Daily Archives: March 12, 2008

Ezam minta Pas hati-hati dengan PKR

KUALA LUMPUR 11 Mac – Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ezam Mohd. Noor meminta Pas agar mengambil sikap berhati-hati untuk bekerjasama dengan PKR dalam membentuk kerajaan di beberapa negeri yang ditawan pembangkang pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Ezam mendakwa, melalui pengalamannya beliau yakin PKR dipimpin oleh pemimpin yang hanya mementingkan cita-cita peribadi untuk berkuasa dan sanggup menggadaikan maruah agama dan bangsa untuk mencapainya.

“Dalam menghadapi suasana politik sekarang, sikap seumpama itu amat membahayakan masa depan kelangsungan perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Saya berharap para pemimpin dan penyokong Pas menyambut baik pandangan ini atas dasar komitmen dan kejujuran saya dalam memperjuangkan kebaikan untuk agama, bangsa dan negara dengan melangkaui batasan parti politik,” katanya dalam satu kenyataan yang difaks dari Bristol, United Kingdom hari ini.

Beliau berada di Bristol kerana mengikuti fellow jemputan dalam bidang urus tadbir baik dan memerangi rasuah.

Dalam pada itu, tegas Ezam, kenyataan yang dikeluarkannya itu adalah semata-mata atas rasa prihatin terhadap masa depan negara keseluruhannya setelah apa yang berlaku dalam perkembangan terkini politik Malaysia.

“Ini khususnya terhadap PKR yang saya antara pengasas parti itu dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Umum PKR,” jelasnya.

nota: umum tahu taktik matlamat menghalalkan cara oleh pihak pembangkang telah berjaya menawan hati pengundi pada PRU12 tempohari. tindakan seperti gugurnya negara ISLAM seperti dalam manifesto PAS telah berjaya menawan hati pengundi bukan Islam…dan taktik seperti penghapusan bil air oleh PKR berjaya membutakan hati pengundi..tindakan seperti ini amat keji kerana kelak ia akan memakan diri pengundi diri itu sendiri dan secara tidak langsung pembangunan negeri juga akan terjejas….bukankah tindakan menghapuskan bil air akan mengundang pembaziran dari kalangan rakyat…???

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda