Daily Archives: March 1, 2008

Demam Poster Berterusan

jentera Pemuda Enggang buat masa ini sibuk menyiapkan poster calon BN bagi menghadapi PRU12 ini…berikut adalah sebahagian aktiviti Pemuda Enggang

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pembangkang Putar Belit Kenyataan Dr. Mahathir

petikan ini adalah dari laman web Agendadaily. Kenyataan TDM telah dimanipulasi oleh pihak pembangkang dalam kempen mereka bagi menghadapi PRU12 ini…

moga anda semua tidak terpedaya dengan dakyah hitam pembangkang…

Akhirnya kenyataan berbentuk sindiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad diambil serius oleh pembangkang apabila pembangkang dikatakan menyebar luas rakaman ucapan Dr. Mahathir yang kononnya mengaku menzalimi bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam rakaman yang disebarkan itu Dr. Mahathir bukan sahaja mengaku menangkap Anwar tetapi dengan memek muka yang penuh dengan sindiran Dr. Mahathir berkata “saya tangkap saya taruk masuk dalam tahanan”.

Selain dijadikan rakaman dalam bentuk cakera padat, rakaman itu juga dijadikan berita oleh laman web berita rasmi PAS, harakahdaily dan beberapa laman web lainnya di samping perkara itu menjadi heboh melalui perbualan mulut orang politik termasuk orang-orang UMNO yang menyangka ia satu kenyataan terbaru Dr. Mahathir.

Penyebaran melalui sistem pesanan ringkas (sms) tidak kurang hebatnya.

Menariknya semua tertanya-tanya bila rakaman itu dibuat dan di mana majlis itu diadakan kerana rakaman yang disiarkan melalui laman youtube.com yang dilihat sendiri oleh agendadaily tidak dinyatakan tarikh, masa dan tempat rakaman berkenaan diadakan.

Rakaman yang disiarkan ada yang dimuatkan selama 1minit 24 saat dan ada juga yang sampai enam minit. Namun setelah dilihat konteks sebenar rakaman itu, pengakuan Dr. Mahathir itu bukanlah dibuat secara jujur dan ikhlas tetapi sebaliknya ia adalah sindiran beliau terhadap kritikan kepimpinannya yang dikatakan menyalahgunakan kuasa dan bertindak zalim terhadap Anwar.

Pengakuan beliau menyalahgunakan kuasa dan zalim itu disambut deraian gelak ketawa hadirin yang dapat didengar dengan jelas melalui rakaman berkenaan kerana menganggap pengakuan Dr. Mahathir itu satu gurauan dan mainan bekas Perdana Menteri itu sahaja.

Ini bukanlah jenaka pertama Dr. Mahathir kerana dalam beberapa siri soal jawab yang dikendalikannya dalam sesuatu program Dr. Mahathir sering memberikan jawapan dalam bentuk sindiran kepada soalan yang diberikan kepadanya.

Sebagai contoh apabila ditanya tentang pembinaan projek-projek mega di zaman kepimpinannya, Dr. Mahathir akan menjawab memang beliau suka membazir sehingga menyebabkan negara ini bankrup.

Namun sebelum ini guruan dan sindiran beliau pada sesuatu majlis yang turut dihadiri pimpinan pembangkang khususnya PAS, ia tidak diambil serius malah dianggap sebagai kritikan Dr. Mahathir terhadap kepimpinan sekarang.

Bagaimanapun dalam suasana pilihan raya gurauan serta sindiran Dr. Mahathir dianggap satu kenyataan serta pengakuan jujur serta ikhlas daripada Dr. Mahathir dan dijadikan bahan kempen pembangkang.

Berikut adalah transkrip ucapan Dr. Mahathir yang disiarkan melalui youtube.com :

“Saya pun menyalahgunakan kuasa juga masa saya dulu. Lihat Datuk Seri Anwar apa jadi kepadanya. Saya tangkap saya taruk masuk dalam tahanan (sambil tangganya diangkat seolah-olah sedang mencampakkan sesuatu lalu disambut gelak ketawa hadirin). Semua orang nampakkan saya tangkap Datuk Seri Anwar. Bukan ada sebab apa-apa pun. Tak ada sebab apa pun. Bukan ada kesalahan apa pun yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar. Tak ada langsung . Sebab itu ini adalah satu kezaliman tetapi masa tu susah sikit. Ada kuasa ni susah. La ni dah tak ada kuasa (disambut sorakan dan ketawa oleh hadirin). 28/2/2008

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda