Daily Archives: March 15, 2008

Siapa MB Perlis?

Dugaan bahawa segalanya selesai setelah Datuk Seri Shahidan Kassim mendapat watikah lantikan sebagai Menteri Besar dari Perdana Menteri awal Selasa malam nyata meleset.

Sebaliknya Raja Perlis terus berkeras tidak mahu menerima Sahidan.

Hari ini baginda melantik Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong,Dr Md Isa Sabu ( gambar kecil ) sebagai Menteri Besar.

Hal ini diumumkan menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Sulit Raja Perlis Mohd Adib Zakaria di Kuala Lumpur tengahari ini.Dr Md Isa diketahui umum adalah orang Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad.

Sementara itu Agendadaily difahamkan Shahidan kini sedang berada di Jabatan Perdana Menteri dalam usaha untuk menemui Datuk Seri Abdulah Badawi bagi menangani kemelut terbaru ini.

Salah seorang orang kanan beliau ketika dihubungi berkata Shahidan akan menentang tindak tanduk yang melanggar keputusan parti itu.- 14/3/2008 – dari agendadaily

nota: sesiapapun yang dilantik mb perlis…diharap dengan perlantikan beliau sebagai MB akan memperkukuhkan lagi BN dan UMNO itu sendiri di PERLIS

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

UMNO akan sama-sama bantu jayakan manifesto Barisan Alternatif Selangor


UMNO Bahagian Kapar Jumaat malam mengadakan perhimpunan yang dihadiri lebih 3,000 orang bagi menyatakan pendirian UMNO Bahagian tersebut berhubung dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru. Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil ketika berucap pada pehimpunan tersebut berkata, UMNO Bahagian Kapar akan menggerakkan jentera parti itu mengumpulkan data dan maklumat mengenai janji-janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan PAS untuk dituntut pelaksanaannya. “Kita akan mengumpulkan senarai anak-anak yang diletakkan pusat jagaan bagi dituntut bayaraan sebanyak RM75 yang dijanjikan, kita akan kumpulkan senarai anak-anak di Tadika bagi dibayar RM50 sebulan seperti yang dijanjikan. Jika ini tidak dapat ditunaikan, kita gegarkan pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini janji mereka,” katanya sambil disambut tepukan hadirian yang melaungkan slogan Hidup Melayu dan Hidup UMNO. Rahman juga dalam ucapannya meminta ahli-ahli UMNO Bahagian itu terus berdiri teguh mempertahankan kepimpinan parti.

nota: bukan UMNO kapar sahaja malahan seluruh bahagian UMNO di Selangor akan mengambil inisiatif yang sama bagi memastikan manifesto BA berjaya….kita akan dapat lihat sama ada janji-janji dalam manifesto ini dapat ditunaikan ataupun tidak…adakah gaji minimum RM1500 dalam ditunaikan di Selangor???bagaimana pula pandangan dari pelabur asing yang masing2 melabur di sini kerana kos buruh yang murah???mari kita tuntut hak kita..terutama seperti insentif anak2 ke tadika dan nurseri…mlm kelmarin teman lama penulis memberitahu penulis di dalam kempen BA di Gombak..calon2 BA memberitahu bahawa sekiranya mereka menang di Selangor…setiap rumah akan mendapat RM25 subsidi air……mari kita lihat sejauh mana kebenaran dan kemampuan BA….

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Angkara pihak tidak bertanggungjawab??

petikan agendadaily

Baling batu sembunyi tangan…

Para ahli Puteri UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Kuala Lumpur terkejut bila diberitahu oleh rakan-rakan mereka adanya kain rentang yang tertera nama pergerakan itu bertulis “KAMI TIDAK MAHU PM LEMAH DAN BERGANTUNG IKHSAN DARI PENGIKUT” dipasang di sebuah jejantas dekat Taman Melati Khamis.Berikutan itu mereka bertindak segera meminta kerjasama Pemuda UMNO Wangsa Maju menurunkannya.Ketua Penerangannya Sharifah Aminah Syed Mohsin telah membuat laporan polis di ibupejabat polis daerah Sentul mengenainya.Kata Sharifah Aminah mereka tidak tahu menahu dan tidak akan kena mengena dengan pemasangan kain rentang itu.Beliau kesal kerana ada pihak tak bertanggongjawab menguna nama pergerakan itu.Sementara itu difahamkan kegiatan ini berlaku di beberapa tempat lain.Agendadaily sendiri melihat satu kain rentang mendesak Perdana Menteri letak jawatan dipasang di sebuah jejantas dekat stesen LRT Taman Setiawangsa sewaktu melalui jalan itu jam 11.30 pagi ini.- 14/3/2008

nota: walaupun UMNO panas dengan isu YB Mukriz menghantar surat peribadi beliau kepada Pak Lah supaya berundur, ada pihak2 yang tidak bertanggungjawab mencurah minyak ke api….pemasangan banner2 ini kelihatan disekitar kuala lumpur yang majoritinya dipegang oleh DAP….adakah ini main pakatan pembangkang yang cuba mendapatkan publisiti??atau pihak oppoturnis yang cube mengambil kesempatan atas kekalahan Barisan Nasional..?

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda