Monthly Archives: February 2008

today’s lesson

  in one of the chapters in e-commerce syllabus, i have to cover topic about supply and demand as well as dynamic pricing.
penah dengar?i bet at least anda pernah belajar tentang this 2 topics masa kat sekolah/kolej/uni.
so….pegi pulak ke topik sains….penah dengar sumber asli?natural resources?
sumber asli ni hasil dari mother nature dan secara logika nya semakin byk korang pakai makin kurang jumlah sumber asli di muka bumi ni

ok..skang kita gabungkan 2 2 ni…..
sumber asli yg makin habis, dan supply and demand dan jugak dynamic pricing.
ambil satu contoh, petrol/minyak/bensin/bahan bakar…whatever u call it….adalah sejenis sumber asli…dan semakin berkurangan
tetapi….demand semakin tinggi…hampir setiap umat manusia memerlukan bahan bakar…..
jadi…bila permintaan tinggi, secara automatik nye harga akan naik…the rule of dynamic pricing/supply and demand

so…secara logik nya lagi skali….harga minyak di kontrol oleh negara pengeluar minyak (OPEC)….permintaan minyak amat tinggi….sudah tentu harga minyak di naikkan oleh OPEC….jadi mana rasional nya janji2 harga minyak akan turun? dongeng pak pandir semata2….
kecuali……org yg menjanjikan penurunan harga minyak itu mempunyai loji dan simpanan minyak sendiri di mana simpananya melebihi keperluan ….sbb tu dia jamin dia bole turunkan harga minyak!

itu saja lecture utk hari ini. thank you

nota: petikan di atas datang dari sebuah blog di mana pemiliknya merupakan seorang pensyarah. Ia  memberi sedikit gambaran kenapa harga minyak terpaksa dinaikkan oleh kerajaan. Sehingga hari ni parti pembangkang masih memainkan isu minyak di dalam kempen mereka khususnya Parti Keadilan. Ketika ditanya kepada PKR melalui Penasihatnya Anwar Ibrahim  apakah jaminan PKR sekiranya harga minyak diturunkan maka harga barang keperluan pengguna juga akan turun…sehingga hari ini mereka masih membisu tanpa jawapan…..umum patut mengetahui sekiranya harga minyak diturunkan sebanyak 30sen seliter…adakah harga barang keperluan juga akan diturunkan….jawapannya TIDAK….kerana rata-rata harga keperluan sudah pun naik dan sifat pembeli yang masih membeli barang keperluan ini mencerminkan kepada pembekal bahawa barangan tetap akan dibeli oleh pengguna walaupun harga dinaikkan. Sebg contoh roti canai yang harga naik dari 60-70sen kepada 90sen-RM1…walaupun harganya naik…masyarakat masih lagi gemar memakan roti canai…rata-rata pemilik kedai yang menjual roti canai masih lagi mempunyai ramai pelanggan mereka walaupun harga dinaikkan…

jadi fikir2kan…jgnlah terpedaya dengan dakyah dan janji hitam pembangkang…

bagaimana masa depan negara kita jika dipimpin oleh seorang pemimpin yang sering melanggar undang-undang negara seperti demostrasi jalanan….

adakah anda sanggup mempertaruhkan masa depan anak-anak anda?? 

Advertisement

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Kaum India diperalat oleh pembangkang: Samy

28-02-2008 07:08:37 PM LUMUT: Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu berpuas hati dengan sokongan padu pengundi India terhadap Barisan Nasional (BN) yang dapat dilihatnya semasa berkempen di kawasan yang diwakili calon MIC menjelang pilihan raya umum 8 Mac.

Beliau Khamis berkereta dari kawasan Parlimen Sungai Siput di mana beliau terbabit dalam pertandingan tiga penjuru, ke kerusi Dewan Undangan Negeri Pasir Panjang di Perak di mana wakil MIC Dr S. Vasan akan berdepan calon PAS Mohamad Nizar Jamaluddin.

Samy Vellu berkata sejak kempen pilihan raya umum ini bermula Ahad lepas, beliau telah melawat beberapa kawasan dan gembira dengan sokongan yang diberikan pengundi khususnya kaum India.

“Walaupun pembangkang cuba menganggu, kami berjaya bertemu dengan ribuan pengundi di semua tempat yang kami lawati,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di satu lokasi di Pasir Panjang.

Mereka juga melahirkan kemarahan dan kekecewaan terhadap pembangkang yang mengelirukan kaum India dan memperalatkan mereka bagi kepentingan politik mereka, katanya.

Beliau berkata pembangkang telah menggunakan taktik menakut-nakutkan dalam kempen mereka dan ini telah menimbulkan kegemparan di kalangan masyarakat India.

Katanya pembangkang telah memperalatkan belia India untuk memperjuangkan politik mereka melalui kaedah melanggar undang-undang.

“Dengan memperalatkan belia ini, mereka memberikan gambaran tidak betul bahawa masyarakat India tidak menyokong BN,” katanya.

Samy Vellu berkata pembangkang menggunakan taktik kotor itu kerana terdesak untuk menafikan majoriti besar-besaran BN dalam pilihan raya ini.

“Mereka tahu mereka tiada apa untuk dibuktikan kepada rakyat. Apa yang mereka cuba lakukan ialah mewujudkan tanggapan bahawa BN dan MIC telah gagal memperjuangkan nasib kaum India,” katanya.

Beliau yakin “majoriti pengundi senyap” kaum India akan keluar beramai-ramai untuk menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian 8 Mac ini dengan memilih BN.

Samy Vellu berkata pengundi India tidak akan mengkhianati MIC yang telah memperjuangkan hak dan masa depan mereka di negara ini. “Inilah kebenarannya,” katanya. BERNAMA

nota: mutakhir ini kecoh akan hal dan masalah yang dihadapi oleh kaum India di Malaysia. Pihak2 tidak bertanggungjawab seperti HINDRAF dan tidak ketinggalan pihak pembangkang cuba menjadi HERO bagi masyarakat India di Malaysia. Umum tahu kemunculan HERO-HERO ini adalah bersifat sementara di mana janji ditabur tunai janji adalah kabur. Pendekatan melalui demonstrasi jalanan bagi menunjukkan ketidakpuashatian masyarakat India telah dimanipulasi oleh pembangkang di dalam usaha cuba meraih sokongan dari kaum India. Justeru itu, masyarakat India jangan terpengaruh dengan janji-janji kosong yang telah dibuat oleh pihak pembangkang kerana sudah terbukti dari dahulu lagi Barisan Nasional adalah hero dan penyelamat masyarakat India di Malaysia   .

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jangan bereksperimen — Rakyat tanggung risiko jika pilih pembangkang sepenggal – PM

petikan dari Utusan Malaysia

Oleh ZULKIFLI JALIL dan HABIBAH OMAR

KEPALA BATAS 28 Feb. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi amaran bahawa sebarang eksperimen untuk memilih parti pembangkang memerintah, walaupun hanya sepenggal, boleh mendatangkan risiko teruk kepada ekonomi dan pembangunan negara.

Perdana Menteri menegaskan, proses menubuhkan kerajaan sebenarnya bukan sesuatu yang boleh dibuat main-main sehingga memerlukan eksperimen politik.

Beliau berkata, jika eksperimen dalam tempoh lima tahun itu tidak menjadi kenyataan, risikonya pasti ditanggung oleh rakyat.

Dalam konteks ini, beliau mengingatkan rakyat hanya Barisan Nasional (BN) boleh memerintah negara dan telah pun menghasilkan kemajuan yang terbukti hari ini.

“Nak buat eksperimen lima tahun, kalau tak jadi, bukankah teruk? Risikonya tinggi dan saya harap (idea itu) tidak dapat sambutan,” katanya.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri dengan Warga Pendidik Kepala Batas di Dewan Milenium di sini hari ini.

Beliau mengulas dakyah pembangkang dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-12 yang merayu rakyat memberi peluang kepada barisan pembangkang memerintah negara hanya sepenggal.

Para pemimpin pembangkang meminta pengundi memberi peluang sekali sahaja kepada mereka dengan alasan jika prestasi pembangkang tidak seperti yang digambarkan, rakyat kemudian boleh memilih kembali BN pada pilihan raya umum berikutnya.

Menurut Perdana Menteri, kemajuan yang dicapai hasil usaha BN diperlihatkan menerusi kemantapan ekonomi Malaysia yang mencatatkan pertumbuhan 7.3 peratus bagi suku keempat 2007.

Katanya, angka pertumbuhan itu adalah sesuatu yang di luar dugaan.

“Saya tahu ia akan lebih tinggi tetapi tak sangka angkanya 7.3 peratus. Jika dikira dari segi hitung panjang empat suku penggal sepanjang tahun itu, kadar pertumbuhan ialah 6.3 peratus.

“Ia menandakan keyakinan rakyat Malaysia terhadap keseimbangan ekonomi ekoran pelaburan yang meningkat dari negara-negara lain. Saya amat gembira dengan perkembangan ini,” katanya.

Abdullah memberitahu, pertumbuhan yang memberangsangkan itu membolehkan kerajaan merancakkan lagi kemajuan ekonomi supaya lebih banyak faedah boleh diberi kepada rakyat.

Rabu lalu, Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) mencatatkan pertumbuhan 7.3 peratus bagi suku terakhir 2007 hasil sokongan perbelanjaan penggunaan dan pelaburan yang kukuh.

Bank pusat itu berkata, kesemua sektor dalam ekonomi mencatatkan pertumbuhan kukuh, sekali gus menjadikan KDNK benar pada 2007 meningkat kepada 6.3 peratus.

nota: tidak dinafikan peranan pembangkang adalah penting di dalam sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi.walaubagaimanapun, orang ramai dinasihati supaya berhati-hati dengan janji manis yang dibuat pembangkang. ini kerana jika dilihat dari segi kemampuan untuk mentadbir sesebuah negara dan kerajaan, sudah terbukti Barisan Nasional berjaya meneraju Malaysia dengan jayanya. Oleh itu, undilah dengan bijak dengan memilih Barisan Nasional bagi piliharaya umum ke 12 ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 calon jadi tumpuan

berikut adalah petikan dari blog Dato’ A Kadir Jasin…

3 calon jadi tumpuan pada PRU kali ini iaitu:

1. Naib Ketua Pemuda UMNO = Sdr Khairy Jamaludin (Rembau)

2 . Exco Pemuda UMNO = Dato’ Mukriz Mahathir (Jerlun)

3. Puteri Keadilan = Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai)
Moga ketiga-tiga tempat dan kerusi ini terus dipegang oleh Barisan Nasional.

nota: semua kerusi di atas adalah kerusi Parlimen

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 Sebab Kukuh Mengapa Anda Harus Memilih Barisan Nasional

1. Sistem perkongsian kuasa yang terbukti

Perpaduan dalam menghadapi kegentingan – inilah falsafah yang didokong oleh kami sejak Kemerdekaan dan zaman permulaan parti Perikatan. Walaupun parti komponen BN diwakili pelbagai kumpulan berbeza, setiap keputusan penting dicapai dengan persetujuan ramai, bagi membuahkan hasil yang terbaik untuk Negara.

Setiap kumpulan berhak bersuara, namun matlamat muktamad ialah kepentingan Negara tetap terpelihara.

Sistem perkongsian kuasa ini menuntut kompromi dan juga kefahaman mengenai pengorbanan yang perlu bagi menjamin keselamatan, keamanan serta kemakmuran Negara. Ini memerlukan perkongsian pendapat mengenai Negara, sesuatu yang telah berjaya dicapai sepanjang perkongsian kuasa yang berdekad lamanya. Berapa banyakkah pakatan boleh mengaku mereka benar-benar bersepadu seperti ini?

2. Kerajaan yang terbukti berkesan

Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun Kemerdekaan membuktikan keberkesanan kerajaan pimpinan BN. Dari agenda pertumbuhan ekonomi, hinggalah pembasmian kemiskinan, kerajaan BN telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan.

Dalam masa empat tahun yang lepas, kerajaan BN telah terus berusaha merealisasikan mandat 2004 rakyat yang begitu tinggi harapannya. Keadaan semasa amat mencabar: harga komoditi yang kian meningkat, serangan penyakit SARS, ekonomi sedunia yang tidak menentu, harapan rakyat yang tinggi. Tetapi kerajaan BN tetap tabah, dan hasilnya Negara berjaya menempuh saat-saat genting ini dengan lebih baik berbanding negara-negara lain. Malaysia tetap mengalami pembangunan yang pesat walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut.

3. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan

Dunia kini semakin mencabar. Kemungkinan kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat serta ancaman pengganas yang berleluasa telah menimbulkan ketakutan serta pandangan yang pesimis. Pada masa yang sama, Malaysia berada di persimpangan jalan. Negara kita perlu menguasai persaingan global dengan menjana ekonomi pengetahuan (knowledge economy). Rakyat Malaysia perlu maju dari segi sosial serta budaya. Kesemua ini, dan banyak lagi perkara lain, perlu dicapai tanpa mengorbankan keselamatan, keamanan serta kualiti hidup rakyat.

Setelah memimpin Negara menghadapi saat-saat genting, serta pelbaai fasa ekonomi yang beragam, kita sedar kita perlu sentiasa pragmatik dan bertanggungjawab. Kita tidak akan sekali-kali menyuarakan janji kosong atau yang merbahaya seperti yang dilakukan oleh parti-parti lain. Seperti yang telah kita kotakan sebelum ini, kita akan membuat pilihan yang betul, dan kita akan berusaha mempersediakan Negara ini untuk menghadapi masa hadapan.

Fakta Tambahan

  1. Peningkatan KDNK sebanyak 18%
  2. Pendapatan purata isirumah : RM3,617 dari RM3,249
  3. Lebih dari 1.3 juta peluang pekerjaan baru
  4. 178,000 rumah kos rendah
  5. 14 hospital baru, 22 Klinik Kesihatan dan 64 Klinik Desa
  6. Biasiswa JPA: dari 5,000 ke 10,000 orang setahun
  7. Bantuan Subsidi bahan api: RM16 bilion
  8. RM18 bilion bagi mengekalkan harga rendah bekalan gas kepada industri
  9. Lain-lain subsidi: RM9.2 bilion
  10. Subsidi elektrik: RM331 juta bagi tahun 2006 dan 2007
  11. Bantuan RM450 sebulan untuk keluarga miskin

Maklumat lanjut mengenai manifesto Barisan Nasional bagi pilihanraya ke 12…sila layari laman web di http://www.bn2008.org.my

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar Penamaan Calon P.99 Ampang/N19 Bukit A’bangsa/N20 Lembah Jaya Bah.3

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar Penamaan Calon P.99 Ampang/N19 Bukit A’bangsa/N20 Lembah Jaya Bah.2

sambungan gambar2 sekitar penamaan calon

Barisan Calon berdoa sebelum ke dewan pendaftaran calon

Mantan MP Ampang Dr Rozaidah Talib hadir memberi sokongan..

Pemuda Enggang Bersama Ketua Cawangan En Rosman Kassim

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Calon Yang Bertanding Di Parlimen Ampang (P.99)

P. 99 Ampang

Azman Bin Wahid (BN)

Zuraida Kamarudin (PKR)

N. 19 Bukit Antarabangsa

Haslinda Mohd Zerain (BN)

Mohamed Azmin Ali (PKR)

No. 20 Lembah Jaya

Ismail Bin Kijo (BN)

Khasim Abdul Aziz (PAS)

Senarai penuh calon bagi Pilihanraya Umum ke 12..

sila klik di sini (sumber Utusan Malaysia)

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar Penamaan Calon P.99 Ampang/N19 Bukit A’bangsa/N20 Lembah Jaya

Jam 9 pagi di Dewan Dato’ Ahmad Razali, Ampang

Antara Pemuda Jalan Enggang yang mengambil bahagian

Calon BN P.99 Ampang Azman Bin Wahid (tengah) & N19. Bkt Antarabangsa Haslinda Zerain berbincang dengan Ketua Cawangan Jalan Enggang Rosman Kassim

Jentera Wanita BN


gambar akan bersambung di bahagian 2

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Proses Penamaan Calon

Maklumat Penamaan Calon Bagi:

1 P.99 Ampang

2. N19. Bkt Antarabangsa

3. N20. Lembah Jaya

Jalan Ampang berhadapan Taman Dato’ Ahmad Razali akan ditutup pada hari ahad 24 Februari 2008 mulai jam 6.30pagi bagi urusan di atas.

Sehubungan itu, pihak awam hendaklah menggunakan jalan alternatif untuk ke destinasi masing-masing.

Para penyokong BN atau pun pihak lawan diminta supaya mematuhi standard sepanduk dan bendera mengikut ukuran yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa. Sila berkumpul di tempat yang telah ditetapkan mengikut parti masing-masing.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda