Daily Archives: April 2, 2008

Anwar dapat liputan akhbar ISRAEL!

KUALA LUMPUR 1 April – Rakyat mempunyai sebab untuk curiga dengan laporan sebuah akhbar Israel yang meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamed Ezam Mohamed Noor berkata, walaupun tidak mempunyai bukti atau mengetahui apakah motif sebenar laporan sedemikian dikeluarkan, umum mengetahui Israel bijak memanipulasi keadaan demi kepentingannya.

‘‘Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak percaturan politik yang menggadaikan maruah negara.

“Saya juga ada alasan untuk bimbang mengenai perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Ezam diminta mengulas mengenai laporan akhbar Jerusalem Post bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia’s Future Prime Minister yang sebelum itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang bekas pemimpin PKR, S. Nallakarupan, semalam.

Dr. Tun Dr. Mahathir menyifatkan sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, ia hanya akan membawa satu malapetaka kepada negara ini.

Nallakarupan pula melihat akhbar itu tidak jelas mengenai perjalanan politik negara apabila membuat ramalan sedemikian.

Mengulas lanjut, Mohamed Ezam berkata, itu merupakan satu lagi usaha pemimpin seperti Anwar mengejar cita-cita dalam dunia politik.

sumber Utusan Malaysia, 2 April 2008

nota: laporan penuh jerusalem post boleh dibaca di sini . Tindak tanduk anwar sejak kebelakangan ini mulai diragui oleh ramai pihak terutama oleh individu2 yang rapat dengan beliau seperti Tun Mahathir, Dato’ Nalla, Dr Chandra dan Ezam sendiri. Tun dalam satu kenyataan beliau baru-baru ini menyatakan bahawa Anwar sesuai menjadi PM Israel….Umum tau yayasan yang disertai oleh Anwar iaitu Foundation For Future(seingat penulis) merupakan satu yayasan yang dibantu oleh yahudi…selepas pembebasan anwar dari penjara juga beliau telah dilantik menjadi ‘visiting lecturer’ di salah satu universiti yang mempunyai pengaruh yahudi yang amat kuat…..

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda