UMNO akan sama-sama bantu jayakan manifesto Barisan Alternatif Selangor


UMNO Bahagian Kapar Jumaat malam mengadakan perhimpunan yang dihadiri lebih 3,000 orang bagi menyatakan pendirian UMNO Bahagian tersebut berhubung dengan penubuhan kerajaan negeri yang baru. Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil ketika berucap pada pehimpunan tersebut berkata, UMNO Bahagian Kapar akan menggerakkan jentera parti itu mengumpulkan data dan maklumat mengenai janji-janji yang dibuat oleh PKR, DAP dan PAS untuk dituntut pelaksanaannya. “Kita akan mengumpulkan senarai anak-anak yang diletakkan pusat jagaan bagi dituntut bayaraan sebanyak RM75 yang dijanjikan, kita akan kumpulkan senarai anak-anak di Tadika bagi dibayar RM50 sebulan seperti yang dijanjikan. Jika ini tidak dapat ditunaikan, kita gegarkan pejabat Menteri Besar Selangor kerana ini janji mereka,” katanya sambil disambut tepukan hadirian yang melaungkan slogan Hidup Melayu dan Hidup UMNO. Rahman juga dalam ucapannya meminta ahli-ahli UMNO Bahagian itu terus berdiri teguh mempertahankan kepimpinan parti.

nota: bukan UMNO kapar sahaja malahan seluruh bahagian UMNO di Selangor akan mengambil inisiatif yang sama bagi memastikan manifesto BA berjaya….kita akan dapat lihat sama ada janji-janji dalam manifesto ini dapat ditunaikan ataupun tidak…adakah gaji minimum RM1500 dalam ditunaikan di Selangor???bagaimana pula pandangan dari pelabur asing yang masing2 melabur di sini kerana kos buruh yang murah???mari kita tuntut hak kita..terutama seperti insentif anak2 ke tadika dan nurseri…mlm kelmarin teman lama penulis memberitahu penulis di dalam kempen BA di Gombak..calon2 BA memberitahu bahawa sekiranya mereka menang di Selangor…setiap rumah akan mendapat RM25 subsidi air……mari kita lihat sejauh mana kebenaran dan kemampuan BA….

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “UMNO akan sama-sama bantu jayakan manifesto Barisan Alternatif Selangor

  1. suhaimi

    aslamulaikom semua warga bangsa ku…saya salah seorang ahli yang memperjuangkan nasib bangsa melayu…ingin saya cakapkan kenapa orng melayu kalh kerana orang melayu itu sendiri yang bodoh…yang bagi org bodoh memerintah..kita tengok sapa yang bodo kalau malaysia lingkup..melayu yang bodo termasuk saya..bangsa lain gelak ketawa..ha ha ha ha ..ampun maaf dari saya iklas,

  2. melayu

    kenapa kita mesti panik?biarkan mereka memerintah kerana itu pilihan rakyat majoriti..hentikan tabiat berangan2 kita mengatakan yg kita ni tetap unggul di atas dan terbaik dan jgnlah kita cepat melatah dan hendak menangguk di air keroh..setiap diatas akan kebawah juga apabila kesombangan kita mengusai diri kita..setiap musibah itu ada hikmahnya..duduk dan hisap diri kita..kelemahan kita..ini adalah satu petunjuk untuk membuatkan kita lebih matang dan pelajarilah iktibarnya..dan jgnlah kita melalak sana sini nak menunjukkan kita betul org lain salah..lama kelamaan org akan naik menyampah pada kita..cubalah kita bersikap sederhana dan lebih merendah diri..insyaAllah rakyat akan kembali kepada kita..wAllahualam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s