Daily Archives: March 13, 2008

KALUT…KALUT di Perak…PKR pula tak puashati

petikan agendadaily.com

TERBARU :Menjelang majlis angkat sumpah Menteri Besar baru Perak di Istana Iskandariah Kuala Kangsar yang dijadualkan jam 4 petang ini meletup pula satu krisis terbaru antara Parti Keadilan Rakyat dengan DAP dan PAS.Ini berkaitan dengan pembahagian kerusi Exco Kerajaan Negeri yang dikatakan buat para pemimpin PKR naik angin.Ikut ceritanya dibawah persetujuan antara DAP dan PAS selain wakil rakyat PAS Mohammed Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar ,pembahagian Exco yang dipersetujui ialah 8 untuk DAP,1 PKR dan 1 PAS.Timbalan Presiden PKR Dr Syed Hussien Ali telah mengeluarkan kenyataan mengancam PKR akan tarik diri dari kerajaan gabungan pembangkang di Perak jika pembahagian itu kekal.Beliau menegaskan pembahagian kerusi Exco haruslah mewakili komposisi penduduk Perak dan kepentingan semua pihak.” Kami meminta komposisi ini dirunding semula dan jika tidak diubah sehingga memuaskan hati semua pihak ,PKR tidak akan ambil bahagian dalam pentabiran Perak.Kata Syed Hussein PKR menerima keputusan Sultan Perak memilih Mohamed Nizar sebagai Menteri Besar.Namun katanya PKR akan berpegang pada janjinya menyokong kerajaan gabungan pembangkang itu.Sementara itu sumber-sumber memberitahu Agendadaily DAP juga mahu padanya jawatan Datuk Bandar Ipoh,Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping dan Manjong.Begitu juga dengan jawatan Ketua Ekskutif Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.- 13/3/2008

nota:sehingga kini pemimpin de factor PKR Anwar Ibrahim masih lagi membisu seribu bahasa…dan paling menyakitkan hati pula…tatkala kecoh di perak beliau berada di KLCC untuk mencari publisiti ditemuramah oleh Al Jazeera…..sikap baling batu menyorok tangan ini amat terkenal dalam diri anwar ibrahim….

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Majlis angkat sumpah MB Perak dibatalkan

dari utusan 13/03/2008 5:37pm

IPOH 13 Mac – Majlis mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perak oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin yang dijadualkan berlangsung di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar petang ini, dibatalkan.

Pembatalan itu dipercayai ekoran polemik pelantikan Menteri Besar Ke-10 tersebut yang semalam dibantah oleh salah satu parti pembangkang, DAP yang menjalin pakatan bersama Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menghadapi pilihan raya umum Sabtu lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang dari Pas, Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin sepatutnya mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pukul 4 petang ini di hadapan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Seri Raja Mansor Raja Razman di Istana Iskandariah mengumumkan penangguhan istiadat angkat sumpah itu ke tarikh baru yang belum ditetapkan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang semalam mengarahkan kesemua 18 wakil rakyat DAP di Perak tidak menghadiri istiadat mengangkat sumpah itu kerana tidak bersetuju dengan pemilihan wakil Pas sebagai Menteri Besar. Kit Siang hari ini memohon maaf atas kenyataan itu. Sementara itu, Istana Kinta dalam kenyataannya yang difakskan kepada Bernama memaklumkan bahawa penangguhan itu dibuat berdasarkan kepada perkembangan terkini yang menunjukkan DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas tidak mencapai kata sepakat yang ketara dalam penubuhan kerajaan campuran.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Melayu Semakin Terhimpit

petikan dari blog hakimitis…

Salam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng menyatakan bahawa dasar DEB akan dimansuhkan di PP. Alasannya adalah “dasar itu akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak begitu cekap”. Secara terang-terangan Guan Eng menyatakan bahawa negeri itu akan melaksanakan sistem ‘open tender’ bagi semua projek dan kontrak kerajaan.

Apabila ditanya mengenai hak-hak orang Melayu, jawabnya adalah “Semua bangsa dan untung nasib mereka sama”

Dasar yang dipelopori Tun Dr Mahathir pada 1971 itu kini mula dihapuskan di PP. Dasar yang menyatakan bahawa pengagihan kekayaan dan tinfakan teguh untuk Bumiputera dan bangsa Melayu sekurang-kurangnya 30 peratus itu sebelum ini turut dibangkitkan oleh individu lain pada tahun-tahun sebelumnya. Suqiu (Chinese Elections Appeals Committee) pada tahun 2000 telah menyenaraikan 83 fasal dalam memorandumnya yang dikatakan bertujuan untuk “memupuk kesepaduan nasional, kemajuan demokrasi, menjunjung hak asasi manusia dan keadilan, mengekang korupsi, mendapat keadilan dan kewajaran dalam polisi ekonomi” seakan-akan menunjukkan bahawa bangsa Melayu membolot semua kekayaan negara hinggakan membiarkan bangsa Cina kebuluran di jalan-jalan.

Hakikatnya, sehingga kini jumlah penguasaan ekonomi negara dimonopoli oleh bangsa Cina (kira-kira 70 peratus) dan bangsa Melayu memegang hampir 20 peratus. DEB bukanlah satu kegagalan, namun terdapat beberapa faktor lain yang dipercayai menjerumuskan kepada penguasaan ekonomi bangsa Melayu yang terlalu sedikit itu. (Faktor itu tidak akan ditulis di sini bagi mengelakkan ianya dijadikan alasan kepada bangsa Melayu yang malas dan hanya mencari alasan)

Kenyataan Guan Eng itu setakat ini masih belum menimbulkan kehangatan di kalangan ahli politik, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Pandangan penulis..

DAP sebelum ini memang terkenal sebagai sebuah parti yang mempunyai banyak kontroversi dan banyak menimbulkan salah fahan di antara kaum. Tercetusnya 13 MEI juga ada kaitan dengan DAP.Betapa hitamnya sejarah parti DAP dengan bangsa Melayu, tapi hari ini kita dapat rasakan bahawa bangsa Melayu seakan-akan telah melupakan dan memaafkan pencetus peristiwa tersebut. (Rujuk di sini,untuk kepastian.) Bagi anak Melayu yang masih sedar dan tahu akan perkara sebenar, semestinya perasaan keMelayuan dan sentimen kebangsaan tercalar dengan kenyataan Guan Eng itu. Namun, sehingga kini para menteri dan bekas menteri (khusus bangsa Melayu) masih mendiamkan.

Tidak dinafikan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang memafkan dan melupakan (forgive and forget), namun saya menyeru agar sesiapa yang berbangsa Melayu di yang membaca posting ini agar sedar dan bangkit untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi bangsa kita. Siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan Melayu?

Harapan penulis adalah agar bangsa Melayu sedara akan maruah kita yang semakin tercalar dan diinjak-injak ini tak mungkin akan pulih selagi wujudnya semangat kepartian yang mendahului semangat kebangsaan. Lupakan dahulu semangat UMNOPAS-KeADILan, sebaliknya hendaklah ketiga-tiga ini bergabung idea dan usaha untuk menyekat lebih banyak lagi usaha bangsa lain yang ingin menjatuhkan Melayu. Sedarkan Melayu yang ingin merosakkan Melayu, jangan dibuang mereka. Jagakan mereka dari tidur, usah dibiar. Pandu mereka ke jalan yang benar, usah disisih.

Kerana Melayu akan semakin sengsara jika tidak berubah.

Fakta : Lim Guan Eng pernah dipenjarakan selama 2 thun pada 1987-1989 atas Akta hasutan dan Penerbitan)

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

mengimbau peristiwa silam

petikan dari horizontimur…..

penulisan yang menarik….utk tatapan semua..

Kejadian dua protes jalanan dalam tempoh dua minggu baru-baru ini mengingatkan saya kepada tragedi 13 Mei yang tercatat sebagai peristiwa hitam dalam lipatan sejarah negara. Berdasarkan Kertas Putih yang dikeluarkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Trajedi 13 Mei: Satu Laporan, tragedi ini tercetus akibat letusan pergeseran antara kaum terutamanya di Semenanjung Malaysia. Sterling Seagrave dalam bukunya Lords of the Rim juga menyifatkan 13 Mei sebagai satu akibat daripada perasaan tidak puas hati antara etnik Cina dan Melayu yang telah terpendam lama sejak penjajahan British lagi. Menurut Tun Dr. Mahathir Mohamad pula, perasaan keharmonian antara kedua-dua etnik ini hanya wujud secara lahiriah sahaja dan tidak secara dalaman (Dilema Melayu, 2003). Oleh itu, ketiadaan persefahaman yang erat antara kaum ini dan ditambah lagi dengan kegawatan ancaman komunis ketika itu menyebabkan terdapat perasaan syak wasangka antara kedua-dua kaum tersebut.

Akhirnya, selepas keputusan Pilihanraya Umum 1969 diumumkan, perarakan jalanan kaum Cina pada 11 Mei 1969 yang banyak menghamburkan kata-kata kesat terhadap orang Melayu umpama menyimbah minyak ke atas bara api dalam sekam. Perarakan ini diadakan bagi merayakan kemenangan Parti Gerakan dan DAP di Selangor yang melebihi daripada kerusi yang mereka menangi pada pilihanraya umum sebelumnya. Kejayaan ini telah melupakan penyokong-penyokong kedua-kedua parti pembangkang tersebut kepada sensitiviti antara kaum di negara ini. Mereka tanpa segan silu menjerit “Mati Melayu, Sakai pergi mas[u]k hutan!,” “Butoh Melayu,” “Apa ini Melayu kita negeri dia sudah per[i]ntah. Ini negeri bukan Melayu punya” dan lain-lain lagi (Trajedi 13 Mei: Satu Laporan). Kaum India juga tidak ketinggalan. Menurut Seagrave, “racial insults were yelled at Malay bystanders, and Chinese kids in the group shouted, ‘Kuala Lumpur is Chinese now,’ while young Indians shouted, ‘Malays are powerless.’”

Mengikut rekod, berlaku pergaduhan kecil antara orang Melayu dengan orang Cina dan India di Setapak. Namun, pergaduhan ini menjadi bertambah buruk apabila masing-masing mula melontarkan botol dan batu. Apabila amarah mula menguasai akal dan pertimbangan, senjata mula digunakan kedua-dua belah pihak. Tindakan luar batasan ini terus merebak di seluruh Kuala Lumpur dan seterusnya negara mengakibatkan 196 orang terbunuh dan 439 orang tercedera. Banyak harta benda awam dan persendirian musnah. Kenderaan dibakar. Rumah dan kedai dipecah masuk. Harta awam dirosakkan.

Pada hari ini, telah lebih 38 tahun negara meninggalkan sejarah hitam itu. Kita telah bangkit semula dan banyak program sama ada oleh kerajaan, NGO atau persendirian diadakan supaya kita warga Malaysia kembali erat dan memahami satu sama lain dengan lebih mendalam. Sikap hormat-menghormati yang diamalkan berjaya memastikan rakyat Malaysia hidup dalam suasana yang harmoni. Kesejahteraan sosial ini secara langsung telah memberikan platform kepada ekonomi negara untuk berkembang dan menarik perhatian pelabur asing untuk melabur di negara ini. Ia juga telah menjamin kestabilan politik negara kita.

Tetapi, mungkin persefahaman yang disangka masih seperti mana yang disifatkan oleh Tun Mahathir pada awal kemerdekaan dahulu. Jika tidak masakan HINDRAF tanpa rasa hormat menjajah jalan-jalan di Kuala Lumpur minggu lalu. Ya, tuntutan mereka tidak sedikitpun menyentuh secara langsung hak keistimewaan Bumiputera. Ya, mereka juga tidak mencaci Melayu atau kaum lain. Tetapi mereka mendakwa peristiwa di Kg. Medan pada 2001 adalah satu rancangan jahat kerajaan di bawah pengaruh UMNO untuk melakukan pogrom atau pembersihan kaum dengan membunuh lebih 100 orang India di situ. Dakwaan ini walaupun ditujukan kepada UMNO, tetapi cubit peha kanan, peha kiri terasa juga. Seorang sahabat Melayu saya yang mempunyai seorang rakan karib etnik India kini mula merasa janggal untuk bertemu dengan kawannya itu. Isu HINDRAF ini juga menyebabkan persahabatan antara saya dan rakan-rakan India saya sedikit terjejas. Pada pengamatan saya, ini berlaku kerana kebanyakan etnik India yang menyokong HINDRAF menggunakan ungkapan ‘Melayu’ apabila menyatakan bahawa mereka telah dipinggir dan ditindas selama ini. Walaupun, memorandum HINDRAF kepada Gordon, Perdana Menteri Britain, menyebut UMNO, tetapi ia telah digeneralize sebagai Melayu. Api perkauman bakal tercetus kembali sekiranya kita tidak hati-hati.

Permohonan bantuan HINDRAF daripada Ratu England juga seolah-olah menghina Raja-Raja Melayu yang menjadi lambang kedaulatan negara ini. Prinsip Rukun Negara yang kedua – kesetiaan kepada Raja dan Negara, yang menjadi asas kesatuan kita nampaknya tidak diguna pakai oleh HINDRAF. Orang Melayu, terutamanya, amat sensitif apabila Seri Paduka Baginda Raja-Raja dihina. Ini adalah kerana pertalian yang wujud antara mereka sejak berlakunya sumpah taat setia antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba yang menjadi asas taat setia orang Melayu kepada Baginda Raja-Raja Melayu.

Bukanlah menjadi tujuan tulisan ini untuk memarakkan api perkauman. Harap dijauhkan Allah s.w.t.. Walaupun diri ini tidak merasai penderitaan 13 Mei, tetapi melalui cerita-cerita lisan orang-orang lama dan juga pembacaan daripada berbelah-belah pihak, terasa tidak tertahan jika peristiwa hitam itu berulang kembali. Cuma dikhuatiri ia akan berlaku semula. Beringatlah dan berwaspadalah. Kita lemah kerana tiada persefahaman yang sebenarnya antara kita semua. Seharusnya, perbezaan ini menguatkan kita.

Kegusaran HINDRAF jika direnung secara mendalam mungkin ada asasnya, tetapi pendekatan yang diambil tidak kena. Mengapa hanya segolongan kecil etnik India yang kaya raya? Mengapa golongan ini tidak membantu saudara-saudara seagama yang lain? Apa yang pemimpin MIC lakukan selama ini? Memenuhkan kocek sendiri sehingga lupa kepada orang yang di bawah?

Orang Melayu dengan baik hati mengundi wakil-wakil India di kawasan-kawasan mereka. Ijok merupakan kawasan yang teramai etnik India di Malaysia, tetapi masih bukan majoriti. Orang Melayu merupakan majoriti di situ. Diberikan juga kerusi itu kepada MIC. Dato’ Seri Samy Vellu yang menjadi Ahli Parlimen di Sg. Siput juga bertanding di kawasan majoriti Melayu. Tetapi masih menang! Dato’ Seri Kayveas di Taiping juga menang kerana Melayu. Kawasan DUN majoriti bukan Melayu tidak ramai mengundi beliau walaupun wakil BN menang di kawasan-kawasan berkenaan. Itu korban Melayu.

Kini terpulang kepada etnik India sendiri untuk memajukan diri sendiri. Gunakan wakil-wakil rakyat anda sepenuhnya. Jangan sampai terungkap kembali perbualan seumpama ini, “one towkay recently told a Malay official: “If it weren’t for the Chinese, you Malays would be sitting on the floor without tables and chairs.” Replied the official: “If I knew I could get every damned Chinaman out of the country, I would willingly to go back to sitting on the floor.” (Time, 1969).

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

DAP biadap

dari utusan malaysia

KUALA LUMPUR 13 Mac – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib menyifatkan arahan DAP supaya wakil rakyatnya di Perak memulaukan majlis angkat sumpah pelantikan Menteri Besar, sebagai sungguh biadap dan kurang ajar.

Beliau berkata, DAP perlu ingat bahawa majlis tersebut adalah sebahagian daripada adat istiadat Kesultanan Perak yang bermakna jika tidak menghormatinya, maka ia menjadi satu penghinaan kepada institusi raja-raja Melayu.

DAP malam tadi mengarahkan kesemua 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu di Perak memulaukan majlis angkat sumpah jawatan Menteri Besar, petang ini.

Tindakan itu diambil berikutan keputusan Pemangku Raja Perak, Raja Dr. Nazrin Shah, semalam, yang memilih ADUN Pasir Panjang merangkap Setiausaha Perhubungan Pas negeri, Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, sebagai Menteri Besar Perak ke-10.

nota: walaupun DAP telah menarik balik kenyataan utk memulaukan majlis di atas..tetapi harus diingat pada mulanya mereka tidak bersetuju dengan cadangan supaya wakil calon PAS untuk menjadi menteri besar Perak. Ini kerana ideologi mereka yang berbaurkan kaum hanya didukung oleh PKR dan tidak dari PAS..walaupun terkenal dengan ideologi matlamat menghalalkan cara…pihak PAS setakat hari ini belum lagi mengeluarkan kenyataan terhadap tindakan awal DAP ini…umum tahu DAP merupakan parti sekular yang mirip seperti api dalam sekam…gunting dalam lipatan…tidakkah tuan/puan ingat…parti mana kah yang bertanggungjawab mencetuskan peristiwa 13 MEI 1969???? DAP lah yang mencetuskan ketegangan kaum pada masa itu..
Sehingga post ini dikeluarkan DSAI masih belum mengutarakan ape2 kenyataan rasmi PKR….ini kerana sifat sanggup menggadai bangsa sendiri yang menjadi pegangan PKR telah memakan diri mereka sendiri…

sesudah DEB dihapuskan…nescaya dasar seperti perlaksanaan IFC bakal dilakukan di pulau pinang…mungkin tidak menggunakan nama IFC tetapi konsep ‘mirror’ IFC akan tertubuh di Pulau Pinang di bawah pentadbiran DAP…

maka ramai lagi lah anak melayu yang akan murtad akibat sikap melayu sendiri yang kononnya mengundi atas dasar protes dengan memangkah parti seperti DAP dan PKR di pulau pinang….ayam menang kampung tergadai

kita ntkan di selangor di mana tuntutan DAP utk meletakan penasihat HINDRAF iaitu Manoharan sebagai timbalan menteri besar bakal ditunaikan atau tidak oleh PKR…tindakan ini dilihat sebagai mencabar kedaulatan negara dan negeri selangor….umum tau tindakan HINDRAF sememangnya mencemarkan nama Malaysia..

ALLAH SELAMATKAN NEGARA MALAYSIA DARI PETUALANG BANGSA..

LANJUTKAN LAH PEMERINTAHAN BERAJA DI MALAYSIA AGAR MALAYSIA SELAMAT, AMAN DAN MAKMUR

AMIN YA RABBAL ALAMIN…..

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda