Jom Pulau Produk Belanda

petikan dari bernama

Pulau Produk Belanda

Jump to Comments

KUALA LUMPUR 29 Mac — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyeru umat Islam di seluruh dunia memulaukan produk Belanda sebagai satu bantahan berkesan berikutan sebuah filem Belanda, Fitna, yang mengkritik Al-Quran yang disiarkan di Internet.

Beliau berkata pemulauan itu boleh menyebabkan Belanda lumpuh kerana umat Islam meliputi sebahagian besar penduduk dunia yang kaya dan juga pengimport terbesar.

Bagaimanapun, semua 1.3 bilion umat islam di dunia mestilah bersatu dan meletakkan kepentingan Islam dan umat Islam daripada keperluan individu jika mahukan pemulauan ini berkesan.

“Kalau orang Islam bersatu kita mudah saja ambil tindakan. Kalau kita pulau barangan dari Belanda dia tutup negeri, pasal yang beli banyak sekali, yang kaya sekali di dunia ini adalah orang Islam.

“Kalau semua 1,300 juta orang Islam kata kami tidak kan beli barang dari Belanda, maka barulah berkesan.

“Kalau nak pulau buatlah betul-betul. Tapi orang kita kata, dia (Belanda) pun berniaga dengan kita juga, kalau kita tahan dia, dia rugilah. Jadi (kalau begini) kita tak fikir sebagai orang Islam, kita fikir untuk kepentingan diri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung ke-46 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Filem Fitna itu, selama 15 minit yang disiarkan dalam sebuah laman web pada 27 Mac yang mengkritik Islam, yang menunjukkan surah Al-Quran dengan berlatar belakangkan imej keganasan akibat serangan pengganas.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengelur filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sebelum itu, Dr Mahathir berkata filem tesebut disiarkan berikutan salah faham dan “sudah pasti ada motif kritikal”. “Mereka akan terus berbuat demikian sehingga kita menunjukkan Islam itu satu agama yang baik, kita bukan orang yang ganas, bahawa kita tidak berbohong kepada orang ramai…tetapi ini mesti ditunjukkan dalam amalan oleh masyarakat Islam ,” kata beliau.

Dalam perkembangan lain, Dr Mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim, berkata adalah penting bagi pertubuhan itu memberikan tanggapan yang betul mengenai Islam dan bukan Islam supaya tidak berlaku ketidak salah faham mengenai agama Islam yang boleh membawa kepada kebimbangan, curiga atau pertentangan terhadap Islam.

— BERNAMA

nota: umum tahu bahawa pemimpin negara Belanda ini sudah acap kali mempersendakan agama ISLAM..tak ketinggalan juga para pemimpin negara Denmark…kita sebagai umat Islam seharusnya bersatu bagi menangani anasir hitam puak2 yang anti Islam…

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

17 responses to “Jom Pulau Produk Belanda

  1. Boleh x bagi senarai produk belanda ni selain drpd Dutch Lady, anak saya dah bersetuju untuk tukar susu dutch lady 456 kepada yang lain..

  2. aisha

    betul2…bg la snarai produk blanda…mcm mana nak boikot kalo x tau…

  3. Gaijin908

    BERIKUT ADALAH SENARAI NAMA PRODUK BELANDA…
    TERPULANG PADA ANDA UNTUK BOIKOT BARANGAN MEREKA….
    RAMAI ORANG MAHUPUN PASARAYA DAN SYARIKAT TELAH MULA BOIKOT BARANGAN MEREKA…..
    1. Dutch Lady – Susu
    2. Ferrero Roche – Coklat
    3. Wall’s – Ais Krim
    4. Ing -Insurans
    5. Planta -Magerin
    6. Lady’s Choice -Magerin
    7. Lipton -Teh
    8. Shell -Minyak
    9. Knorr -Perisa Makanan
    10. Dove -Mandian
    11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan
    12. Radiant -Deodoran
    13. Rexona -Deodoran
    14. Ponds -Produk Kecantikan
    15. Kieldsens -Coklat
    16. Slimfast -Produk Pelangsing
    17. Lego -Kismis
    18. Philips -Barangan Elektrik
    19. Duyvis -Makanan Ringan
    20. Gouda -Keju
    21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian
    22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian
    23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian
    24. Labello -Lip Balm
    25. Pickwick -Teh
    26. Venz -Mentega Coklat
    27. Kinder Bueno -Coklat
    28. Unilever -Syarikat
    29. Dumex -Susu Tepung
    30. Nutricia -Susu Bayi
    31. Sunsilk -Shampoo
    32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan
    33. Lux -Mandian
    34. Vaseline -Lip Balm
    35. Cif -Pencuci Lantai
    36. Surf -Pencuci Kain
    37. Wishbone -Pencuci Kain
    38. Doriana – Keju Krim
    39. Bertolli -Minyak Masak
    40. Clear -Shampoo
    41. Breeze -Pencuci Kain
    42. Sun -Pencuci Kain

  4. hehehe…banyak pulak barangan ni dalam rumah, tukar ke zaitun la ni..terima kasih kepada empunya blog ini sbb bagi respone..tq..tq

  5. na kan..dumex dari Belanda rupanya…nasib baik beli nespray ptg tadi..

  6. SELAMAT SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMBACA…SAYA TIDAK BERSETUJU DENGAN PEMULAUAN BARANGAN BUATAN BELANDA ATAS BEBERAPA SEBAB:

    1. KEDUTAAN BELANDA TELAH MEMOHON MAAF.

    2. BANYAK BARANGAN KEPERLUAN KITA ADALAH PRODUK BUATAN NEGARA TERSEBUT YANG MANA LEBIH BERKUALITI DARI BARANGAN BUATAN NEGARA LAIN.

    3. KENAPA BODOH SANGAT TERUTAMA ORANG UMNO YANG HANYA PANDAI BERDEMONTRASI PADAHAL TELAH TERBUKTI DEMONTRASI TIDAK MEMBAWA APA-APA KESAN KEPADA PIHAK YANG MENGHINA ISLAM. DEMONTRASI DEKAT NEGARA SENDIRI PULAK TU.. BUKAN MENYUSAHKAN PIHAK YANG MENGHINA ISLAM TETAPI MENYUSAHKAN RAKYAT NEGARA SENDIRI..KALAU DAH BUAT DEMONTRASI TENTU HARI TU KITA PONTENG KERJA.

    CADANGAN SAYA YANG PALING BERKESAN IALAH:-

    1. UMNO KAN BANYAK DUIT KENAPA TAK UPAH ORANG LAIN BUAT FILEM MENGHINA AGAMA DIAORANG PULAK..BUDGET TAK PAYAH BANYAK SEKITAR RM 300,000. SAYA RASA UMNO TAK ADA MASALAH KELUARKAN DANA SEBANYAK ITU. MCMMANA NAK BUAT FILEM JANGAN TANYA SAYA..SEBAB BUDAK- BUDAK REMPIT PUN MAHIR BUAT VIDEO ATAU FILEM NI…

    HARAP JANGAN MARAH KOMEN SAYA INI SEBAB KALAU SAYA MENULIS CARA LEMBUT PANDANGAN SAYA INI DIABAIKAN.TERIMA KASIH

  7. apalah kita nie susah2 nak boikot brg belanda….ikut suka la kalau nak pakai, pakai lee…bukannye duit kau orang…belanda tu bukanya buat apa2pun….kalau cerita “akhirat” tu mcmna..nak boikot juga kereta nasional kite…cerita fitna…cerita akhirat +- je…

  8. ismail

    woi hazamo8!!!! hang ni orang Islam ke aper??? Bengong!!!

  9. ameer

    banyak lg produk harian drp syarikat lain…BOIKOT BARANG BELANDA SATU KEMESTIAN..ape kate kite HINA plak AGAMA si LAKNAT WELGERT tu.???…mesti malatop

  10. mok

    hazam 08,

    Awak ni faham ke apa yang masyarakat Islam di seluruh dunia tengah bincangkan ? Kalau rasa belum faham, jangan pandai-pandai berikan pendapat. Jika sekadar mendapat kutukan masyarakat, ok lagi. Tapi kalau sekiranya menerima kutukan Allah SWT macamana ? Kita diberikan akal untuk bertindak mempertahankan agama suci ini apabila dihina dan cemarkan sebegitu hina tapi awak macam menjadi tali barut Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders tu aja. Dia dengan sengaja menghina surah-surah al-Quran dengan mengambarkan melalui odio visual pentafsiran yang palsu. Apakah kita harus memeluk tubuh dan membatu atas penghinaan ini. Melalui pembokoitan kesan amat cepat dan terasa. Itu salah satu senjata ampuh kita setakat ini untuk jangka pendek. Tindakan susulan kemudian. Kalau kita terus diam pasti akan ada lagi siri penghinaan seterusnya. Ini bukan tindakan pertama mereka maka sekali ini kita perlu AJAR MEREKA !!!

  11. to hazam08

    hazam08 ni mungking kurang faham sbb aper kiter kene bikot barang buatan belande sbb nyer dah ler si Geert Wilders tu kutuk Islam dalam filem pendek dia tu ….
    satu lagi seluruh umat Islam dunia dan mintak kerajan belanda mintak maaf untuk filem sbb kan penduduk dia yang buat filem tu.. boleh jer kerajaan belander tu buat tak tahu dan kata bikot ler nak bikot ,pon bkn nyer jadi miskin kerajaan dia sbb kebanyakan negara Islam yang nak bikot tu negara miskin jadi tak kan miskin nyer negara belanda tu ..tu kata kerajaan belanda lerr..
    jadi aper lagi bikot lerr jgn jadi bodoh tolot loks dah kerajan belanda sendiri yang cabar tu..

  12. afiz

    Assalammualaikum
    hazamo8?haha..sgt kelakar baca comment kamu..sekolah ke x?mungkin sbb terlalu membangkang menyebabkn kamu cetek akal kerana lupa pada org2 yg berusaha membela nasib kamu dn menanggung persekolahan ko?(itupn kalo kau sekolah)n mungkin hazamo ni byk sgt tgk keburukan org,tp pndai lak guna internet..haha mcm2 laa..Ini isu agama,bkn politik hazamo oii..
    Islam agama yg sgt bersih dan suci,Ini ujian buat kita,bersabarlaa semua,berdoa agar Allah kuatkan kesabaran semua umat Islam dan membuka pintu hati mereka yg menyebarkn fitnah agar memeluk agama Islam.Dismping itu persiapkn diri masing2 kerana FITNAH besar ini adalah petunjuk yg kita berada di akhir zaman.
    Oh ya..jgn lupa doakan utk hazamo sekali,dari parti mana laa dia ni ye..Umno xperlu keluarkn duit RM 300,000 utk buat video kutuk Agama lain kerana ianya perkara terlarang dlm agama kita.Gunakan duit tu utk sekolahkn org2 yg seperti hazamo ni..Ianya merupakan dakwah yg sgt dituntut dlm agama kita.Sekian Wassalam
    ****to hazamo~!!!
    (sarankan hazamo g tuisyen,mungkin blajar guna duit sndiri membuatkn ko lebih cerdik dan pandai,Insy..satu lg belilah barangan buatan malaysia,secara xlngsung kita membantu ekonomi negara kita.Dan comment kamu xkeras lngsung tp sgt kelakar,err umur bpe ye?)

  13. selamat sejahtera kepada pembaca blog ini……sebenarnya semua jangan salah paham apa yang saya tulis tempoh hari…..saya tergerak hati menulis disebabkan tidak puashati terhadap tindakbalas orang Islam sendiri terhadap apa sahaja isu yang melibatkan penghinaan kepada agama islam. selama ini jika ada sahaja isu yang melibatkan penghinaan terhadap Islam masyarakat Islam seluruh dunia akan membuat bantahan melalui demontrasi dan tunjuk perasaan yang kadang kala di ambil pula kesempatan oleh pihak lain menimbulkan rusuhan yang mana ini hanya memburukan imej Islam itu sendiri. Pemulauan produk buatan belanda bagi saya tidak akan memberi kesan yang besar sangat kepada ekonomi belanda kerana negara Islam sendiri kebanyakkannya adalah negara miskin.Apa yang paling berkesan ialah kita belajar dari apa yang penghina Islam buat i kepada kita iaitu melalui filem dan lain-lain media.Kita buat filem dan tayangkan di internet atau wayang dan sudah tentu mereka pulak akan melenting.Kemudian kita buat permohonan maaf…….. (sbg contoh yg di ambil oleh penghina Islam) habis cerita. Dari duit yang ada dibazirkan untuk membawa mat rempit takluk kutub utara lebih baik digunakan untuk jln mcm ni…bagi saya cara begini lebih berkesan . sekian terima kasih.

  14. anynomous91

    hazam08!!!
    kalau kita x boikot belanda..
    pejuang2 islam yg mati syahid akan menuntut bela ke atas org islam yang menyokong negara yang menghina ISLAM!!! lu pikir la senirik!!

  15. miewalk

    apalah hazam ni.
    kena boikot belanda tu. satu2nya cara nak ajar lepa ngan boikot barangan lepa. lgpn kita ada byk pilihan lain untuk barang2 keperluan tu. mungkin terhad tp masih ada pilihan.
    boikot adalah salah satu cara penentangan yang baik. tu je kuasa yg ada untuk meunjukkan umat islam tak lemah. kat sini kita kena sedarkan saudara2 seIslam kita untuk menunjukkan penentangan dgn cara boikot. yg penting niat kita baik supaya lepa xpandang lemah kat umat islam.
    if nak buat filem, belum tentu org nak tengok. lgpn menambahkan ketegangan ja. biaq kita bersatu melemahkan lepa ngan lembut. demonstrasi pn salah satu cara tp bukan la sampai merusuh. at least lepa tau yg kita masih bertindak sekiranya di hina. tp kena cara la.
    oleh itu bersama2 lah kita boikot barangan negara yg menghina Islam. harap suma bleh bagi info brand barangan pada keluarga, kawan2 dan suma umat Islam.

  16. Im muslim

    korang sume kan duk sebok2 pasal org bukan Islam kutuk Islam.. korang xperasan ke yg org Islam pun sndri byk yg kutuk Islam dlm sedar.. jd, aku raselakan,korang patutnye tlebih dahulu pikir psl org islam yg kutuk islam tu……klau org yg ngaku islam sndri sggp kutuk islam,apetah lg klau org bkn islam..bkn org yg xbljr agme je kutuk,tp, org yg lpsn universiti bab islam lebih truk lg..org yg pegang jwtn besar dlm krajaan tu la plg truk!!!

  17. Kuntakinte

    Salam, Im muslim dan sahabat2 moderator dan pembaca, kalau kita imbas kembali perjuangan UMNO pada Julai 1946 untuk membentuk dan mencipta kata2 untuk dijadikan akta2 bagi merangka satu perlembagaan yang akhirnya terbentuk lah Perlembagaan Persekutuan, tentangan demi tentangan dari kaum2 lain yang di ketuai oleh Tan Cheng Lok malah dikalangan mereka terdapat juga bangsa melayu sendiri yang membantah spt Dr Burhanuddin yang memperjuang kan prinsip ‘jus soli’, semua hak ada lah sama, mereka menentang kerana menganggap Perlembagaan Persekutuan bermirip kepada diskriminasi kaum yang lebih berpehak kepada bangsa melayu dan Islam, kerana kekuatan yang dimiliki oleh UMNO ketika itu akhirnya mereka akur akan perlembagaan Persekutuan.

    Bahagian 1 perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan tercatitlah Agama Islam ialah Agama Persekutuan, tetapi Agama2 lain boleh diamalkan dengan aman dan damai. Bahagian 1 ini lah yang di bantah sekeras2 nya oleh kaum Cina dan India ketika itu, hingga berlaku berbagai2 pergaduhan untuk mempastikan Bahagian 1 ini di keluarkan dari script rangka Perlembagaan Persekutuan, kerana apa Bahagian 1 ini masih kekal didalam Perlembagaan Persekutuan? kerana orang melayu bersatu kukuh didalam UMNO hingga kan mereka mahu tidak mahu terpaksa akur dengan kehendak orang Melayu, dimana kita ketika kejadian itu? bukan kita, tetapi keturunan kita terdahulu, darah daging kita semua sekali anak2 bangsa melayu sebelum ini yang berada di situ, yang bersama2 pahit maung untuk mempastikan tanah Melayu ini tidak terlepas ketangan bangsa lain kerana kita dapat kan semula tanah melayu ini pun dari tangan penjajah berbangsa asing dan akhirnya Tanah Melayu tetap menjadi milik kita orang2 Melayu kini dikenali sebagai Malaysia. cuba kita kenang kembali atau imaginasikan suasana ketika itu, cuba kita bayang kan kita disana pada zaman itu, bagaimana perasaan kita!! tepuk dada tanya selera.

