Jangan Bertindak Agresif – Dr Khir

SHAH ALAM, 13 Feb – Rakyat Selangor diharap tidak bertindak agresif sehingga boleh menimbulkan sebarang insiden yang tidak diingini menjelang kempen pilihan raya umum ke-12 tidak lama lagi.


Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkata walau setinggi mana semangat yang ingin ditonjolkan untuk menyokong parti masing-masing, mereka harus bersikap profesional.

“Janganlah kita bertindak secara agresif sehingga menimbulkan pergaduhan dan sebagainya. Kempen adalah tempat untuk kita memilih pemimpin bukan untuk menimbulkan sebarang kekecohan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di sini, petang ini.

Dalam masa sama katanya, sikap benci-membenci dan dendam antara satu sama lain tidak seharusnya wujud di kalangan penyokong parti.

“Kita juga mahu masjid dan sekolah, bebas dari pengaruh politik sama ada politik kerajaan atau pembangkang,” katanya.

Tambah beliau, kanak-kanak sekolah dan institusi masjid dan surau juga perlu dikecualikan dengan mana-mana pengaruh politik.

Ketika ditanya media apakah isu-isu yang mungkin dimainkan parti pembangkang pada pilihan raya kali ini, beliau berkata isu kenaikan harga barang adalah antaranya.

Jelas Dr Mohamad Khir, harga barang di Selangor tidaklah begitu tinggi dan masih terkawal selepas kerajaan negeri memperkenalkan konsep ‘keterbukaan’.

Beliau berkata melalui konsep itu, lebih banyak pasar raya besar dibuka di negeri ini bagi menggalakkan perang harga barang yang akan memberi faedah kepada pengguna.

“Mereka (pengguna) boleh pilih dimana mereka hendak beli. Di samping itu kita juga sediakan pasar malam, pasar tani, pasar rakyat dan pasar seri, semuanya ada jadi ada pilihan untuk rakyat Selangor,” ujar beliau.

Katanya, selain isu harga barang, pembangkang juga mungkin memainkan isu rasuah.

Dr Mohamad Khir yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor berkata isu itu tidak dapat dimainkan pembangkang kerana setiap calon BN yang akan bertanding perlu melepasi empat tapisan, termasuk dari Badan Pencegah Rasuah (BPR). – NOOR ALLIA KASSIM

 

 

nota: Para petugas UMNO Caw. Jalan Enggang khasnya dinasihatkan supaya mematuhi saranan dari YAB Dato’ Seri MB Selangor….Jaga tatacara ketika bertugas…..dan perlu ingat…kekerasan bukan cara kita bekerja…

Advertisement

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

One response to “Jangan Bertindak Agresif – Dr Khir

  1. ropangi

    tahniah diucapkan kepada Pemuda Jl Enggang dengan pelancaran website ini…walaupun kita berlainan ideologi pujian harus diberikan atas usaha yang dilakukan oleh anda semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s