cakap tak serupa bikin bahagian 2-Azizah: Kami bukan ‘dinasti politik’

 
Mar 27, 08 10:42pm
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak menganggap pembabitan beliau, suami dan anaknya dalam politik sebagai “dinasti”.

“Saya fikir (dinasti politik) itu apabila anda berada dalam kerajaan dan anda sedang berkuasa,” katanya dalam wawancara eksklusif dengan Malaysiakini.

wan azizah interview 270308 01“Kita sekarang tidak mempunyai kuasa, kita dalam pembangkang, … saya tidak fikir ia satu dinasti.”

Selain suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat PKR, anak sulung mereka Nurul Izzah baru-baru ini menang sebagai ahli parlimen Lembah Pantai.

Dr Wan Azizah akui bahawa pada mulanya beliau kurang bersetuju apabila anaknya itu bercadang bertanding menentang tokoh besar Wanita Umno, dan juga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

“Ia tidak mudah, dia masih mentah – tidaklah terlalu mentah – tetapi dia masih muda dan belum luas pengalaman. Saya ibunya, saya mahu melindungi anak saya sepanjang hayat saya,” kata doktor mata itu.

“Tetapi dia sendiri membuat pilihan dan oleh kerana itulah pilihannya, sebagai ibu, anda mesti menyokong anak anda, kerana kasih sayang ibu suatu yang anda tidak pertikaikan.”

Ditanya sama ada beliau bimbang ketokohannya akan tenggelam berbanding Nurul Izzah, bakal ketua pembangkang di Dewan Rakyat berkata “saya memang berbangga dengan suami dan anak saya.

“Saya ibunya – ia tidak mengurangkan kelebihan saya, tiada apa-apa yang mengurangkannya – mereka berkhidmat untuk negara.”

nota: takkan tunggu memerintah baru nak digelar dinasti politik???…bukan usaha anwar utk membeli MP BN mempercepatkan dinasti politik anwar ibrahim…jika kita lihat…DAP(Guan Eng-Kit Siang-Betty Lim), DAP (Karpal dan anaknya), PKR (Wan Azizah, Nurul dan Anwar; Perakam Video Linggam)….bukankan pembangkang mempunyai dinasti politik yang lebih besar dari BN???

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “cakap tak serupa bikin bahagian 2-Azizah: Kami bukan ‘dinasti politik’

  1. khusa

    pembankang tiada kepentingan..dan bukan dalam kerajaan, mereka sanggup berjuang tanpa mengira duit dan wang.Kalau UMNO memangla..anak menantu semuanya berkepentingan.Pembakang dibenar-benar berwibawa, dan rakyat suruh mereka-mereka ini menceburi politik.

  2. Gaijin908

    yang paling penting keamanan… Peace…
    politik-politik jugak…. jgn sampai x sedar negara luar campur tangan dah le…. Tanah terjual, maruah tergadai….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s