Sekiranya BA Menang PRU Ke-12…

Dipetik dari Sahabat MANTAP di Isnin, 28 Januari 2008

Oleh: Salza Hedra

Sebuah kerajaan bersih, adil dan sama rata akan dibentuk sekiranya pakatan pembangkang yang dipanggil Barisan Alternatif (BA) yang terdiri daripada PAS, DAP, dan PKR memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kelak. “Bersih” yang dimaksudkan oleh mereka adalah sebuah kerajaan yang tiada penyelewengan, penipuan, korupsi, kronisma dan nepotisma. “Adil” pula bermaksud semua rakyat tanpa mengira bangsa dan agama akan diberikan peluang dan hak yang adil dalam segala aspek baik dari segi politik, ekonomi, sosial dan perundangan. Manakala “Sama rata” pula membawa maksud bahawa layanan dan pembahagian yang sama banyak akan diperolehi oleh semua kaum dan agama dalam segala aspek yang disebutkan tadi. Inilah sebuah manifestasi ideal yang dilontarkan kepada rakyat Malaysia dalam usaha mereka untuk memenangi pilihan raya kali ini.

Berlandaskan kepada janji ini, maka pemimpin-pemimpin BA bersama penyokong-penyokongnya mencanangkan bukan sahaja dalam negara malah kepada dunia luar bahawa kepimpinan dan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan perkauman yang mentadbir negara secara tidak ‘bersih’, tidak adil dan jauh sekali mengamalkan konsep sama rata.

Sekiranya BA memenangi PRU kali ini, kepimpinan dan kerajaan BA terlebih dahulu akan ‘membersihkan’ kementerian, jabatan dan agensi kerajaan yang dikatakan korup termasuk yang mengamalkan kronisma serta nepotisma. Mereka akan melantik pegawai-pegawai baru yang ‘bersih atau dipercayai bersih’ oleh mereka. Maka ramailah pegawai-pegwai yang akan dibuang kerja atau setidak-tidaknya dimasukkan ke dalam ‘peti sejuk’. Mahu tidak mahu, perjalanan pentadbiran kementerian, jabatan dan agensi akan tergendala buat seketika. Maklumlah, untuk mencari pegawai yang mereka katakan itu akan mengambil masa yang agak panjang.

Katakanlah perkara di atas agak mustahil untuk dilaksanakan kerana ia akan membuang masa dan merencatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat. Maka jalan pintas adalah dengan menggantikan beberapa pegawai atasan yang dirasakan perlu dengan meletakkan kenalan mereka atau pegawai yang sealiran dengan kehendak politik mereka. Sekiranya ini berlaku, ia juga tidak akan dapat menyelesaikan persoalan tersebut secara total dan berkesan. Rombakan dan penstrukturan organisasi secara keseluruhan perlu dilakukan dari atas hinggalah ke bawah sepertimana yang acapkali mereka war-warkan dalam setiap kempen dan ceramah mereka.

Selain itu, apa yang akan dilakukan mereka adalah meminda Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan yang sedia ada dikatakan mereka bersifat perkauman, malah tidak relevan lagi kerana tidak melindungi kepentingan semua kaum secara menyeluruh. Pindaan Perlembagaan sudah tentu akan tertumpu kepada menghapuskan ’Hak Keistimewaan Orang Melayu’. Ia mesti dilakukan kerana dasar dan janji BA adalah adil dan sama rata kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Meskipun dikekalkan Islam sebagai agama rasmi dalam persekutuan tetapi rakyat akan diberikan kebebasan untuk memilih mana-mana agama yang mereka suka. Ini bermakna, rakyat boleh menukar agama mereka tanpa sebarang kekangan dan masalah lagi. Apa yang perlu dilakukan, hanya perlu mengikut prosiding mahkamah dan memaklumkan kepada Jabatan Pendaftaran bahawa mereka telah menukar agama.

Ketua kerajaan pula akan dipegang oleh parti yang mendapat majoriti yang paling tinggi dengan sedikit pindaan. Kalau selama ini ia diterajui oleh orang Melayu, maka apabila BA memerintah, orang bukan melayu boleh dipertimbangkan untuk menjadi Perdana Menteri. Mungkin dengan menggunakan sistem giliran Perdana Menteri sepertimana sistem giliran Ketua Menteri di Sabah satu ketika dahulu. Cuma yang akan dikekalkan untuk diterajui oleh bangsa Melayu adalah DYMM Yang DiPertuan Agong, Sultan dan Yang Dipertua Negeri.

Sejak beberapa PRU yang telah berlalu, laungan ini tidak pernah pudar malah semakin lantang diperdengarkan. Kalau dahulu cuma kedengaran semasa musim-musim pilihan raya, namun kini boleh dikatakan setiap hari ada sahaja isu-isu yang ditonjolkan mereka. Tidak cukup dengan itu, mereka memperkudakan NGO-NGO seperti HINDRAF dan Majlis Peguam pula. Di samping itu, mereka juga menubuhkan beratus-ratus blog ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ untuk mewujudkan satu gelombang baru yang kononnya rakyat semakin marah terhadap kerajaan hari ini.

Banyak lagi pindaan akan dilakukan oleh BA. Apa yang pasti, mereka akan terus menjaja persoalan berhubung dengan keadilan atau hak sama rata untuk semua kaum sedangkan mereka sendiri berbeza dari segi prinsip dan perjuangan politik mengikut citarasa masing-masing. Apakah PAS akan membiarkan DAP yang secara terang-terangan menolak penubuhan negara Islam? Sanggupkah PKR menggadaikan maruah bangsa dan negara hanya untuk memastikan Penasihat mereka mencapai nafsunya ingin berkuasa sebagai Perdana Menteri? Sanggupkah mantan-mantan YB atau mereka yang telah dipinggirkan dalam arus politik bersekongkol dengan BA menghentam kerajaan dan pucuk kepimpinan BN hanya semata-mata untuk meluahkan rasa tidak puas hati? Apakah mereka mahu menjadi Pak Kadok yang menang tetapi kampung pula yang tergadai?

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Sekiranya BA Menang PRU Ke-12…

  1. Adiazmeer

    Hidup melayu!!kte harus bsatu tumpaskn BA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s