Kontrak Sosial

DEFINISI : KONTRAK SOSIAL ialah satu bentuk pakatan atau persetujuan untuk mencapai sesuatu maksud atau tujuan antara 2 pihak atau lebih sama ada secara bertulis atau lisan.

CONTOH : Piagam Madinah iaitu perjanjian yang di antara kaum Muhajirin dan Ansar yang di ilhamkan oleh Baginda Nabi Muhammad S.A.W. Maka negara Islam pertama di dunia terbentuk. Piagam Madinah mengandungi 47 fasal yang dipersetujui.

Di Malaysia, Kontrak sosial wujud di antara orang Melayu dengan orang Cina serta India yang pada hari ini merangkumi Melayu dan Bumiputera Sabah/Sarawak.

TUJUAN :

i) ianya bertujuan untuk menyelesaikan perbezaan kepentingan diri atau kelompok masing – masing.
ii) memastikan kepentingan majoriti dan minoriti di ambil kira tanpa menjejaskan hak dan kepentingan masing-masing.
iii) memastikan persetujuan yang dicapai kekal dan diwarisi turun-temurun kerana persetujuan dianggap memenuhi kepentingan yang berpanjangan.
iv) memastikan setiap pihak yang bersetuju mematuhi dan menyampaikan kepada generasi seterusnya agar ia tidak bercanggah di masa depan.

Isi Kandungan Kontrak Sosial di Malaysia.

i) Orang Melayu menerima dan mengiktiraf orang Cina dan India sebagai warganegara. (Berasaskan prinsip Jus Soli).

ii) Orang Cina dan India mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa persekutuan.

iii) Orang Cina dan India mengiktiraf agama Islam sebagai agama persekutuan.

iv) Orang Cina dan India mengiktiraf kedaulatan Raja – Raja Melayu

v) Orang Cina dan India mengiktiraf Hak keistimewaan orang Melayu

sumber mykmu

22 responses to “Kontrak Sosial

  1. bagaimana pula dgn peribumi di sabah spt dusun, bajau, berunai dn lain2. Saya rasa peribumi sabah sama taraf dgn melayu di malaya spt termaktub dlm perkara 20 syarat kemasukan sabah sarawak dlm gagasan malaysia

  2. BakaL PM

    wahai saudara boragas….
    hak keistimewaan bumiputera adalah termasuk peribumi sabah dan sarawak…. kita penduduk asal memang sepatutnya mempunyai hak keistimewaan… tp skarang Pakatan Rakyat cuba menyamaratakan dan menghapuskan taraf bumiputera kita… mcm mana kita nak bersaing dgn bangsa pendatang nanti sekiranya kita xde apa2 keistimewaan??? sedangkn sebelum mereka diberi kerakyatan mereka berjanji memelihara keistimewaan bumiputera malaysia…

  3. I\pklevar

    Kalau selepas 51 tahun melayu masih memerlukan hak istimewa untuk bersaing, lebih baik mati. Menalukan agama sahaja.

    • sekiranya orang asing datang ke kebun kamu ingin ikut berkebun dan kemudian meminta separuh dari tanah kebun kamu disebabkan sama-sama membangunkannya kamu nak tak? ini bukan soal nak bersaing atau x, tapi perlukah kita membahagikan tanah yang menjadi pusaka nenek moyang kita? sedangkan mereka(orang asing tersebut) telah mendapat pelbagai keuntungan dengan menjual kelapa melombong bijih timah dan berniaga di tanah kita. why? cuma satu yang boleh kita lakukan, isu keistimewaan melayu x perlu di ungkitkan tetapi kita kena patuh dan respect!

    • Bakal PM

      Kalau macam tu kau keluar je dari malaysia kerana kau tak paham perlembagaan malaysia

  4. malay guy

    nak komen apa-apa pun, korang semuA BACALAH BUKU SEJARAH. CARA PENULISAN KORANG NI NAMPAK SANGAT BUTA SEJARAH. PERLEMBAGAAN (PERKARA ‘WARGANEGARA’ DAN PERKARA 153 ) ADA SEJARAHNYA SENDIRI. CUMA MELAYU MASIH TAK UBAH SIKAP DAN PANTANG DAPAT KUASA MULA NAK MENYALAHGUNAKANNYA.

    INGATLAH SEZALIM-ZALIM RAJA DAHULU, ORANG-ORANG TUA MINTA SUPAYA RAJA JANGAN DIDERHAKA, JIKA TUMBANG SI RAJA ITU, BUKAN TUMBANG SAHAJA PADA ORANG YANG MENJADI RAJANYA, TETAPI INSTITUSI DIRAJA ITU SENDIRI YANG TUMBANG. BILA INSTITUSI RAJA ITU TUMBANG, HILANGNYA DAULAT NEGARA. AKHIRNYA KUASA MENJADI MILIK SESIAPA SAHAJA. JIKA BAIK KUASA ITU BAIKLAH NATIJAHNYA TETAPI TIDAK LAMA. JIKA JAHAT KUASA ITU, ENTAH SAMPAI BILA BERAKHIRNYA. ITULAH YANG AKAN JADI BILA INSTITUSI DIRAJA SUDAH TIADA- LIHAT APA JADI PADA NEGARA/NEGERI YANG TAK BERAJA – BILA KUASA PEMERINTAHAN DI TANGAN RAKYAT YANG TAK SUDAH-SUDAH PEREBUTANNYA DAN RAKYAT ITU SENDIRI YANG MENJADI MANGSANYA. WALLAHU A’LAM

  5. razalijan

    Sebenarnya bukan 51 tahun jadi halangan, org melayu tak ada masalah utk maju kerana kemajuan orang cina yang ada sekarang adalah dibantu oleh org melayu. Saya berani potong jari kalau tak da melayu cina boleh maju. Tengok sapa yang beli hasil dagang mereka. Nak harapkan kaum cina beli takdalah. Nak kata mereka pandai berniaga, bohong. Dari dulu mereka tipu dacing depa ingat kita melayu tak tahu. Tapi kita biarkan kerna tak mahu bising. Kalau cacing dah naik kemata, orang melayu akan melatah kerana didunia ini hanya org MELAYU sahaja yang melatah. Tak ada bangsa lain yg latah. Kalu dah latah harimau ke, singa ke, gajah ke semua boleh tombang. Ingat tu

  6. anti-keganasan

    Kalau bangsa sendiri malas nak berdikari jangan salahkan bangsa lain! Jangan ingat hanya nak mengamuk dengan keris tu! Kau ingat bangsa lain tak pandai ke? Memang bodoh kalau gunakan pendekatan nak mengamuk sebagai ugutan!

  7. Pemikir Melayu

    saya terpanggil untuk, membicarakan tentang isu kontrak sosial, yang di diperkatan oleh ramai pemimpin hari ini. Namun apa yang menjadi kemuskilan saya dimanakah dokumen perjanjian yang dikatakan kontrak sosial, samada dalam bentuk dokumen ataupun minit mesyuarat yang berlaku diantara pemimpin parti politik dahulu. Sekiranya tidak ada dokumen yang boleh menyokong bagaimana kita hendak mempertahankan, hak orang melayu jika kes ini dibawa ke mahkamah. Sejarah telah membuktikan bagaimana pulau batu putih telah jatuh ke tangan Singapura walaupun kita mendakwa itu hak kita dengan asas-asas yang agak kukuh, tapi malangnya kita tak ada bukti bertulis yang dapat memiha kepada kita,seperti surat perjanjian ataupun dokumen yang membantu. Justeru itu kita harus sedar jika kes ini dipanjangkan ke mahkamah bukti bertulis amat penting, hal yang sama juga untuk penulisan sejarah. Jika tidak ada bukti bagaimana ia harus di terima sebagai sejarah.

  8. sayangmalaysiaku

    Saya ingin memberi penerangan kepada org2 yang tidak faham mengapa kita org melayu mepunyai hak keiistimewaan di negara sendiri. 1. semasa pendudukan penjajah dari zaman portugis,jepun dan British,saya ingin ingatkan semua bhw yg mempertahankan Tanah Melayu ketika itu ialah Dato Bahaman,Tok Janggut,Leftenan Adnan,Mat Kilau dll. Tidakkah jelas kedengaran barisan nama2 ini semuanya dr kalangan org Melayu yg merupakan penduduk asal disini. 2. Namanya pun TANAH MELAYU. Kalau sesiapa pun dr kalangan kita,mendapat kewarganegaraan negara lain spt British,Korea,Canada dll,haknya pn tidaklah sama spt penduduk asal negara itu. Namun Malaysia adalah satu2nya negara yg membenarkan 4 system pendidikan,kebebasan berbahasa,bebas ke mana2,malah kita maju dan aman berbanding beberapa negara2 Asia lain yg sibuk merusuh dan berpiket.kalau anda tinggal di Jepun,anda harus berckp bahasa jepun,sekolah Jepun,bekerja dan hidup mengikut budaya Jepun dan disana cuma ada satu aliran sekolah,begitu juga di Thailand,Indonesia,US dll.apakata jgn asyik memikirkan hal2 yg membangkitkan perpecahan.kita tumpu kpd teknologi dan pembangunan spt Jepun,Jerman dll. Bukannya ada sesiapa penduduk Malaysia yg ditindas,semua dpt makan,beli rumah,sekolah,bekerja.ada tpt dlm dunia ni yg rakyatnya sendiri tak cukup makan dan tidak berumah.

  9. emran

    setuju dengan sayanmalaysiaku..ape tak cukup lagi ke dah beri setakat ni?Tak bersyukur sungguh.Tengok la sebangsa korang dekat Thailand,Vietnam,dan beberapa negara lain..macam mana?senang macam korang kat sini?

  10. abas

    Kontrak Sosial merupakan satu kefahaman yang tercetus antara pemimpin-pemimpin untuk kesejahteraan semua bangsa sewaktu kita mencapai kemerdekaan.
    Banyak kebaikkannya tetapi ramai orang mengeksploitasikan benda tu untuk kepentingan serta ajenda peribadi mereka.
    Semua perturan yang di cipta oleh manusia ada kekurangannya. Banda yang baik untuk seseorang pada hari ini tak sesuai kepada mereka keesokkan harinya. Tetapi peraturan ciptaan tuhan adalah untuk selama-lamanya. Oleh itu, janganlah terlalu taksub dengan peratuiran manusia.
    Perlu berfikir mengikut peredaran zaman. Kita hidup sebagai sebuah bangsa yang harmoni bukan kerana kontak sosial tersebut. Kita membentuk persefahaman atas dasar hormat dan sayang. Cuba tanya orang kampung ‘apa itu kontark sosial’?; tak percaya tanyalah bangsa cina yang menetap di kampung baru dan masyarakat India di ladang-lasdang. Tak mungkin ada di antara mereka akan menjawab, KONTRAK SOSIAL yang membentuk persefahaman tersebut.
    Orang politi yang berkepentingan yang selalu mengapi-apikan isu-isu panas seperti kontrak sosial.
    Ubahlah tanggapan anda tentang isu tersebut. Malaysia ini negara aman. Kita ditakdirkan untuk hidup bersama. Pelbagai kaum, pelbagai latarbelakang, pelbagai agama, pelbagai warna, pelbagai makanan dan lain-lain merupakan kekuatan kita bersama. Marilah pupuk semangat tersebut.

    Malaysia akan semakin maju jika sentimen-sentimen perkauman dihindari oleh setiap kaum di negara ini.

    Negara Malaysia dan Bangsa Malaysia adalah tanggungjawab semua.

  11. senarnye bknnye org cina yg nak dok sgt kat m’sia ni.slhkan inggeris.dorg yg bwk cina ngn india msok cni.inggeris gk la yg cipta system ekonomi brasaskan kaum dlu.xingt?
    tp skrg dorg nak hak yg sama rata.mmg xptut.
    mlayu pnduduk asal.mlayu pttnye brterima kaseh kat pmimpin dlu.mlayu maju pon sbb perkara 153 perlmbagaan persekutuan.dah diberi tongkat tp still x sdar dri.bersatulah melayu.
    ubhlah mentaliti wahai org mlayu.jgn dok asyik sal hiburan jer.org nak pijak pale kite pon xkan nak diam jer..

  12. Malaysian

    Hei malaysian, ini bukanlah masa untuk bincangkan kuasa keistimewaan ataupun isu-isu perkauman.
    Kita kan Malaysian, penduduk satu negara yang berbilang kaum dan muafakat, buat apa bangkitkan isu-isu perkauman?
    Problem yang kita tengok ini lah macam mana nak bangunkan Malaysia tetapi bukan bersifat ekstrimis yang memperkata-katakan Cina atau Melayu atau India.
    Perpaduan, Muafakat yang sering diperkata-katakan.
    Siapa yang menceraikan 1 bangsa Malaysia yang muafakat ini kepada 3 kaum?
    Sekarang ni, nk dapat undi, bangkitkan isu perkauman, perbuatan ni halal ke?
    Masih berfikiran kuno berpuak-puak tu ke?
    Maturelah sikit!

  13. Fir M.A

    KOTRAK SOSIAL???

    50 tahun sudah kita merdeka…
    Melayu masih di tahap yang sama..
    Yang susah di lupa yang mudah di minta…
    Akhirnya melayu di tahap itu juga…

    Kerja mudah jadikan sandaran…
    Tangan di tadah memohon pertolongan…
    Yang kecil di tolak yang besar di kenan…
    Melayu bercakap soal ketuanan…

    Sekeping kertas mencatat angka…
    Menulis harga tawaran di beri..
    Angkara memohon tender terbuka…
    Harga di letak ntah kan apa-apa…

    Itulah bahana melayu mudah lupa..
    Yang tahu menadah tangan dan terima…
    Akhirnya siapa sekarang yang terasa..
    Jika tidak melayu peminta…

    Bukan ingin terlajak sikap..
    Perkara sebenar bukan bohongan..
    Bila melayu tidak di suap…
    Bagaikan kapal tiada haluan..

    Ingatlah semua wahai insani..
    Melayu itu hanya namanya..
    Ajaran Islam yang paling hakiki..
    Apa erti melayu jika Al-Mutakkabir di lupa…

  14. DEEPALUX

    apa-apa pun, saya sebagai rakyat malaysia amat bersyukur kerana dapat dilahirkan dalam negara yang aman ini dan dalam negara yang berbilang kaum.

  15. Bakal PM

    semoga keamanan dan perpaduan dapat terus dinikmati setelah dibina sejak merdeka oleh BN…

  16. 1m'sia

    al my frens, chinese and indians consider as imigrant before emergence of Federation Of Malaya. Please refer to today’s perlembagaan to know about citizenship of malaysia. If in the holy law there is a word to describe Chinese and Indians as imigrant until now, then you can always address them as “pendatang”. If no it’s very unfair to address them in this manner. As per my opinion i feel we really should stop talking about racial issue that effect our concept of 1 malaysia. Even we at oversea we will address ourselves as MALAYSIAN. But not as “i’m MALAYSIAN CHINESE” or MALAYSIAN INDIAN” please proud of ourselves for being a Malaysian. i’m proud of that..
    thanks to whoever reading my piece of mind..
    tc frens..

  17. hang jebat

    “Proud”
    Bukan setakat diucapkan tetapi dipraktikan.

    “Bahasa Menunjukan Bangsa”.
    Bahasa Malaysia adalah bahasa kebangsaan Malaysia dan bukan bahasa Ingeris. Nanti orang cakap tak serupa bikin…

  18. Kontrak so-sial>ketuanan melayu create projek bagi kat melayu..sub kat cina sub kat india …ketuanan melayu goyang kaki makan komisyen…

    • pediliapa

      asyik gaduh pasal hak istimewa je..dah2 la,baek2 aman saje je nak buka isu yg leh wat org gadoh..mcm la nasik kat rumah korang tak cukup,mcm la tanah 2 ko rang bawak ke mati..dah tak cukup tanah kubur ke nak gaduh2?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s