Pembangkang Halalkan Demonstrasi Jalanan

KANGAR 18 Feb. – Barisan pembangkang akan melaksanakan sistem demokrasi lebih telus termasuk membenarkan demonstrasi jalanan jika berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-12.Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, ini kerana demokrasi yang diamalkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) sekarang tidak seperti yang diamalkan di Amerika Syarikat (AS).Beliau berkata, AS membenarkan rakyatnya melakukan tunjuk perasaan walaupun di hadapan bangunan White House tetapi perkara yang sama tidak dibenarkan di negara ini.

‘‘Jadi apa salahnya buat demonstrasi? Biarlah mereka buat, bukannya mereka bakar kereta. Kalau bakar, ambillah tindakan.

‘‘Dengar dahulu apa mereka nak cakap, kalau salah, kerajaan jawablah. Ini tidak, baru nak mula buat bantahan dah kena.

‘‘Itu bukan demokrasi namanya,” katanya ketika berucap di hadapan penyokong parti itu sempena lawatan kerja beliau ke Perlis di sini malam tadi.

Abdul Hadi merujuk kepada tindakan pihak berkuasa menahan 160 orang yang disyaki terlibat dalam perhimpunan haram anjuran pertubuhan haram Hindu Rights Action Force (Hindraf) di beberapa tempat sekitar ibu negara.

Pada sidang akhbar selepas itu, Abdul Hadi berkata, tindakan pihak berkuasa langsung tidak mencerminkan amalan demokrasi yang dijanjikan BN.

‘‘Kerajaan demokrasi sebenar harus memberi kelonggaran kepada rakyat untuk menyuarakan bantahan kerana ia adalah satu budaya yang sihat,” katanya.

nota: betapa sempitnya pemikiran pembangkang yang menyamakan Malaysia dengan Amerika di mana kebebasan utk berdemo diberikan…bukankah demonstrasi seperti anjuran HINDRAF telah dengan nyata dan ketara mengundang kerugian dan kecelakaan kepada negara dan rakyat sendiri???…..banyak cara boleh digunakan sebagai tanda demokrasi…..tetapi demonstrasi jalanan adalah sesuatu yang patut digunakan di sesebuah negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia…ini kerana tersilap percaturan..demonstrasi aman boleh bertukar ganas….

jadi adakah anda semua inginkan demonstrasi jalanan berlaku di negara kita…?? Adakah ini ciri Negara Kebajikan yang diwar-warkan…..jangan tertipu dengan janji2 manis pembangkang…

gama Islam juga tidak menggalakkan umatnya utk berdemo..malah Islam menggalakkan umatnya menyelesaikan/menyuarakan pendapat melalui musyawarah…dan bukannya demonstrasi jalanan……

KATA TAK NAK PADA BARISAN ALTERNATIF (PKR,PAS & DAP)

Jangan Pertaruhkan Masa Depan Anak-Anak Kita…

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s