Ambil iktibar kejatuhan Pertamina

satu posting menarik dari saudara V

BOLEHKAH keuntungan Petronas diguna untuk menurunkan harga minyak dan barang? Atau bolehkah ia dipakai untuk biaya kos pendidikan percuma rakyat sehingga ke peringkat pengajian tinggi?

Jawapannya tentulah boleh. Inilah yang menjadi modal dalam kempen parti pembangkang pada pilihan raya ke-12 yang sudah hangat ketika ini walaupun tarikhnya belum ditetapkan lagi.

Tetapi risikonya terlalu tinggi. Tidak boleh dibayangkan apa yang mungkin boleh berlaku kepada satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam majalah Fortune sebagai antara 500 syarikat terbesar dunia ini, jika langkah berkenaan diguna pakai.

Dalam hal ini, kita boleh belajar daripada pengalaman yang dilalui syarikat minyak Indonesia, Pertamina semasa era pemerintahan Presiden Suharto. Selain terpaksa menanggung hutang yang besar dan hilang daya tarikan pelabur, ia menjadi sarang korupsi, kolusi dan kronisme.

Pertamina, semasa era pemerintahan 32 tahun Orde Baru telah menjadi sebahagian daripada tonggak sistem ekonomi dan politik Suharto. Malah Pertamina pernah diurus oleh seorang jeneral.

Tidak seperti sekarang, bahan api pernah menjadi monopoli Pertamina. Hanya stesen minyak Pertamina dibenarkan beroperasi. Keadaan stesen minyaknya buruk kerana untuk ubah suai pun memerlukan persetujuan pemerintah.

Seorang penyelidik Lembaga Penelitian, Pendidikan dan Penerangan Ekonomi dan Sosial (LP3ES) Indonesia, Pri Agung Rakhmanto mengakui bahawa Pertamina selama bertahun-tahun telah dimanipulasi untuk menjaga stabiliti rejim Suharto.

Semasa era Suharto, menurut Pri seperti dipetik akhbar Kompas baru-baru ini, tidak pernah berlaku kekurangan bahan bakar minyak seperti sering dialami sekarang dan harganya juga dikawal supaya sentiasa murah demi kepentingan politik Suharto.

Semasa itu rakyat tidak mengeluh kenaikan harga barang atau harga minyak. Malah semasa era reformasi, ramai rakyat Indonesia mahu kembali ke zaman ‘indah’ Suharto yang serba-serbinya murah.

Tetapi berapa lama keuntungan hasil kekayaan sumber alam Indonesia itu boleh bertahan untuk terus dimanipulasi?

Pada tahun 1960-an dan 1070-an, kehebatan Pertamina terserlah apabila mampu meletakkan dirinya sebaris dengan syarikat minyak asing yang semasa itu menguasai industri tersebut. Majalah Fortune menyenaraikannya antara 200 syarikat terbesar di dunia.

Ia menjadi kebanggaan rakyat Indonesia. Pertamina diberi pelbagai peranan termasuk membina sekolah, membangun jalan raya, membuka jelapang padi dan kilang keluli. Tanggungjawabnya diperluaskan bukan lagi dalam bidang kepakarannya iaitu minyak dan gas.

Kesannya, selepas beberapa dekad, Pertamina yang menjadi inspirasi penubuhan Petronas pada tahun 1974 dengan ramai pegawai Petronas dilatih di Pertamina, tidak lagi segagah dahulu.

Malah ungkapan yang sering kita dengar daripada rakyat Indonesia ialah Petronas pula yang kini menjadi inspirasi Pertamina. Rakyat negara itu bertanyakan apa kurangnya Pertamina untuk menjadi sehebat Petronas?

Penganalisis ekonomi Indonesia, Dr. Kurtubi yang pakar dalam industri minyak ketika diajukan cadangan menggunakan wang keuntungan minyak dan gas untuk menurunkan harga minyak segera mencelah, cadangan itu tidak masuk akal.

“Jangan gunakan anugerah Allah untuk diboroskan pada masa ini. Nanti kita berdosa kepada anak cucu kita,” tegasnya yang bersikap kritikal terhadap sebarang penyalahgunaan harta negara.

Subsidi

Beliau yang menyaksikan kejatuhan Pertamina menegaskan jika keuntungan Petronas digunakan untuk menambah subsidi supaya harga minyak boleh turun, ia merupakan langkah ke belakang.

“Sebab subisidi mendorong pemborosan, tidak ada kreativiti dan menghambur wang negara kerana orang kaya juga menikmatinya,” katanya.

Dalam keadaan harga minyak dunia yang selalu naik, tentulah langkah mengawal harganya supaya terus murah bukan pilihan yang bijak, malah membahayakan ekonomi negara.

Ia tidak memberikan gambaran sebenar kepada pelabur dan industri kerana harga minyak bukanlah harga sebenar kerana telah disubsidi oleh kerajaan. I

“Ini akan menyebabkan pelabur membuat pertimbangan dan keputusan yang salah. Minyak akan digunakan secara boros kerana harganya murah. Rakyat juga yang rugi untuk jangka panjang,” kata Kurtubi lagi.

Minyak yang ada di dasar bumi ini sifatnya tidak boleh dibaharui. Jika terus digali serta diproses sekarang dan dijual murah pula, itu ertinya kita telah mengambil hak generasi akan datang.

Anak cucu kita juga berhak terhadap hasil mahsul negara. Janganlah ia dibazirkan. apatah lagi demi menjaga kepentingan politik pihak tertentu. Politik seharusnya turut digunakan untuk kesejahteraan generasi akan datang.

Pengalaman yang telah dilalui Pertamina tidak boleh dibiarkan berlaku ke atas Petronas yang kini semakin tangkas dengan strategi globalisasinya dan mendapat dukungan para pelabur.

Pada masa yang sama, kita harus bersyukur dengan komitmen Petronas yang terus berupaya menyumbang semula hasil keuntungannya kepada kerajaan dalam bentuk cukai, dividen, royalti dan eksport duti.

Sebagai contoh bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2007, Petronas telah menyumbang hasil keuntungannya sebanyak RM48.3 bilion kepada kerajaan. Pada tahun berkenaan Petronas mencatat keuntungan sebelum cukai berjumlah RM76.3 bilion.

Janganlah kerana misi politik jangka pendek yang sempit, kita hilang pula sumbangan besar tersebut kerana nikmatnya harus terus dirasai oleh anak cucu kita.

Apa kata pakar agung maksum Keadilan pula? =)

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Ambil iktibar kejatuhan Pertamina

  1. i think

    rasa saya DSAI tak jawab soalan ni..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s