Jangan hanya jadi penampal poster

ayuh semua..sahut seruan MB N9

SEREMBAN 10 Feb. – Pemuda Barisan Nasional (BN) negeri ini diingatkan agar tidak hanya menjadi penampal poster pada pilihan raya umum akan datang tetapi lebih penting sebagai tulang belakang bagi menggerakkan jentera parti dalam menggempur pihak pembangkang.

Pengerusi BN Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Pemuda (BN) seharusnya memainkan peranan yang lebih besar bagi memastikan jentera pilihan raya bergerak lancar di samping mempengaruhi pengundi untuk memberi sokongan kepada parti.

Justeru, beliau meminta semua jentera parti komponen mengadakan perkongsian bijak di samping bekerja kuat dalam memastikan semua calon BN negeri mendapat kemenangan 100 peratus pada pilihan raya umum akan datang.

‘‘Kita tidak mahu Pemuda BN hanya menjadi pembawa bendera, tampal poster dan tinggal heboh sahaja. Kita mestilah ada hala tuju dalam mengerakkan jentera parti agar pihak pembangkang tiada tempat untuk mencari isu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Sedia Gempur Pilihan Raya dan Skuad Banteras Dadah Pergerakan Pemuda BN Negeri Sembilan di Dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS) di sini hari ini.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s