pada: 5 Mac 2008
masa: 9 malan
tempat: Dataran Bukit Antarabangsa
datang beramai!!
pada: 5 Mac 2008
masa: 9 malan
tempat: Dataran Bukit Antarabangsa
datang beramai!!
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
DR. CHANDRA Muzaffar pernah menjadi ‘orang kuat’ Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika parti itu ditubuhkan pada tahun 1999.Chandra memegang jawatan Timbalan Presiden PKR selama dua tahun sebelum menarik diri pada Disember 2001 atas sebab-sebab tidak sehaluan dengan penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Saya tarik diri kerana perbezaan pendapat dan tidak bersetuju dengan Anwar,’’ katanya.
Menurut Chandra, Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana pendiriannya tidak konsisten, kurang jelas dan beliau mengamalkan politik perkauman.
Wartawan Utusan Malaysia, Nazrullah Rosli menemu bual Chandra, yang kini mengetuai Pergerakan Keadilan Sedunia (JUST), mengenai beberapa isu berkaitan Anwar dan peluang PKR pada pilihan raya umum 8 Mac ini.
Bagaimanakah saudara melihat kehadiran di ‘belakang tabir’ Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pilihan raya umum kali ini?
CHANDRA: Pada hemat saya, prestasi PKR kali ini akan merosot kerana Anwar tidak akan berjaya meraih simpati kerana dia tidak berada dalam penjara seperti sebelum ini.
Pada pilihan raya 1999, Anwar menerima banyak ‘simpati’ kerana dia dipenjarakan dan ia menjadi faktor utama isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menang di Parlimen Permatang Pauh.
Anwar sudah dibebaskan dari penjara dan faktor simpati sudah tidak wujud lagi. Dengan kata lain PKR dan Anwar yang merupakan pelaku utama parti itu kini akan mendapat layanan yang sama seperti pelaku politik parti-parti lain.
Ini juga bermakna segala kelemahan Anwar juga akan terdedah dan dia terpaksa menanggung risiko kerana rakyat akan menilai dirinya sama seperti mereka menilai pelaku politik lain.
Apakah punca PKR tidak diterima oleh majoriti rakyat di negara ini?
CHANDRA: Ada beberapa sebab termasuk pengakuan terbuka Anwar mahu menghapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sebagaimana yang dinyatakannya pada kempen pilihan raya kali ini.
Seperti diketahui umum, DEB melindungi orang Melayu dari segi ekonomi.
Sebaliknya cadangan Anwar itu menimbulkan kemarahan orang Melayu yang tidak bersetuju dan menentang perbuatan menghapuskan DEB.
DEB bagi orang Melayu adalah sesuatu yang penting dan sekiranya ada pemimpin Melayu yang mahu menghapuskan DEB, ia satu perbuatan yang tidak boleh diterima.
Anwar juga dikaitkan secara tidak langsung dengan pertubuhan haram Hindraf. Dia secara terbuka mempertahankan perbuatan kumpulan itu.
Masyarakat Melayu tidak senang dengan pendirian politiknya ini. Dan ini membawa implikasi negatif kepada politik Anwar.
Bagaimana pula PKR pada mata masyarakat Cina dan India di negara ini?
CHANDRA: Kedua-dua kaum itu tahu pendirian Anwar semasa dalam kerajaan dulu berhubung beberapa isu melibatkan kepentingan dua kaum itu.
Apa yang diperjuangkannya sekarang jauh berbeza. Misalnya, dalam isu penggunaan bahasa di sekolah Cina, pendirian Anwar sering berubah berdasarkan kehendak golongan yang menjadi sasarannya.
Kalau dia hendak dapat sokongan dan perjuangkan orang Melayu, dia akan pilih isu-isu tertentu yang ada kaitan dengan orang Melayu.
Anwar bukan seorang yang berpegang pada prinsip dan dia hanya menyesuaikan diri dengan suasana, kehendak dan iklim politik semasa.
Contohnya, kalau mahu meraih sokongan kaum Cina, dia akan memperjuangkan isu masyarakat berkenaan dan melakukan perkara sebaliknya apabila mahu mendapatkan sokongan Melayu.
Jadi, matlamat Anwar dalam PKR jelas untuk kepentingan politik dirinya sendiri. Pengundi kaum Cina dan India tahu politik Anwar.
Apakah hubungan mesra Anwar dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dan Barat menggugat sokongan rakyat kepada PKR?
CHANDRA: Bagi masyarakat Melayu dan bukan Melayu, mereka sedar tentang pendirian politik Anwar dalam soal hubungan antarabangsa.
Dia menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu.
Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq.
Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat.
Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat.
Apakah pembabitan Anwar dengan Barat ini yang menyebabkan saudara menarik diri daripada PKR?
CHANDRA: Memang benar. Inilah yang menjadi faktor saya tarik diri pada Disember 2001. Saya lihat faktor ini melemahkan PKR dan mungkin menyebabkan komplikasi serius terhadap Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat dan Barat boleh membahayakan kedaulatan kita.
Jika hubungan seperti itu wujud, bagaimana dia boleh memimpin untuk kepentingan negara ini?
Secara umumnya, orang begini kalau memimpin negara, dia akan melemahkan kerajaan dan negara.
Sebab itulah selama dua tahun dalam PKR, saya tidak tunduk kepada kehendak Anwar kerana pendiriannya tidak konsisten dan tidak berterus terang.
Selain pendirian yang tidak konsisten dan kurang jelas, Anwar juga memainkan sentimen perkauman seperti terbukti pada pilihan raya kecil Lunas dulu.
Begitu juga dengan soal politik wang yang diheboh-hebohkan, sedangkan apa yang dilakukannya jauh berbeza. Dia cakap tak serupa bikin.
Sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Malah, seperti yang saya katakan, dia akan berkompromi dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan kemerdekaan negara.
sumber utusan:
nota: adakah pemimpin seperti anwar ini masih lagi menjadi favourite anda utk menjadi PM…???adakah anda suka sekiranya negara kita ini diletak di bawah telunjuk Amerika Syarikat….???adakah anda masih lagi menyokong parti yang tiada hala tuju yang tulen dan jelas seperti PKR???…sanggupkah anda dipimpin oleh pemimpin yang sememangnya tidak tahu utk menuruti undang2 seperti ANWAR, TIAN CHUA???anda bertanggungjawab sekiranya tanah air kita tergadai sekiranya pembangkang memerintah dengan bantuan undi anda….??jgn biarkan anak2 kita merana sedangkan kita membesar dengan selesa dengan pemerintahan Barisan Nasional….??adilkah kita mempertaruhkan masa depan anak2 kita di bawah pemerintahan pembangkang sedangkan nenek, ibu bapa kita membesarkan semasa pemerintahan Barisan Nasional…moga Allah menyokong hasrat murni UMNO/Barisan Nasional…
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
petikan dari isuhot.com
|
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
Oleh HABIBAH OMAR – utusanKEPALA BATAS 4 Mac – Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menjelaskan kenapa beliau tidak melaksanakan pendidikan percuma ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri dahulu.
Menurut Hishammuddin, Anwar yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai masa selama tiga hari untuk berbuat demikian sebelum hari membuang undi pada 8 Mac ini.
‘‘Saya ada di Permatang Pauh dalam tiga hari ini, jadi jawab pada saya sendiri kenapa beliau tidak melaksanakannya ketika menjadi Menteri Pelajaran, Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri.
‘‘Dalam hal ini, saya minta supaya rakyat tidak terikut-ikut dengan apa yang dijanjikan oleh Anwar, sekarang beliau hendak menjadi hero, memang bermuka-muka,” katanya.
Beliau yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Permatang Tok Labu di sini hari ini.
Majlis berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Pada majlis berkenaan, Hishammuddin turut menjelaskan secara ringkas kad laporan kedua yang dikeluarkan hasil pelaksanaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP).
Kad laporan itu antaranya menjelaskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan telah memperuntukkan RM23.2 bilion untuk bidang pendidikan dan Kementerian Pelajaran telah berjaya memulihkan 246 daripada 248 projek sakit di bawah Rancangan Malaysia Kelapan (RMK-8).
Beliau berkata, kad laporan yang dikeluarkan itu menjawab dengan jelas segala kritikan Anwar dan pembangkang yang menggunakan isu pendidikan untuk menarik perhatian pengundi.
Mengenai janji Pas untuk melaksanakan negara kebajikan sekiranya menang pada pilihan raya ini, Hishammuddin meminta rakyat supaya jangan mempercayainya kerana sepanjang memerintah Kelantan, Pas tidak pernah memberikan kebajikan terutama dalam bidang pendidikan.
‘‘Kita membelanjakan RM3 bilion untuk memperkukuhkan sistem pendidikan di negara ini, namun jika Pas menebang semua pokok dan membotakkan tanah-tanah di Kelantan sekalipun, tidak mungkin parti itu boleh membiayai pendidikan percuma.
‘‘Agenda kerajaan bukan untuk jangka pendek, kita tidak beri RM6,000 sebulan tetapi menyediakan peluang terbaik kepada rakyat,” katanya.
Hishammuddin berkata, pendidikan percuma yang diberikan kepada rakyat Malaysia adalah amanah dan lebih banyak agenda dapat dilaksanakan sekiranya rakyat memberikan mandat kepada BN pada pilihan raya ini.
Manifesto BN juga, katanya, adalah berbeza dengan parti lain kerana semua janji-janji yang terkandung di dalamnya akan dilaksanakan sama seperti apa yang dilakukan terhadap manifesto BN pada 2004 lalu.
Nota: Sememangnya DSAI tidak mempunyai kebolehan utk menjadi pemimpin yang baik…ape yang dinyatakan oleh Hishamuddin adalah betul dan tepat…di mana pendidikan percuma diberikan kepada orang ramai??
adakah anda inginkan seorang yang putar belit menjadi pemimpin anda..
adakah anda ingin kan seorang pemimpin yang suka melanggar undang2
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda
KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin yang hanya mementingkan diri dan tidak akan menghiraukan nasib orang lain, kata Datuk K.S.Nallakaruppan, seorang bekas teman rapatnya.Sambil menyifatkan Anwar sebagai seorang yang tidak layak dijadikan kawan, Nallakaruppan berkata masyarakat India di negara ini tidak harus mudah termakan dengan kata-kata manis Anwar yang kononnya akan membela nasib mereka sekiranya dapat memerintah.
“Ramai pihak yang berkorban untuknya tetapi selepas itu beliau akan terus melupakan kawan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Nallakarupan, Presiden Parti Bersatu India Malaysia (Miup), berkata Anwar boleh mengaku yang beliau menyokong kaum India sungguhpun pada hakikatnya beliau tidak pernah memperjuangkan nasib mereka.
Beliau berkata Anwar hanya menggunakan isu yang kononnya kaum India di negara ini tidak mendapat pembelaan sewajarnya semata-mata untuk mengabui mata seterusnya meraih undi kaum India.
Ketika diminta mengulas kenyataan tokoh pemikir Prof Dr Chandra Muzaffar pada satu forum di sini semalam bahawa petanda bencana akan melanda jika Anwar ditakdirkan menjadi pemimpin, Nallakaruppan menjawab: “Beliau (Chandra) dulu pun kawan Anwar dan apa dicakapkannya memang betul”.
Nallakaruppan berkata beliau pernah menjadi sahabat baik Anwar pada satu ketika dahulu tetapi memutuskan untuk tidak lagi bersamanya pada masa sekarang kerana menyifatkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai seorang tidak layak dijadikan kawan.
Katanya Anwar hanya boleh bermimpi untuk menjadi pemimpin Malaysia kerana PKR tidak akan menang dalam pilihan raya umum memandangkan rakyat tidak akan terpengaruh untuk mengundi parti itu.
“Saya juga ada memberi ceramah di seluruh negara terutama kepada kaum India dan maklum balas yang diterima amat baik menunjukkan kaum India tiada sebab untuk memilih pembangkang,” katanya.
Nallakaruppan berkata rakyat mesti sedar bahawa dari dulu hingga sekarang Malaysia ditadbir oleh pemimpin Barisan Nasional yang berkaliber dan banyak menyumbang ke arah pembangunan negara sehingga rakyat tanpa mengira kaum dan agama dapat hidup dengan aman dan makmur. BERNAMA
Nota: sememang DSAI adalah seorang yang mementingkan diri sendiri. perkara ini telah berlaku ke atas beberapa rakan beliau semasa berada di dalam UMNO. beberapa nama tokoh UMNO yang berada di dalam team wawasan beliau telah dikuburkan oleh beliau sendiri. malah seorang negarawan iaitu mantan TPM yang disanjung seperti bapanya sendiri juga ditentangnya sendiri akibat sikap tamak dan gilakan kuasa. Sokongan DSAI ke atas tuntutan IFC dan Hindraf merupakan satu langkah menikam dari belakang kepada umat ISLAM…rakan2 patut sedar akan implikasi sekiranya ape yang dituntut oleh Hindraf, IFC ditunaikan apabila pembangkang memenangi pilihanraya kali ini. Adakah anda ingin melihat bayi yang keluar dari perut seorang Islam tidak dibenarkan menjadi Islam sehingga umurnya 18 tahun???….adakah ingin membenarkan ayat2 suci Al Quran digunakan oleh Tian Chua, Sivarasa dan Guan Eng di dalam kempen mereka….??adakah anda ingin terus menyokong petualang bangsa iaitu DSAI….penulis masih lagi ingat beberapa hari selepas DSAI menjadi TPM…bapa kepada teman penulis ditukarkan serta merta dari sebuah jabatan kerajaan ke jabatan lain kerana jawatan beliau diisi oleh orang DSAI pada ketika itu.
Filed under Berita & Aktiviti Pemuda