    Kini dalam sejarah, dalam masa yang sama sejarah demi sejarah baru tercipta oleh kita hingga ke generasi akan datang tanpa henti hingga ditetapkan oleh Allah S.W.T kiamat berlaku, merata dunia Islam di label sebagai golongan penganas sikit sebanyak terpalit lah kita di Malaysia, dari tamadun kegemilangan Islam sejak kurun ke tujuh zaman itu sudah lenyap di makan zaman tidak berulang lagi, Tamadun Melayu hanya berumur 605 tahun, dijajah selama 400 tahun, manakala tamadun cina 1400 tahun dan India 1500 tahun, mana nak terlawan kan oleh kita jika kita ingin jadikan pengalaman kewujudan tamadun mereka berbanding dengan kita, sudah tentu mereka telah memperlajari berbagai2 ilmu untuk diwarisi oleh generasi baru mereka sejak 1500 tahun terdahulu berbanding kita kecuali kita mempunyai kedaran yang cukup tinggi.

    Kejatuhan Islam kerana umat Islam itu sendiri yang menjatuhkan nya, kerosakan maruah Islam kerana umat Islam itu sendiri yang menodainya, bangsa lain dengan mudah mengunakan umat Islam itu sendiri untuk menyerang negara Islam, umat Islam itu sendiri meletakkan diri meraka untuk dipergunakan oleh bangsa yahudi untuk menjatuhkan pemimpin Islam itu sendiri, begitu juga lah melayu, yang menjatuhkan melayu bukan bangsa lain tetapi bangsa melayu itu sendiri yang menjatuh kan bangsa melayu, tiada dengki di hati bangsa lain tetapi Melayu itu sendiri lah yang dengki terhadap bangsa nya sendiri, kita boleh lihat bagaimana puak2 penganut mazhab yang berbeza2 dikalangan umat Islam yang memberi gambaran perpecahan agama yang ada di kalangan kita umat Islam, tidak hairan lah bangsa lain mempergunakan umat Islam itu sendiri untuk melengkapkan agenda mereka.

    Islam berada dimana2 pelosok dunia ini. IsnyaAllah selagi Islam bertapak di muka bumi Allah ini hingga itu lah Islam akan kuat, Tetapi apa yang kuntakinte nak jelas kan disini Melayu Islam tidak terdapat di pelosok dunia, Melayu Islam hanya terdapat di bahagian Asia di dunia ini dan majoritinya di Malaysia dan Indonesia selain minoriti di Singapura, Brunai dan Thailand, kependudukan kita hanya sekangkang kera, ada kah kita rasa terselamat hanya kerana kita merasakan bahawa kita mempunyai negara sendiri, ada kah boleh kita mengharapkan bangsa Melayu Indonesia yang Agama nya tidak dikawal untuk kita harapkan, adakah kita merasa kan hadiah yang diberikan oleh tok nenek kita dulu yang memperolehkannya dan melaung kan Merdeka!!! Merdeka!!! Merdeka!!! akan kekal selama2 nya dan dapat kita pertahankan untuk generasi akan datang, cukup banyak ruang dan sudut kelemahan bangsa melayu yang boleh ditembusi oleh mana2 bangsa lain dan agama lain untuk menghancurkan bangsa kita, kita perlu sedar akan perkara ini, kesedaran demi kesedaran harus diputikkan didalam diri kita generasi sekarang seterusnya kita suburkan kepada generasi selepas kita, anak2 dan cucu2 kita kelak, jangan apabila kita bongkok tujuh nyawa ikan masih terhembus, berlabuhnya tak bermaya badan kita berlapikkan tilam, baru kita sedar selama ini aku lah penyumbang kepada keruntuhan bangsa aku sekarang ini yang pada ketika itu bangsa melayu kaum yang menjadi hamba semula di tanah airnya dibawah telunjuk bangsa lain yang dulu dianggap sebagai mendatang untuk sekadar menumpang teduh di tanah kita akhirnya dipanggil TUAN oleh generasi akan datang, kesal dulu pendapatan kesal kemudian tiada gunanya.

    fikir2 kan lah

    p/s cow… dulu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s