Daily Archives: March 28, 2008

Fakta Bagi Kuota Kelayakan Bertanding Untuk Jawatan UMNO

Mengikut peraturan yang diluluskan pada Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 1988:

1. 30 peratus pencalonan (57 daripada 191 bahagian) diperlukan untuk jawatan Presiden,

2.Timbalan Presiden (20 peratus/38 bahagian)

3. Naib Presiden (10 peratus/19 bahagian)

4. Ahli MT (lima peratus/10 bahagian)

5. Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (20 peratus/38 bahagian)

6. Naib Ketua Wanita, Pemuda, Puteri (15 peratus/28 bahagian).

nota: walaupun ada pihak meminta agar sistem kuota ini dimansuhkan, sistem berkuota ini pada hemat penulis penting peranannya. Ini kerana ia dapat memastikan hanya individu-individu yang berjaya mendapat kuota yang diperlukan layak bertanding. Ini menunjukkan bahawa individu yang berjaya mendapat pencalonan adalah antara individu2 yang berjaya mendapat kepercayaan dari ahli-ahli UMNO itu sendiri.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

cakap tak serupa bikin bahagian 2-Azizah: Kami bukan ‘dinasti politik’

 
Mar 27, 08 10:42pm
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menganggap pembabitan beliau, suami dan anaknya dalam politik sebagai “dinasti”.

“Saya fikir (dinasti politik) itu apabila anda berada dalam kerajaan dan anda sedang berkuasa,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

wan azizah interview 270308 01“Kita sekarang tidak mempunyai kuasa, kita dalam pembangkang, … saya tidak fikir ia satu dinasti.”

Selain suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat PKR, anak sulung mereka Nurul Izzah baru-baru ini menang sebagai ahli parlimen Lembah Pantai.

Dr Wan Azizah akui bahawa pada mulanya beliau kurang bersetuju apabila anaknya itu bercadang bertanding menentang tokoh besar Wanita Umno, dan juga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Ia tidak mudah, dia masih mentah – tidaklah terlalu mentah – tetapi dia masih muda dan belum luas pengalaman. Saya ibunya, saya mahu melindungi anak saya sepanjang hayat saya,” kata doktor mata itu.

“Tetapi dia sendiri membuat pilihan dan oleh kerana itulah pilihannya, sebagai ibu, anda mesti menyokong anak anda, kerana kasih sayang ibu suatu yang anda tidak pertikaikan.”

Ditanya sama ada beliau bimbang ketokohannya akan tenggelam berbanding Nurul Izzah, bakal ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata “saya memang berbangga dengan suami dan anak saya.

“Saya ibunya – ia tidak mengurangkan kelebihan saya, tiada apa-apa yang mengurangkannya – mereka berkhidmat untuk negara.”

nota: takkan tunggu memerintah baru nak digelar dinasti politik???…bukan usaha anwar utk membeli MP BN mempercepatkan dinasti politik anwar ibrahim…jika kita lihat…DAP(Guan Eng-Kit Siang-Betty Lim), DAP (Karpal dan anaknya), PKR (Wan Azizah, Nurul dan Anwar; Perakam Video Linggam)….bukankan pembangkang mempunyai dinasti politik yang lebih besar dari BN???

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Marah S’gor teruskan setinggan sifar

Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dengan tegasnya menyatakan bantahan terhadap rancangan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Menteri Besar baru Tan Sri Khalid yang berazam unuk meneruskan Dasar Setinggan Sifar Barisan Nasional. Dasar Setinggan Sifar BN adalah adalah satu dasar yang kejam yang diperkenalkan pada tahun 2005 ketika Datuk Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor. Dasar ini pada asasnya tidak berniat untuk menyelesaikan masalah perumahan rakyat berpendapatan rendah Selangor tetapi lebih merupakan satu kempen untuk membantu Pemaju kaya yang mahu merampas tanah yang sudahpun dimajukan dan diusahakan oleh Peneroka bandar untuk beberapa dekad.

Polisi ini telah  memusnahkan ratusan rumah peneroka bandar di seluruh negeri Selangor sejak ianya diperkenalkan. Rata-rata hak peneroka bandar dinafikan dan mereka tidak diberikan pampasan yang wajar atau perumahan alternatif yang tetap dan sesuai. Polisi ini juga turut membawa kepada penyalahghunaan kuasa oleh polis, RELA dan Majlis Perbandaran dimana agensi kerajaan ini digunakan untuk mengusir secara paksa dan kejam para peneroka dari rumah mereka .

Malah ada segelintir exco dan juga ahli Parlimen yang dipilih pernah terlibat semasa mempertahankan rumah peneroka semasa perobohan di Selangor. Para Peneroka Bandar juga telah memainkan peranan penting dalam memastikan kemenangan ramai ADUN dan Ahli Parlimen dengan harapan mereka memastikan polisi pengusiran secara paksa dapat dihentikan. Adalah diharap para MB dan exco yang baru dilantik tidak terlupa perjuangan Kampung Berembang di Ampang, Kampung Papan di Pandamaran dan juga Kampung Rimba Jaya?

Keputusan untuk meneruskan Polisi Setinggan Sifar ini adalah satu berita yang amat mengejutkan semua peneroka bandar dan kumpulan masyarakat dan aktivis yang terlibat dalam pejuangan perumahan selama ini. Polisi ini adalah simbol keangkuhan Kerajaan BN terhadap rakyat Marhaen dan ia patut dikuburkan bersama Kerajaan negeri yang zalim.

Kerajaan negeri Selangor harus berlaku adil kepada rakyat dengan memberikan rumah alternatif kepada semua peneroka bandar yang menghadapi masalah perumahan di seluruh negeri Selangor. Kesilapan pihak pemerintah yang dahulu tidak harus diteruskan dan kerajaan negeri baru ini harus berkhidmat mengikut aspirasi rakyat dan bukanya mengejutkan mereka dengan berita sebegini.

Kami dari JERIT menuntut kepada kerajaan Negeri Selangor dengan segera:

  1. Untuk membatalkan Dasar Setinggan Sifar dan menggantikannya dengan Dasar Perumahan Rakyat untuk Semua untuk menonjolkan sikap Kerajaan negeri adalah perumahan untuk semua dan bukan berniat untuk memaksa pengusiran
  2. Kerajaan Negeri juga perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menyelesaikan masalah perumahan peneroka bandar di Selangor dimana ada Peneroka yang masih tinggal di dalam khemah
  3. Batalkan semua notis pengusiran yang dikeluarkan oleh Kerajaan sebelumnya  dengan serta–merta dan menilai balik dan menbuat kajian semula.
  4. Memastikan Kerajaan Tempatan tidak akan lagi menggunakan undang-undang zalim seperti Ordinan Darurat Pembersihan Setinggan 1969 untuk mengusir masyarakat peneroka bandar.
  5. Memahami dan mengambil kira semua Deklarasi Hak Asasi Manusia Antarabangsa mengenai perumahan, cadangan SUHAKAM mengenai isu hak perumahan dan tuntutan-tuntutan JERIT kepada Kerajaan Negeri sebelum ini
  6.  MB mengadakan perbincangan dengan kumpulan masyarakat, penduduk dan aktivis-aktivis yang terlibat dalam isu perumahan untuk memahami isu sebenar sebelum membuat sebarang keputusan.
Jangan Khianati Peneroka Bandar ! Hak Peneroka Bandar Harus Dibela!
nota: sikap seperti gunting dalam lipatan PKR dan PAS harus ditolak….semasa pemerintahan BN…pemimpin PKR dan PAS..sanggup bergadai nyawa konon2nya utk menyelamatkan hak peneroka bandar…bukankah hasrat BN untuk memindahkan rakyat ke kawasan rumah baru sesuatu usaha yang murni utk memberi keadaan yang lebih selesa kepada rakyat Selangor…mari kita lihat ape langkah seterusnya KHALID IBRAHIM..

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemilihan Agung UMNO Diteruskan Tahun Ini

 sumber dari utusan

KUALA LUMPUR 27 Mac – Pemilihan UMNO tidak akan ditangguhkan sebaliknya tetap diadakan pada Perhimpunan Agung parti yang dijadual berlangsung dari 16 hingga 20 Disember ini, demikian keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang bermesyuarat di PWTC di sini petang ini.

dan berita lain

Jawatan Presiden, Timbalan Presiden UMNO boleh dicabar

27/03/2008 7:50pm

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan semua jawatan termasuk Presiden dan Timbalan Presiden boleh dicabar dalam pemilihan parti yang akan datang jika ada pencalonan.

Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi malah berkata, beliau sendiri sedia untuk dicabar. – Utusan.

dan

MT UMNO terima Ahmad Said

27/03/2008 9:07pm

KUALA LUMPUR 27 Mac – Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Keputusan itu diambil dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di sini hari ini.

Ahmad, 51, menerima watikah perisytiharan pelantikan sebagai Menteri Besar Terengganu daripada Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR) dalam satu upacara tertutup di Istana Tetamu di Kuala Terengganu pada 23 Mac lalu.

Beliau menerima watikah pelantikan itu daripada Yang Dipertua MPPR, Tengku Sri Panglima Raja Tengku Baderulzaman dengan disaksikan dua lagi anggota majlis iaitu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman Sultan Ismail dan bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman.

Pelantikan itu sekali gus mengetepikan Datuk Seri Idris Jusoh selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu yang sebelum ini telah mendapat watikah pelantikan daripada Perdana Menteri untuk menjadi Menteri Besar bagi penggal kedua.

Pelantikan Ahmad itu mendapat bantahan daripada 22 wakil rakyat Barisan Nasional (BN) Terengganu, yang memenangi pilihan raya umum 8 Mac lepas.

nota: moga dengan keputusan yang di ambil oleh MT dapat mengukuhkan lagi semangat ahli-ahli UMNO.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda