Daily Archives: April 4, 2008

Persaingan Untuk Jawatan Ketua Pemuda UMNO Terbuka

semalam Ketua Pemuda Datuk Seri Hishamuddin telah menyatakan hasrat utk tidak bertanding mempertahankan jawatan ketua pemuda..

Datuk Seri Khir Toyo pula menyatakan hasrat beliau utk bertanding jawatan ini dan tidak mempertahankan kerusi Ahli Majlis Tertinggi..

Terbaru YB Jerlun Datuk Mukhriz Mahathir menyatakan kesediaan beliau untuk bertading bagi jawatan Ketua Pemuda….

walaubagaimanapun sehingga sekrg belum lagi terdapat mana-mana nama yang berminat untuk mengisi jawatan Naib Ketua Pemuda… YB Khairy juga tidak menyatakan lagi hasrat beliau sama ada ingin melepaskan jawatan atau ingin mempertahankan jawatan tersebut….

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Naib Presiden UMNO juga sekrg sudah mempunyai blog!!

Tahniah YAB Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam!!

kini sudah mempunyai blog sendiri ….semoga Datuk dapat mendengar suara akar umbi dengan adanya blog ini….

sila layari http://www.mohdalirustam.blogspot.com/

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perkahwinan tidak direstui angkara perbezaan politik

HULU TERENGGANU 2 April – Sepasang pengantin baru melangsungkan perkahwinan dalam suasana suram apabila bapa pengantin perempuan tidak merestuinya kerana perbezaan fahaman politik dengan keluarga pihak lelaki.

Majlis akad nikah yang diadakan di surau Majlis Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang di sini kira-kira pukul 2.45 petang ini hanya dihadiri beberapa rakan pengantin perempuan dan ahli keluarga pengantin lelaki.

Pengantin lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Mamat, 32, kelihatan gugup dan dia terpaksa mengulangi akad nikah sebanyak tiga kali sebelum diterima oleh Pegawai Agama Daerah, Zahari Sulong yang bertindak sebagai kadi dan tiga saksi.

Pengantin perempuan yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, 24, ketika ditemui selepas selesai majlis itu melahirkan rasa gembira bercampur sedih.

”Saya gembira kerana dapat melangsungkan perkahwinan hari ini tetapi saya juga sedih kerana tiada ahli keluarga yang datang,” katanya.

Dia yang mempunyai sembilan adik-beradik itu berkata, ayahnya tidak merestui perkahwinan itu kerana fahaman politik dan ibu pula hanya menurut kehendak ayah.

”Saya baru sahaja menghubungi ayah memberitahu saya sudah kahwin dan dia memarahi saya kerana berkahwin,” ujarnya dari Kampung Pangkalan Berangan, Marang.

Aminah yang kini mengikuti kursus jahitan berkata, dia mengenali suaminya yang bekerja di sebuah pusat peranginan di sini sejak dua tahun lalu dan ayahnya mengetahui mengenai perhubungan mereka itu.

”Namun apabila kami melahirkan hasrat untuk berkahwin, ayah menentang kerana berbeza fahaman politik,” katanya.

Dia menambah, mereka kemudian memfailkan permohonan kebenaran berkahwin dengan wali hakim di Mahkamah Rendah Syariah di Marang Februari lalu.

Dalam pada itu, Zahari ketika ditemui berkata, beliau menghubungi bapa pengantin perempuan selepas menerima surat kebenaran wali hakim kira-kira pukul 12 tengah hari ini untuk memaklumkan bahawa perkahwinan anaknya itu akan dilangsungkan hari ini.

”Bapa pengantin perempuan menyatakan dia tidak merestui perkahwinan itu dan tidak peduli jika ia diteruskan,” katanya.

dari Utusan Malaysia, 3 April 2008

nota: walaupun terdapat perbezaan ideologi dan pandangan politik..perbezaan ini tidak seharusnya dibawa pulang ke rumah….walaupun ideologi berbeza..tanggungjawab sebagai ahli keluarga tak kira ibu, bapa atau anak tetap sama….yang kite sembah hanya Allah…politik..politiklah…bukannya tidak ada ahli politik yang berbeza parti tetapi mereka adik beradik seperti contoh Dato’ Shahrir Samad dan AP Shah Alam YB Khalid Samad….jangan lah kira menafikan hak ahli keluarga masing hanya kerana pandangan politik kita berbeza

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

7 Ciri/Kualiti Pemimpin Perlu Ada Menurut Tun Dr Mahathir

i. Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya merendah diri tetapi sekurang-kurangnya tidak bercakap besar.

ii. Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.

iii. Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri sendiri. Beliau tidak harus menunding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.

iv. Beliau patut bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.

v. Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan. Beliau perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.

vi. Beliau patut bersedia melakukan yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan. Beliau patut mendukung slogan kepimpinan melalui teladan.

vii. Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding dengan orang yang berada di bawah pimpinannya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda