Siapa yang mudah lupa? Datuk Nik Aziz Nik Mat,Dr Syed Hussin Ali atau Datuk Zaid Ibrahim?
Kalau bagi orang politik biasa kita memang boleh cincai kata…itu biasalah orang politik.Namun bagi status seorang ulama ia mungkin lain ceritanya.
Agendadaily kebelakangan ini menerima banyak panggilan telefon dari pembaca yang bertanya apakah Mursyidul Am PAS itu lupa apa yang pernah dikatanya tentang Presiden Rakyat Malaysia Dr Syed Hussin Ali yang kini Timbalan Presiden PKR.
Menjelang pilihanraya umum 2004 terdapat ura-ura pihak pembangkang nak letak Dr Syed Hussin bertanding di kerusi Parlimen Kota Bharu.
Namun ia tidak kesampaian.Nik Aziz berkeras menolaknya.Alasan beliau PRM ialah parti sosialis.Menurutnya sosialis ialah adik kepada komunis.
Mereka hairan bagaimana Nik Aziz kini boleh terima PKR yang Timbalan Presidennya ‘ adik kepada komunis’.
Ini bila mana Menteri Besar Kelantan itu cop UMNO parti macam komunis yang jadi polimek sekarang.
Mengenai Zaid pula lebih sensasi.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu yang juga bekas Ahli Parlimen BN Kota Bharu selama sepenggal pernah dicop oleh PAS sebagai kafir.
Waktu polimek tentang hukum Hudud dulu Zaid bukan saja telah mempertikaikan mengenainya tetapi pada tahun 2002 beliau mengemukakan saman di mahkamah kerana Kerajaan Kelantan ingin melaksanakan Hukum Hudud.
Dr Syed Hussin dan Zaid mungkin tak lupa.Siapa tau mungkin Tok Guru yang lupa…-30/6/2009 -agendadaily



6 Comments
July 3, 2009 at 3:23 pm
asalamualaikum,
la… kita dah tahu lama dah…nik aziz tu
dah tua memang mudah lupa… sebab tu asik merapu je..keluar fatwa yang bukan bukan …pencen je la..oi nik…
July 7, 2009 at 4:20 pm
Assalam….
Aku melihat TGNA sedeh…….tau….. tapi
yg membuat aku bertambah sedeh
hingga meleleh air liur aku ialah pengikutx
TGNA macam otak semuanya dah mati
tak boleh berfikir lagi.Ikut saja apa TGNA lakukan
kesiankan!!!!!!!!!
July 12, 2009 at 4:53 pm
salam tokkmod….
tokkmod pun dah tua, jgn la kutuk org tua cm2…
cuba cari sbb knp org maseh ikut cakap TGNA n sbb apa tokkmod kutuk sgt TGNA…
bila kita rasa ilmu kita dah cukup bagus, dah cukup tinggi utk menilai,kutuk org…??
July 14, 2009 at 8:05 am
sebab Nik ajis dah rasa ilmu dia cukup maka ia boleh tawarkan syurga untuk pengikutnya dan neraka untuk mereka yang x sependapat dgnnya…
July 20, 2009 at 2:12 pm
Salam Bro..
Ko selagi dok baca paper utusan n dengar berita kat TV3 selagi tu le otak ko akan bebal dan bangang..
Setau aku TGNA takde pun janji syurga kat sapa2.. Paper2 haprak korang jer dok putarbelit ikut sedap hati jek..
Kalau ko betul2 nak menilai.. ko pegi sendiri dengar ceramah2 TGNA.. Kalo tak paham bahse Kelantan .. bak aku ajarkan.. Bleh aku sumbat cili + Budu dalam mulut ko kasi cerdik skeet..
July 23, 2009 at 8:27 am
Wslm…
Aikk knp nak kena paham bahse klantan??? aritu bukan hadi awang yg terkinja2 berarak konon2nya nak memartabatkan bahasa melayu??? so knp x guna bahasa melayu yg rasmi… nampak sangat sekadar nak cari populariti je…
lagi satu lebih baik aku baca utusan dari aku baca akbar nafsu seRAKAH (Hara???) Bukan apa baca utusan dapat informasi dan ilmu baca akhbar korang tu banyak iklan ubak kuat seks jer…. x sesuai dgn aku dgn korang sesuaila…
nak nilai apa kat nik ajis??? bg aku dia sekadar ulama politik jer… bukannya dia jujur nak tegakkan islam… kalau ada kena mengena dgn sekutu dia malas nak bg komen tp kalau bab BN cepat je nak kata salah… cuba tanya bab nizar nyala lilin, bab nizar mogok lapar, bab eli bogel…. semua ok…
last skali aku memang suka makan budu… kau mcm paham2 selera aku ye palahotox…