Melayu Semakin Terhimpit

petikan dari blog hakimitis…

Salam.

Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng menyatakan bahawa dasar DEB akan dimansuhkan di PP. Alasannya adalah “dasar itu akan mewujudkan kronisme, amalan rasuah dan sistem yang tidak begitu cekap”. Secara terang-terangan Guan Eng menyatakan bahawa negeri itu akan melaksanakan sistem ‘open tender’ bagi semua projek dan kontrak kerajaan.

Apabila ditanya mengenai hak-hak orang Melayu, jawabnya adalah “Semua bangsa dan untung nasib mereka sama”

Dasar yang dipelopori Tun Dr Mahathir pada 1971 itu kini mula dihapuskan di PP. Dasar yang menyatakan bahawa pengagihan kekayaan dan tinfakan teguh untuk Bumiputera dan bangsa Melayu sekurang-kurangnya 30 peratus itu sebelum ini turut dibangkitkan oleh individu lain pada tahun-tahun sebelumnya. Suqiu (Chinese Elections Appeals Committee) pada tahun 2000 telah menyenaraikan 83 fasal dalam memorandumnya yang dikatakan bertujuan untuk “memupuk kesepaduan nasional, kemajuan demokrasi, menjunjung hak asasi manusia dan keadilan, mengekang korupsi, mendapat keadilan dan kewajaran dalam polisi ekonomi” seakan-akan menunjukkan bahawa bangsa Melayu membolot semua kekayaan negara hinggakan membiarkan bangsa Cina kebuluran di jalan-jalan.

Hakikatnya, sehingga kini jumlah penguasaan ekonomi negara dimonopoli oleh bangsa Cina (kira-kira 70 peratus) dan bangsa Melayu memegang hampir 20 peratus. DEB bukanlah satu kegagalan, namun terdapat beberapa faktor lain yang dipercayai menjerumuskan kepada penguasaan ekonomi bangsa Melayu yang terlalu sedikit itu. (Faktor itu tidak akan ditulis di sini bagi mengelakkan ianya dijadikan alasan kepada bangsa Melayu yang malas dan hanya mencari alasan)

Kenyataan Guan Eng itu setakat ini masih belum menimbulkan kehangatan di kalangan ahli politik, baik kerajaan mahupun pembangkang.

Pandangan penulis..

DAP sebelum ini memang terkenal sebagai sebuah parti yang mempunyai banyak kontroversi dan banyak menimbulkan salah fahan di antara kaum. Tercetusnya 13 MEI juga ada kaitan dengan DAP.Betapa hitamnya sejarah parti DAP dengan bangsa Melayu, tapi hari ini kita dapat rasakan bahawa bangsa Melayu seakan-akan telah melupakan dan memaafkan pencetus peristiwa tersebut. (Rujuk di sini,untuk kepastian.) Bagi anak Melayu yang masih sedar dan tahu akan perkara sebenar, semestinya perasaan keMelayuan dan sentimen kebangsaan tercalar dengan kenyataan Guan Eng itu. Namun, sehingga kini para menteri dan bekas menteri (khusus bangsa Melayu) masih mendiamkan.

Tidak dinafikan bahawa bangsa Melayu merupakan bangsa yang memafkan dan melupakan (forgive and forget), namun saya menyeru agar sesiapa yang berbangsa Melayu di yang membaca posting ini agar sedar dan bangkit untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi bangsa kita. Siapa lagi nak tolong Melayu kalau bukan Melayu?

Harapan penulis adalah agar bangsa Melayu sedara akan maruah kita yang semakin tercalar dan diinjak-injak ini tak mungkin akan pulih selagi wujudnya semangat kepartian yang mendahului semangat kebangsaan. Lupakan dahulu semangat UMNOPAS-KeADILan, sebaliknya hendaklah ketiga-tiga ini bergabung idea dan usaha untuk menyekat lebih banyak lagi usaha bangsa lain yang ingin menjatuhkan Melayu. Sedarkan Melayu yang ingin merosakkan Melayu, jangan dibuang mereka. Jagakan mereka dari tidur, usah dibiar. Pandu mereka ke jalan yang benar, usah disisih.

Kerana Melayu akan semakin sengsara jika tidak berubah.

Fakta : Lim Guan Eng pernah dipenjarakan selama 2 thun pada 1987-1989 atas Akta hasutan dan Penerbitan)

9 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

9 responses to “Melayu Semakin Terhimpit

  1. john

    Melayu tidak akan terhimpit. Lim Guan Eng tidak akan berbuat demikian. Beliau akan memperkenalkan polisi yang lebih baik untuk menolong orang melayu. Sekiranya beliau menghimpit orang melayu, dia tidak akan dapat bertahan lama sebagai chief minister. Jangan risau . We must think good about him. Let him prove and show his love to you my malay friend. He will.

  2. Terang Dan Benar

    Lah…sama saja. Dunia ini milik semua bangsa. Perlu di tolong sama rata. Why must you feel unsecure?

  3. sarah

    Saya melayu menyokong john, benarkan Lim tunjuk yang terbaik untuk rakyat malaysia. Lagipula Lim menang kerana sokongan org melayu juga. Kalau tak ok, kita singkirkan Lim di pilihanraya akan datang. Jgn timbulkan provokasi tak baik

  4. ridzuwhan

    Hanya masa yang akan menentukan… Yang pasti DAP adalah alternatif bagi kaum Cina yang lebig extrim dalam memenuhi tuntutan mereka. Umpama duri dalam daging bagi MCA dan GERAKAN yang lebih banyak mengadakan rundingan dan semangat permuafakatan di dalam mencari kesaksamaan antara kaum.

    Bagi saya sebagai bangsa melayu tidak melihat DAP sebagai malaysian malaysia tetapi untuk orang cina. Orang melayu harus memahami DEB walaupun tidak membrikan kelebihan buat kaum yang lain, tetapi idealnya berjaya mewujudkan keamanan buat semua. mungkin bagi orang india sesuatu yang lebih konkrit boleh dilakukan oleh MIC. Dato’ Seri S Samy Vellu dan M Kayvies harus melepaskan jawatan atau dia akan menjadi satu beban BN dalam pilihanraya akan datang.

    Saya inin melihat sejauh mana melayu pulau pinang akan berubah dibawah kepimpinan DAP.

  5. boy

    jgn panik..tidak perlu risau..samada pembangkang atau kerajaan..kita semua rakyat malaysia…ingat..jgn takut pada kerajaan..kerana KERAJAAN UNTUK RAKYAT OLEH RAKYAT..dan bukan utk kepentingan individu..kita lihat sahaja sejauh mana kerajaan yg ada memerintah..dan jikalau dasar yg mereka buat itu gagal dan terus gagal maka..jgn pilih mereka..ingat kita negara demokrasi..dan jgnlah kita cepat melatah..

  6. boy

    dan…saya sokong akan sikap yg di tunjukkan oleh sarah diatas..” Kalau tak ok, kita singkirkan Lim di pilihanraya akan datang. Jgn timbulkan provokasi tak baik “..inilah yg dikatakan pemikiran yg matang..tidak cepat melatah..dan menerima kenyataan yg berlaku..suasana akan lebih aman dan makmur didalam sebuah negara yg demokrasi..

  7. Matrix man

    Alaaa…aku dah bertahun-tahun kerja kilang dengan bos-bos dari golongan tiong hua ni. Kalau depa dah jadi boss, org dari kroni depa saja yang bagus. Mau masuk kerja, tak payah ada kelulusan atau penglaman, form 5 aje (SPM pun kantoi) pun sudah boleh jadi bos dengan gaji ribu2. Org kita? Diploma mau ada, experient mau ada 5 – 6 tahun dulu baru dpt, tapi gaji tetap ciput. Itupun jadi kuli batak aje..Berlambak kilang2 wujud keadaan ini. Ditanya pasai apa org ini tak dpt gaji byk, jwpannya: low performance. Pada org dia yang tak tahu buat kerja (tapi amat pandai arah dan kejan org buat kerja) is a higher performance.
    Pandai sungguh berpolitik dlm kerja. Apa2 yang baik (selalunya org lain yang buat), bubuh nama depa yang buat. Bila salah (walaupun depa buat), org lain la yang kena maki hamun…..
    Itulah selama ini berlaku di sektor-sektor pekerjaan….Bila kena maki, tak boleh nak melawan, sebab depa bos…Kalau lawan, nanti kena pressure lagi teruk sampai kena berenti sendiri. Pasai tu la kita tak kaya2 lagi. (Kecuali kilang Jepun @ Inggeris)

    Ada org buat research tak pasal ini semua?

    Tak pa, kasi negeri pulak….bagi jadi boss.
    Kalau bos baik, sama rata, adil, saksama, ok lah teruskan!!
    Maklumlah…kematangan rakyat kononnya. Singapura..waa byk tokeh-tokeh Melayu kat sana ye? Kaya-kaya belaka org Melayu kat sanaaaa ye? Hebatnya. Siapa nak jadi kuli ??

    • Bakal PM

      Aku setuju dgn Matrix…
      Knpla sampai skarang ada melayu yang bebal sanggup jd kuli pada bangsa lain…. cuba tgk pulau pinang dah mcm2 isu yang timbul tp puak2 fanatik ni buat derk jer….
      apa yang penting??? kerjasama…..

  8. amankim

    baguslah.. ramai juga yang sedar..

    link back to my blog :

    http://hakimitis.wordpress.com

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s