahkamah yang menentukan salah atau tidak. Agama Islam lebih-lebih lagi tidak membenarkan langsung amalan liwat. Anak-anak kita diajar mengenai kisah Nabi Lut a.s. sejak dari kecil lagi.

Gay atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul ‘ilmi ‘ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348].

Sabda Rasulullah SAW: “Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut” (Hadis riwayat Ahmad).

Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para sahabat Nabi Muhammad SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’.

Sabda Rasulullah SAW: “Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah kedua-duanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa”i].

Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini.

Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu.

Menurut Umar bin Al-Khattab r.a dan Usman bin Affan r.a, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati.

Meskipun para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati. [Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].

Begitu seriusnya kes liwat ini. Oleh sebab itulah Islam melarang perbuatan itu. Banyak kemudaratan daripada amalan gay dan liwat ini. Ia boleh menghancurkan manusia sebagaimana yang berlaku di zaman kaum Nabi Lut a.s. Tidak mustahil ia boleh berlaku lagi sekarang.

Berbalik kepada Saiful dan Anwar, Anwar nampaknya begitu gelabah. Kita tidak pasti mengapa beliau gelabah. Apakah Anwar terlalu merasakan dirinya bersalah?

Apa yang kita tahu, para propagandisnya sedang rancak merangka rancangan siang dan malam untuk memastikan kempen Bebaskan Anwar 901 dilaksanakan. Anwar mahu mengembalikan zaman reformasi. Mereka mahu berhimpun dan membuat bising.

Bagi Saiful pula sebaliknya. Apa yang dihadapinya itu ialah masalah peribadi. Bukan soal politik. Anwar pula sebaliknya mahu menjadikannya sebagai isu politik.

Anwar mendakwa dia difitnah oleh kepimpinan Perdana Menteri Najib Razak. Tapi apa kena mengena Najib dengan Anwar? Kes liwat dengan Saiful ini bermula semasa zaman Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Pada zaman Abdullah juga Anwar dibebaskan.

Jadi siapa fitnah siapa? Nampaknya Anwar dan pengikut-pengikutnya sudah keliru.

Bapa Saiful, Azlan memberitahu saya, keluarganya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan keputusannya. Rakyat boleh menilai siapa benar, siapa salah.

“Jika anak saya salah, kami reda. Saya berdoa kes ini berjalan lancar tanpa ada huru-hara. Bukan saya tidak mengenali Anwar secara peribadi.

“Malah saya pernah menjadi penyokong tegar Anwar semasa zaman reformasi dulu. Perhimpunan reformasi di Masjid Negara dulu saya adalah salah seorang daripada ribuan penyokong Anwar Ibrahim.”

“Malah saya juga pernah berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar kerana mengambil anak saya sebagai pegawai khasnya. Dan Datuk Seri menjawab dengan suara bergurau, jangan risau kalau dia (Saiful) nakal saya pukul dia…” kata Azlan kepada saya semalam.

Jika bapa Saiful, Azlan pernah menjadi pengikut tegar Anwar, begitu juga dengan Raja Petra Kamarudin, atau dikenali sebagai RPK.

RPK juga pastinya bersama-sama dengan bapa Saiful, Azlan berada di Masjid Negara semasa zaman reformasi dulu.

Kini, bersama-sama dengan bekas-bekas pemimpin PKR – termasuk dengan bekas-bekas setiausaha sulit Anwar – semua mereka telah lari meninggalkan Anwar. Mengapa? Sebabnya, mereka tahu siapa itu Anwar.

RPK dalam reaksinya kepada New Straits Times semalam, hasil wawancaranya yang disiarkan oleh akhbar Ahad lepas, berkata: “Bukan semua boleh menerima kenyataan.”

“Sudah tentu, saya menjangka akan dihentam. Mereka hanya mahu saya bercakap apa yang baik untuk telinga mereka saja, walaupun benda itu tidak betul,” katanya ketika mengulas asakan yang diterima daripada penyokong Anwar ekoran wawancara Ahad lepas.

Akhir sekali, Anwar kena percaya kepada takdir qada dan qadar Allah SWT. Beliau mungkin menganggap dirinya hebat. Beliau mungkin boleh bercakap mengenai ketamadunan, peradaban, pemikiran, ilmu dan intelektualisme manusia.

Beliau mungkin the custodian of knowledge atau pun the Renaissance Man seperti Leonardo da Vinci. Tapi sedarlah, orang yang bijak pun boleh jatuh. Personaliti mereka juga boleh runtuh.

Kejatuhan mereka hanyalah kerana beberapa kesalahan kecil. Begitu juga Anwar. — Utusan Malaysia

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia… Afdlin, Harun sertai perjuangan UMNO

“Saya berasal dari keluarga yang susah. Tetapi sistem yang dibentuk oleh kerajaan memberi saya peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil bidang arkitek walaupun akhirnya saya menceburi industri seni.,” itulah luahan pengarah filem terkenal Afdlin Shauki ketika mengulas mengenai penyertaan beliau ke dalam UMNO di PWTC pada petang Selasa.

“Saya memang selama ini menyokong kerajaan dan percaya kepada perjuangan UMNO walaupun tidak menyertainya. Tetapi apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat transformasi, saya lihat dia nampak serius dan jujur,” kata Afdlin.

Lebih menarik lagi apabila Afdlin bukan masuk seorang sebaliknya bersama Presiden Seniman Harun Salim Bahcik, kedua-duanya merupakan nama besar dalam industri hiburan negara memilih untuk sama-sama menyertai tranformasi politik negara yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Baru bergelar naib juara Maharaja Lawak Mega, pasangan kumpulan Boboi ini hadir ke ibu pejabat UMNO di PWTC untuk menyerahkan borang kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusof di Ibu pejabat parti.

Awal-awal lagi Afdlin dan Harun telah mengingatkan peminat supaya tidak menyalahertikan tindakan mereka dan memusing cerita.

“Saya berharap perkara ini tidak akan dipolitikkan kerana kami ikhlas. Apa yang kami lakukan adalah atas kesedaran dan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia. Sekiranya ada yang nak buat cerita bahawa kami masuk UMNO kerana mahu cari rezeki lebih, itu salah sama sekali kerana rezeki adalah ketentuan Allah,” kata Harun pula.

Ditanya mengapakah baharu sekarang mahu sertai UMNO, Afdlin secara berseloroh berkata, “Macam orang cakap, hidup bermula pada usia 40.”

“Umur saya genap 40 pada tahun lalu. Pada usia begini, kita mula memikirkan banyak perkara dan akan bertanya pada diri sendiri apa yang penting dalam kehidupan kita. Pada usia begini kita sedar ada perkara yang memang sudah tersurat dan ada perkara yang masih boleh diperbetulkan

“Secara peribadi, saya menyertai UMNO tahun ini kerana pilihanraya dah dekat dan saya percaya dengan apa yang diusahakan oleh kerajaan sekarang untuk membuat perubahan kepada negara ini. Saya percaya dengan apa yang dilakukan oleh Perdana Menteri.

“Sekiranya penyertaan saya dalam UMNO dapat membantu kerajaan melakukan transformasi, ia adalah satu penghormatan bagi saya,” kata Afdlin.

Afdlin dan Harun akan menjadi ahli UMNO Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang.

Menurut Afdlin sistem yang dibentuk oleh kerajaan telah membantu mempertingkatkan taraf kehidupannya.

“Saya berasal dari keluarga yang susah. Tetapi sistem yang dibentuk oleh kerajaan memberi saya peluang melanjutkan pelajaran ke universiti dan mengambil bidang arkitek walaupun akhirnya saya menceburi industri seni.

“Saya percaya sekiranya seseorang tidak mensesiakan peluang yang ada, dia boleh berjaya. Oleh itu saya tidak faham mengapa ada golongan yang merungut mereka tidak ada peluang. Padahal peluang itu sentiasa ada depan mata. Sekiranya saya boleh mengubah hidup saya daripada susah kepada berjaya, sesiapa pun boleh lakukannya,” tambah Afdlin.

Harun, yang juga presiden Seniman, berkata, dia memang menyokong kerajaan sejak dahulu lagi.

“Selama ini saya cari makan pun dengan kerajaan. Tetapi saya tak pernah dipelawa secara rasmi untuk menyertai sebarang parti. Jadi apabila dipelawa, saya kata, mengapa tidak?

“Saya harap penyertaan kami dalam UMNO dapat membantu rakan-rakan seperjuangan dalam industri ini. Saya juga berharap dapat membantu golongan remaja yang mungkin terlepas pandang atau tidak mendapat maklumat yang betul sehingga mereka salah laku,” katanya.

[IMG]/images/stories/boboilead513.jpg[/IMG]Sebelum Harun, naib presiden Seniman, Zed Zaidi telah menyertai UMNO tahun lalu. Bagaimanapun Harun berkata keputusannya menyertai UMNO adalah atas dasar peribadi dan bukan sebagai presiden Seniman.

Bagaimanapun dia akan berusaha mempelawa ahli-ahli Seniman untuk menyertai UMNO. “Tetapi saya tidak akan paksa. Ia terpulang kepada keinginan masing-masing,” katanya.

Ditanya sama ada dia mempunyai cita-cita untuk berkecimpung dalam politik secara serius, Afdlin tidak menafikan.

“Ya, saya ada. Saya akan bekerja keras untuk cuba mendapat tempat supaya saya dapat membantu orang, terutama sekali golongan yang terbabit dalam industri seni.”

Afdlin berkata dia juga tidak takut kehilangan peminat.

“Saya tetap orang Malaysia, sama seperti mereka. Cuma bezanya sekarang saya ada pegangan dalam apa yang saya percaya di segi politik.

“Saya berkawan dengan semua orang tak kira dari parti manapun. Malah, saya ramai kawan dari parti pembangkang. Tak jadi masalah. Harapan saya ialah saya tidak menjadi masalah kepada orang lain. Kalau ada, mereka terpaksa terimalah keputusan yang saya buat ini.”

Tahun lalu, beberapa artis telahpun berbuat demikian. Antara mereka Datuk AC Mizal, Jamal Abdillah, Awie, Zed Zaidi, Rashdan Baba, Ezani Nizarif, Haris Kool, Adam AF dan ramai lagi.

Sementara itu, Ab Rauf berkata golongan artis yang menyertai parti Umno telah menjadi ikon dan membawa pengaruh mereka kepada peminat di luar sana untuk turut serta menyokong UMNO.

Kini terdapat 40 orang ahli Umno Cawangan Dataran Merdeka dalam Bahagian Bukit Bintang yang terdiri daripada kalangan artis, antaranya Tan Sri Jins Shamsudin dan Jamal Abdillah.– 3/1/2012. agendadaily

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Wawancara Bersama Raja Petra Kamaruddin

MINGGUAN: Boleh ceritakan sedikit tentang Penggerak Gagasan Kebebasan Awam (MCLM)?

Raja Petra: Semasa kami wujudkan MCLM, ia diketuai oleh Datuk Zaid Ibrahim, Marina Mahathir, Malik Imtiaz, Ivy Joseph – aktivis sosial. Ia sebagai satu pergerakan bukan politik yang bertujuan untuk memperkenalkan Civil Liberties Society. Ia amat kontroversi termasuk perkara berkaitan agama, kebebasan seksualiti dan diskriminasi masyarakat. Ia bertentangan dengan nilai-nilai agama, Islam dan juga Kristian tetapi kami tekankan supaya ia diasingkan daripada agama. Kalau mahu memberi fokus kepada politik dan agama, sudah tentu banyak perkara dalam kebebasan awam tidak boleh dilayan.

Kami mahu bertindak sebagai gelombang ketiga. Tetapi persepsi terhadap gelombang ketiga dianggap ingin mewujudkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya. Jadi, MCLM dilihat sebagai ingin menggugat peluang pembangkang untuk menubuhkan kerajaan. Kalau itu pun perjuangan kami, apa yang ingin kami lakukan. Jadi apa masalahnya? Adakah kerusi itu milik BN? Apabila Parlimen dibubarkan, sesiapa sahaja boleh bertanding asalkan dia layak. Pakatan bantah. Jika kami ingin bertanding, kami kena sertai parti mereka. Kami tak berminat untuk bertanding dan tak minat untuk sertai parti anda!

Okey, anda ingin bahagikan kek kepada dua. BN dan Pakatan, anda tak nak ada pihak ketiga terlibat. Tetapi tengok kualiti calon. Adakah anda menyediakan calon yang baik? MCLM boleh mainkan peranan kecil dan kini memberi fokus kepada program pendidikan kepada orang lain, seperti kumpulan pendesak. Apa yang kami beritahu pengundi ialah pilih calon dan lupakan tentang parti.

Sudah tentu pembangkang tidak suka dan saya juga yakin BN juga tidak suka. Kalau begitu, kami tidak akan sokong parti. Pada 2008, pengundi berdasarkan Asal Bukan UMNO (ABU). Mereka tak kisah sama ada monyet atau keldai. Apa yang mereka tahu bukan UMNO.

Pada pilihan raya akan datang, kami beritahu Anwar, keadaan itu tidak akan berlaku lagi. Tak ada ABU lagi. Ia menjurus kepada siapa yang bertanding. Kalau tidak suka calon, saya tak kisah dia daripada parti mana pun. BN menerima perkara ini dan mereka tahu. Kalau letak salah calon, anda akan karam. Tetapi Pakatan masih berfikiran begitu, selagi calon daripada Pas, DAP atau PKR, rakyat akan tutup mata dan pangkah mereka.

Saya rasa semua gerakan kebebasan awam bukan sahaja MCLM perlu diasingkan dan bersedia untuk kedua-dua pihak berhubung (engage). Kita tidak boleh emosi atau sentimental berkenaan parti politik. Ia hanya landasan dan kita perlukan landasan itu. Parti politik yang menawarkan perubahan, kita akan bantu mereka. Jika rakyat nak katakan kita pro pembangkang atau anti kerajaan, saya nak katakan, kita bukan macam itu. Bukan pro pembangkang atau anti kerajaan. Kita sebagai penyokong perubahan dan anti-bad governance.

Kalau saya tak sokong Anwar, sepatutnya saya sokong Najib. Tidak. Ia tidak begitu. Falsafah seperti itu yang perlu kita pecahkan kerana kita perlu asingkan pembangkang daripada Anwar. Saya boleh sokong pembangkang tanpa menyokong Anwar. Ia bukan satu dosa dan bukan jenayah pun kalau saya tak sokong Anwar.

Mereka akan kembali sokong kerajaan

Sejauh mana Najib akan mampu melakukan reformasinya. Saya tak tahu. Adakah perubahan ini akan berjaya. Saya juga tak tahu dan hanya masa boleh menentukannya. Najib dilihat bercakap perkara yang tepat. Sebelum ini pada 1999, 2004 mereka mengundi kerajaan tetapi pada 2008 mereka undi pembangkang.

Saya beritahu anda, pada pilihan raya akan datang, mereka akan kembali menyokong kerajaan. Sekarang saya bercakap dengan pengundi pada 2008 yang mengikut pembangkang. Mereka beritahu, pada pilihan raya akan datang mereka tidak akan lagi mengundi pembangkang kerana mereka tidak puas hati, kecewa dan tidak yakin dengan pembangkang. Perkara ini yang berlaku. Kenapa saya harus risau dengan keadaan ini? Pembangkang yang harus risau dengan keadaan ini. Kenapa pembangkang begitu yakin untuk menubuhkan kerajaan? Hanya kerana ABU, kerana tak mahu UMNO?

Anda nak beritahu saya nak tubuh kerajaan atas dasar default (kegagalan). Sekali kerana orang benci UMNO, anda berkuasa? Jangan lupa pada 1999, anda gunakan strategi sama , asal benci Mahathir, ketika itu Barisan Alternatif. Tetapi apa yang berlaku pada 2004. Asal benci Mahathir, apa akan jadi apabila Mahathir bersara dan serah kuasa kepada Pak Lah.

Pada seminar di Melaka, kami bagi tahu bahawa jika anda guna strategi sama, ia tak akan berjaya. Pada 2003, Mahathir serah kuasa kepada Pak Lah dan enam bulan kemudian pilihan raya 2004. Keputusannya pembangkang kalah teruk. Prestasi paling teruk dialami pembangkang. Sejarah itu telah membuktikan. Sekarang kami beritahu lagi perkara sama.

Asal benci UMNO, Asal bukan UMNO… kalau masih guna strategi sama, apa terjadi kalau rakyat tidak lagi membenci UMNO? Kita tidak boleh menjalin hubungan dengan rakyat berdasarkan kebencian. Perkahwinan berdasarkan kebencian tidak akan kekal lama. Asas kepada perkahwinan yang kekal dan berpanjangan adalah berasaskan cinta. Kalau pengundi tak cinta kepada kamu dan kalau mereka bersama kerana benci pihak yang satu lagi dan apabila perasaan benci mereka sudah tiada, tiada ada apa-apa lagi untuk kamu. Itu sahaja. Ia asas yang rapuh. Pembangkang tidak mahu mendengar.

Di Pulau Pinang mereka berbalah, DAP lawan DAP, di Perak DAP lawan DAP, di Selangor PKR lawan PKR, Pas lawan Pas. Di Johor PKR lawan DAP, mereka bukan berlawan dengan BN tetapi berlawan sesama sendiri. Anda rasa pengundi akan suka dan cinta kepada kamu. Malah pengundi beritahu saya bahawa mereka akan kembali kepada BN dan lupakan Pakatan.

Ahli perniagaan Cina di Selangor, mereka datang kepada saya. Mereka membincangkannya dan kata mereka : “Awak tahu Pet, kami masih kena bayar. Sebelum ini juga kami kena bayar di bawah meja semasa pentadbiran lalu, sekarang pun kami masih kena bayar. Jadi apa bezanya?

Kata mereka kepada saya: “Dulu awak yang suruh kami sokong pembangkang sedangkan sebelum ini kami sokong MCA dan BN. Sekarang saya kena bayaran RM2 juta.” Mana saya hendak letak muka. Saya beritahu dia, saya tak tahu apa nak kata. Katanya lagi, pilihan raya akan datang, saya tak akan lagi undi Pakatan.

Semua kata mereka ini benar dan mereka ingin beri saya buktinya. Saya tanya mereka, apa yang mereka hendak saya lakukan? Mereka beri saya bukti itu dan saya siarkan di dalam Malaysia Today. Orang akan kata saya Trojan Horse. Orang akan kata saya sudah kena beli.

Saya beritahu mereka, saya boleh kritik Najib dan Rosmah Mansor (Datin Seri). Begitu juga dengan mengkritik Anwar, adakah ia satu jenayah? Jika dia pemimpin, maka dia tidak terlepas daripada kritikan. Kenapa ada sacred cows (lembu suci). Kini dah tiba ke tahap saya tak tahu lagi nak kata apa-apa. Tak tahu nak cakap dengan siapa. Kita tak boleh cakap dengan kerajaan. Kerajaan tak mahu bercakap dengan kita.

Arab Spring tak akan berlaku di Malaysia

Mungkinkah Arab Spring boleh menjadi Gelombang Malaysia?

Raja Petra: Kita selalu dengar tentang evolusi dan revolusi. Dalam negara tertentu perubahan evolusi perlu diketepikan demi revolusi. Kita harus bersikap praktikal. Pendapat saya, perubahan revolusi tak akan berlaku kerana delicate racial balance. Kita boleh bercakap tentang ini di Mesir kerana di sana semua mereka adalah orang Mesir. Setiap orang di jalanan adalah orang Mesir. Di Malaysia bukan semua orang di jalanan adalah orang Melayu. Keadaan ini lebih delicate.

Jadi saya kira negara yang tidak berbilang kaum adalah lebih mudah untuk kita capai perubahan yang lebih militan. Tapi jika anda bercakap tentang evolusi, selepas pasca revolusi, saya tahu ramai yang bercakap dengan saya bahawa mereka takut berlaku huru-hara. Mereka takut pertumpahan darah.

Mereka tidak mahu perubahan seperti ‘Tahrir Square’. Mereka nyatakan dengan jelas. Tetapi jika kita hendak bermula dengan perubahan evolusi seperti kata anda tadi, perubahan kecil, maka saya rasa inilah masanya.

Ia tak akan berlaku melainkan masyarakat yang mulakan. Ia tak akan berlaku jika ahli politik ingin melakukannya. Tunjukkan saya satu revolusi yang dimulai oleh ahli politik. Tak ada. Sejarah revolusi semuanya dimulakan oleh rakyat. Ahli politik hanya rampas revolusi ini. Saya tahu kerana saya mengikuti kursus age of revolution, di Oxford. Daripada revolusi Perancis sehingga ke Perang Dunia Pertama. Revolusi itu dicetuskan oleh rakyat dan kebanyakan revolusi ini dimulakan sebab rakyat kelaparan.

Leon Trotsky dan Vladimir Ilyich Lenin tiada di dalam negara, mereka dalam buangan seperti saya di Manchester. Apabila askar tak dibayar gaji, mereka marah dan keluar memulakan revolusi. Trotsky dan Lenin kembali dan jadi pemimpin revolusi di negara mereka. Kalau Anwar terfikir untuk mulakan satu revolusi tanpa kami, masyarakat madani, mari kita lihat sejauh mana usahanya. Ia tak akan berlaku.

Transformasi kerajaan

Najib serius mahukan perubahan, maka Najib perlu grab the bull by the horns . Dr. Mohamad Khir Toyo sudah pun disabitkan kesalahan. Selepas ini kita nak tahu sama ada dia akan dijel atau tidak. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi kepada pemimpin BN yang lain. Tapi jika Najib berharap untuk mencapainya dari segi cosmetic window dressing sahaja, maka rakyat tidak akan mudah menerimanya.

Anda kena faham lebih 60 peratus rakyat Malaysia melayari Internet. Sekarang kanak-kanak sembilan, 10 tahun sudah ada Facebook. Mereka menggunakan Blackberry, IPhone. Mereka jauh lebih pintar daripada zaman kita dahulu.

Bagaimana hendak menipu generasi ini? Mereka well informed. Bagaimana kita hendak memperbodohkan generasi ini hanya dengan perubahan kosmetik. Tidak, perubahan ini semua kena nyata dan drastik. Soalnya sekarang, adakah Najib berikan kita perubahan itu? Berapa cepat dan setakat mana? Anda tahu hal-hal kecil tadi tidak akan berjaya. Rakyat semakin tidak sabar dan masih ramai lagi rakyat yang bersedia untuk mengundi pembangkang sebab mereka tiada keyakinan bahawa BN akan berubah.

Jika anda mahu rakyat undi BN, tak perlu cakap tentangnya tapi anda perlu lakukan dan tunjukkan. Ada satu kumpulan yang akan mengundi pembangkang, tanpa mengira apa yang anda cakap atau lakukan.

Senario Pilihan Raya Umum ke-13

Bagaimana senario pilihan raya umum akan datang, mungkinkah BN akan kembali berkuasa?

Raja Petra: Maksud anda pada pilihan raya akan datang akan dikuasai kembali oleh BN. Tidak. Saya rasa BN akan berubah. Tapi kami dah bosan dengan Pakatan. Jadi kami tidak akan undi. Jangan terkejut kerana jumlahnya besar.

Jumlah pengundi berdaftar meningkat tetapi jumlah pengundi yang akan mengundi tak meningkat. Mereka tidak ada keyakinan terhadap kedua-dua belah pihak. Soalnya sekarang, bagaimana anda nak yakinkan mereka untuk datang mengundi. Jangan duduk di rumah, undilah saya!

Mari kita lihat bagaimana kedua-dua pihak akan menghadapi situasi ini. Biar saya yakinkan anda bahawa ini bukan kumpulan yang kecil. Agak besar untuk tentukan siapa yang dapat tampuk kerajaan sebab pilihan raya kali ini tak lagi 60-40 atau 70-30.

Kita harap MCLM dapat mempengaruhi kumpulan ini. Bukan kita nak jadi king maker tapi kita nak beritahu pengundi bahawa mereka boleh mengundi tapi inilah kriteria kerajaan yang sepatutnya. Jika seseorang itu boleh mengundi kriteria ini, saya tak kira parti mana yang anda undi.

Anda nak undi Pakatan, undilah Pakatan. Kalau anda nak undi BN, undilah BN. Pastikan orangnya, bukan partinya. Anda undi orang yang menjanjikan sesuatu dan mampu menunaikannya. Janji, sesiapa pun boleh buat semasa pilihan raya, tetapi bolehkah ia ditunaikan?

MCLM tidak akan bertanding?

Raja Petra: Tidak. Kami tidak pernah bercadang untuk bertanding sejak dari awal penubuhannya lagi. Tapi kami pernah dituduh oleh pembangkang bahawa kami mahu jadi pengacau. Ia nampak tuduhan yang tidak berasas. Kami tak pernah kata nak bertanding dan tak pernah kata kami parti politik dan dituduh kacau daun.

Sekarang banyak pihak yang menentang MCLM. Mereka anggap MCLM sebagai Trojan Horse, sebagai ejen BN dan ini membuat saya marah. Ini tak adil. Kami bukan begitu.

Maknanya, tak ada Gelombang Ketiga?

Raja Petra: Anda akan terkejut. Ada banyak pihak yang menjadi Gelombang Ketiga nanti …Amanah, United Borneo Alliance, Hindraf dan begitu juga Bersih. Tapi masalah Bersih pro Pakatan. Kami memang tak suka hal ini, Mereka mestilah non-Pakatan. Ini sedikit mengecewakan kami. Ia seperti serving agenda Pakatan, agenda Anwar. Kami tak mahu itu. Bersih mesti atas daripada itu. Bukan sebahagian daripada politik.

Bagaimana perubahan dalam sistem kerajaan boleh berlaku, adakah ia bermakna rule of law ketelusan dan akauntabiliti adalah sebahagian daripadanya?

Raja Petra: Itu asasnya. Rule of law, not rule by law, akauntabiliti, ketelusan, kebebasan dan kehakiman. Ada beberapa perkara yang kami tidak suka tapi ia ada dalam perlembagaan. Kami bukan nak cipta semula wheel (roda). Cuma kami kata wheel kena berputar. Bagaimana kedua-dua wheel tadi boleh bergerak. Kita bercakap tentang empat cabang kerajaan dan kita bertuah kerana bukan ada tiga tetapi kita ada empat cabang. Kita ada legislatif, kehakiman dan eksekutif – Perdana Menteri yang mentadbir negara dan kita juga ada sistem beraja untuk periksa dan imbang.

Kita tidak perlu cipta semula sistem itu. Sistem itu sudah wujud. Kita cakap tentang pelaksanaannya. DEB sebagai contoh. Apa yang tak kena dengan DEB. DEB bertujuan untuk mengurangkan jurang antara yang ‘ada’ dengan yang ‘tak ada’. Juga mengurangkan jurang supaya kaum yang kurang akan meningkat. Tiada yang salah, tapi pelaksanaannya. Apabila DEB dijalankan dengan salah, jadi rakyat bantah DEB tetapi kita tak perlu bantah DEB sebenarnya.

Kita tak nak Anwarista

Keputusan kes Liwat Anwar akan dibuat pada 9 Januari ini. Komen anda?

Raja Petra: Kita ada bigger fish to fry. Agenda untuk perubahan perjuangan bukan sebagai personaliti. Sekarang kita patut kurangkan perjuangan untuk Anwar. Walaupun Mandela dipenjarakan selama 27 tahun, tak ada kempen pembebasan untuknya. Walaupun ada Kumpulan Free Mandela, tetapi ia merupakan kempen untuk menamatkan Apartheid, bukan untuk bebaskan Mandela. Mandela hanyalah pencetusnya (catalyst). Saya pasti Mandela adalah figura yang jauh lebih besar berbanding Anwar terutamanya dalam kepentingan sejarah.

Jadi ini tentang Apartheid berbanding individu?

Raja Petra: Apa yang saya bimbangkan, kita akan kurangkan perjuangan ‘Anwarista’ dan jangan lupa Anwarista adalah perkataan yang saya cipta pada 1999. Anwarista adalah perjuangan untuk Anwar. Kita tak nak Anwarista. Sekarang ini jika Anwar masuk jel dan kita tak nak dia masuk jel sebagai tahanan politik. Itu satu isu lain.

Saya dah periksa dengan kawan-kawan rapat dan mereka kata: “Pet, dia (pendakwa) adalah seorang yang boleh dipercayai. Kalau Anwar tak bersalah, dia tak akan fix up Anwar. Itu yang saya dapat dari sumber saya.

Saya tak tahu Anwar bersalah atau tidak. Pada saya isu Anwar tak penting, sama ada dia bersalah kerana liwat. Soalnya, adakah dia calon terbaik untuk mentadbir negara? Kalau anda seorang yang baik di dunia ini, anda tentu ‘bersih’. Tapi kalau anda tak boleh mentadbir negara, maknanya anda tak boleh. Itu sahaja.

Mari kita cakap tentang aspek sekular dalam kepimpinan. Sekarang Anwar tak kagumkan saya di Selangor. Dia tak tunjuk, dia jalankan kerjanya dengan baik. Saya berkata begitu kerana dapat laporan daripada ramai orang, ahli perniagaan. Mereka mengadu dan salahkan saya.

Saya berhak untuk kritik. Saya tak ada terima maklum balas tentang prestasi dia di Selangor. Kalau anda tak boleh jadi penasihat ekonomi yang baik dan tak boleh dipercayai, bagaimana nak tadbir negara?

Bercakap tentang permata di atas crown, tentunya Selangor. Adakah banyak perubahan drastik di Selangor? Tentu tidak. Maklum balas yang kita terima jadi kayu pengukur iaitu rasuah masih berada di tahap sama, tiada pengurangan.

Rakyat masih perlu bayar di bawah meja untuk selesaikan sesuatu hal. Itu yang perlu kita perangi sekarang. Kita gagal di bahagian ini. Kita mengadu kepada Anwar bahawa rakyat tak gembira. Jangan harap untuk kekalkan Selangor kerana peluang untuk BN kembali lebih cerah kerana rakyat tak gembira.

Kata Anwar: “Semasa mesyuarat Khalid ego dan tak mahu dengar cakap. Tak boleh kawal dia.” Saya kata anda yang lantik dia sebagai MB (Menteri Besar) dan tak perform.

Adakah anda ada masalah dengan dia (Khalid). Masalahnya dia ego, tak dengar cakap. Apa nak buat, anda yang cipta monster itu. Apa yang kamu nak buat? Jangan mengadu tentang Khalid. Selangor tak ada sebarang prestasi. Ego, tak dengar cakap. Kami tak mahu tahu tentang itu.

Dia pula lantik diri sebagai penasihat ekonomi negeri. Apa nasihat anda (Anwar)? Sejak tiga tahun lalu anda dilantik sebagai penasihat ekonomi. Pergi luar negara lebih 60 kali dalam masa tiga tahun. Patutnya duduk mentadbir negeri, jalankan tugas parti, mentadbir Pakatan. Pakatan huru-hara. Rakyat bergaduh sesama sendiri. Apa komennya? No comment, senyap sahaja.

Kita beritahu dia, duduk dalam negara dan jalankan tugas dalam Pakatan. Lebih 60 perjalanan ke luar negara memang agak melampau. Apa yang anda buat di luar negara. Bagi ceramah di universiti sana sini, tak payahlah. Adakah dengan bercakap di universiti orang akan undi anda? Penuntut ini pun belum berdaftar.

Apa yang anda kisah dengan universiti ini. Dia seolah-olah melarikan diri kerana tak tahu apa nak buat. Tak perlu ceramah di universiti di luar negara. Dia perlu fokus pada pilihan raya.

Dalam pemilihan PKR, parti itu dianggap tidak demokrasi?

Raja Petra: Ada beberapa bahagian di Sabah di mana pengerusi umumkan kepada perwakilan bahawa dia terima arahan daripada Anwar untuk tak calonkan anaknya, Nurul Izzah. Apa ni?

Mana ada demokrasinya. Kalau anaknya tak boleh bertanding, nak semua negara cadangkan Azmin, bukan anaknya? Bila kita dengar pengumuman itu, tentu kita kecewa, demokrasi apa yang anda cakap? Kamu tahu hal ini. Tentu anda juga ada dengar hal ini. Ini bukan fitnah.

Kenapa Anwar sokong Azmin?

Raja Petra: Mungkin dia akan masuk jel. Jadi dia perlu seseorang yang dipercayainya untuk teruskan perjuangan Kempen Bebaskan Anwar. Tapi kita tahu Azmin, tak diterima oleh parti lain, DAP dan Pas misalnya. Dari segi solidarity dalam Pakatan, Azmin tak mempunyai solidarity itu.

Pada 2008 kenapa pujuk mereka supaya pilih dan undi Pakatan serta pilih Anwar?

Raja petra: Tidak. Kami tak kata pilih Anwar. Kami kata undi pembangkang untuk ajar BN. Ke mana sahaja saya pergi untuk ceramah, kita perlu ajar BN. Paling tidak satu atau dua penggal, kalau Pakatan tak perform, kita akan beri kerajaan balik kepada BN. Kita nak ajar BN bagaimana rasanya jadi pembangkang. Pakatan boleh naik semula jika perform.

Apa yang anda perlu ada ialah dua parti politik. Dalam ceramah saya, apa yang perlu kita buat ialah dua penggal kepada satu parti dan dua penggal berikutnya untuk parti yang lagi satu. Kita tukar kerajaan setiap dua penggal seperti di Amerika dan England. Di England, ada kerajaan baru setiap 10 hingga 15 tahun. Dua atau tiga pilihan raya dah tukar kerajaan baru. Walaupun kerajaan itu ada prestasi baik, kita tetap tukar, hanya buat itu dan sistem dua parti adalah seperti itu. Kita tak bagi 100 tahun untuk satu-satu parti memerintah.

Apakah Anwar bukan lagi pilihan kepada rakyat Malaysia?

Raja Petra: Saya rasa kita tak perlu lagi cakap pasal Anwar. Ini bukan pasal Anwar. Bila kita cakap pasal politik, kita cakap pasal Najib-Anwar, Najib-Anwar.

Di England kita tak bercakap tentang pemimpinnya. Kita bercakap tentang Buruh-Konservatif. Jika di Amerika tentang Republikan-Demokrat. Pemimpinnya tak penting. Tapi di Malaysia, kita cakap tentang Najib-Anwar. Kita tak seperti di England, kalau tak boleh buat, letak jawatan.

Di Malaysia kita cakap tentang personalitinya. Keluar daripada asas ini, lupakan pemimpinnya. Bagaimana jika Najib kena serangan jantung seperti bapanya? Dia meninggal dan Malaysia pun habis.

Tidak! Kita akan dapat pemimpin baru. Bagaimana jika sesuatu berlaku kepada Anwar. Dia bukan muda lagi. Dia lebih tua daripada saya, Najib lebih muda daripada Anwar. Dia pun tak kelihatan sihat. Kita belum tamat, kita kena teruskan. Bukan sebab Anwar. Lupakan Najib-Anwar. Cakap tentang struktur dan kita akan bergerak ke depan. Inilah masalahnya sebab itu kita nak elakkan hal Anwarista ini.

Anwar digambarkan sebagai pemimpin yang mampu buat perubahan, bagaimana dengan gambaran seperti ini?

Raja Petra: Anwar gambarkan dirinya sebagai pemimpin masa depan hanya kerana Pakatan benarkan dia buat begitu. Mereka tekankan bahawa hanya ada seorang sahaja yang boleh pimpin pembangkang. DAP keluarkan kenyataan walaupun Anwar masuk jel, mereka masih sokong Anwar.

Maksudnya tak ada orang lain? Ini adalah kesalahan DAP dan Pas. Anwar terus bercakap tentang parti yang akan terima dia dan hanya Anwar sebagai ketua. Bila ramai suka Zaid Ibrahim, muncul satu alternatif bahawa terdapat orang baru. Jadi kill him off mereka tak terima.

Anwar yang memang bagus dalam berkempen terus ke serata negara untuk terus bercakap. Adakah itu ukuran dan sokongan terhadapnya. Dalam kebanyakan pilihan raya yang saya saksikan, malah dalam pilihan raya kecil yang kelihatan ramai orang berkumpul tetapi belum tentu undinya.

Pilihan raya di Indera Kayangan, Perlis semasa ceramah di rumah Shahidan Kassim (Datuk Seri) orang ramai datang dan cabut. Ada 100 orang , mereka batalkan ceramah. Di pihak sebelah lagi, mereka ada 30,000 orang, tetapi bila tiba masa mengundi, siapa yang menang, BN. Bukan pembangkang.

 

Tapi kenapa Anwar terus menggambarkan dirinya sebagai pemimpin bersih walaupun dia ada isu-isu termasuk integriti?

Raja Petra: Saya ada bercakap dengan orang yang pernah bersamanya dalam kerajaan dulu. Mereka jelaskan bahawa Anwar ada skeleton in the closet. Namun begitu, anda masih sokong Pakatan.

Jawapannya, apakah pilihan yang kita ada. Orang sokong Anwar kerana mereka kata Anwar sebagai alternatif kepada apa yang kita ada hari ini. Pakatan sangat kagum dalam ‘menunjukkan’ Anwar sebagai pemimpin yang berkebolehan. Saya ada menulis tentang ini sebulan yang lalu. Seramai 28 juta rakyat Malaysia hanya ada seorang Anwar Ibrahim. Siapa yang boleh mentadbir negara ini? Tak ada orang lain lagi ke? Ini bukan satu benda yang saya cakap hari ini tetapi saya dah tulis tentang ini lama dulu.

Pada pendapat saya, Pakatan sedang meningkatkan karisma Anwar. Dia penarik, ke mana sahaja dia pergi keluar negara dia menarik minat orang ramai. Bagus juga Pakatan gunakan kelebihan ini. Benarkah dia begitu? Ia hanya satu persepsi. Saya tahu ramai yang sokong Pakatan tetapi mereka tak berapa gembira dengan Anwar.

Saya tanya, kenapa sokong Pakatan? Mereka kata sebagai alternatif. Anwar mungkin teruk, tetapi yang satu lagi lebih teruk. Mereka tak kata Anwar bagus. Mereka cuma kata yang satu lagi lebih teruk. Itu sahaja. Tak bermakna dia lebih baik daripada yang lain sehingga ada orang lain yang dapat minta saya untuk ‘tunjukkan’ dia sebagai pemimpin yang lebih baik. Anwarlah tu. Itu sahaja yang mereka ada.

Anwar kekal sebagai ikon pembangkang. Satu lagi persoalan, adakah mereka ini tak benarkan orang lain muncul. Siapa yang boleh membayangi Anwar? Mereka tak benarkan pemimpin lain maju atau muncul.

Saya rasa orang itu Anwar

Sebagai pemimpin, Anwar sepatutnya beritahu kepada pengikutnya supaya terima keputusan mahkamah, bukan begitu?

Raja Petra: Pada 1999, bila Anwar disabitkan kesalahan, wujud elemen benci terhadap Dr. Mahathir. Orang ramai yakin bahawa Anwar sudah tentu tak bersalah sama ada dia mangsa atau dianiaya. Dr. Mahathir nak hapuskan Anwar.

Anda tentu tahu cara kes ini dikendalikan. Saya hadir perbicaraannya, terlalu banyak kelemahan atau kepincangan semasa perbicaraan itu. Alasan yang mudah saya bantah perbicaraan itu kerana cara kes dikendalikan.

Jika Anwar bersalah pun, itu tak penting bagi saya. Jika anda tak berjaya buktikannya di mahkamah, maka ia perbicaraan yang tak adil bagi saya. Jika Anwar tak bersalah dan anda tak berjaya buktikannya, maka dia harus dibebaskan.

Ini kerana pilihan seksualiti Anwar tak penting. Mungkin saya agak liberal. Jika anda seorang gay, anda adalah gay, jadi apa? Itu tak mengubah pendapat saya tentang anda. Kalau anda baik, anda baiklah. Jika anda seorang lurus tapi anda seorang lousy beggar, kehidupan seksual bukan penting pada saya.

Dalam perbicaraan kedua ini, persepsi orang berbeza dengan perbicaraan pertama. Sekarang apabila saya tanya orang ramai adakah Anwar bersalah, jawapannya mereka tak kisah. Kalau dia seorang beggar, maka dia seorang ‘beggarlah’. Itu tak penting, ramai orang cakap begini.

Isu moral, anda seorang yang tak bermoral tetapi berlagak alim. Jadi anda seorang yang tak jujur?

Raja Petra: Di Australia, menterinya seorang gay dan mereka terbuka. Menterinya gay, berkahwin dan ada anak, ia perkara luar biasa. Masih kekal dalam kerajaan. Tak ada orang suruh letak jawatan. Tapi bila anda terlibat hal seksualiti, anda sembunyikannya, anda nafikan, orang akan paksa anda letak jawatan bila rakyat dapat tahu anda terlibat dalam situasi itu. Ini isu moraliti. Ia hanya tentang hidup anda. Siapa yang peduli? Tapi bolehkah anda memerintah negara?

Tapi kalau dikaitkan dengan urus tadbir baik kerajaan, Anwar mesti ada keberanian untuk bercakap benar. Video seks telah mengesahkan tapi dia masih menafikannya?

Raja Petra: Saya rasa ramai yang 50-50 tentang video ini. Contoh mudah, cara video itu didedahkan tidak diterima rakyat. Tapi untuk negara yang lihat cara yang terbuka dan objektif. Mereka yakin bahawa Anwar dalam video itu. Tapi tentunya mereka syak akan cara hal ini diketengahkan. Pada saya, kesalahan terbesar dalam video itu adalah Rahim Thamby Chik dan gengnya, anda tahukan?

Ini isu penyanyi, bukan lagunya. Bukannya saya benci lagu, tapi saya benci penyanyinya. Lagunya mungkin baik tetapi bukan penyanyinya. Kalau mereka buat macam kes Chua Soi Lek (Datuk Seri), senyap letak dalam peti surat dan orang akan menjumpainya. Rasa saya, orang yang percayakan video itu semakin bertambah. Ada ramai, kawan rapat Anwar, ada yang saya jumpa di UK , Liverpool, Manchester, ramai yang cakap secara jujur, Anwar dalam video itu. Saya rasa orang itu Anwar. Saya tak kata 100 peratus tapi 90 peratus atau lebih itu Anwar.

Dan dia tak jawab isu jam Omega?

Raja Petra: Saya rasa dia terperangkap dalam perangkap madu. Saya rasa Eskay (Datuk Eskay Shazryl Abdullah) kenakan dia. Ada satu lagi hal yang fikir orang itu adalah Anwar. Pada awalnya saya 50-50. Tak mungkin itu Anwar. Jangan beritahu saya yang dia terlalu bodoh membiarkan dirinya ditangkap.

Dalam sidang akhbar selepas video itu didedahkan, dia kata tak kenal Eskay. Tak tahu nama penuhnya dan tak tahu sama ada dia muslim atau apa. Maknanya dia tak kenal Eskay. Tapi saya masih ingat tiga tahun lalu Anwar ada telefon saya, dia kata kawan kita ini ada problem. Boleh tak kita tolong.

Saya tanya apa masalahnya, katanya Datuk Shahril Eskay. Saya kata tak kenal siapa orang ini. Katanya dia Konsul Kehormat Thai di Langkawi. Dia kata, Shahril orang kita. Saya tanya dia ini orang Thai ka? Anwar kata, tak, dia orang Islam, orang Malaysia. Saya kata apa masalahnya, Anwar kata masalahnya ialah kerajaan syak Eskay yang seludup saya keluar dari Malaysia.

Kerajaan syak saya pergi ke Langkawi dan Eskay keluarkan satu pasport Thai untuk saya dan seludup saya keluar Thailand melalui Langkawi. Dia kata kerajaan beri masalah kepada Eskay. Awak kena jelaskanlah untuk bersihkan namanya.

Saya kata okay tak ada masalah. Saya kata, saya tak kenal pun Eskay ini sehingga awak beritahu saya. Tentunya Eskay tak pernah keluarkan pasport untuk saya dan seludup saya keluar dari Malaysia.

Jadi, saya tulis satu artikel menyangkal perkara itu dan bagaimana saya keluar dari Malaysia. Itu tiga tahun lalu. Sekarang Anwar kata dia tak kenal Eskay, tak tahu jika dia Muslim atau apa. Hal ini buat saya terfikir dan sedarkan saya. Saya tahu, Anwar kenal sangat dengan Eskay, kata sahajalah kenal sangat dengan Eskay. Itu benda yang melucukan.

Sidang akhbar di Kuching, dia marah pasal jam tangan?

Raja Petra: Ya, pokoknya kalau anda perlu menipu, maknanya anda ada benda yang nak disembunyikan. Tentunya anda bersalah. Saya beritahu sekarang ini yang saya tak kisah jika anda gay tapi anda boleh mentadbir.

Saya terbuka. Anda nak cakap Islam, macam dia ini saya tak akan berpura-pura menjadi ulama, alim. Saya adalah saya. Anda suka atau tak suka, inilah saya. Anda tak perlu suka pada saya tapi saya jujur tentang diri sendiri.

Peluang pakatan pembangkang dan Anwar

Apakah Anwar dilihat sebagai liabliti?

Raja Petra: Yang perlukan Anwar hanyalah PKR. Mereka tak ada pilihan dan ia adalah satu kelebihan untuk Pas dan DAP. Satu kelebihan jika Anwar ada sehingga menang pada pilihan raya akan datang. Kalau tak menang, tidak ada berguna lagi Anwar. Itulah sikapnya. Untuk tunggu lima tahun lagi dan Anwar dalam penjara, kita kena cari pemimpin barulah.

Walaupun dia di luar penjara, lebih negatif untuk Pakatan?

Raja Petra: Saya dah katakan sebelum ini. Jika Pakatan tak boleh bentuk kerajaan dalam pilihan raya akan datang. Mereka tentu tak akan bentuk kerajaan, tidak dalam generasi saya. Jangan beritahu saya dalam pilihan raya akan datang ini.

Senarionya jauh berbeza. Satu set kumpulan pengundi baru. Sistem nilai akan berubah, kriterianya akan berubah dan pilihan raya baru dan mungkin akan diadakan enam tahun dari sekarang. Nilai di seluruh dunia akan berubah, sistem berubah, nilai berubah. Mungkin England akan bankrap dan semuanya akan berbeza.

Medan sudah dibuka luas, dalam BN parti non-UMNO , MCA dan Gerakan adalah lemah. Adakah Pakatan akan diminati lagi?

Raja Petra: Pakatan akan pertahankan Anwar kerana mereka masih lagi berharap untuk bentuk kerajaan Persekutuan. Dalam pilihan raya akan datang ini, jika pakatan gagal membentuk kerajaan Persekutuan, maka Anwar tiada lagi gunanya kepada Pakatan terutamanya DAP dan Pas. Mereka akan sokong Anwar dan berdiri di belakang Anwar.

Sebab keselesaan politik?

Raja Petra: Sebab ini adalah proses penyelesaian politik untuk sokong Anwar. Sebab ada kebarangkalian untuk bentuk kerajaan Persekutuan. Tapi jika tak dapat bentuk kerajaan Persekutuan yang baru, Anwar akan menjadi tidak relevan dengan begitu cepat.

Bolehkah pakatan bentuk kerajaan Persekutuan dan teruskan kerelevanan Anwar? Ia bergantung kepada Sabah dan Sarawak. Kita ada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung Malaysia. Daripada 165 kerusi Parlimen, berapa yang boleh dimenangi Pakatan? Katakan Pakatan menang 85 kerusi, mereka ambil lima kerusi MCA, rampas 85 kerusi Parlimen di Semenanjung. Dan BN hanya dapat 80 kerusi.

Dengan 70 kerusi untuk UMNO, 10 untuk MCA. Jadi kena menang di Sabah dan Sarawak iaitu 57 termasuk satu di Labuan. Pada pilihan raya 2008. Pakatan hanya menang dua kerusi, 55 kerusi dimenangi BN. Di Semenanjung, Pakatan menang dua lagi kerusi di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, tapi di Sabah Sarawak hanya menang dua kerusi. Daripada 80 kepada 85, kira okaylah lima kerusi MCA. Itu adalah ramalan yang berasas.

Anda agak berapa pertambahannya? Anda perlu 30 kerusi dari Sabah dan Sarawak. Jadi, Pakatan hanya ada 115 kerusi. Maksudnya, ada tiga kerusi majoriti. Tapi kalau tiga orang melompat, anda akan hilang kerajaan.

Secara idealnya, anda perlukan 10 atau 15 kerusi majoriti. Makna perlu dapatkan 35 kerusi dari Sabah dan Sarawak. 35 + 85 iaitu 120 kerusi, ini adalah margin yang selesa. Tapi bagaimana anda nak dapat 35 kerusi dari Sabah dan Sarawak? Untuk dapat 35 itu terlalu jauh untuk dicapai.

Apa yang terjadi pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini, DAP berjaya. Pakatan tak boleh buat, kalau mereka boleh buat, sudah lama mereka buat. Dah anda tak boleh buat, maka tak boleh buatlah.

Di Sabah, ia kucar-kacir. Saya tak nampak macam mana dari dua kerusi meningkat kepada 35 kerusi di Sabah dan Sarawak. Mungkin ia akan bertambah kepada 10 tapi 10 ini masih 95 kerusi. Maknanya tak boleh bentuk kerajaan.

Hanya dengan Taib Mahmud (Tan Sri) keluar dari BN dan bawa ahlinya sertai Pakatan. Bolehkah ini berlaku? Maksudnya, kebarangkalian untuk bentuk kerajaan baru sangat tipis. Jadi, kalau dalam pilihan raya umum akan datang tak bentuk kerajaan , tentunya Pas, DAP tak perlukan Anwar lagi.

901 tak akan dapat pengikut

Di Malaysia sekarang sudah sibuk mulakan Kempen Bebaskan Anwar. Wajarkah Anwar buat begitu?

Raja Petra: Saya yang mulakan Kempen Bebaskan Anwar pada 2000. Ya, malah saya dapat panggilan daripada seseorang , adakah saya dah sedia untuk lancarkan yang baru. Saya kata, Anwar belum dijelkan. Kenapa kita mesti ada kempen bebaskan Anwar? Kata mereka ini persiapan untuk Anwar.

Ini mungkin sesuatu seperti pada 1999/2000. Dah 12 tahun pun. Kita tak boleh kembali kepada masa lalu. Kita tak boleh undur masa. Semua dah berubah. Hal seperti kempen bebaskan Anwar ini tak akan dapat pengikut seperti pada tahun 2000. Dulu isunya Dr. Mahathir dan Anwar. Sesuatu yang dilakukan oleh Dr. Mahathir terhadap Anwar. Isu yang sangat spesifik. Dr. Mahathir menzalimi Anwar. Itulah persepsinya.

Kempen jatuhkan Anwar

Sekarang Malaysia Today mulakan kempen jatuhkan Anwar?

Raja Petra: Ia sebenarnya bukan kempen jatuhkan Anwar. Ini kempen fokus semula. Apa yang kita nak buat, kita nak rakyat fokus dengan gambaran besar. Kita mahu rakyat nampak lukisan secara keseluruhannya, kita tak nak lihat gerakan berus warnanya. Kita selalu lihat gerakan berusnya, jadi kita tak tengok lukisan itu sebenarnya.

Jadi kita nak bawa kembali isu perubahan. Adakah ia tentang Anwar, ia adalah mengenai negara dan Anwar boleh menjadi faktornya. Itu tak menjadi hal kepada saya. Anwar hanya menjadi satu faktor tapi dia bukanlah perkara utama.

Rakyat mudah hilang fokus, mereka mudah terganggu. Tiba-tiba terlepas sasaran dan salah arah. Kita sepatutnya ke Singapura tetapi melencong ke Melaka. Kalau anda rasa Anwar tak bersalah, berjuanglah untuk Anwar. Tapi jangan minta seluruh negara berjuang untuk Anwar sebab seluruh negara patut berjuang untuk penambahbaikan negara.

 

Kadang-kadang orang lupa tentang mangsa iaitu Saiful?

Raja Petra: Sebenarnya, kita dah letih dengan isu liwat ini. Kita mahu tamatkan hal ini segera. Kita harap perbicaraan ini selesai dan tidak dipanjangkan.

Tapi kenapa dia yang minta dipanjangkan?

Raja Petra: Betul tapi seluruh negara terikut-ikut sama. Kita tak perlukan semua ini. Masa depan negara tak bergantung kepada seorang lelaki ini.

 

Malaysia tak terima PM gay

Tentang isu moral, rasanya rakyat Malaysia masih belum bersedia untuk seorang Perdana Menteri yang macam itu?

Raja Petra: Itu satu isu lain. Isunya sebab kita hidup dalam masyarakat seperti Malaysia yang tidak boleh terima cara hidup begitu. Di Malaysia, masyarakat belum bersedia. Mungkin mereka tak akan bersedia kerana mereka ini masyarakat Islam yang konservatif.

Soalnya, jika anda nak jadi gay, teruskanlah. Anda tak boleh jadi pemimpin dan gay sekali gus. Di Australia, anda boleh. Anda boleh jadi menteri dan gay sekali gus. Di Malaysia, anda kena pilihlah. Anda nak jadi gay, teruskan. Saya tak ada masalah tapi anda nak jadi Perdana Menteri dan gay sekali gus, dah tentu di Malaysia tak boleh.

Walaupun bukan gay, tapi kalau anda tinggal dengan wanita lain bukan isteri, ia juga tidak diterima. Kalau nak jadi Perdana Menteri, anda tidak boleh begitu. Kena pilih salah satu.

Saya tidak pertahankan perbuatan yang tidak bermoral tapi itu pilihan anda. Kalau anda pilih itu, anda tak boleh dapat yang ini. Di UK anda boleh dapat kedua-duanya. Di Australia, anda boleh dapat kedua-duanya.

Saya tidak peduli. Kalau anda kata: “Adakah Anwar seorang gay?” Saya kata mungkin. Tapi tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu realitinya.

Transformasi dalam UMNO

Apakah UMNO perlu perbaiki cara untuk menjadi kerajaan yang lebih baik?

Raja Petra: Ya, kalau tidak saya tak akan berada di sini. Kalau tak saya tak akan berada di sini untuk menyoal dan mempertikaikan kerajaan. Sudah tentu kerajaan perlu baiki dan ubah tindakan mereka.

Tapi Najib ada kekangannya? Parti dikawal warlord dan ada Godfather?

Raja Petra: Sebab itu saya kata tadi, dia kena catch up the bull by the horns. Maknanya berani dan yakin berdepan dengan kesusahan, bahaya dan hal-hal sukar. Anda tidak boleh mengubah dengan perlahan. Kita perlu bercakap tentang revolusi. Saya tak bermaksud cakap tentang revolusi dan pergi ke jalanan dengan senapang dan adakan revolusi berdarah.

Ya, UMNO perlukan revolusi dalamannya. Dan Najib mesti bersedia dan tidak hanya mengambil pisau tetapi gergaji berantai untuk potong apa sahaja yang patut dipotong. Kalau dia tak buat begitu, UMNO tak akan berkuasa.

Apa yang kita perlu buat ialah yakinkan pengundi yang Pakatan akan jadi alternatif yang lebih baik. Malah, Pakatan tak boleh yakinkan rakyat yang ia adalah lebih baik. Jadi, sekarang kita ada situasi periksa dan imbang.

Memandangkan UMNO gagal untuk yakinkan pengundi, adalah lebih baik mereka buat perubahan. Sebaliknya, Pakatan juga tak boleh yakinkan pengundi yang ia adalah lebih baik. Sebenarnya, ramai pengundi yang keliru sekarang. Mereka tidak pasti patutkah undi BN atau undi Pakatan atau pun tak payahlah mengundi. Ini yang berlaku sekarang , Sebenarnya medan sudah dibuka untuk kedua-dua pihak, siapa yang akan meyakinkan pengundi sekarang?

Bagaimana dengan pengundi muda?

Raja Petra: Jangan pandang rendah mereka. Mereka bukan bodoh. Bila anda cakap dengan mereka, anda akan tahu daripada cara mereka respons. Pemikiran mereka lebih ke hadapan sebagai pengundi.

Ada yang belum lagi jadi pengundi tapi akan jadi pengundi untuk pilihan raya akan datang. Kalau bukan pilihan raya ini, sudah tentu pada pilihan raya akan datang melainkan ada perubahan. Kalau ini berterusan, anda akan saksikan orang muda naik. Saya sudah berada di Thailand, Australia, New Zealand, Indonesia, saya jumpa dengan orang kita di luar Malaysia. Dari maklum balas, orang ini sudah bersedia untuk berubah. Soalnya UMNO sudah bersedia atau tidak?

Pandangan tentang pengundi Cina?

Raja Petra: Dahulu orang Cina takut untuk undi pembangkang tapi sekarang tidak. Sejak 2008 dan sehingga hari ini, orang cina masih condong kepada pembangkang tetapi subjektif kepada beberapa faktor.

Paling penting, faktor ekonomi. Orang Cina asalkan ekonomi berkembang, mereka boleh hidup walaupun di negara komunis seperti China.

Orang Cina di China protes demokrasi dan hak asasi manusia. Mereka ini tidak kisah tentang demokrasi dan hak asasi. Tapi ekonomi berkembang pesat, ramai jutawan dan hartawan lahir itu yang diingini di China. Mereka tak mahu satu lagi Tiennamen. Mereka tak kisah tentang perubahan politik sebab kerajaan dia beri perubahan ekonomi.

Saya ingat kata Deng Xioping tak kira kucing hitam atau putih, asalkan ia tangkap tikus. Siapa yang peduli tentang komunisme atau demokrasi. Selagi ekonomi berkembang dan rakyatnya menerima hal ini. Bangsa yang terbesar di dunia ini boleh terima kerajaan seperti ini. Tapi kerajaan perlu jana ekonomi untuk negara dan orang Cina di Malaysia apa bezanya.

Asal kerajaan dapat jamin mereka dengan ekonomi yang kuat dan tak campur tangan dalam perniagaan mereka. Kini kenapa ada orang Cina di Selangor sudah tak gembira dan tak puas hati kerana perniagaan mereka jammed. Itu sahaja. Semua ini berkaitan dengan projek, duit dan semuanya tentang bisnes.

Selain ekonomi dan bisnes, Perdana Menteri jadi faktor?

Raja Petra: Orang Cina tak kira hal-hal ini, yang mereka tahu akhirnya Najib kena cakap sesuatu kepada mereka.

Jadi MCA dan Gerakan ini macam mana?

Raja Petra: MCA dan Gerakan ini, daripada apa yang diberitahu kepada saya, dalam pilihan raya akan datang MCA dan Gerakan akan habis (dead).

Anda yakin Najib dapat menaikkan tahap tadbir urus baik di Malaysia?

Raja Petra: Adakah Najib faham dengan makna good governance? Adakah dia mahu berhubung? Contohnya, kita ada MCLM. Kalau kita jumpa Najib untuk bentang agenda reformasi rakyat, adakah dia bersedia jumpa kita? Dia tak mahu jumpa saya, jadi tak payah jumpa Raja Petra. Jumpa orang lain.

Kita boleh jumpa Najib dan bentangkan agenda reformasi rakyat, bincang dengan kita. Najib patut tanya kenapa kita kritik kerajaan, tak puas hati dengan kerajaan dan bantai kerajaan. Dia kena tanya kita apa yang anda ingin kami lakukan? Apa perubahan yang anda katakan? Beritahu saya, sekurang-kurangnya kami mula yakin. Tetapi anda tak layan, tak nak dengar suara kami. Anda kata nak berubah, perubahan apa?

Bercakaplah dengan kami. Kami ada dokumen mengenai agenda reformasi rakyat dan apakah perubahan yang kami kehendaki. Anda boleh kata saya tak mampu lakukan dalam sebulan, tak apa ada yang boleh buat dalam sebulan, dalam enam bulan, ada juga ambil masa 10 tahun. Itu dah okey bagi kami. Sekurang-kurangnya sudah ada pelan. Kalau Najib nak kita tertarik dengan perubahan yang beliau nak bawa, berhubunglah (engage) dengan kita.

Sudah ada reformasi yang dibuat contoh ISA, AUKU dan pemilihan dalam UMNO yang lebih demokratik berbanding DAP?

Raja Petra: Kosmetik. Ia terlalu kosmetik. Najib mansuhkan ISA dan pada masa yang sama bercakap tentang gantikan dengan undang-undang lain. Sebenarnya ISA bukan isu besar. ISA ada tujuannya untuk perangi keganasan.

Adakah kebarangkalian keganasan masih mengancam Malaysia? Kita tengok pengeboman di Bali. Ia berlaku, sentiasa ada kebarangkalian keganasan mengancam Malaysia. Jadi kita masih perlukan undang-undang untuk membanteras keganasan atau memerangi keganasan.

Tapi anda tangkap seseorang atas dakwaan ucapan atau menulis sesuatu. Ia tak ada kena mengena dengan keselamatan negara. Dalam kes saya, saya ditahan di bawah ISA kerana didakwa menghina Islam. Apabila ia dibawa ke mahkamah, mahkamah memutuskan penahanan saya adalah salah dan tidak sah, jadi kemudian saya dibebaskan.

Ini yang kita bincangkan. Najib ada reformasinya, dia ingin mansuhkan ISA tetapi itu bukan masalahnya. ISA juga bukan masalah. Masalahnya adalah bagaimana ia disalahgunakan. Adakah Najib faham perkara ini? Adakah dia faham inilah yang sebabkan kami marah?

Leave a Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Biadap! Lima Kepala Babi Di Pintu Masjid Johor

Kalau nak sabotaj negeri Johor sekali pun agak-agak la… Siapa yang buat kerja ni, memang bangsat betul? Islam adalah agama rasmi negara kita so… jangan nak mainkan hal ini untuk kepentingan politik! Harap polis berjaya menangkap manusia biadap tersebut.

Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi semalam.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid berkenaan.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff (kanan dalam gambar) berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang kemarin di masjid yang sama.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut. – politik harian

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda