Daily Archives: March 6, 2008

Sekitar Ceramah Di Pusar Daerah Mengundi Enggang Utara

Tarikh: 2 Mac 2008 jam 9.00malam.

Walaupun hujan lebat tetapi kehadiran tetamu agak tinggi dari dijangkakan.

Ketua Cawangan Sdr Rosman Kassim memulakan majlis.

Calon Barisan Nasional P.99 Ampang Sdr Azman Bin Wahid

Sdr Razali Maulana, Sdr Azman Wahid & Sdr Rosman Kassim

Ketua Cawangan Jalan Enggang Sdr Rosman, Calon N.19 Bkt Antarabangsa Sdri Haslinda Mohd Zerain & Ketua Pemuda Jalan Enggang Sdr Syaiful Arief

Bermesra dengan tetamu

Penyokong BN cilik….

Haslinda Zerain ditemuramah oleh wartawan Sinar Harian

Tenaga Pemuda Jalan Enggang bergambar kenangan dengan Calon BN Bkt Antarabangsa Haslinda Mohd Zerain

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Selamat Mengundi Kepada Semua Pembaca

undilah-bn.jpg

Dewi-Dewi Terbang Tinggi

Terbang Tinggi Ke Atas Awan

Jgn Lupe Sabtu Ini Hari Mengundi

Untuk Kesejahteraan Pangkahlah Barisan

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Inikah ciri2 bakal Perdana Menteri Yang Anda Inginkan

beberapa petikan dari akhbar hari ini…

Anwar cela negara di Singapura

SINGAPURA 5 Mac – Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membawa gerakan memburuk-burukkan Malaysia ke negara jiran ketika tempoh berkempen Pilihan Raya Umum Ke-12 hanya tinggal tiga hari lagi.

Pada satu sidang akhbar yang diadakan di Hotel St. Regis di sini, beliau menyerang kepimpinan negara yang disifatkan sebagai gagal.

Katanya, kegagalan tersebut antaranya berpunca daripada kelembapan ekonomi, rasuah, kenaikan harga barang yang membebankan, amalan kronisme, kuku besi dan perbuatan menafikan hak rakyat untuk bersuara.

Beliau memperolok-olokkan pengundi dalam pilihan raya dengan mendakwa Malaysia mempunyai bilangan orang tua teramai di dunia dengan lebih 10,820 warga emas berusia lebih 100 tahun berada dalam senarai SPR.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak bebas kerana dikawal oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Sekiranya SPR berlaku adil, maka sudah tentu fenomena (politik) di Malaysia sangat berbeza,” katanya kepada kira-kira 50 wakil media antarabangsa yang membuat liputan sidang akhbar itu.

Terdahulu, Anwar dijemput berucap pada Persidangan Ekonomi Antarabangsa ‘Risk Minds Asia 2008′ yang berlangsung di hotel berkenaan.

Beliau mendakwa keadaan ekonomi, sosial, kehakiman dan pendidikan Malaysia kini dalam keadaan tenat menyebabkan rakyat mahukan perubahan dengan mengundi pembangkang pada pilihan raya Sabtu ini.

Katanya, pendapatan per kapita dan pelaburan Malaysia menurun lima kali ganda lebih kecil daripada Singapura menyebabkan golongan yang berpendapatan rendah hidup dalam keadaan terhimpit.

“Pendapatan minyak Petronas kira-kira RM100 bilion setahun dan jika ditolak cukai keuntungan bersihnya RM80 bilion, maka lebih baik (keuntungan itu) digunakan untuk meningkatkan kualiti kehidupan, pendidikan dan kesihatan rakyat,” ujarnya.

Beliau juga menuduh kepimpinan BN telah menyalahgunakan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk memberi kekayaan kepada kumpulan kecil iaitu keluarga dan kroni pemimpin.

“Sebanyak RM60 bilion wang kerajaan diberikan kepada kroni yang hanya beberapa orang manakala cuma RM5 bilion diagihkan kepada rakyat,” jelasnya.

Anwar turut mendakwa BN cuba menggambarkannya sebagai anti-Melayu, Cina dan India. Katanya, BN menakut-nakutkan rakyat dengan isu perkauman bagi meraih sokongan rakyat dalam pilihan raya.

Pemimpin PKR itu yang merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri kemudian tanpa segan silu merayu media antarabangsa supaya mengikuti kempennya kerana beliau mendakwa “media di Malaysia menjadi alat BN.”

Anwar berkata, walaupun kebebasan bersuara pembangkang disekat, beliau yakin parti pembangkang mampu memenangi sekurang-kurangnya 75 kerusi Parlimen yang ditandingi.

Sebanyak 222 kerusi Parlimen dipertandingkan dalam pilihan raya Sabtu ini.

Dengan unjuran memenangi 75 kerusi itu, beliau menjangkakan parti pembangkang dapat menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

“Susah untuk menang majoriti dua pertiga, melainkan anda melakukan penipuan besar-besaran,” cemuhnya sambil menyebut dakwaan itu disokong dengan risikan dan tinjauan pendapat.

Menurut Anwar, tindakan SPR membatalkan penggunaan dakwat kekal pada kuku pula seperti yang diumumkan semalam membuktikan suruhanjaya itu dikawal oleh BN yang semakin takut dengan kemaraan parti pembangkang.

Menjawab satu soalan, beliau mengakui pakatan parti pembangkang tidak kuat tetapi parti-parti itu boleh bekerjasama dalam pilihan raya kali ini, malah Pas di Kelantan mampu meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Anwar juga yakin isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail akan menang mudah di Parlimen Permatang Pauh, namun anak sulungnya, Nurul Izzah dijangka bersaing sengit untuk menang di Lembah Pantai menentang Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Penyebab ekonomi negara jatuh

MELAKA 5 Mac – Sikap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sering mencetuskan spekulasi menjadi salah satu penyebab kejatuhan ekonomi negara pada 1997.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, Anwar ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri telah bertindak mencetuskan spekulasi sehingga menyebabkan pasaran saham di Bursa Saham Malaysia melonjak.

“Bagaimanapun, perbuatan itu hanya menguntungkan kumpulan tertentu hingga akhirnya menyebabkan pasaran merudum,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan kerja-kerja pembinaan Bangunan Gunasama Persekutuan Melaka Tengah, di MITC Ayer Keroh di sini hari ini.

Mohd. Ali berkata, akibat kejatuhan ekonomi itu, Anwar cuba mendapatkan bantuan daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) tetapi dihalang oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menjadi Perdana Menteri pada masa itu.

Tegas beliau, Anwar juga tidak melakukan apa-apa untuk membantu kaum Cina dan India termasuk tiada memberikan sebarang bantuan untuk sekolah jenis kebangsaan sepanjang beliau menjadi Menteri Pelajaran dahulu.

“Saya tanya, mana sekolah Cina yang dia tolong? Mana sekolah India yang dia tolong? Tetapi mereka tidak dapat tunjukkan. Dia tidak pernah tolong apa-apa melainkan untuk diri sendiri sahaja,” katanya.

Mohd. Ali yang juga Naib Presiden UMNO berkata, perjuangan Anwar adalah untuk kepentingan peribadi semata-mata dan bukan untuk rakyat.

Ini dibuktikan apabila isterinya, Datin Seri Wan Azizah Ismail sanggup melepaskan kerusi Parlimen Permatang Pauh jika beliau memenanginya dalam Pilihan Raya Umum Ke-12, Sabtu ini bagi memberi ruang kepada Anwar bertanding dalam pilihan raya kecil.

“Dia juga menggunakan Pas untuk memastikan misinya tercapai dan Pas pula sekarang bukan lagi berjuang untuk Islam tetapi untuk PKR dan DAP,” ujarnya.

“Pas jadi alat PKR dan DAP. Apa yang DAP dan PKR cakap dia sokong, termasuk menyerahkan kerusi,” katanya.

JOHOR BAHRU 5 Mac – Tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengkritik secara liar kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah teraju Datuk Seri Abdullah Badawi adalah umpama ‘menggali kubur’ sendiri.

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam berkata, segala kritikan serta tuduhan liar yang tidak praktikal dan tidak berasas itu menyebabkan kerajaan terpaksa ‘menggali balik’ rekod Anwar semasa berada dalam kerajaan dengan jawatan tertinggi sebagai Timbalan Perdana Menteri.

“Beliau tersilap langkah dan perkiraan ketika kerajaan di bawah kepimpinan Pak Lah (Abdullah) telah membawa stail yang lebih telus dan terbuka.

“Telus dan berani di sini membawa makna berani mengakui kesalahan dan kesilapan yang mana kerajaan kemudian mengambil kira sebarang teguran, pandangan serta kritikan dengan memperbaiki dan memperbetulkannya. Ini sebenarnya yang dimahukan oleh rakyat,” katanya ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam yang menyifatkan Anwar seorang yang berdolak-dalik dan tidak mengotakan janjinya.

Musa ditemui Utusan Malaysia selepas mengunjungi Bilik Gerakan BN Parlimen Pulai di sini hari ini. Turut hadir ialah Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed dan Ketua Wanita UMNO bahagian itu, Latifah Munadi.

Menurut Musa, Anwar sebenarnya dalam proses untuk kembali sebagai seorang ahli politik.

“Dalam perjalanan mencapai cita-cita dengan menjadi sebagai penganjur untuk mengambil alih kerajaan, beliau berasa tertekan lebih-lebih lagi dalam suasana pilihan raya,” katanya.

Justeru, pemimpin pembangkang berkenaan akan menggunakan apa juga ruang dan peluang yang wujud untuk memburuk-burukkan kerajaan BN.

“Saya berpendapat Anwar tidak akan berjaya dalam mengejar cita-citanya sebab rekod beliau sendiri banyak yang negatif khususnya semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri. Ini semua masih segar dalam ingatan,” kata Musa.

Beliau berkata, apabila Anwar mengkritik kerajaan yang ternyata lebih telus dan terbuka, kerajaan dan parti serta rakyat terpaksa menyingkap semula apa yang pernah dilakukan Anwar semasa berada dalam kerajaan.

Banyak perkara yang dilakukan Anwar, kata Musa, telah didedahkan kerajaan dan keadaan itu menyebabkan pemimpin pembangkang itu berasa amat tertekan.

Mengenai dakwaan bekas Timbalan Presiden PKR, Dr. Chandra Muzaffar yang menyatakan hubungan Anwar-Amerika Syarikat membahayakan kedaulatan negara, Musa menjelaskan:

“Anwar sebenarnya tidak mempunyai saluran atau lebih tepat tidak mempunyai tempat di negara ini. Oleh itu, beliau menggunakan Washington, London dan Singapura untuk meraih simpati.”

nota: tindakan DSAI ini menunjukkan keperibadian yang rendah moralnya…sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kuasa. di dalam posting terdahulu penulis ada menyebut beberapa rakan DSAI dalam team wawasannya ditikam dari belakang akibat tamakkan kuasa….tindakan meminta simpati dan perhatian dari saluran luar seperti USA tidak tumpah sama seperti tindakan HINDRAF yang pemimpinnya kini di UK….adakah HINDRAF itu ideologi ANWAR IBRAHIM….apekah tujuan sebenarnya ANWAR yang dulunya dianggap anak emas kepada UMNO dan MELAYU kini menjadi petualang bangsa…???adakah beliau berada dalam keadaan tertekan di mana tiada isu ingin dimainkan selepas beliau bebas dari penjara???

dan yang paling penting sekali ialah..

ADAKAH CIRI PEMIMPIN SEPERTI INI DIGARISKAN DALAM KEPIMPINAN ISLAM DAN ADAKAH MANUSIA SEPERTI INI YANG SANGGUP MENGGADAI MARUAH NEGARA ANDA INGIN KAN SEBAGAI PERDANA MENTERI MALAYSIA??

ADAKAH SLOGAN HARAPAN BARU UNTUK MALAYSIA INI IALAH SEBENARNYA MALAYSIA BARU YANG DITADBIR SECARA ‘REMOTE’ OLEH AMERIKA MELALUI WAKILNYA ANWAR IBRAHIM????

YA ALLAH JAUHKAN KAMI DARI PEMIMPIN SEPERTI INI..

AMIN

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda