Melayu alat asing jika pilih Anwar

sumber dari malaysiakini….

Serangan lama kira-kira sedekad lalu berulang lagi antara dua tokoh negara ini – Tun Dr Mahathir Mohamad menuduh bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ejen asing yang kemudiannya akan memperalatkan orang Melayu.

anwar ibrahim and mahathir argue fight“Kita tahu orang Barat dan Eropah percaya bahawa Anwar tak lama lagi akan jadi Perdana Menteri.

“Tak lama lagi bolehlah cucuk hidung nak heret ke mana-mana,” kata bekas perdana menteri itu di sesi soal-jawab selepas merasmikan mesyuarat agung Persatuan Melayu Tanjong hari ini.

Beliau diminta mengulas laporan media luar negara yang meramalkan kemungkinan Anwar menjadi perdana menteri tidak lama lagi.

Susulan kemenangan besar-besaran pembangkang, termasuk PKR, prospek Anwar sebagai perdana menteri menjadi analisis popular di dalam dan luar negara.

Pilihanraya umum 8 Mac menyaksikan kemaraan deras pembangkang apabila pertama kali berkaya menawan lima negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Dewan Rakyat.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu akan menjadi alat orang asing jika memilih Anwar sebagai perdana menteri.

“Kalau orang Melayu nak diheret ke sana sini oleh orang asing, sila pilih orang itu (Anwar).

“Saya minta maaflah, dia buat bagi nama saya cukup buruk di seluruh dunia kononnya saya tangkap dia, buang dia masuk penjara,” beliau dipetik Bernama sebagai berkata.

Laporan itu juga menyebut, Dr Mahathir mendakwa Anwar seorang yang pandai berkata-kata dan boleh menarik minat ramai orang daripada pelbagai golongan dan latar belakang.

“Kalau cakap berkenaan agama Islam, semua orang Islam anggap dia sebagai jaguh agama.

“Bila dia bercakap dengan orang kampung bagus juga, bila dia bercakap dengan orang buat kuil pun bagus juga.”

Sewaktu Anwar dipecat daripada kabinet dan Umno pada 1998, isu ejen asing sering dimainkan oleh media tempatan.

Pengikutnya dan pembangkang juga pernah dituduh sedemikian.

Mahathir pernah menuduh Anwar sebagai “ejen asing” sewaktu mengulas dakwaan bekas ketua pemuda PKR (dulu, Parti Keadilan Nasional) Ezam Mohd Nor bahawa beberapa kotak dokumen rasmi kerajaan disimpan di luar negara.

nota: sekiranya dakwaan bekas ketua pemuda PKR itu benar…sesungguhnya Melayu dalam bahaya

26 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

26 responses to “Melayu alat asing jika pilih Anwar

  1. Saya memang mengharap Anwar menjadi PM dengan seberapa segera kerana:

    a. Jika benar beliau seorang yang baik dan bukan jahat seperti yang dituduh oleh setengah pihak, maka teruskanlah untuk selamanya.

    b. Tetapi jika dia memang jahat dan pengkianat, maka lebih mudah dan cepat kita menghukumnya pula.

    Sama-sama kita tunggu dan lihat.

  2. onedeety39

    kita belum tentu tahu tindak-tanduk anwar seterusnya..namun jika benar seperti apa yang dikata…maka anwar juga akan dihukum rakyat…hanya perlu menunggu,mendengar dan melihat.

  3. ifin

    anwar sedang membuktikan bahawa dirinya teraniaaya..maka dengan itu rakyat sedang mempercayainya…jikalau benar yang pihak2 berkenaan tidak menganiaya anwar,segera lah menafikannya dengan bukti2 kukuh supaya segala kemusykilan boleh terjawab…

  4. mahathir kini ketakutan dikejar sikap buruknya dulu, pembalasan hampir tiba untuknya, whats you gave you get back mahathir, janganlah menginaya orang, jangan berlaku zalim balasan akan datang menimpa. bersedia menghadapi balasan akan perbuatan kotor kamu wahai mahathir.

  5. mahathir ketakutan dikejar pembalasan akibat perbuatan buruk dengkinya dulu, kini menjaja keseluruh malaysia memburukan anwar. wahts you gave you get back mahathir.

  6. tatitu

    Hidup Anwar

  7. affendy

    Apa Tun ni, bukan ke dia yg tangkap anwar dan campak masuk penjara.Betui la apa anwar ckp kat luar negara, dia nak ckp kat dlm malaysia, mana suratkhabar yg nak tulis, anwar memang pandai berkata2, klau x mcmana nk bagitau rakyat pekara yg nk dia sampaikan.
    Tun burukkan nama dia, habis dia nk diam, Tun sumbat dia dlm penjara, nafikan hak dia, bagitau org yg dia tumbuk muka dia sendiri, dia nk diam.
    Tun2, muhasabah la.., jgn ulang kesilapan lalu,
    org melayu x mudah lupa skrg.

  8. Mojni

    Kehancuran BN-Ameno pada PR-12 adalah mewarisi kezaliman ex-PM Mahadhir, jangan lah sekarang baru nak kata Pak Lah lemah, yang pilih pun hang jugak no…janganlah hang dok kempen Pak Lah patut letak jawatan, jangan sampai esok rakyat ka sapa ka orang dari mana-mana parti habaq kat hang tu dah nyanyuk macam hang pekena Tengku dulu. Semua orang tau bumi bulat, macam tayar proton kejab atas kejap bawah, sekarang bila PR nampak ada power skit hang habaq lah cananglah merata DSAI lidah bercabang….hang pun sama, macam lain-lain pemimpin BN/ameno. Ketahuilah BN/ameno tu parti dan bukan Nya kerajaan, bila dah dipilih olih rakyat dengan undi dan menang baru tertubuhnya kerajaan, meluat pun ada baru ketua kampung atau baru nak belajar aktif dah tunjuk sombong belum lagi ketua cawangan ke apa ke pergi mana-mana dah gah, hang tak kenai akukah!, kalau kat urusan kaunter pun dia duk gertak orang tak nak ikut nombor…..pemimpin cam nih kah yang rakyat cari, dulu zaman tok nenek baya-baya hang suma taun 70an bolihlah, sekarang nomo nooooo….pikiaq-pikiaqlah noo……Allah nampak apa kita buat walau rakyat tak nampak……tapi bila Allah bayar “cash” tuduh menuduh lak….hapalah.

  9. zafilo

    Aku setuju dengan hang Mojni Pak Mahat ni pun dia bukan sedaq diri.Dia lupa perbuatan dia hantar orang pi bunoh orang-orang islam Memali Kedah tahun 85 dulu dan tangkap ramai-ramai orang Memali sumbat dalam penjara macam anjing, tanpa dibicarakan .Kes ini dibawa kemahkamah mereka menunggu hingga kini dah 23 tahun tak selesai-selesai lagi.Anak-anak mereka lah yang telah menjatuhkan Bee End dan tertegaknya Kerajaan Pas di Kedah kini.
    Ramai dari saksi-saksi kes yang telah meninggal dunia kerana faktor usia,penyakit serta penderaan,yang akhirnya hilang begitu sahaja ditelan zaman.Musa Hitam dipergunakan menjayakan pencerobohan Mahathir di Memali yang akhirnya menyaksikan kejatuhan Musa Hitam dibuang Mahathir.

    Manusia bolih lupa tapi Allah pasti tak lupa.Allah telah membayar separuh dari harga pengorbanan mereka yang tertindas dan di zalimi dahulu.Tunggu selepas ini…..

    Bermula pengaharaman Ameno(UMNO) pada tahun 1988.Ameno terus dilanda dengan pelbagai krisis dan musibah,Penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abbas,perubatan kuasa dan perpecahan Ameno yang diterajui oleh Tengku Razali Hamzah and the gang Dtk.Rais Yatim Pak Dol Lah Dtk.Musa Hitam dan ramai lagi kuncu-kuncu seangkatan dengannya sehingga tertubuhnya Parti Semangat 46 untuk melawan Pak Mahat dan menumbangkan Ameno tapi gagal.
    Akhirnya Tengku Razali kembali kepangkuan Ameno,yang menyaksikan dia kehilangan segala-galanya dan menjadi orang yang tak berguna di mata orang Ameno.Hanya selepas isu Mahathir Pak Dol Lah berkecamuk baru lah nampak Tengku Razali ada value sikit.Itu pun puak-puak Ameno yang kat atas tu dah mula bercempera masing-masing mula nak jadi hero penyelamat Ameno.

    KToyo dan Mukriz dah mula pukul gendang,Shamudin dah melangkah silat pulutnya sambil menuding telunjuk ke atas.Dengan keris terhunus dia melaungkan ada sesiapa berhajat nak mencabarnya.

    Pemecatan Anwar Ibrahim kemuncak segala musibah yang terus menerus menimpa Ameno dan Bee End(BN).Pakdol lah pun diangkut balik dari Amerika untuk jadi timbalan PM.Orang-orang ameno kat sini Mahathir tak berapa nak caya.Pakdol lah yang dah mula geli-geli,cempedak dah jadi nangka pun tumpang semangkuk fitnah dengan membelasah Anwar secukup rasa dan kemukan pelbagai bukti konon,macamlah dia nampak(Terbukti hari ini bila mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah tengoklah video ucapan pengakuan Mahathir sengaja dia humban Anwar ke penjara sebab masa tu susahlah sikit kata Mahathir).
    Tapi hari ini gambar dia berkepit dengan macam-macam betina siap peluk-peluk pingang lak tu puak-puak Ameno tak kata apa pun,malah “Kami menyokong penuh kepimpinan Pak Lah”.Islam Hadhari mengharuskan dalam keadaan darurat?.Nak fatwa tanyalah kat Sahibul samahah Ustazah Dr.Mashitah Ibrahim yang baru di nobat jadi mak menteri Pak Dol Lah walau pun tak bertanding dalam pilihanraya baru-baru ini.Banyak dah fatwa dia keluarkan sejak jadi Ameno.

    Keery macam raja zaman kesultanan 500 tahun dahulu sesiapa menentang habis diroduk perutnya.Mat-mat rempit menjadi hulubalang istana.Pegawai-pegawai istana yang berani menegur akan dibunuh.Negara diperintah Kj and the Family.Kekayaan melimpah ruah itulah tuah namanya.Tiga empat bulan Pak Mentua jadi Pm dah jadi Jutawan Muda.Mana ada orang lain boleh buat macam ni.Orang macam ni memang layak jadi menteri kewangan bijak buat duit,tentu Malaysia akan jadi negara terkaya kalau dapat orang macam ini mengurus kewangan yang cekap.

    The Wind Of Change
    8 March 2008 menjadi tarikh keramat yang tak mungkin dilupakan oleh orang-orang Ameno sendiri mau pun rakyat Malaysia keseluruhannya.Kesombongan Ameno Bee End berakhir dihujung jari rakyat.walau Segala kekuatan bersama jentera kerajaan diguna pakai sepenuhnya.Pemikir-pemikir penipu yang akhirnya tertipu dipanggil untuk membelasah Anwar dan Pakatan Rakyat.Spr ditunggang selaju F1 di Sepang,Tan Sri Rashid terpaksa ambil jalan pintas disetiap selekoh untuk memenangi perlumbaan dengan jalan mudah.Pertolongan cemas SPR disaat-saat akhir membantu Bee End cemas-cemas menamatkan riwayat Bee End.Dulu kini dan selama-lamanya…….

  10. aziezoul

    Abih nak pilih sapa lagi? Takkan nak pilih hang kot……ada akai ka?????

  11. afiz

    Assalammualaikum..
    Bg saya kehilangan 5 negeri buat bn baru2 ni adalah keputusan baik utk negara..Negara kita telah dipandang oleh kuasa2 jahat luar yg juga kuasa veto dunia yg gembira melihat kehancuran negara berlandaskan Islam.Ini adalah kerana tindakan kerajaan kita yg menghalang dan menyekat perhimpunan bersih dan hindraf yg berlaku di negara kita yg mengamalkn sistem demokrasi.Jika BN menang besar baru2 ni,mungkin kuasa2 luar akan masuk campur urusan negara kita dengan alasan kerajaankita tidak mengamalkn sistem demokrasi dan menindas rakyat yg bukan beragama Islam.
    Tun Mahathir mungkin byk rahsia tentang Dato Sri anwar,dan sy sgt berharap Tun dpt menyebarkannya secepat mungkin,Terima Kasih Tun Mahathir kerana “menyimpannya” dahulu.Keputusannya telah membuatkan kita terus merdeka dari segi kebebasan dan ekonomi negara kita sendiri.
    Datuk Sri Anwar sama seperti Benazir Bhutto yg pro amerika/jew yg digunakan utk membonekakan kerajaan sesebuah negara.Benazir dihntar pulang utk mengucar kacirkan negaranya sebelum pilihan raya.Ianya juga berlaku di negara kita.Adalah sgt sedih dan malu bila mengetahui seseorang yg seagama dan sebangsa kita menyokong pertubuhan hindraf yg sgt jelas bukan dari Agama dan bangsa kita!arghh~!!Patutkh kita tutup mata dan secara xlngsung kita juga turut terlibat membela hindarf neh?
    Keejay?arghh..sape laa dia ni sebenarnya ye?Dia tidak patut berada pada kedudukan yg terlalu tinggi waktu ini!Pm kita tidak patut biarkn ini terjadi kerana rakyat tidak mengenali keejay ni lngsung!rakyat hanya tau dia menantu PM dan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia.Byk lg pemuda2 umno yg berkelayakan seperti Keejay mmpu memegang jawatan tersebut.Tp.sgt2 mengejutkan baru2 ni Keejay dpt bertanding kerusi Parlimen Rembau dan menang kerusi tu.Dan sbb2 inilah byk spekulasi yg mungkin benar dan mungkin juga fitnah keluar dari mulut rakyat!Plz PM,dengar suara rakyat,rakyat takutkn sesuatu yg buruk berlaku kerana status keejay mmpu mempengaruhi keputusan PM!Rakyat smakin resah!!apapn sy sgt berharap dia adalah seorang yg beragama Islam,sebangsa dengan kita dan dia bukanlah utusan kuasa luar yg mahu menghancurkan Agama dan negara kita!Apapn sama2 kita perhatikannya dan semua pemimpin2 parti yg ada agar kita tidak mudah terpedaya atau tertipu dengan pemimpin2 yg bertopengkan wajah syaitan.
    To Ifin,Sarah,tatitu,affendy,mojni dan zafilo.Plz gunakan bahasa yg lebih indah utk bekas pemimpin kita.Dia telah byk membawa perubahan kepada agama,bangsa dan negara kita.Dia satu org yg patut dihormati kerana kejayaanya memimpin kita kearah kemajuan dan kemakmuran tanpa mengenepikan agama malah berjaya menyatukan negara2 islam dengan pertubuhan OIC.
    Bg sy kita tidak boleh lg menukar parti kepimpinan kita!tetapi kita mampu utk menukar/ menjatuhkan seseorang pemimpin yg salah guna kuasa jika kita semua bersatu didlm Umno.Bersatulah utk mempertahankn Agama dan bangsa kita!Dan percayalah kita pasti maju dari bangsa lain jika kita bersatu hati!Insy..
    Apapun kita sebagai rakyat harus berdoa agar diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t.Berdoa agar Allah membuka pintu hati pemimpin2 kita agar memimpin kita dengan jujur,adil dan berlandaskan Agama Islam,Amin.

  12. Ada jugak yang tertinggal bas ajak org bersatu dalam umno. Dalam Umno mana la boleh bersatu, asyik kena cantas je.

  13. aimani

    kalau betul utk kebebasan dan demokrasi…yayasan ini hendaklah menumpukan usaha mereka di KOREA UTARA DAN MYANMAR(BURMA) bukan di negara ISLAM di timur tengah…..

    Burma kita tau …ramai orang ISLAM Rhongya didiskriminasikan…
    bantulah rakyat sana….

    adakah disebabkan UMAT ISLAM lemah yayasan ni tak nak ke sana??

    renung2kan…selamat beramal – style hotfm.

  14. Permata Iman

    Assalamualaikum…

    Ko nih Afiz skolah ker tdk…ker ko dah kena suap ngan Ameno….. lgpun dah terang lgkan bersuluh… ker ko nih jenis otak lembab..ko nk ckp psl agama kat cn.. ko nk sokong ker org yg tlh menghalalkan benda yang haram… Itu makna ko pun subahat.. aku nak tanya ko.. Boleh ker dalam Islam “PEMIMPIN” berpeluk2an kerana beralasan!!!! ko pikiq lah skit.. guna akal ko tuh.. dalam islam pun yang selama nih kita belajar yang maha kuasa dan yang maha agung adalah Allah bkn Ameno atau BN. Ko kena ingat klu ko menyokong org yg salah atau org yg buat salah ko gak sama2 tanggung dosa coz ko kira bersubahat. Ko nk ker dapat dosa kering tak semena2 sedangkan dosa ko sendiri pun dah x tertanggung.
    Come onlah..kita nih anak merdeka, berwawasan tunjukkanlah kekuatan dan kemampuan kiter..janagn asyik nak ngampulah.. ini zaman cyber bukanyre zaman ahli mesyuarat tingkap.

  15. AbangTuah

    TAK BULAT TAK SEKANDANG.

    Merlayu?
    Kau cermerlang,
    Amat gemilang,
    Lagi terbilang,
    Kini kau hilang!!!
    Menghitung saat walang…
    Dimana amanat Sang Laksamana…
    Tawar sudah Guris Laksamana…
    Sang Kasa tak lagi terhalang.
    Hilang dek, tak bulat tak sekandang.

  16. drmzaidi

    Korang nak cakap apa, cakaplah….aku ni dah biasa dan muak dengan budak-budak yang kononnya cerdik, bijak, pandai,….maklumlah keluaran universiti. Tapi korangan ingat satu je….tak dak UMNO yang bela datuk, bapak dan hang sendiri,….entah-entah sekarang ni, dah jadi hamba dibumi sendiri.
    ….Cakap je gegar-gegar…..tapi taik lekat celah gelegar…..(tak faham tanya orang kelantan)….

    ….kalau otak dah tersumbat dengan benda-benda yang karut marut ni, orang cakap apa tentang kerajaan terus terima tanpa usul periksa. Dasar tak kenang dek untung!!!
    ….hari-hari buka internet, konon nak tengok Harakah, kisah atau perjuangan Anuar, tapi belum tu berpuluh-puluh atau beratus-ratus laman web lucah ditonton….Apa ni!!! tak takut dosa ke?
    ….Kita sibuk mengata orang ni tak betul, orang itu tak betul, kita tu sejauh mana betul? kalau web lucahpun kita tak mampu menjauhi apatah lagi nak menuduh orang lain. Ingatlah diri sendiri dulu.
    ….Rasulullah saw dulu bukan hanya Rasul kepada Allah tetapi juga seorang yang pakar ekonomi, perang dan sebagainya. Kita ni tahu baru sedikit bab agama dah nak kata orang tu kafir, orang ni kafir.Ingat!! jika kita mengata seseorang kafir, tetapi orang tersebut bukan, bahkan juga dirahmati Allah….kafir yang kita katakan dulu tu akan berbalik kepada kita semula. Sekarang ni siapa yang dah jadi kafir? jawapan pada diri anda.
    …Akhir sekali nasihat saya kepada ketuanan Melayu Islam yang masih ada ni….jadilah pemimpin yang baik, jauhilah rasuah dan benda-benda haram seperti pemimpin terdahulu yang dibuang kerajaan tu. Orang yang dah dibuang kerajaan tu sekarang sibuk cakap sana sini nak bantu rakyat, tapi saya heran….masa dalam kerajaan dulu, mengapa tak bantu rakyat. Saya juga musykil dan nak tanya orang tu dan penyokongnya…Korang ni banyak duit sangat yea…dari mana tu?…atau ada orang luar sponsor ke?
    …..Ingatan untuk diri….Aku haramkan untuk diriku hasil yang haram walau sebesar zarahpun, kerana kutahu bila ku makan hasil yang haram….hatiku menjadi hitam dan tak tahu bezakan apa yang benar dan apa yang salah…

  17. mok

    drmzaidi,

    Saya sokong. Darah muda memang membara. Tapi sayang seribu kali sayang, salah channel. Tak ada siapa melarang untuk dibuang pemimpin korup, bongkak, salah laku dalam UMNO. Silakan, tapi ikut saluran la, seperti Jaafar Albar, Singa UMNO yang berkesan. Kalau tak suka UMNO tak apa, biasalah kan tapi jangan khianati melayu. Ramai lagi melayu yang perlukan pembelaan, ramai lagi yang berharap pada DEB, pada subsidi, kuota universiti, ke luar negeri, petronas etc. Kalau anda dah rasa diri anda bebas dari belenggu, ramai lagi yang belum. Berilah mereka peluang. Ingatlah, bukan semua orang-orang UMNO seperti apa yang anda cop. Terlalu ramai lagi yang ikhlas berjuang, berkorban masa tenaga demi kelangsungan perjuangan bangsa. Ingat juga, kita baru 50 tahun bebas setelah ratusan tahun dicengkam penjajahan. Jangan terlalu berbangga dapat bersekongkol dengan DAP. Mereka selama penjajahan British menjadi anak emas dan mendapat pelbagai keistimewaan kerana tinggal di bandar. Setiap RM1.00 pendapatan awak, rakan cina kita dapat RM1.70, jadi jangan perasan sangat. Kalau UMNO tak bersusah payah menentang penubuhan negara Malayan Union, alamat merempat la melayu sekarang. Tup..tup.. Malaysian Malaysia perjuangan DAP tu korang sokong, sia-sia je lawan Malayan Union, dua-dua tu sama je tau tak ?

  18. mbar

    saya sokong anuar ibrahim jadi perdan menteri malaysia kerana beliau telah banyak melalui pahit maung yang telah dilalui.

  19. rawprune

    memang bukan semua dalam UMNO tu baik sebagaimana bukan semua dalam PAS dan PKR itu baik..selagi kita bernama manusia. Tapi yang paling saya ingat ialah dari saya kecik kecik hingga sekarang kalau kat Terengganu tu tak pernah tak ada kes PAS rampas IC pengundi. Dulu Hadi, sekarang ni anak Hadi pulak. PAS ni tak akan ke mana pun.. pegang Terengganu 4 tahun pun kacau bilau. PAS bukannya putih bersih tak pernah buat salah…. bukan tak de pemimpin PAS kena tangkap khalwat pun… caye tak? Bukan tak der PAS rasuah pun… anak anak pemimpin PAS dihantar belajar dengan belanja sendiri ke luar negara, Australia ,US , UK… kenapa orang PAS tak bising ?OOOO… pasal dia orang PAS, parti Islam konon.. harta diaorang tu semua 150% halal lah… cakap pandai tapi bila nak minta biasiswa ke apa ke dari kerajaan… tak timbul pulak duit kerajaan tu haram. Anak anak di hantar belajar ke oversea dengan duit kerajaan, ish katanya.. itu hak anak dia sebagai rakyat. Pelik kan… jadi tak payahlah nak berlagak baik pun…

  20. AbangTuah

    Syabas En. drmzaidi dan rawprune

    Semangat begini yang kita mahu…kita sudah lama memerhati dan berdiam dengan tingkahlaku orang-orang munafik tu…Kita kena betulkan mereka demi menyelamatkan generasi kita akan datang.Hilang bangsa,hilang negara, hilang ugama! Jangan sampai suatu hari nanti anak cucu kita berkata-kata datok-nenek mereka bodoh dan pengkianat bangsa.

  21. AbangTuah

    Kalau bangsa berpecah maka dikuatiri hilang kuasa makanya akan terjajahlah kita. Nanti nak melaungkan azan pon tak boleh maka tak dapatlah melaksanakan ibadat dengan bebas. Itu pon nak kena ajar kat orang PAS ni. Apa nak buat dia orang dah di doctrine oleh pemimpin jumud mereka..jadi cam kena cucuk idung…haram dan halal,benar dan salah pon dah tak boleh beza lagi.

  22. umnoforever

    walaupun image umno telah tercalar kerana pemimpinnya yang sudah leka, lalai, lupa kpd komitmen,…. tapi pemerintahannya membuatkan bangsa lain merasakan kuasa bangsa melayu lebih kuat dan dominan. tapi kalau sdr/i mahu cuba rasakan status quo yang ‘baru’… angkat2kanlah, sokong2kanlah pakatan rakyat ni.. biar nanti melayukan tahu bahawa mereka akan diletakkan ke tangga yg terkebawah…. saya pasti jika ada PU yg baru nanti undian tidak lagi memihak kpd PR lagi….

  23. melayuman

    aku tak setuju kalau DSAI jadi PM sebab aku tak yakin dengan kemampuan die untuk membela nasib orang melayu.Memang betul dah ramai orang melayu berjaya dalam pelbagai bidang,tapi secara keseluruhannya kita masih jauh ketinggalan berbanding dengan bangsa lain.Aku tak dapat bayangkan apa akan berlaku sekiranya UMNO menjadi terlalu lemah dan parti2 bukan melayu akan mengambil kesempatan ini untuk merampas kuasa pemerintahan daripada orang melayu. Kalau situasi sedemikian berlaku,mungkin kite akan menyaksikan institusi yg banyak membantu orang melayu(termasuklah golongan muda melayu yang tak sedar diri(maaf) di atas tu) seperti MARA dan UITM akan dibuka sepenuhnya kepada bukan melayu dan, akhirnya anak cucu kitalah yang akan menerima akibatnya.Ingatlah wahai anak melayu moden di kota, bagi setiap orang melayu yang berjaya, ada ramai lagi orang melayu terutama di luar bandar yang masih ketinggalan dan amat memerlukan bantuan daripada kerajaan.Jika anda semua merasakan yang anda sudah boleh berdiri sendiri tanpa memerlukan “tongkat sakti”, berikanlah tongkat tersebut kepada orang lain yang masih perlukannya.Jangan pentingkan ego dan diri sendiri sehingga sanggup memusnahkan bangsa sendiri.

    Politik melayu: politik emosi+taksub+lurus bendul.

    Terima kasih TDM, terima kasih UMNO kerana andalah institusi seperti MARA dan UITM masih wujud untuk membantu orang melayu, walaupun ada sebahagian produknya yang sudah lupa diri dan tak pandai mengenang jasa.

  24. Mamak Penang

    salam,Melayuman sungguh tepat pendapat mu orang muda!.
    Semasa Anwar menjadi Menteri Kewangan kedudukan Ringgit RM2.20 berbanding dengan US$1 jatuh kepada RM3.90.Masa barang makanan harian naik 60%.Dia juga adalah Pengerusi IMF (development Commitee).Apa dia buat masa itu?.

    Bank Negara kerugian RM12.8 Billion dalam Forex.sepatutnya dia sebagai Menteri kewangan perlu melindungi Simpanan Negara tetapi meleburkan sist yang hanya memiliki kewangan Malaysia masa itu.

    Dia ini sebenarnya cakap besar macam pakar ekonomi tetapi langsung tak tahu pasal ekonomi.Dia ini cuma Mahasiswa UM yang mempunyai ijazah dalam kesustetaraan Melayu itu saja.Semua ini dia berlakon macam pandai!

    Dulu masa menteri kewangan dia teralu membazirkan wang rakyat sehingga TDM terpaksa kawal dia ini di tubuhkan MTEN.Sekarang dia kata kerajaan boros!!!.
    Anwar ini mamak kenal betul dari keluarga yang miskin…Mamak kenal sangat bapa Anwar ..Ibrahim Abdul Rahman itu siapa…dan sekarang pii tengok dia sudah…dia kahwin macam mana pun mamak tau…di kahwin pun di Bukit Mertajam…sapa kahwinkan pun Mamak tau…Jadi mamak golongan Haji Sulaiman Palestine uncle anwar ini!!!.Dia cuma jenis makan tuan!!!.cuma Pak lah tak serik-serik dengan dia….Wassalam.

  25. Mamak Penang

    Nak sambung …
    Masa ekonomi meleset Anwar dan TDM bertekak kerana mati-matian Anwar ini nak gunakan cara IMF untuk mengatasi kemelesatan Ekonomi yang tentu sekali semua subsidi kerajaan akan di tarik balik bukan minyak tapi yang lain-lain terutamanya dikhaskan untuk orang Melayu.Tetapi TDM tak bersetuju dia tetap mempertahankan sistem subsidi dan cari formula baru cara Malaysia untuk menangani masalah!.Tapi sekarang hang tengok cuma subsidi minyak saja digugurkan dia bising pada hal itulah Idea dia dulu!.Anwar ini sperti Sumpah-sumpah (Cameleon) boleh berubah ikut Alam sekeliling warna kulitnya!.Dulu dia sokong Pas dan baik sungguh dengan pucuk pimpinan Pas kononnya seorang pejuang pembela Islam lepas itu bila dia nampak peluang kat UMNO dia tinggal ABIM!.Dulu dia bising tak tentu hala bila Sanusi Junid join UMNO tinggalkan ABIM.Bila terus pasang jerangkap boby trap untuk pengaruh Pas di Pulau Pinang terutamanya pengaruh Yusuf Rawa,Mahfuz Omar dan Mohammad Sabu.Kubu kuat kuat Pas Permatang Pauh jatuh ke tangan dia.Semasa di UMNO dia kumpul bala tenteranya dengan bertopengkan Islam dan tiupkan semangat Islam dalam Umno untuk kepentingan sendiri.Sampai jadi Imam dan berkutubah pakai batik sutera orang Melayu khayal dengan Bank Islam,Takaful dan UIA semata-mata politik peribadi dia juga menghalang bekas-bekas ahli parti 46 masuk kembali ke UMNO baru.Yang kena tikam belakang Pak Lah,Tengku Li dan lain-lain.Takut karier politiknya tergugat.Dia sengaja jatuhkan Tun Ghafar Baba dan membuat keadaan huruhara untuk merampas jawatan perdana menteri.Selepas keluar dari sg.buluh dia api-apikan bukan Melayu dan janji-janji manis untuk memberi mereka hak sama seperti orang Melayu.Dalam pada itu ada juga pemimpin muda UMNO sekongkong dengan dia untuk Jawatan Tinggi mengapi-apikan Melayu pulak tentang hak -hak Istimewa Melayu semasa dekat dengan PR12.Terjadilah tsunami politik yang menguntungkan cuma Anwar!!!.Kini kaum bukan Melayu pulak di tipunya hidup-hidup untuk kepentingan dan tamak haloba kuasa politiknya!!!!.Jadi hampa fikir sendiri dan rumuskan!!!.Wassalam!

  26. unta… memang patut kena cantas sebab kalu dah belot buat apa pun… orang UMNO yang berani bukan alasan kena cantas …itulah semangat pejuang. berani mesti ada didalam jiawa … takada siap berani nak cantas sebab itulah pejuang sebenar… tapi kalau dah belot ….hmmmm memang patutlah…dicantas

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s