Adun Buntong Buat Pusingan U

dari malaysiakini

Terkini: Kejutan pengunduran wakil rakyat Buntong, A Sivasubramaniam, daripada DAP berakhir petang ini apabila beliau menarik balik surat itu selepas enam jam.

dari bernama dan utusan

IPOH 31 Mac — Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Buntong, A.Sivasubramaniam membatalkan hasrat meletak jawatan dan keluar parti, beberapa jam selepas menghantar surat peletakan jawatan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Bercakap pada sidang akhbar di pejabat DAP Perak petang ini, Sivasubramaniam berkata, tindakan itu akibat salah faham dan beliau memohon maaf kepada semua pihak.

“Saya memohon maaf kerana tindakan saya itu dibuat kerana salah faham…saya dengan ini menarik balik surat yang telah dihantar,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Surat peletakan jawatan wakil rakyat Buntong itu turut difakskan ke pejabat-pejabat media di sini pagi ini dan Koo Ham dalam sidang akhbar tengah hari tadi mengesahkan menerima surat itu tetapi berkata bahawa kesahihannya belum dipastikan kerana beliau tidak dapat menghubungi Sivasubramaniam.

Dalam surat itu, Sivasubramaniam, 41, mendakwa agihan jawatan Exco kerajaan negeri untuk dua pemimpin India tidak dilaksanakan seperti dijanjikan oleh Ngeh sebelum ini.

Koo Ham berkata, beliau berjaya menghubungi Sivasubramaniam pada pukul 5 petang ini dan mengadakan perbincangan dengan wakil rakyat Buntong itu.

“Seperti yang saya jangka, keputusan yang diambil oleh Sivasubramaniam adalah berpunca daripada salah faham dan kami mengambil masa kurang lima minit untuk menyelesaikan masalah yang timbul,” katanya.

Beliau berkata, isu kekurangan wakil kaum India dalam pentadbiran kerajaan campuran timbul kerana beliau sebelum ini tidak mengumumkan keputusan kerajaan negeri untuk melantik wakil kaum India sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak.

“Saya tidak mengumumkannya kerana menghormati Dewan dan Menteri Besar…pelantikan Speaker dibuat oleh Dewan dan ia belum bersidang…sekarang saya terpaksa umum kerana telah berlaku salah faham. Kita menghargai dan menghormati sokongan kaum India dan memang akan menunaikan janji melantik dua wakil India dalam kerajaan negeri,” katanya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri Perak juga akan memastikan wakil wanita turut dilantik memegang jawatan yang sesuai dalam pentadbiran kerajaan negeri melalui pelantikan majlis kerajaan tempatan, agensi kerajaan negeri, senator dan anak-anak syarikat.

Beliau yang juga Exco kanan berkata, kerajaan negeri tidak akan meminggirkan kaum India atau wanita.

Daripada 10 anggota Exco Perak yang baru, hanya A.Sivanesan, juga daripada DAP dilantik memegang portfolio Kesihatan, Alam Sekitar dan Sumber Manusia.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lepas, Sivasubramaniam yang merupakan Timbalan Setiausaha DAP Perak, menewaskan calon Barisan Nasional Lee Tung Lai dengan majoriti 5,315 undi.

Kerajaan campuran Perak diwakili 18 wakil rakyat DAP, tujuh PKR dan enam PAS dan jika Sivasubramaniam keluar parti, kerajaan berkenaan akan hanya tinggal 30 kerusi dan bakal memerintah dengan majoriti satu kerusi. DUN Perak mempunyai 59 kerusi dan Barisan Nasional (BN) selaku pembangkang menguasai 28 kerusi. — BERNAMA

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s