Anwar lagi ganas dari Mahathir?


tamadun1.jpg

tamadun2.jpg

tamadun3.jpg

tamadun4.jpg

tamadun5.jpg

tamadun6.jpg

nota:ketika melayari internet…penulis terjumpa web yang masih menyimpan keratan majalah tamadun ini. ironik yang…mat sabu sekarang rakan sekapal dengan anwar….

13 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

13 responses to “Anwar lagi ganas dari Mahathir?

  1. mun

    Pak Lah tak ganas kah? Oh, bagusnya Pak Lah sampai pengundi tolak pimpinannya. Semua di keliling jadi pak angguk. Potong 1o% pendapatan jaja seluruh dunia. 10% daripada RM55,000 berapa. Mun nak dapat seribu pun sakit. Tolak sewa rumah RM350. Api air 30. Belanja anak sekolah tiga orang, tambang bas pergi kerja, tambang bas anak-anak, belanja dapur (kerajaan BN – barang naik – senyum harga barang naik). Suratkhabar siar harga di pasar tidak naik. Tapi cuba Shahrir turun , menyamar pakai baju buruk. Cuba beli sendiri barang, ikan, sayur di chow kit atau pasar pudu. Samakah yang tulis dalam suratkhabar upahan UMNO tu.
    Pasar raya canang tak naik harga. Tapi suru FN dulu saya beli 1.99 setin atau paling tinggi 2.05 tapi pergilah beli sekarang kalau tak kena bayar RM2.60 ataupun RM2.70. Inilah matematik menteri produk Pak Lah. Naik dikatakan turun.
    Nak semat kejap-kejap dalam hati mengundi akan datang haram undi kerajaan sekarang. Tak mengundi lagi bagus. Duduk rumah lagi bagus. Tak payahlah UMNO main isu Melayu. Yang jual tanah di Pahang tu siapa seperti yang didedahkan oleh bekas setiausaha perhubungan? Dalam piliharaya dan masa kempen lembut lidah, berlagak baik. Semuanya nak tiru wakil rakyat dalam filem hindustan

  2. Kuntakinte

    Salam, kak mun khabak macam tak baik je, kuntakinte segan nak tanya khabak, kalau ada masa boleh kuntakinte tolong nasihat tapi ada urusan nak kena selesai, ni pun tadi dah tersilap ruangan pi bagi nasihat ruangan lain plak.

    sempat kut lagi sat nak bagi nasihat, kak mun rezeki dan pahala kurniaan Allah S.W.T jangan kita kufur nikmat.

    mamak haji sama abangtuah boleh tolong nasihat mai kat kak mun ni sat……

    kuntakinte beredar dulu.. bye…..wassalam.

  3. AbangTuah

    Kak mon jadi lah rakyat yang berjasa.

    APA PENGORBANKAN KAK MUN PADA NEGARA, BUKAN APA NEGARA PERLU KORBANKAN UNTUK KAK MON.

    Kalau di China atau Cuba orang macam Kak Mun ni dah di tembak mapuih.

    Saya berani berkata kerana saya telah laksanakan pengorbanan saya terhadap negara.
    Jenis orang macam ni sekiranya negara tergugat diserang musuh mereka akan bersembunyi masuk dalam kain..bersama dengan lebai kuyub2 PAS dan oputunis-oputunis PKR.

  4. Cun

    Kalau di China atau Cuba gaji PM mungkin lima ratus sahaja. Sama rata rakyat dan pemimpin

  5. AbangTuah

    Kak Mun….sorry la terkasar bahasa sikit…ingatkan mereka yang selalu masuk buat kacau disini.

    Sabar lah Kak Mun, mungkin ini ada hikmahnya. Semua rakyat Malaysia terasa peritnya menghadapi situasi sekarang. Sekarang ni bukan masanya kita hendak menambah kesulitan kerajaan. Sepatutnya kita bersama-sama berganding bahu dengan kerajaan bagi menghadapi krisis ini. Kita banyakkan berdoa agar situasi ini tidak berpanjangan atau menjadi lebih buruk. Saya yakin kerajaan sedang berusaha bersungguh bagi menangani masaalah ini. Sekiranya benar kerajaan hendak menyusahkan rakyat awal lagi subsidi minyak telah ditarik balik. Saya harap harga minyak dunia tidak melonjak ke USD 200.00, sebab pada tahap itu saya rasa kita semua akan menghadapi era kemelesetan ekonomi yang melampau. Negara Amerika kini sedang menghadapi masaalah kemelesetan ekonomi yang teruk..jadi mereka terpaksa menarik semua negara dunia bersama-sama mereka. Mereka mengunakan mekanisma spekulasi harga minyak bagi terus menaikan harga minyak dunia bagi menjejaskan ekonomi negara lain. Semua terkena bahangnya..Indonesia, India, Haiti, UAE, France, Britain dan lain-lain lagi. Jadi berdoa dan bersabarlah.
    So kalau ada masa saya akan berbicara dengan lebih lanjut lagi….bye

  6. Mamak Penang

    cun……..apalah hang ini kisah sangat dengan gaji orang. hang pii lah tengok gaji kat swasta itu! hang nak samakan dengan kedua-dua negara komunis itu dengan Malaysia buat apa?.hang bezakanlah gaji PM yang negara kecil dan terdekat dengan Malaysia Singapura sudah!bagi tau kat mamak gaji PM Singapura berapa?.Gaji PM kita berapa?.
    Cun, Mamak ada satu cerita untuk hang pasal gaji tinggi!.Ada seorang pekerja kat Amerika dia ini kira pekerja Free Lance tak bergaji dengan siapa pun.Satu hari Hawa Dingin Empire State building kat New York itu telah mengalami kerosakan.Oleh kerana bangunan ini adalah Ibu Pejabat Bangsa-Bangsa Bersatu…yang rosak pulak pada musim summer ia itu boleh cecah suhu pada 30 darjah C.Ramai jurutera-jurutera yang handal di Amerika telah di panggil untuk membaiki sistem hawa dingin ini tetapi seorang pun tak dapat jalan untuk membaikinya.Oleh kerana Amerika nak jaga air muka dengan dunia mereka resah dan malu.Dalam pada itu seorang jurutera beritau kat pengurus bangunan bahawa ada seorang tukang baiki tetapi dia ini tak lah mempunyai sijil apa-apa tapi charge perkhidmatannya amat tinggi sampai berjuta dollar dia boleh kenakan.Dengan berat hati dan tak ada jalan lain dia pun panggillah si tukang pembaiki itu.Tukang baiki itu pun tiba dan dia ambil tukul besi diketuk tiga kali pada jentera hawa dingin itu.Tiba-tiba semua sistem telah berjalan seperti sedia kala.Si tukang baiki pun hantarlah bill pada pengurus bangunan.Pengurus bangunan terkejut dengan bill yang dihantarnya ia mencecah 1 juta dollar.Jadi pengurus pun terlalu marah dengan si tukang baiki itu “kamu cuma ketuk tiga kali dengan tukul engkau boleh charge sampai 1 juta dollar ke?.Tapi tukang baiki itu jawab “ketuk semua orang boleh ketuk, tapi di mana nak ketuk itulah memerlukan 1 juta dollar”.
    Jadi nak katakan gaji itu bukanlah terletak pada pangkat atau pun kerja yang teruk-teruk tetapi pada keupayaan nak membuat keputusan untuk Negara ini bukanlah senang!Polisi antara bangsa lain pulak!!!.PM kita berpuluh tahun berpengalaman dalam karier sebagai pemimpin mustahil dia buat silap tetapi cuma musuhnya dah terlalu ramai dari dalam dan di luar.Kadangkala orang Melayu ini tak erti nak menilai yang mana kaca dan yang mana berlian!!pasai itu ramai yang suka pakai zulian…!!!.Cuma sekarang ini beliau kena bertempur dengan DSAI yang gila kuasa dan yang satu lagi yang nyanyok dan kuat merajuk, perangai yang dia saja betul dan mesti ikut cakap dia !!!!.Inilah menyebabkan populariti beliau telah menurn sejak kebelakangan ini.

  7. Kuntakinte

    Salam, Melecun, hang tau ka China dan Cuba tu berapa gaji Perdana Menteri diorang, kalau tak tau jangan serkap jarang, buat dosa kering hang tau, biar orang lain buat dosa jangan kita terjerumus sekali, kuntakinte pun tak tau sebab tu tak berani nak cakap, sebab takut kan tuhan, taubat la melecun oi…. diumpamakan China dan Cuba berdasarkan sistem pemerintahan komunisme faham ke tidak, kalau tak faham balik mentelaah lagi baru layak berhujah. kalau sistem komunisme yang kaya akan kaya seperti Perdana Menteri diorang yang miskin tersangat miskin sampai nak cari makan pun susah.

  8. Mamak Penang

    salam kuntakinte,cun ini bukan apa….saja dengak kat orang sembang kedai kopi yang main dam haji!.Nak tau agaknya!.Mamak kadang kesian kat budak-budak ini hah…Tapi elok juga depa beranikan diri bagi komen!.Jangan risau cun..kuntakinte ini memang macam itu tegas orangnya tapi sayang kat anak muda macam engkau…ada apa utarakan pendapat…jangan takut pro dan kontra baru boleh dapat rumusan yang tepat!!!.Wasalam.
    p/s Kunta kinte tak mahu order ke!.Itu bola tengok free saja..mamak, ini macam tutup kedailah!!!.angkat mai itu air kosong sendiri punya!.Dulu air lagi Mahal sama minyak punya time manyak minum sekarang itu minyak mahal minum minyak lah!!!!.

  9. zainal

    Mun sembang macam kat kedai kopi noh. Potong tu nak kurang ke belanja. Dah tahu minyak mahal, harga barang mahal, berbelanja secara berhemah lah. Bersyukur sikit boleh ka, simpanan minyak kita ada 3 bilion barrel lagi. La ni nak cari kat luar negara luar. Elok kalau Mun sumbang sikit untuk cari gali minyak kat luar tu. Kita masih boleh sembang-sembang kat siber cafe. Rumah masih ada satu unit komputer boleh buka blog, lepas tu boleh juga hentam kerajaan. Pun bersyukur. Bagus kalau orang macam Mun, macam saya juga kot, dilanda malapetaka macam taufan Narjis di Mynmmar atau ombak Tsunami. Kemudian mun dan saya tinggal sehelai sepinggang tak makan seminggu kering macam cicak kobeng. Apa macam syok tak?

  10. kubai

    awat la angpa gaduh mamak oi

  11. al-basroh

    assalamualaikum…
    apa khabar semua,jangan korang bergaduh.baik kita sama2 bedoa pd allah utk tunjuk kebenaran.kita balik pada al-quran dan hadis.orang kafir sedang kaji al-quran tapi kita baca pun tak.pemerintahan yang baik dapat meyenagkan rakyat bukan megkayakn pmerintah.berjuang demi kebenaran berpadu al-quran dan hadis.wassalam

  12. usai

    oh kalo bab gaji xleh nak bandingkn dgn negara luar
    tapi bab minyak bleh plak banding dgn negara luar yg bukan pengeluar minyak
    appara
    senang je kalo nak uji pak menteri ni yg pandai ckp suh rakyat benjimat ni
    kita buat program realiti tv
    kita bg dia gaji minimum sekarang dlm 900 la katakan
    pastu kita tgk mcmana dia nak hidup kat kota kl ngan gaji tersebut
    silap2 xsampai 2 minggu mampuih

  13. put

    Mat Sabu tahu kisah dan kelakuan DSAI. Saya pernah tonton video ceramah Mat Sabu mengenai DSAI (masa DSAI jadi Timbalan PM). Dia kata DSAI suka Volkswagwen. Maksudnya VW berenjin belakang, sebab itu DSAI suka. Dia juga berkata, DSAI mata terbeliak atas suatu perkara yang saya tidak ingat. Tetapi sekarang, Mat Sabu menyokong kuat DSAI. Macam mana nak percaya? Sesiapa yang masih simpan video tersebut, sila beritahu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s