Senarai Produk Yahudi/Amerika Yang Patut Kita Boikot – malaysiakini

1. Coca Cola
2. Huggies
3. River Island
4. McDonalds
5. Clinique
6. Disney
7. DKNY
8. Starbucks
9. GAP
10. Garnier
11. Perrier
12. Kotex
13. Sanex
14. Lancome
15. TCHIBO
16. Revlon
17. Loreal
18. Vittel
19. Wonderbra
20. Kleenex

selebihnya klik sini.

About these ads

34 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

34 responses to “Senarai Produk Yahudi/Amerika Yang Patut Kita Boikot – malaysiakini

  1. Mungkin boleh dimaafkan jika kita membeli peralatan yang canggih yang kita tidak ada kemampuan dan kepakaran untuk membuatnya dari negara Amerika, tetapi adalah keterlaluan kalau hendak menyediakan minuman (Coca-cola) dan menggorengkan ayam (Mc Donald) yang boleh kita lakukan sendiri itu pun kita menggunakan perkhidmatan syarikat Amerika.

  2. Nice blog Mas, keep posting. Kunjungi juga virtual friend saya..

  3. Salam,
    Kalau nak boikot Macdonald’s; yang susahnya pekerja Macdonald yang majoritinya orang Melayu….taukehnya pun orang Melayu….kalau coca-cola ia dibotolkan di Malaysia oleh F&N.Syarikat tempatan..apa hal dengan pekerja.Semua produk yahudi ini telah di ali babakan..payah!.Yahudi laknat ini cerdik!.Ini bukan jawapannya!.Kita perlu memikirkan boikot secara global…jangan berfikiran sempit!perlu ada plan propaganda global.Pada suatu masa dulu negara eropah boikot kayu tropika dari negara-negara hutan tropika!.Negara-negara tropika terpaksa akur dengan tindakkan boikot negar-negara eropah itu.Nak jual kayu balak tak jadi..cuma kita ekspot kayu getah!.Di Malaysia kita ada juga hero-hero dalam ILO (Pertubuhan Pekerja Antara Bangsa) Hero-hero wakil malaysia yang selama ini asyik lantang komplen kerajaan kita ini tak adil dengan pekerja di negara ini.Tibalah masa untuk mereka-mereka ini memanggil satu mesyuarat khas untuk memboikot barangan yahudi dengan penekanan perlu diberikan oleh semua pertubuhan pekerja negara-negara Islam dan yang perihatin dengan peristiwa di palestin!.Apabila pekerja pintu masuk barangan (Pelabuhan dan Lapangan Terbang)yahudi ini disetiap negara Islam diboikotkan oleh pekerja ini sudah tentu effectnya lebih terasa oleh negara yahudi ini.Perlunya rakyat negara ini mengambil peranan efektif dan aktif dalam pertubuhan- pertubuhan antarabangsa.
    Kadang kala sedih telatah orang Malaysia yang berperihatin seperti penontan kemalangan Jalanraya yang bukannya niat berhenti kenderaan untuk menolong mangsa kemalangan itu tapi menjadi penonton yang jamkan lagi jalan raya; atau seperti kaki ekor membawa kertas dan pen untuk mencatat no.kenderaan untuk menikam no.ekor!!!!.Wassalam.

    • khairy

      Artikel dari Ustaz Pahrol ini amat menarik dan mungkin akan terpalit betul-betul di dahi majoriti orang Melayu kita yang sibuk dengan kempen boikot dan demonstrasi yang kononnya menunjukkan gelagat tidak puas hati terhadap Israel. Saya kongsikan artikel ini untuk bacaan pembaca.

      *********************************************************************************************************************
      Seorang Pak Cik berbual dengan saya setelah dia pulang dari demonstrasi anti-Yahudi sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

      Pak Cik : “Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh

      dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

      Saya : Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

      Pak Cik : “Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh

      seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”

      Saya : Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak

      diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.

      Pak Cik : “Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit…

      janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

      Saya : Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong

      tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”

      Pak Cik : “Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni

      sakit-sakit sejak akhir ni.”

      Saya : “Kenapa Pak Cik?”

      Pak Cik : “Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”

      Saya : “Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.

      Pak Cik : “Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
      Saya : “Winston from America?” bisik saya perlahan.

      Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

      Saya : “Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi.

      Pak Cik : Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih

      arah perbualan.

      Saya : “Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,”

      tegas saya.
      Pak Cik : “Apa dia?”
      Saya : “Solat Subuh berjemaah.”
      Pak Cik : “Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.”

      Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.

      Saya : “Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang

      akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
      Pak Cik : “Kita mesti sanggup memikul senjata.”
      Saya : “Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih

      tidur menjelang Subuh.”

      Pak Cik : “Saya tak faham.”
      Saya : “Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang

      menyakitkan mereka.”

      Pak Cik : “Apa yang menyakitkan mereka?”
      Saya : “Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat

      subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”

      Pak Cik : “Jadi?”

      Saya : “Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh

      secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”

      Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.

      Pak Cik : “Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan

      awak?”

      Saya : “Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi

      jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”

      Pak Cik : “Awak sindir saya?”
      Saya : “Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam,

      termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”

      Pak Cik : “Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”

      Lagi-lagi ke situ fikirnya.

      Saya : “Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak

      akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”

      Pak Cik : “Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”
      Saya : “Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah

      bangunkan cara hidup Islam?” “Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.” “Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”

      Pak Cik : “Contoh?”
      Saya : “Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat,

      budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

      Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk,…

      Pak Cik : “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut

      golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”

      Saya : “Ketiga-tiga isme itu sama.”
      Pak Cik : “Sama?”
      Saya : “Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
      Pak Cik : “Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

      Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.

      Saya : “Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak

      artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”

      Pak Cik : “Misalnya?”

      Saya : “Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan

      penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

      Pak Cik : “Lagi?”

      Saya : “Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam.

      Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”

      Pak Cik : “lagi?”

      Saya : “Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan

      mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”

      Pak Cik : “Idola Amerika?”

      Saya : “Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang

      leka berhibur akan mudah dijajah.”

      Pak Cik itu batuk-batuk.Saya urut belakangnya.

      Saya : “Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan

      perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
      “Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”

      Pak Cik : “Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup

      musuh yang kita benci.”

      Saya : “Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita.

      Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.” “Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

      Pak Cik : “Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”

      Saya : “Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya

      risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

      Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?
      Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

      Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
      “Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
      Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

      NOTA:

      Tatkala Rasulullah saw di hina, di keji baginda tidak membalasnya dengan kejahatan, bahkan menunjukkan nilai2 Islam iaitu melalui akhlak baginda, subhanallah… memang begitu indah contoh yg di bawa oleh baginda..sehingga boleh menarik non muslim kepada muslim di sbbkan oleh akhlak mulia yg di tonjolkan oleh baginda.

  4. sama2lah kita boikot :-)

    Suara Keramat Rakyat Terengganu :
    Tiada Halangan Hanya Peluang :-)
    http://pro-faizal.blogspot.com
    Takkan Melayu Hilang Di Dunia
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Tiada ‘Hantu’ Di Kuala Terengganu ;-)
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com

  5. tubir

    adakah kita akan mati jika tidak mengunakan barangan amerika ? Kalau rasa takut mati kalau tidak mengunakan barangan buatan amerika tak payah fikirkan gunakan ja barangan dari negara tu.Malas nak cakap orang islam sekarang ni dah tak ada apa apa lagi……Mungkin tak lama lagi orang orang islam tak boleh kentut sebelum mendapat kebenaran dari orang bukan islam ini termasuklah dinegara kita malaysia ………Aku dah meluat………

  6. tubir

    apa yang orang islam kena buat sekarang ini mari kita semua kumpul duit semua negara islam dan kita kumpulkan semua pakar pakar Bilogi,fizik,mechanical kita buat satu bom yang cukup kuat dan kita buat kamikazi dan gugurkan kat israel .Kita upah kumpulan tertentu buat kacau diamerika dan negara sekutunya .Negara islam semua perlu melangar sekatan yang dikenakan oleh PBB terhadap negara islam yang lain .Ini saja caranya untuk tunjukan umat islam itu bersatu ……..Dah tak ada masa untuk bercakap dan bersidang…………OIC dah tak boleh harap…pemimpin negara arab pengecut……….

  7. Sha

    Klu stkat bt Demonstrasi…bkar bendera dioarg tp tetap guna brgan Yahudi dgn Us baik xpyhlh…Aku pun leh bkr bendera diaorg tu kt rumah!
    Lain kli spa yg asyik nk melantak KFC je elok mampus je kna bom dgn Israel…xksian ke kt sesama Islam!? Diaorg nk mkn roti pun susah Org Islam kt Mlaysia ni lak sng2 gi kenyangkn prut diaorg kt KFC…McD..dgn sekutu2nya!
    Aku dgn klurga dh lama boikot brgan Yahudi dgn US ni pas prstiwa 11 september lg! Tp xmampus pun smpi skrg! Sihat lg dh lah!
    Awk org xtkut ke? ingt Mlaysia ni slmt sgt ke dri perang-perang ni? Ingtlh ckit!!! Singapore tu sekutu Amerika…Sma cm Amerika dgn Yahudi.
    Bila2 msa je Mlaysia ni blh jd sasaran Singapore lak!
    Jgn Pas Mlysia Dh kna srg bru tau nk Boikot brgan Yahudi Dgn US. Msa tu dh xguna dh!!!!!!
    Aku cbr sapa2 yg xreti bhasa tu guna lg brg diaorg pas Mlsyia dh kna serang!!! Msa tu Jgn nk pndai2 mintak simpati dunia boikot brgna Yahudi dgn US sdgkan msa Palestin mintak simpati!
    Org2 kt Mlaysia bt xreti je!!!

  8. Hang Nadim

    x jadi ape jugak nak boikot pun kalau stakat rakyat jer……aku bukan nak cakap pasal politik.tapi kita semua ni macam diperbodohkan kerajaan kita sendiri…nak berjayakan kempen boikot ni perlu la dengan tindakan kerajaan jugak…kerajaan kita kena sekat kemasukan barang2 ni dulu,putuskan hubungan diplomatik ke….
    lagipun susah juga….sebab kita dah ajar diri sendiri pakai produk2 mereka….contohnya NESTLE…berapa banyak barang nestle dalam rumah korang semua??dah berapa lame korang semua pakai barang2 2??aku pun x terkecuali…macam milo..susahkan nak boikot….

    kerajaan kita juga patut berbincang dengan semua negara2 islam(OIC)….pakat la kalau ada mana2 negara serang negara islam lepas ni….negara2 OIC ni akan sekat penjualan minyak kat negara diorang….lepas 2 negara2 islam ni akan berpakat serang negara yang serang negara islam…

    cuba kita semua pikir…betapa banyaknya kekayaan dunia ni yang Allah bagi kat kita…maksud aku negara Islam la….bila kita berpakat sekat nikmat Allah ni kat negara2 bukan Islam ni pasti mereka akan tunduk kepada negara2 Islam ni….bukan susah sangat….aku tabik la ngan negara Iran…memang berani….walaupun dia 2 fahaman Syiah..x kisah la…kita sekarang ni takut untuk mati…xkan kita xtau mati syahid 2 besar pahalanya…negara Islam ni sebenarnya lebih kuat la kalau kita berpegang dengan cara nabi…kita berperang untuk mati(syahid) tapi negara kafir berperang untuk hidup….so boleh nampak kemenangan 2 sebenarnya…
    tapi apa boleh buat kita ni dah diajar cintakan dunia…so susahla nak menang….apa la nasib negara Islam lain lepas ni….jangan ingat negara kita ni akan aman sentiasa…pasti negara2 yahudi ni akan cuba untuk masuk ke sini(untuk menjajah)
    perhatikanlah sejarah….setiap negara Islam pasti akan dilanda perang…mula2 dulu kes bosnia..afganistan..iraq…syria..ni palestin…yang lain aku xtau la……lepas ni ntahla negara mana pulak….harap xla kat malaysia ni…amin…

    Ni bukan aku nak menghasut…harap2 xkena la ngan akta hasutan,ISA ker…aku cuma bagi pandangan….harap2 komen ni pak lah tau sebab aku xtau nak komen kat dia camne…dia ada blog ke x aku xtau…kerajaan kita pun bagus jugak sebenarnya…ada la jugak usaha 2…bagusla 2…solat hajat,boikot,kutip derma…

    Kalau aku kena hukum pasal bagi komen @pandangan ni memang aku ni macam hang nadim la…x semestinya budak 2 xtau ape2…ingat sejarah nabi…pasal panglima perang 2…nabi pilih yang muda tapi boleh jugak menang walaupun ramai yang membantah….aku x ingat la nama apa…sori la…

    hmmm…..banyak membebel lak aku ek….cube la korang pikir baik2…betul x ape aku cakap ni….kita xkan maju kalau nak bagi pandangan pun akan kena hukum…sikit2 nak kena hukum…huh.lagipun pandangan aku ni x bercanggahpun dengan hukum Islam….
    hasut orang pun x…

    k lar.assalamualaikum semua…..

  9. Hang Nadim

    aku pun rasa xjadi ape kalua stakat boikot….xcukup….nak boikot….kerajaan sekali kena boikot diorang………putuskan hubungan diplomatik…..

  10. tubir

    Salam
    napa kita nak susah hati pasal orang arab tu ? jiran tetanga dia orang pun buat dek aja ……negara yahudi tu tau negara islam tak mampu buat apa apa pada dia ,sebab semua negara islam meskin dan bodoh belaka .tak ada satu pun negara islam yang mampu menyangah apa yang israel buat.setakat cakap dan kutuk ,tak ubah seperti anjing menyalak bukit……..buat buang masa buang duit beli bendera …..buat penat badan dan buang masa ja………nak harapkan pertubuhan OIC yang bangang tu …………buat habis boreh aja …..dari dulu sampai selamanya macam tu la ……..tak akan kemana OIC tu…..saya nasihatkan kerajaan malaysia jangan buang masa dengan OIC,,,,Kalau nak buat buat betul betul………OIC kena langar seketan terhadap negara islam ……..peduli apa dengan PBB…..op salah…….Pbabi .Orang islam kat dunia ni ramai ………Kalau kita sama sama bertindak dunia jadi tak aman……..negara barat akan jadi huruhara…….tapi itu takakan berlaku sebab orang islam ni mangkuk hayun …..tak bersatu sampai hari kiamat pun orang islam ni tak akan bersatu ………mati katak lah kita nampaknya ………

  11. Asya As Surah

    Assalamualaikum..
    Em entah la..kita kat sini (malaysia) pun macam nak tunjuk konon prihatin la sgt..terutama si Botak (Naj**),memang la betul negara palestin perlukan derma..tapi kalau dah berjuta rakyatnya terkorban dlm perang,gua rasa paling diorang perlukan sekarang ni satu padu umat islam seluruh dunia..gua rasa kalau dah tertulis dlm Al-Quran mati syahid merupakan mati yg diinginkan oleh hamba-Nya..tapi gua tak tau la kenapa negara islam skrg ni leh diam je dr segi berperang memusnahkan ISRAEL yg bodoh tu! terang2 negara islam kalau bersatu memang tak ke mana ISRAEL laknat tu! tapi gua tgk kalau setakat berdiri depan Duta us/israel tu tak memadai lagi..sebab dh tertulis dlm kitab..Bangsa Yahudi tak kan berubah sampai akhir zaman..tapi korang pikir la..sekarang ni Islam dan Kafir dh berperang besar..adakah kiamat makin dekat??

    Waallahualam.. : (

  12. adha

    org arab zaman sekarang bak ayam daging. ayam-ayam lain kena sembelih tapi yang lain wat rilek je. tak takut pun padahal turn diorang lepas ni. memang nak tolong tapi kita tak sekuat dan sekaya negara arab. doa, bantuan kewangan, makanan, moral dan perubatan je la yang kita boleh bagi. betul cakap tubir tu. OIC memang tak bleh di harap. Padan la ngan nama diorang “ooooo… i see…” pak arab yang kaya dari segi ketenteraan dan jumlah penduduk yang ramai tu pun tak boleh nak tolong saudara diorang sendiri kat palestin. kalo semua orang arab pakat ludah je, sorang sekali ludah kat tanah israel tu, boleh tenggelam israel ngan air ludah diorang. Tapi masing2 tak nak bersatu. nak wat camne?
    (awek aku suka gila sikap muntazer al-zaidi yang lempar kedua-dua sepatu dia kat muka bush. tabik gila sikap dia!! semoga dia sentiasa dilindungi… dia memang wira iraq.)

  13. budak baru belajar

    wei….jom la ramai2 g MARRYBROWN….

    bukan yahudi, bukan america..

    malah salah satu syarikat fastfood yang menjadi RIVAL kepada Mc’Donald, A&W etc….

    jom ramai2 boikot…yang kerja kat Mc’D ke KFC ke pe ke yg bkerja dibawah yahudi, berkoban la, berhenti kerja…sesungguhnya jgn la kita menolong yahudi hanya kerana ingin mencari duit….

    bangkitlah semua…!!

  14. fikir dAHULU

    nak boikot boleh… tapi tgk juga apee mende nak diboikot… contohnya mc donald… boikot mc donald,, skit pun xde effect pade yahudi.. tapi effect nye sume kene pade org mlayu yg keje kt mc donald.. x sume org berpelajaran tgi.. dan satu lagi… setiap francais yahudi yang dibuka di negara ni… sekalipun francais itu rugi… yuran tahunan tetap kena bayar kepada yahudi @ AS. nak boikot bleh.. sediakan restoran yang same taraf dgn mc d supaya pekerja2 mc d ade pendapatan. nabi sndiri berurusniaga dgn org yahudi.. ape yang penting skrg adalah umat islam itu perlu memantapkan ilmu. bukan jadi manusia yang tidak dapat memberi ape2 manfaat pada agama.. dan terutama skali… jgn biarkan sifat nasionalisme menebal… kerana sifat inilah negara islam berpecah dan tidak bersatu padu.. kerana sayangkan negara lebih dr sayangkan agama.

  15. Kuntakinte

    Salam, teman setuju pandangan sedara fikir dulu, teman risau duk boikot punya boikot orang tempatan kebulur tak ada kerja…. sudahnya kerajaan jugak salah.

  16. Salam

    Bg aku plak…boikot ni bukan sekadar ntuk menunjukkan benci kite terhadap barat…ini 1 peluang ntuk kite ajar diri kite supaye mule menyokong product buatan tempatan…mmg xder effect pun kite boikot sbb bukan sume pun antara kite boikot..mcm aku..mmg aku boikot selagi boleh..dah x mkn mcd…even kfc skali pun walaupun x tersenarai but ttp gak kfc tu asalnyer dari barat…kire smp aku ngan adik aku sanggup mkn berasingan lah drp family sbb xmo mkn keluaran barat..ahahahah….

    Mmg kekadang kesian bl pkr balik…kat pekerja2 di restoran2 mcm tu…mmg terjejas….tp nape mesti keje situ…byk lg restoran lain yg bleh keje…nak lagi bagus…usaha bukak perniagaan sendiri….jual nasik lemak ke…kuih2 ke…walaupun sikit….sket2 lame2 jadi bukit…sedara mara aku boleh jer idop jual nasik lemak….bukak gerai…nape org lain xleh…

    Bg aku..slagi boleh elakkan gunekan barangan barat…melainkan barang2 yg mmg xder pilihan lain..contoh computer…terpaksalah kan…tp naseb baik yg tersenarai cume INTEL…AMD xder…aku pk AMD hahahhahhaha

    • ana

      Salam…bagi aku dalam keadaan kita sekarang ni…apa sumbangan kita (Individu Muslim)utk membantu rakyat palestin seagama dengan kita…aku rakyat biasa, itulah aje yang termampu, boikot produk Yahudi semampu yang boleh….Agar kat ‘sana’ nanti kurang sket tanggungan aku…Kalo nak pikir global situasi negara Islam sekang nih,memang tak termampu kita weh….

  17. pejuang islam

    teruskan boikot produk yahudi..

  18. mafia

    “Kuntakinte
    February 17, 2009 at 3:37 pm

    Salam, teman setuju pandangan sedara fikir dulu, teman risau duk boikot punya boikot orang tempatan kebulur tak ada kerja…. sudahnya kerajaan jugak salah.”

    setiap duit yg kita hasilkan dari produk2 ini menjadi peluru untuk membunuh org2 palestin yg kita nampak.. jika anda berdiri di tgh2 sempadan israel adakah org yahudi itu akan membezakan anda dgn org palestin yg di tembak? sedara se Islam walaupun jauh tetap darah daging kita. Tidakkah mereka inginkan kenikmatan yg sedang kita rasakan di sini? dah tentu kita tak berani nak pegi lawan diorang, tapi hati kita nak menolong. Boikot produk amerika untuk menghantar mesej yg kita umat Islam mengecam perbuatan yahudi. Bayangkan barangan amerika yg ada di rumah anda adalah duit2 yg digunakan untuk menindas umat Islam. Mungkin anda pikir, bukan suma org amerika mcm tu, sedangkan umat Islam di amerika sendiri pun memboikot dan berdemonstrasi ke atas kerajaan mereka inikan pula kita. Kesudahannya berbunyi kisah begini;

    aku mahu sedekah tapi setan telah menghasutku bahawa org lain lebih mampu

    aku mahu berjihad tapi setan telah menghasutku akan takutkan kematian

    wallahuaklam

  19. mafia

    sokong komen zarul.. rezeki itu di tangan Allah..

  20. boikot apa?
    kerajaan koman?
    rakyat pun koman laa….kakaka

  21. BuDaKNaKaL

    Mmg patutlah 2 boikot brg2 amerika@yahudi… TP LAGI BGS KALAU KERAJAAN SEKAT TERUS BARANG2 TU DARI MASUK KE MALAYSIA… Setakat kfc, goreng ayam sendiri di rumah pun bleh maa…. Colgate, kn ada produk tempatan yg lg confirm halal… Klu da brg2 nie d jual d seluruh negara, mmg susah nak boikot. Klu gua, mmg boikot punyerr… Tp bkn semua malaysian bpikiran mcm gua…. So, klu bleh x pyh la jual brg2 tu d negara kta ne… Confirm rakyat Malaysia x beli punyerr…

    • eeprops

      bagaimana dengan nasib mereka2 yg bekerja dgn tmpt yg nk di boikot spt KFC mmg mejoriti pekerjanya adalah islam. haruskah kita lawan yahudi dgn korbankan umat islam sendiri. bukan senang nk cari kerja sekarang ni. yg ada master luar negeri pun ada yg x dpt keja lagi. siapa plak yg nk tolong kalau mereka2 kehilangan kerja. nak minta keja kerajaan pun belum tentu kerajaan nk bantu semua. apatah lagi yg swasta,semua begantung kekosongan. KFC slalu ada kosong.

  22. salam semua sahabat,

    maaf kerana menyelit skit, blh x bgkan saya senarai yg terperinci tentang barangan yahudi, dan saya baru dapat tahu tentang barcode yg datang dari yahudi atau product yahudi jadi saya nak berkongsi bersama code di depan barcode “729 *** **” jadi sy memang nak tahu lagi barangan org yahudi yg ada di pasaran, sebelum tu saya ada terjumpa website yg mungkin menarik minat sahabat sekalian http://english.truthway.tv/ , ini websitenya… klu nak download saya rekumen guna IDM=Internet Download Manager kerana cepat sedikit kelajuan download , sekian
    Wassalam.
    (http://clickforfortune.blogspot.com)

  23. one

    assalamualaikum.
    kepada semua sahabat.. aku sebenarnya berbangga dgn korang semua.. masih lagi orang yang berfikiran mcm aku rupanya.. aku ingt dh pupus dh.. trdetik jgk dlm ati aku bila bca teks korang.. klu seluruh rkyt malaysia mcm nie kn bgus… tp rmai lg yg msih lg mnguna kn produk us n yahudi sedangkn bnyk pndedahan tntg kekejaman yahudi dan kempen memboikot produk yahudi… xterkecuali di kutbah jumaat. tp msih ada lg yg mkan n menggunakan produk mereka.. butakh ati mereka..? nak kta bodoh suma nmpk pandai belaka.. meluat plak bla ada org berbangga bla dpt mkn kfc… bkan calang org plak 2… cikgu,doktor,kaki tangan kerajaan,nurse, suma hebat2 krang lg kah informasi mereka,…
    subhanallah…..

  24. burhanuddin

    Komputer yang anda gunakan sekarang itu pun hasil ciptaan Yahudi. Internet yang anda gunakan sekarang ciptaan Amerika. Sila buangkan komputer anda sekarang.

  25. udoh ………udoh……………israel …………….udoh

  26. Othman

    Yes..lets be firmed to proceed with the boycotting of Americans and Jews.
    It’s timely to gave the message to the murderers of palestin. It is also about time MALAYSIA develop NUCLEAR WEAPON to show all the JEWS that we are capable to engage war against them. Practically what is happening now is that we keep importing their goods just to keep them economically strong. It is also timely by boycotting their product we will make them less
    economically sound.

  27. asmawi

    Terima kasih atas pengetahuan ini

  28. anto umar

    kalo F&N itu produk mana ya??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s