Pengerusi dan Pengarah Petronas Gas Bhd., Tan Sri Mohd. Hassan Marican meletak jawatan sebagai pengerusi dan pengarah berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada Wan Zulkiflee Wan Ariffin, yang dilantik memegang jawatan itu.
Dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, syarikat itu memberitahu jawatan Wan Zulkiflee sebelum ini ialah sebagai Pengarah Petronas Gas.
Mohd. Hassan masih mengekalkan jawatannya sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petroliam Nasional Bhd. (Petronas).
Petronas Gas adalah antara empat anak syarikat Petronas yang disenarai di Bursa Malaysia.
Petronas Gas terlibat dalam pemprosesan dan perkhidmatan penghantaran kepada Petronas dan pelanggannya. — BERNAMA.



6 Comments
August 16, 2008 at 6:22 pm
bagus hassan.nnt nk lepas jawatan CEO Petronas, bagi kt aku plak k.. tq san
August 17, 2008 at 6:09 am
haha….
dulu aku internship kat PETRONAS Gas..
nice!~
August 17, 2008 at 4:53 pm
Biarlah dia letak jawatan ,kan itu satu langkah yang baik .beri laluan pada orang baru yang berkebolehan.Jangan ada pengaruh orang tertentu maka dia dilantik ,mau lingkup wang dan syrikat kerjaan tu nanti .macam proton ……tengok lah sendiri ……….sampai ada cadangan yang suruh jual proton …………..kita sebagai rayaat biasa hanya mampu melihat saja ,dia orang ada kepentingan diri lebih dari kepentingan negara .
Petronas wajb ditadbir oleh orang yang bijak dan jujur dan mempunyai wawasan jangka panjang .begitu juga dengan proton bukan main hentam aja .Apa lagi yang hendak dijual selepas ini ……atas alasan tak untung ,mungkin negara agaknya …….dengan alasan susah nak ditadbir dan memerlukan sumbar kewangan yang banyak !!!!!buat lah labu ……
August 20, 2008 at 9:21 pm
Ada kait mengait dengan situasi politik semasa ke?
August 28, 2008 at 7:51 pm
Well, it looks like politician hand is ‘kacau’ petronas. Tan Sri Hassan Merican is the best man in Malaysia and the onlly one have the capability to run and manage Petronas. Petrnas is the national asset.
To K.J, Please let petronas go. They know what they doing. Ur dirty hand will destroy our national asset
July 4, 2009 at 12:22 pm
i think najib should let tan sri hassan yang menentu kan…nak terus mencurah bakti pada negara melalui petronas atau pun nak retire…kalau dalam pendapat dan dalam batu jemala patik lah….tan sri hassan tuu sungguh berpengalaman dan professional orang nyerr…seluruh dunia minyak menghormati tan sri…mana tak nyerr..mana ada ceo dunia minyak yang boleh membangun kan petronas dalam masa yang sungguh singkat…terimakaseh jugerr la pada tun mahathir dan dato sri anwar ketika itu kan…saya mencadangkan pada dato sri..najib dan tak lupa gak isteri yang cantek tuu…kekal kan tan sri hassan sebagai penasihat atau president…petronas, seandai nya ada hati nak bagi jawatan ceo tuu kat kekawan yang suka buat bisness jack 6tone tuu…namun kalau boleh kekal kan lah jawatan president dan ceo sekali gus supaya senang gak tuan hassan kiterr tuu nak korja….petronas terengganuu,sabah, sarawak dan seluruh pelusuk dunia petronas memohon agar tan sri dikekal kan lagi untuk tiga musim agar dapat terus memajukan dunia petronas untuk negara malaysia yang kita cintai ini….amin.