sumber pembangkang selangor


SHAH ALAM 23 Mei – Kerajaan negeri diingatkan supaya melaksanakan penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan dengan lebih serius bagi menangani aktiviti maksiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada orang ramai.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ingatan itu kerana pusat hiburan dikatakan semakin banyak dibuka serta beroperasi melebihi pukul 4 pagi selain aktiviti penjualan video cakera padat (VCD) lucah secara terbuka dan berleluasa.
Lebih memalukan lagi katanya, Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu dikatakan terlibat menghalang pihak polis menjalankan tugas menutup sebuah pusat pelacuran di Subang Jaya.
“Perbuatan ini perlu diambil perhatian kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri kerana beliau bertanggungjawab dalam soal pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya tidak bertindak begini,” katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Mohamad Khir turut menyifatkan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti ‘tinggal dalam hutan’ kerana tidak dapat menerima hakikat Barisan Nasional (BN) telah banyak membawa pembangunan.
“Terimalah kenyataan yang BN telah bawa banyak kejayaan. Kalau selama ini BN gagal mentadbir, kita semua masih tinggal dalam hutan dan pakai selipar. Pakatan Rakyat seperti tidak tahu bersyukur dengan semua kejayaan ini,” katanya.
Tambah Mohamad Khir, kejayaan Selangor pada hari ini merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah memerintah dengan baik yang turut dinikmati wakil rakyat Pakatan Rakyat.
Beliau juga mencadangkan kerajaan negeri menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Pusat kerana masih memerlukan peruntukan kewangan terutama peruntukan untuk PBT.
“Tidak guna kerajaan negeri berkonfrontasi dengan Kerajaan Pusat kerana Selangor memerlukan bantuan kewangan untuk mentadbir termasuk PBT yang kosnya lebih tinggi berbanding pendapatan,” katanya.
Mohamad Khir turut mengingatkan kerajaan negeri supaya merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu sebelum melaksanakan cadangan cuti 90 hari bersalin kepada kakitangan awam sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.
Menurutnya, rujukan dengan jabatan itu perlu dilakukan kerana cadangan sedemikian membabitkan syarat-syarat perkhidmatan, pencen, urusan lain yang mungkin menyukarkan pentadbiran di negeri itu.
“Sepatutnya, kerajaan negeri meneliti perkara ini termasuklah perbincangan dengan pihak JPA.
“Kita tidak mahu cadangan ini boleh menimbulkan masalah bukan hanya kepada kakitangan terbabit, tetapi kepada kakitangan itu sendiri termasuklah kerugian yang dialami kedua-dua pihak,” ujarnya.


13 Comments
May 27, 2008 at 1:20 pm
Kerajaan Negeri sekarang matlamat menghalalkan cara, janji cina sokong, melayu diorang tahu dah pecah 2, yang cina & india tak tetap sokongan nya, jadi diorang jaga cina dan India agar undi tak berpindah semula kepada BN, melayu biar le mampus, setakat yang ada menyokong diorang dah cukup, tak perlu jaga keseluruhan melayu.
May 27, 2008 at 4:14 pm
Anna mau undi PAS la…PAS sekarang sudah liberal…prihatin sama itu rakyat…pusat hiburan banyak, disko boleh, pub lagi boleh dan itu maksiat ta da tutup…he…he…itu dulu masa UMNO semua kasi benteras…no freedom…
May 28, 2008 at 5:15 pm
Abangtuah, Selangor nanti jadi Hadyai Malaysia kalau sapa2 nak anjoi pegi le Selangor, semua ada, mahu masuk karoake baik punya ada, mahu disko pun ada complete tiger show sekali (sebab lepas ni Hassan Ali nak buka projek kandang bela harimau pulak), mahu itu massagge pun ada, baik punya 2 in 1, mahu itu pondan punya show pun sikit hari ada boleh tengok itu albuntuttt. semua buka sampai al subuh.
Masa kerajaan BN dulu perintah macam2 kita dengar penguatkuasa buat operasi benteras pusat maksiat, sekarang ni sudah sohhhhh, bunyi pun tarak, pasai itu teressa kok banyak garang oo. itu hassan manyak takut, itu khalid manyak gagap mahu cakap.
May 28, 2008 at 10:39 pm
Vikin mallu kamfeni lah… dua ekor untah kena fulas telinga sama vavi vetina ? Fenin… fenin… ana fenin…
May 28, 2008 at 11:26 pm
Jangan dok hina kerajaan PR Selangor. Dulu masa BN perintah hang lupa daratan tak ingat dunia asyik pulun semacam…..lah ni bila tak de kuasa hangpa semua kesejukan sbb susah nak celik mata…Islam hadhari juga galakan maksiat dgn pelbagai jenis konsert yg melalaikan cuma ditutup sebelah mata…
May 29, 2008 at 9:18 am
Selamat datang saudara sang kelembai…kami memang sentiasa menanti pihak PR yang berani tampil untuk berhujah.
Hmmm…nama sang kelembai ni biasa aku dengar…kalau saudara sang kelembai yang famous tu…phuhh..lagi hangatlah webblog ni.
Aku heran juga…aku sarankan agar pihak pembangkang cari Pak Ustad mereka yang hebat-hebat..tapi hantu pula yang depa kedepankan…well hantu pun hantulah…hmm memang wajarlah tak faham konsep dan prinsip Hadariah Al-Islamiah…fasal hantu mana ada yang Islam.
Aku harap tak serik dengan hujahan kami abgtuah, Mok, kuntakinte, merah,sekupangdua,piyan ipoh dan lain-lain saudara kami yang telah terbukti melayu sejati…bukan berketurunan hantu.
May 29, 2008 at 1:40 pm
Baru lah syok abangtuah, sang kelembai sudah kasi dia punya respond, ini species sang kelembai aku dah cakap dah mana nak faham bahasa baru Islam Hadhari lah, orang pergi buat maksiat mana2 tempat pun diorang boleh bikin itu maksiat, dalam rumah sendiri pun diorang boleh bikin itu maksiat lah, itu konsert mahu kasi sikit relx kasi buang itu tension lah, kalau sang kelembai tarak minat pun tak apa jangan pegi tengok lah, sana Kelantan pun itu Mawi, Nik Aziz pun sudah jemput lah bikin dia punya konsert. kalau itu semua kerja manusia yang alpa bikin jahat pun kerajaan mau jaga tiap2 orang rakyat manyak susah lah ini kerja sebab itu lah kerajaan tetapkan prinsip Islam Hadhari jadi panduan untuk kita sama2 ekori lah agar dunia kita selamat boleh beramal ibadat jadi bekalan sebabnya, ante mau tahu ka… sebab sampai sana itu akhirat amal ibadat dalam sana dunia dia kasi kiralah, baru lah ana ka, ante ka dan semua umat kasi hantar Syuga ka Neraka ka.. kita pun belum tahu, Masyaallah..
May 30, 2008 at 1:20 am
Sang ..Lebai,
Bab pulun memulun tu.. bila cakap bagi cermat sikit yea. Pulun apa ? Cuba bagi jelas. Aku dah tulis banyak dah tentang bab ini. Ini perkara individual. Aku ahli UMNO dan aku berjuang demi survival melayu tanpa mengharap sebarang imbuhan. Itu aku, sebagai individu. Mungkin ada yang ingin mendapat sesuatu, itu juga individu. Dalam PAS bukan semua ikhlas, bila menang ramai yang gelap mata berebut balak dll., itu individu juga, terkini ada Pimpinan PAS yang menggunakan kedudukan pergi cari bini kedua pompuan comel orang Kemboja, tak puas lagi nak pulun cari bini ketiga maka bini no 2 bawa ke mahkamah, baru rakyat tahu siapa pimpinan PAS. Tapi itu individu…. Presiden PAS tak kut ? Individu juga. Dulu Mat Sabu pernah didakwa khalwat, tapi tak sangkut atas tiket teknikal, individu juga. Pernah MP PAS buat klim perjalanan palsu, individu tu. So persoalan… bila ada individu dalam parti siasah buat onar, adakah parti itu yang bersalah ? Aku lihat pada perjuangan dan track record. Aku tak kisah kalau ada pemimpin aku yang korup dibuang, tapi aku pasti naik hangin kalau ada yang pandai-pandai nak salahkan parti aku (UMNO) yang dah berjasa pada
BANGSA AKU (melayu) dan AGAMA AKU (Islam) hanya kerana angkara INDIVIDU !!!!!!
May 30, 2008 at 10:34 am
Sdr. Mok, itu Sang kelembai dia punya lebai dari puteh sudah kuning la, kerja malaz mahu kayar la, ibadat sikit pahala mahu lebih la.., itu pasal kerja Allah Taalla pun dia orang sapu la… kazi hukum sama orang suka2 la…
June 5, 2008 at 1:45 pm
sodah la. pembangunan tu mmg wajib la dah hang dok memerintah. tapi wat projek tu hang sapu, wat projek ni hang sape. komisyen sini, komisyen situ. sodah la. sapa nak dengar hang punya propa lagi…
June 5, 2008 at 2:57 pm
Patut la nama hang hairan bin confuse…sekolah dari kecil hingga peringkat U…tapi masih kehairanan..kebingungan…confusess…kau baca betul-betul dengan teliti kalau kau masih boleh membaca posting saudara ku kuntakinte tatacara kerajaan mengagih kan projek…jangan-jangan kau jenis yang missss projek kot fasal tak kompeten…tak pun kau salah isi borang ashik kehairanan…confuse….ha..ha..ha macam ni mentaliti kau ashik kena gelak aje la kau.
June 12, 2008 at 1:22 am
Semua raayat Selangor tahniah kerana dah mengundi….yg menang parti baru yang kalah parti lama….ini semua warga Malaysia. Orang politik sedap cakap tetapi tak guna otak….baik yang lama atau yg baru ni…jadi 2 jangan kita sokong …. lihat yang kalah terkilan nikmatnya terlepas yang menang baru dapat tempat truma kemenangan tak dijangka belum dapat mengawal fikiran apa arah tujunya. Yg pembangkang ni baru sedar diri…biar dia jadi ROBIN HOOD. Orang2 melayu yg mengalih undi bukanya tersalah pilih tetapi satu penilaian kesedaran, bila ditegur dahulu…alamatnya kena blacklist….jadi pada ahli2 umno yg diatas tu sedarlah ahli2 biasa inilah yang berjuang sepenuh iklas untuk kemenangan tuan2 dulu2….Ingat kejadian alam..pantai selalu berubah inikan pula manusia !!! ini simbolik kejadian Maha Pencipta.
June 12, 2008 at 9:38 am
Begitu lah akibatnya di Selangor dan Perak apabila meletakkan mereka yang bukan ahli dan pakar untuk memerintah. Orang agama yang terpesomg akidahnya, Para ilmuan dan intelek melayu yang telah hilang arah dan identiti.
Semua ini berlaku adalah berpunca dari sikap takbur, taksub dan jumud mereka…akhirnya mereka tersungkur di pintu syorga.
Ingatlah bahawa segala kemusnahan dan kerosakan ke atas muka bumi ini adalah berpunca dari hasil kerja tangan manusia sendiri.