3 Sebab Kukuh Mengapa Anda Harus Memilih Barisan Nasional

1. Sistem perkongsian kuasa yang terbukti

Perpaduan dalam menghadapi kegentingan – inilah falsafah yang didokong oleh kami sejak Kemerdekaan dan zaman permulaan parti Perikatan. Walaupun parti komponen BN diwakili pelbagai kumpulan berbeza, setiap keputusan penting dicapai dengan persetujuan ramai, bagi membuahkan hasil yang terbaik untuk Negara.

Setiap kumpulan berhak bersuara, namun matlamat muktamad ialah kepentingan Negara tetap terpelihara.

Sistem perkongsian kuasa ini menuntut kompromi dan juga kefahaman mengenai pengorbanan yang perlu bagi menjamin keselamatan, keamanan serta kemakmuran Negara. Ini memerlukan perkongsian pendapat mengenai Negara, sesuatu yang telah berjaya dicapai sepanjang perkongsian kuasa yang berdekad lamanya. Berapa banyakkah pakatan boleh mengaku mereka benar-benar bersepadu seperti ini?

2. Kerajaan yang terbukti berkesan

Kemakmuran serta keselamatan yang dinikmati sejak 50 tahun Kemerdekaan membuktikan keberkesanan kerajaan pimpinan BN. Dari agenda pertumbuhan ekonomi, hinggalah pembasmian kemiskinan, kerajaan BN telah menghasilkan kejayaan demi kejayaan.

Dalam masa empat tahun yang lepas, kerajaan BN telah terus berusaha merealisasikan mandat 2004 rakyat yang begitu tinggi harapannya. Keadaan semasa amat mencabar: harga komoditi yang kian meningkat, serangan penyakit SARS, ekonomi sedunia yang tidak menentu, harapan rakyat yang tinggi. Tetapi kerajaan BN tetap tabah, dan hasilnya Negara berjaya menempuh saat-saat genting ini dengan lebih baik berbanding negara-negara lain. Malaysia tetap mengalami pembangunan yang pesat walaupun berhadapan dengan cabaran-cabaran tersebut.

3. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan

Dunia kini semakin mencabar. Kemungkinan kemerosotan ekonomi di Amerika Syarikat serta ancaman pengganas yang berleluasa telah menimbulkan ketakutan serta pandangan yang pesimis. Pada masa yang sama, Malaysia berada di persimpangan jalan. Negara kita perlu menguasai persaingan global dengan menjana ekonomi pengetahuan (knowledge economy). Rakyat Malaysia perlu maju dari segi sosial serta budaya. Kesemua ini, dan banyak lagi perkara lain, perlu dicapai tanpa mengorbankan keselamatan, keamanan serta kualiti hidup rakyat.

Setelah memimpin Negara menghadapi saat-saat genting, serta pelbaai fasa ekonomi yang beragam, kita sedar kita perlu sentiasa pragmatik dan bertanggungjawab. Kita tidak akan sekali-kali menyuarakan janji kosong atau yang merbahaya seperti yang dilakukan oleh parti-parti lain. Seperti yang telah kita kotakan sebelum ini, kita akan membuat pilihan yang betul, dan kita akan berusaha mempersediakan Negara ini untuk menghadapi masa hadapan.

Fakta Tambahan

  1. Peningkatan KDNK sebanyak 18%
  2. Pendapatan purata isirumah : RM3,617 dari RM3,249
  3. Lebih dari 1.3 juta peluang pekerjaan baru
  4. 178,000 rumah kos rendah
  5. 14 hospital baru, 22 Klinik Kesihatan dan 64 Klinik Desa
  6. Biasiswa JPA: dari 5,000 ke 10,000 orang setahun
  7. Bantuan Subsidi bahan api: RM16 bilion
  8. RM18 bilion bagi mengekalkan harga rendah bekalan gas kepada industri
  9. Lain-lain subsidi: RM9.2 bilion
  10. Subsidi elektrik: RM331 juta bagi tahun 2006 dan 2007
  11. Bantuan RM450 sebulan untuk keluarga miskin

Maklumat lanjut mengenai manifesto Barisan Nasional bagi pilihanraya ke 12…sila layari laman web di http://www.bn2008.org.my

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “3 Sebab Kukuh Mengapa Anda Harus Memilih Barisan Nasional

  1. Yang B khidmat

    Manifesto BN

    – Pembanguna Bangunan Parlimen – bumbung bocor

    – Pembangunan Mahkamah Jalan Duta retak dan -bocor.

    – Keruntuhan syiling bangunan Pejabat Mahkamah KL, MECD dan Ibu pejabat Imigresen, dan Dewan Serbaguna Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi di Putrajaya

    – Serangan Kulat di Hospital Sultan Ismail Johor

    – Tanah Runtuh Gua Tempurung

    – Kelewatan Menyiapkan Bangunan Matrade

    – 31 Tiang Jejambat MRR2 Retak – kerajaan terpaksa menanggung kos pembaikan jalan membabitkan berjuta-juta ringgit wang rakyat

    – Struktur Permukaan Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) tidak rata

    – Tanah Runtuh Jalan Simpang Pulai-Lojing-Kg Raja Road di Cameron Highlands

    – Kes Pembinaan Jalan Simpang Pulai-Loging-Mentakab

    – Kos tambahan atau sebahagian kos masuk poket YB

    – Isu AP – Dtk Seri Rafidah Aziz..semua org dapat

    – Lingam Video Clip – saya tak tahu..saya tak tahu..

    – Kes Pembunuhan Altantuya.

    – 10 tahun yang lalu – Pembunuhan Mustakizah

    -Projek Makmal Komputer – runtuh

    -Kes siling makmal komputer MRSM runtuh

    -Masalah kerosakan struktur pembinaan – 16 sekolah dan 5 kolej komuniti, 1 politeknik terbengkalai.

    – Rumah mampu Milik di Perlis jangka siap 1997. Tak mampu siap 2008

    -Soalan URSR Bocor

    -Peruntukan Kerja Baik Pulih Sekolah Diseleweng

    -Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar Terbengkalai. Sultan bising baru sedar.

    -Isu Projek Terbengkalai

    Rasuah?

    Kronisme?

    Nepotisme?

    Ketidakcekapan

    Perbelanjaan menyiapkan Port Klang Free Zone berharga sebanyak RM2.8 bilion meningkat naik kepada RM4.7 bilion

    Ini telah membawa banyak masalah bukan sahaja kepada rakyat tetapi kepada ekonomi negara kerana jutaan ringgit lagi terpaksa dibelanjakan untuk tujuan pembaikan.

    Siling runtuh, tiang retak, bumbung bocor dan pelbagai lagi kerosakan yang berlaku kemungkinan besar akibat dari amalan rasuah.

    Di manakah wang kami?

    Kos Membuat Pembangunan Tinggi Berbanding Sebenar

    Bangunan Tentera Tak Boleh Pakai

    Beli Kapal Terbang Penyerang Rusia – 2 kali Harga Nilai Pasaran

    Tuduhan rasuah kepada pegawai tinggi polis negara dan banyak lagi kes-kes yang berhubung dengan rasuah – di manakah kesudahannya?

    Kini semua terbarai. Bangunan pecah. Paip bocor. Atap runtuh. Bangunan rahai. Loji retak. Jalan berlubang. Parit kambus. Tanah runtuh. Hutan gondol. Bukit merekah. Jambatan goyang.

    Jambatan Bengkok Johor, PLUS

    * Wang Pampasan Dibayar

    Di manakah wang kami?

    ARE THESE PAK LAH’S MEGA PROJECTS SINCE BECOMING PM?

    – TOL NAIK (Toll Price Hike)

    – PETROL NAIK (Petrol Price Hike)

    – BIL AIR NAIK (Water Bill Hike)

    – BIL API NAIK (Electricity Tariff Hike)

    – TEPUNG NAIK (Flour Price Hike)

    – GULA NAIK (Sugar Price Hike)

    – DIESEL NAIK (Diesel Price Hike)

    – CUKAI PINTU dan TANAH NAIK (Taxes Hike)

    – KES JENAYAH NAIK (Criminal Cases Hike)

    – KERIS NAIK (Keris Raised)

    – PERHIMPUNAN HARAM NAIK (Number of Illegal Assemblies Increased)

    – GAJI DAN BONUS KAKITANGAN KERAJAAN NAIK (Salary and Bonus for Civil Servants Increased)

    dan banyak lagi yang akan naik.

    (Akhirnya Angin Orang Malaysia pun NAIK. Ada apa lagi yang mahu naik?)

    Ke manakah perginya keuntungan Petronas dan GLC yang berpuluh bilion itu?

    – Pemberian tender secara Telus..kepada YB.

    “Jangan asyik beri alasan. Hiduplah di alam nyata, jangan asyik buat kenyataan sesuka hati.” — kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Johari Baharom sebagai reaksi kepada kenyataan pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Christopher Wan Soo Kee.

    Wan dalam kenyataannya itu menolak kenyataan awal Johari lewat minggu lalu bahawa indeks jenayah di Kuala Lumpur meningkat mendadak kepada 40% dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, dengan indeks di Sentul sahaja meningkat 90% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

    Kebocoran itu membazirkan wang rakyat

    Isu Kebocoran – Mohd Said Yusuf (Jasin) dan Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan)

    MOHD SAID (BN-Jasin) yang pernah dahulu dikaitkan dengan kesalahan mengimport kayu bergergaji di Pelabuhan miliknya di Melaka. – BinYusuf Enterprise, tutup satu mata Member of Parlimen.

    Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) yang bangun mengambil bahagian secara sinis berkata: “Mana ada bocor, Batu Gajah pun tiap-tiap bulan pun bocor juga.”

    Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) dalam satu debat hangat bersama Karpal Singh (DAP-Jelutong) telah menjerit seperti berikut: “Anda yang sepatutnya diam. Nasib baik anda kini berkerusi roda. Anda sepatutnya hampir mati (dalam suatu kecelakaan jalan raya).”

    Menteri Besar Pahang memberi isyarat lucah menggunakan tangan.

    Isu tok ketampi – pi China minta maaf..rupa2 nya Org Melayu. Tak minta maaf kat Org Melayu UMNO

    Laporan siasatan Badan Pencegah Rasuah berhubung dakwaan kononnya Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd. Johari Baharom menerima sogokan RM5 juta bagi membebaskan penjenayah yang ditahan mengikut Ordinan Darurat telah diserahkan kepada pendakwa raya.

    Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara, telah menerima wang sejumlah RM2 juta bagi membebaskan tiga orang subjek yang ditahan di bawah Ordinan Darurat 1969. Kes ketiga-tiga subjek ini yang dikatakan terlibat dalam sindiket judi haram disiasat oleh pihak Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, Johor.

    Nazri Abdul Aziz – “Pulang ke China kalau tak suka.”

    Sekian, mungkin ada sebarang pertambahan lain untuk menyempurnakan kad laporan BN? — aba. Cetak

  2. Dacing

    nantikan 70 Dalil kenapa Pak Lah tidak lagi layak jadi PM

  3. Another candidate looking to help bring change: Tn. Hj. Che Abdullah bin Mat Nawi.

    Most of his speeches at Google Video here.

  4. zack

    lancau la…korang suker perbodohkan rakyat
    1. Sistem perkongsian kuasa yang terbukti-
    ye la korang ssama korang kongsi harta rakyat. aku as a rakyat idop susah gak..brang naik…semua naik tamabang naik…maju maju negara maju yg kaya puak2 korrang…cina kaya ..melayu sana sini idop berhutang…kerna apa…kerna dasar bangsat korrang…
    2. Kerajaan yang terbukti berkesan
    apa yg berkesan bapa byk lagi rakyat idop susah..korangg senanag..apa jd kat agama aku… ader korang pertahankan agama aku bila dipermain korang mengaku islam..tp bila agama korang diperlekekh kan telor korang kecut…korang memang dasar bajingan…MCA suruh ulama letak jawatan pon korang senyap…koranag memang BANGSAATTTT…majoriti la…x semua…
    3. Keberanian menghadapi cabaran, berwawasan menghadapi masa depan
    lancau…masa depan apa yg korang nak janjikan lakgi…dlm internet besepah citer blu budak melayu…hancur melayu siallll…itu suma atas dasar sial korang ….no action nak benteras gejala zina ni…korang tunggu esok bila dalam filem blu tu muka2 dr keturunan korang baru korang nyesal…itu pon kalau masih ada iman dlm ati korang kalau x korang mesti bangga keturunan korang jd bohsia…pelacur …or pelakon blu kat janban tepi tangga kan….
    sekian ….puas ati aku….cikit….

  5. allail

    kepada parti pembangkang
    suka mencari kelemahan….
    pergi mati sama korang….
    jangan mimpi nak menang….

  6. selamber

    aku nk tanya kepada pati pembangkang
    negara mana yg tk ada jenayah….
    jgn cerita tentang keburukan org je ..
    tengok diri sendiri ….
    ada paham …
    setia manusia tk ada yg tk melakukan kesalahan…

  7. afizol jamal

    kepada penyokong yang membabi buta! yang tak tau beza antara parti dengan kerajaan. Ni lah kerana x da ilmu dunia dan akhirat. Fikir laaa, siapa kerajaan? mana2 parti akan menjadi kerajaan selepas memenangi pilihanraya. nape sokong membuta tuli? barangam keperluan dah naik, kte pengeluar minyak tp hasil kekayaan negara x di kongsi bersama? so beras naik, susu naik, semua naiknya.

    cuba pindah ke parti yang menjanjikan akan share kekayaan, kalu dia org tak tepati, kte sama jatuhkan semula… kita mencuba baru tahu. sbb skrg apa yang penting diri kita bukan pemimpin…

    harga minyak rm300 seliter dia org boleh byr, rakyat juga yg terseksa. usah peduli lakonan para pemimpin sekarang. DR M pun ckp, pemimpin skrg anggap malaysia dia org punya.

    cuba fikir lah tuan2, jgn kerana asal usul kte umno, kte umno, kte ada akal fikiran, saya pun dulu UMNO.. tp sekarang akan tentang UMNO, x kira sokong parti mana pun asalkan pemimpin umno merasa takut kepada rakyat… bukan rakyat di jadikan hamba kepada kerajaan…..

    KITA TUMBANG UMNO UNTUK KEHIDUPAN YG LEBIH SELESA!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s