Strategi pikat hati pengundi Kelantan

pandangan dari – LT. JEN. (B) DATUK ABDULLAH SAMSUDIN- dipetik dari utusan

SAYA harap saudara tidak keberatan berkongsi pandangan saya dengan para pembaca, berkenaan kemenangan Pas di Kelantan.

Barisan Nasional (BN) terperanjat terduduk apabila Pas menang besar di Kelantan, perlulah kita faham satu sebab orang Kelantan menolak BN.

Rakyat Malaysia yang tinggal di luar dari Kelantan biasa mengatakan yang orang Kelantan adalah cherish, dan saya kata mereka juga “patriotik” Kelantan.

Saya telah memahami cara pemikiran orang Kelantan, “biar berniaga kecil-kecil hak kita, buat apa besar bukan hak kita”. Itulah sebabnya rakyat di Kelantan bersyukur di bawah pemerintahan Pas. Segala perniagaan kecil dan besar adalah hak anak Kelantan.

Saya pernah bertugas di Kelantan selaku panglima briged pada tahun 1977 dan 1978. Ramai anggota askar wataniah yang dikerah penuh masa, bertugas di bawah arahan saya. Saya mengenali orang Kelantan melalui askar saya, kerana saya selalu rapat dengan mereka.

Apabila Lebuh Raya Timur – Barat dibina dari Gerik ke Jeli, orang Kelantan tidak senang hati kerana bimbang peniaga dari Perak dan Pulau Pinang akan masuk dengan senang ke Kelantan.

Saya menasihati anggota wataniah untuk memaklumkan kepada orang Kelantan yang lebuh raya ini sangat diperlukan bagi menjaga keselamatan.

Jalan ini adalah dalam kawasan hitam dan tidak boleh digunakan sesuka hati. Saya boleh menutup jalan ini apabila perlu. Ini memberi kesenangan kepada fikiran orang Kelantan daripada pelbagai kaum.

Penduduk Kelantan teramai sekali adalah dalam jajahan Kota Bharu, satu pertiga penduduk didapati dalam jajahan-jajahan lain.

Dalam ceramah pilihan raya tahun 1978, selepas pengisytiharan darurat dan pemerintahan pusat atas Kelantan ditarik balik pada 12 Februari 1978, Tengku Razaleigh Hamzah, Menteri Kewangan telah membuat satu perjanjian dengan pengundi yang memikat hati mereka. Sekiranya BN menang, tol jambatan Kota Bharu akan dimansuhkan.

Jambatan tersebut dibina oleh kerajaan Pas dengan wang pinjaman.

Pada malam kiraan undi lebih kurang pukul tiga pagi, BN telah menang 19 daripada 36 kerusi. Pada saat pengumuman tersebut penduduk Kota Bharu tidak lagi mahu membayar tol.

Maka, tamatlah pembayaran tol jambatan berkenaan pada waktu itu.

Inilah yang memberi keuntungan terus kepada pengundi dan kemenangan BN sebanyak 23 kerusi.

Sayangnya kerajaan BN Kelantan memberi keutamaan menaik taraf bandar Kota Bharu.

Pengundi di jajahan lain tidak merasai apa-apa keuntungan dari pembangunan.

Dalam pilihan raya seterusnya tidak ada “faedah direct benefit” kepada pengundi yang dijanjikan oleh BN.

Dalam fikiran pengundi di Kelantan, jika BN hendak memajukan Kelantan secara besar-besaran pasti ramai orang luar akan masuk Kelantan. Inilah yang tidak direlakan oleh rakyat Kelantan.

Di bawah pemerintahan Pas tidak ada perniagaan luar akan masuk Kelantan dan ini akan menjaminkan kepentingan peniaga kecil dan besar di negeri itu.

Pendapat saya jika hendak memikat hati dan mengubah mindset pengundi di Kelantan, bantulah peniaga kecil membesar sehingga menjadi “yang besar juga hak kita”.

Ini adalah pandangan persendirian dan bukan penganalisis politik, saya bukan ahli parti politik.

nota: idea dan strategi kiriman – LT. JEN. (B) DATUK ABDULLAH SAMSUDIN adalah satu idea yang boleh digunakan oleh BN pada PRU13 nanti. Strategi dan kajian yang mendalam seperti ini sekiranya dibuat insyaAllah akan membuahkan hasil bagi BN. Kajian mengenai apa yang diperlukan(needs) oleh rakyat dan apa yang yang diinginkan(wants) oleh rakyat harus ditekankan di dalam merangka strategi bagi pilihanraya yang akan datang. Ini disebabkan rata-rata kekalahan BN pada PRU12 ini merupakan akibat dari undi protes dari rakyat. Tidak dinafikan bahawa rakyat berhak memilih pemimpin atau parti yang mereka inginkan tetapi sekiranya keputusan undian yang dibuat atas dasar marah,protes dan atas dasar emosi…nescaya keputusan yang dibuat bukanlah satu keputusan yang bijak….Satu pelan bagaimana untuk memenangi kembali hati pengundi harus dirangka mulai sekarang..pelan ini haruslah dirangka secara menyeluruh di mana ia merangkumi kepentingan semua pihak khususnya rakyat itu sendiri

7 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 responses to “Strategi pikat hati pengundi Kelantan

  1. ahli pemuda ampang

    satu pemerhatian yang bagus….itu utk dapat kan negeri kelantan…
    utk selangor pula terutamanya ampang…saya rasa jentera perlu diperkuatkan….macam pru12 hari tu..ramai jentera terutama dari pemuda….termasuk ketua pemuda cawangan…tak dapat peruntukan untuk menggerakkan jentera…..mana pegi peruntukan yang diberikan bagi pilihanraya..khasnya bagi pergerakan pemuda…dah kekalahan tempoh hari juga adalah kerana pemuda ampang sendiri yang memberontak??…ape yang terjadi ini??peruntukan tidak dapat…lepas tu pergerakan pemuda pula memberontak dengan tidak mengundi??…mana ketua pemuda ampang??mana peruntukan tempohari…kesian pada jentera pemuda khasnya..masing2 merungut…mmg betul perjuangan sejati atau parti tak perlu pentingkan wang ringgit..tapi masalahnya kita tau….peruntukan ada utk pergerakan pemuda….kalau takda tu kita paham laaa….

  2. dangdut

    jom lakukan reformasi pada pemuda ampang!!!!
    tumbangkan team sekarangni

  3. khusa

    sebab pemuda memberontak,ini jawapannya semua pemuda dibahagian akar umbi tidak setuju dengan KHairi Jamaludin..tukar je dengan Dato’ Mukriz mohamad.lagi berkrisma

  4. bapa Saddam

    BN terlalu sombong,sebab itu mereka kalah, terutama Khairy,Pak Lah harus nasihatkan KJ letak jawatan timbalan K.Pemuda untuk memulihkan Umno.Banyak pemimpim BN terutama ahli UMNO terlalu bomgkak & bodoh sombong,lihat di Terengganu ,adun Kijal berbutar belit untuk dapat kuasa.

  5. matpelik

    tahniah pemuda jln enggang ada website tapi caw nkau kat mana sbb sy slalu join prog pemuda ampang x pernah tau ada pemuda caw jln enggang
    sorry cuma nak tau

  6. pemudaumno

    salam matpelik

    cawangan ini memang ada pergerakan pemuda sejak tahun 2002…mohamed amin ketua pemuda pertama cawangan ini….bilik gerakan ada di jalan enggang belakang perhentian bas di petronas jalan enggang…
    bole saya tau…mat pelik dari cawangan mana?

  7. Raja Kapor

    Salam,

    Negara akan huru hara jika KJ menjadi ketua pemuda. Gaya samseng dan ego dia itu tidak melambangkan seorang pemimpin…
    KJ seharusnya belajar gaya dan tatacara kepimpinan dari orang2 yang lebih senior darinya. Malu dan segan rasanya bila menengok KJ bagi ceramah semasa kempen PRU yang lepas di Kelantan. Tidak dinafikan, KJ merupakan salah satu punca utama kekalahan BN semasa PRU yang lepas.

    wassalam..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s