Anwar dapat liputan akhbar ISRAEL!

KUALA LUMPUR 1 April – Rakyat mempunyai sebab untuk curiga dengan laporan sebuah akhbar Israel yang meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamed Ezam Mohamed Noor berkata, walaupun tidak mempunyai bukti atau mengetahui apakah motif sebenar laporan sedemikian dikeluarkan, umum mengetahui Israel bijak memanipulasi keadaan demi kepentingannya.

‘‘Sejak kebelakangan ini, sudah terlalu banyak percaturan politik yang menggadaikan maruah negara.

“Saya juga ada alasan untuk bimbang mengenai perkara ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Ezam diminta mengulas mengenai laporan akhbar Jerusalem Post bertajuk Anwar Ibrahim: Malaysia’s Future Prime Minister yang sebelum itu turut mendapat reaksi bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan seorang bekas pemimpin PKR, S. Nallakarupan, semalam.

Dr. Tun Dr. Mahathir menyifatkan sekiranya Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, ia hanya akan membawa satu malapetaka kepada negara ini.

Nallakarupan pula melihat akhbar itu tidak jelas mengenai perjalanan politik negara apabila membuat ramalan sedemikian.

Mengulas lanjut, Mohamed Ezam berkata, itu merupakan satu lagi usaha pemimpin seperti Anwar mengejar cita-cita dalam dunia politik.

sumber Utusan Malaysia, 2 April 2008

nota: laporan penuh jerusalem post boleh dibaca di sini . Tindak tanduk anwar sejak kebelakangan ini mulai diragui oleh ramai pihak terutama oleh individu2 yang rapat dengan beliau seperti Tun Mahathir, Dato’ Nalla, Dr Chandra dan Ezam sendiri. Tun dalam satu kenyataan beliau baru-baru ini menyatakan bahawa Anwar sesuai menjadi PM Israel….Umum tau yayasan yang disertai oleh Anwar iaitu Foundation For Future(seingat penulis) merupakan satu yayasan yang dibantu oleh yahudi…selepas pembebasan anwar dari penjara juga beliau telah dilantik menjadi ‘visiting lecturer’ di salah satu universiti yang mempunyai pengaruh yahudi yang amat kuat…..

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Anwar dapat liputan akhbar ISRAEL!

  1. affendy

    Ahli politik mana ada yg 100% perfect, pemimpin Umno pun bukannya betui sgt pun, yg penting perkuatkan perjuangan yg betul, jgn perjuang utk poket sendiri, lepaih dpt kuasa dh jadi angkuh, dengar pandangan ahli2 bawahan dan jgn dok tengok org lain x betui sedangkan belakang kita sendiri penuh dengan taik.

  2. kenapa itu nak dihirankan .umno makan rasuah dah macam biasa aje

  3. mok

    Tragedi yang menimpa umat melayu khususnya di Pulau Pinang dan Perak kita pertanggungjawabkan kepada kerakusan melayu PKR yang sanggup mengadai maruah bangsa demi melunaskan dendam peribadi pemimpin. Bagi PKR siapa saja yang sudi membantu silakan, Yahudi @ Israel ok, apatah lagi cauvinis DAP. Buatlah apa yang kalian suka, kami tak kisah. Di Pulau Pinang DAP nak kurangkan 50% bilangan EXCO melayu, ok. Nak bagi Hindraf TKM + portfolio penting, ok (walaupun bilangan pengundinya tak seberapa). EXCO melayu diberi portfolio lekeh, ok. Nak hapuskan DEB yang berjasa kepada melayu termasuk pembangkang, ok. Nak suruh melayu bersaing dengan gergasi konglemarat cina secara terbuka, ok (umpama Mike Tyson vs Juara SUKMA). Di Perak, negeri majoriti melayu berSultan, EXCO melayu cuma 3 orang sahaja, ok. Kena ugut dengan ADUN Buntong, minta EXCO tambahan @ speaker untuk Hindraf, ok. DAP menderhaka kerana arahan memulau Istana, ok. Ingatlah PKR, korang tipu orang melayu Pulau Pinang dan Perak hidup-hidup. Sedih sungguh bila melihat orang kampung yang diperdaya mengundi calon melayu PKR dan PAS menangis teresak-esak menyesal bila menyedari, rupa-rupanya mereka sekadar alat untuk menaikkan Kerajaan cauvinis cina DAP di Pulau Pinang dan Kerajaan didominasi cauvinis cina DAP di Perak.

  4. ameer_teganu

    ha ah…kate je sokong umno…bekas wakil rakyat kampung aku siap ajak pegawai khas die songlap projek ayah aku…hari-hari bagi anak bini die makan duit projek yang asalnye bapak aku punye…siap pakai kereta ewah lagi tu…aku tak kan halal dunia akhirat…mujur die tak d calonkan sbg wakil rakyat baru2 ni…padan muke gawo…

    en ameer boleh maklumkan kawasan mana perkara ini berlaku….
    tq

  5. eutechn

    ade ke wakil rakyat sekarang atau mereka yg ktif politik sanggup naik basikal sepuluh dua puluh kilometer semata-mata nak hadir dlm mesyuarat umno walaupun tak diberikan ape-ape imbuhan utk aktif dlm politik, macam zaman enam puluhan dulu?? jawab jgn tak jawab..

  6. pemudaumno

    salam eutechn…

    pada zaman sekarang memang susah nak cari wakil rakyat yang berbasikal 10-20kilometer semata2 utk hadir ke mesyuarat umno…
    selari dengan peredaran zaman sekarang kebanyakan ahli politik sudah mempunyai kenderaan masing2 seperti kereta untuk ke mesyuarat…mungkin penggunaan basikal kurang praktikal di kala ini

  7. Raja Kapor

    Salam,

    Kenapa website ni tak glamour langsung..??
    Kenapa rakyat menolak sangat UM-NNo yee..??

  8. raskal

    amat musykil kerana selama ni media yahudi sememangnya anti ISLAM…takkan anwar yang islam depa tak anti?

  9. afiz

    kerana dia sekutu2 diorang laa,bpe kali da dorang nk masuk malaysia tp xdpt?dorang nk masuk sbb negara kita negara islam!dah laa wei…takyah memuja sgt,petunjuk yg sgt terang tu,buka laa minda tu luas2,ini bukan hanya berkenaan politik tetapi agama..Negara kita kecik je..dorang takut kalau dorang bom nnt kena singapore lak,so dorang nk bonekakn kerajaan kita je sbb rakyat negara ni mudah terpengaruh,cnth terbaik tu haa affendy tu,rakyat pertama yg dicucuk hidung!bacalaa blk kisah negara masa kena jajah dulu..

  10. sawada

    anwar adalah sekutu israel!!!!kite dianugerahkan pemimpin2 yang pandai2..cth tun mahathir.dulu mase dia jadi perdana menteri dia dicemuh tanpa melihat pada jasa2 yang diberikan.. kenape perlu skong anwar..sape dia ni? lu pk la sendiri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s