FAQ Pilihanraya

1. Mengapa tidak gunakan sahaja keuntungan Petronas untuk mengurangkan harga petrol, diesel dan gas?

jawapannya:

Banyak usaha telahpun diambil bagi mengekalkan harga rendah

Kenaikan harga minyak sedunia telah menjana lebih keuntungan bagi Petronas. Tapi hakikatnya, sebahagian besar daripada keuntungan ini sedang digunakan untuk mengekalkan harga produk petrol pada tahap rendah.

Disebabkan kenaikan mendadak harga minyak sedunia, harga produk petrol tidak akan dapat dikekalkan pada tahap semasa tanpa peningkatan keuntungan Petronas. Dalam tahun 2006, subsidi terus kerajaan telah menampung 31% kos sebenar setiap liter petrol yang dijual. Namun pada hari ini, subsidi terus kerajaan menampung 37% kos sebenar setiap liter petrol.

Keuntungan Petronas menyumbang lebih satu pertiga daripada pendapatan kerajaan persekutuan. Jumlah ini bukan sahaja digunakan bagi menampung subsidi yang makin meningkat, ia juga membolehkan penyediaan serta penaiktarafan pelbagai perkhidmatan asas seperti pendidikan dan kesihatan.

Mengurangkan lagi harga produk petrol akan menyebabkan perkhidmatan ini berkurangan. Ia juga membawa kepada pergantungan yang merbahaya ke atas keuntungan Petronas memandangkan potensi kehausan rizab minyak dan gas negara.

2. Mengapa BN tidak berjanji mengurangkan harga petrol seperti parti-parti pembangkang?

Hadapi cabaran dengan bertanggungjawab

Kesan kenaikan harga minyak mentah dalam beberapa tahun ini dirasai penduduk di segenap pelusuk dunia. Bagi meringankan beban rakyat Malaysia, kerajaan pimpinan BN telah cuba untuk mengekalkan harga petrol, diesel dan gas pada paras yang rendah. Harga produk-produk ini adalah antara paling rendah di Asia Tenggara ketika ini.

Para penganalisa meramalkan bahawa harga minyak dunia akan meningkat lagi dalam tahun-tahun akan datang. BN memahami cabaran ini dan mahu menghadapinya dengan cara yang bertanggungjawab.

Mengurangkan harga petrol bukan satu ‘jawapan’ yang baik. Kos yang diperlukan bagi menampung langkah ini sebenarnya lebih memanfaatkan golongan berpendapatan tinggi daripada golongan berpendatapan rendah. Adalah lebih baik jika golongan berpendapatan rendah dibantu secara terus, samada melalui bantuan kewangan atau bantuan harga.

Mengurangkan harga petrol juga menggalakkan penggunaan yang berlebihan. BN mahu membantu rakyat Malaysia mengurangkan penggunaan bahanapi berharga tinggi dengan menggalakkan penggunaan berhemat dan penggunaan sumber tenaga alternatif.

Mengurangkan harga petrol juga akan menyebabkan pergantungan berlebihan kepada daya pengeluaran minyak mentah dan gas negara. Malaysia diramalkan akan menjadi pengimpot minyak mentah, bukan lagi pengekspot, kurang sepuluh tahun dari sekarang. Kita mesti menggunakan kekayaan yang terhad ini untuk membangunkan sumber kekayaan lain bagi masa hadapan kita.

3. Apakah tindakan kerajaan BN bagi membantu rakyat menghadapi kenaikan harga barangan?

Bantuan secara menyeluruh

Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin, kerajaan pimpinan BN telah memperuntukkan jumlah yang besar untuk meringankan beban rakyat:

  • RM34 bilion telah diperuntukkan dalam bentuk subsidi bagi mengekalkan harga petrol, diesel serta gas pada tahap yang rendah (2007)
  • RM9 bilion telah diperuntukkan dalam bentuk subsidi-subsidi lain – dari baja, tol jalanraya hingga baucar tuisyen (2007)
  • Mengekalkan kawalan atas harga barangan pada tahap yang rendah
  • Mengenakan kenaikan tarik eletrik atas penggunaan yang tinggi, sekaligus memastikan yang lebih 50% isirumah tidak menghadapi kenaikan
  • Memansuhkan yuran sekolah, mengurangkan harga cukai jalan, menyediakan kemudahan asas berkos rendah dan pelbagai lagi bantuan lain

BN juga telah membantu meningkatkan tahap pendapatan boleh-guna (disposable income):

  • Meningkatkan gaji serta COLA bagi kakitangan awam, polis dan tentera
  • Meningkatkan elaun khas bagi guru dan guru bantuan di kawasan luar bandar
  • Membolehkan pengeluaran simpanan Akaun 2 EPF bagi tujuan pembayaran pinjaman rumah
  • Pengecualian cukai sehingga RM4,000 bagi setiap seorang anak yang sedang belajar di pusat pengajian tinggi, dan banyak lagi bantuan lain

Kebanyakan langkah-langkah yang telah diambil ini mungkin tidak jelas dirasai kerana ianya menjadi kebiasaan dalam kehidupan seharian penduduk Malaysia. Namun demikian, semakin harga barangan sedunia terus meningkat, kos bagi mengekalkan bantuan tersebut juga meningkat berkali ganda. Sebagai sebuah kerajaan yang prihatin dan bertanggungjawab, BN telah berusaha mencapai keseimbangan yang terbaik antara menyediakan bantuan, dan memastikan perkhidmatan serta fungsi kerajaan yang lain tidak terganggu.

4. Mengapa Harga Barangan Meningkat?

Bahan mentah sedunia – dari komoditi pertanian, minyak mentah, hinggalah logam – telah mencapai harga tertinggi dalam beberapa tahun kebelakangan ini

Kepesatan pembangunan ekonomi negara-negara besar seperti China dan India telah menyumbang kepada kenaikan permintaan bahan mentah secara mendadak. Pada masa yang sama, pengeluaran bahan mentah ini kerap terganggu akibat cuaca buruk, kehausan sumber dan ketidakstabilan geopolitik.

Gabungan permintaan yang tinggi serta pengeluaran yang menurun tersebut mengakibatkan harga bahan mentah meningkat di seluruh dunia. Keadaaan ini seterusnya menyebabkan kenaikan harga barangan serta perkhidmatan yang berkaitan. Fenomena ini dirasai oleh penduduk di seluruh dunia.

Peningkatan harga barang di Malaysia tidak setinggi peningkatan di negara-negara lain. Walaubagaimanapun, bagi mengurangkan kesan kenaikan harga sedunia terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah, kerajaan BN telah mengambil pelbagai langkah seperti mengekalkan harga barangan terkawal seperti beras, tepung dan petrol pada tahap yang rendah. Kerajaan BN juga telah mengambil pelbagai langkah untuk memastikan ekonomi negara berkembang pesat supaya kadar pengangguran dikekalkan pada tahap rendah.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s