Daily Archives: February 12, 2008

Majlis Ceramah Isu-Isu Semasa

gambar-gambar sekitar majlis yang telah diadakan pada 20 JANUARI 2008 di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Jalan Enggang di mana penceramah pada majlis tersebut ialah :

1. YB DR. ROZAIDAH BINTI TALIB, AHLI PARLIMEN AMPANG dan 2. YB TUAN AZMAN BIN WAHID, ADUN BUKIT ANTARABANGSA

dsc_0447.jpgdsc_0446.jpgdsc_0444.jpg

dsc_0448.jpgdsc_0454.jpgdsc_0450.jpg

dsc_0459.jpgdsc_0457.jpgdsc_0451.jpg

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Jangan hanya jadi penampal poster

ayuh semua..sahut seruan MB N9

SEREMBAN 10 Feb. – Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri ini diingatkan agar tidak hanya menjadi penampal poster pada pilihan raya umum akan datang tetapi lebih penting sebagai tulang belakang bagi menggerakkan jentera parti dalam menggempur pihak pembangkang.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Pemuda (BN) seharusnya memainkan peranan yang lebih besar bagi memastikan jentera pilihan raya bergerak lancar di samping mempengaruhi pengundi untuk memberi sokongan kepada parti.

Justeru, beliau meminta semua jentera parti komponen mengadakan perkongsian bijak di samping bekerja kuat dalam memastikan semua calon BN negeri mendapat kemenangan 100 peratus pada pilihan raya umum akan datang.

‘‘Kita tidak mahu Pemuda BN hanya menjadi pembawa bendera, tampal poster dan tinggal heboh sahaja. Kita mestilah ada hala tuju dalam mengerakkan jentera parti agar pihak pembangkang tiada tempat untuk mencari isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Sedia Gempur Pilihan Raya dan Skuad Banteras Dadah Pergerakan Pemuda BN Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Datang

selamat datang ke laman web pergerakan pemuda UMNO Jalan Enggang Bahagian Ampang.

semoga dengan adanya laman web ini, pihak kami dapat mendekatkan lagi diri dengan masyarakat setempat.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda