Harga Petrol Dijangka Lebih Murah

petikan dari Berita Harian

JOHOR BAHRU: Pengguna di negara ini dijangka dapat menikmati harga petrol biasa yang lebih rendah tidak lama lagi, berikutan cadangan kerajaan untuk menstruktur semula jenis petrol di pasaran dan pemberian lebih banyak subsidi bagi petrol biasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad, berkata perubahan harga petrol itu akan dibuat melalui kajian semula subsidi petrol yang berada di pasaran seperti petrol berplumbum dan tanpa plumbum RON 92 serta RON 97.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Membendung Inflasi yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Selasa lalu sudah menimbangkan cadangan memansuhkan petrol RON 92 dan RON 97 untuk digantikan dengan petrol RON 95 dan RON 99.

Beliau berkata, ketika ini petrol RON 92 kebanyakannya digunakan oleh motosikal, manakala kenderaan lain menggunakan RON 97.

“Petrol RON 95 boleh digunakan pengguna berpendapatan rendah dan sederhana kerana ia bakal menggantikan RON 92 dan RON 97, manakala petrol RON 99 yang lebih mahal adalah sesuai untuk kenderaan mewah dan pengguna yang mementingkan kuasa pemanduan serta prestasi.

“Mengikut sistem baru itu, kerajaan akan memberi lebih subsidi bagi petrol RON 95. Matlamatnya ialah membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana, manakala bagi mereka yang berpendapatan mewah boleh memilih sama ada menggunakan petrol biasa atau berkuasa tinggi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas Perhubungan Umno Johor, di sini semalam.

Shahrir berkata, kerajaan dijangka dapat menjimatkan peruntukan perbelanjaan dengan memberi sebahagian besar subsidi kepada petrol jenis RON 95, berbanding sebelum ini subsidi yang sama diberikan untuk kedua-dua jenis petrol iaitu RON 92 dan RON 97.

“Mereka yang menggunakan petrol RON 99 juga akan mendapat subsidi, tetapi jumlahnya sedikit,” katanya.

Beliau berkata, mutu petrol RON 95 lebih rendah berbanding RON 97, tetapi ia boleh digunakan oleh kebanyakan kenderaan di negara ini. Kebanyakan negara di Asia dan Eropah kini sudah menggunakan petrol jenis RON 95.

“Melalui cadangan sistem baru ini, kita bukan saja menukar cara menyenaraikan harga petrol, tetapi juga membantu mengurangkan beban kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana.

“Golongan kaya juga boleh menggunakan RON 95 bagi kenderaan seperti Mercedes Benz, BMW dan kenderaan mewah lain, tetapi mereka tidak mendapat manfaat seperti penggunaan petrol RON 99,” katanya.

Januari lalu, Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dilaporkan berkata kerajaan terpaksa mengeluarkan RM35 bilion untuk subsidi harga diesel, petrol RON 92 dan RON 97, jika harga minyak mentah naik AS$100 satu tong di pasaran dunia.

Pada masa ini, petrol RON 92 dijual pada harga RM1.88 seliter di Semenanjung, Sabah dan Sarawak, manakala RON 97 berharga RM1.92 seliter di Semenanjung, berbanding RM1.90 sen di Sabah dan RM1.91 di Sarawak.

nota: ini adalah langkah yang ditunggu oleh Rakyat Malaysia selama ini. Diharap dengan penurunan harga minyak, rakyat akan bertambah yakin dengan usaha kerajaan yang sememangnya prihatin dengan masalah rakyat…para pembaca dinasihatkan supaya merujuk kepada buku panduan kenderaan anda semua supaya apabila langkah penukaran siri minyak kepada RON 99 dan 95 ini dilaksanakan..ini kerana setiap kenderaan di jalan raya mempunyai spesifikasi keperluan penggunaan bahan bakar yang berbeza..

4 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

4 responses to “Harga Petrol Dijangka Lebih Murah

  1. raskal

    Alhamdulillah moga lepas ni bebanan rakyat kurang laa sikit…..

  2. aziezoul

    Bagusla tu. Boleh pulak….. itu hari cakap kalau tambah subsidi minyak tak leh nak buat pembangunan negara. Cakap macam keling laaa

  3. Hanya memberi pendapat

    awat la org kita ni ‘malas berfikir’? jelas org kita hanya suka baca tajuk berita drp isi berita & kemudian berfikir sejenak mengenai laporan yg dibaca. sekarang ni rata2 org ramai guna petrol ron97 (RM 1.92 seliter). jarang2 jer org guna petrol ron92 (RM 1.88 seliter). kalo ada yg guna pn, hanya utk isi minyak motor. selalunya yg pakai kereta semua dok iss minyak ron97. dh tu kalo kerajaan nk tukaq, nk jual ron95 & ron99, tu maknanya majoriti org ramai terpaksa membeli minyak pada harga yg mahal, bknnya berjimat. sbb apa saya ckp mcm tu? sbb kalo isi minyak ron95 kt kereta kita, pasni sah2 la enjin kereta makin teruk, maybe save duit skit beli minyak tp habih duit repair kereta. ron95 mengandungi kandungan plumbum yg lebih tinggi drp ron97 (senang ckp ron97 lebih berkualiti la). dh tu ron95 ni akan menyebabkn pencemaran udara yg lebih teruk berikutan kandungan plumbum yg lebih tinggi. sebenaqnya byk lg keburukan/kelemahan dalam cadangan penukaran ron92 & ron 97 kpd ron95 & ron99. diharap pihak kementerian mengkaji dr pelbagai sudut, kesan penukaran ini terhadap rakyat & alam sekitar.

  4. patrick

    I do agree with the comments made by aziezoul
    n Hanya memberi pendapat that the price of petroleum can be reduce to the point that it will be beneficial to the entire nation but in doing so, please ensure that the right quality of petroleum be utilized i.e unleaded petrol that had contributed a much more safer background as well as safeguarding the enviroment from unnecessary pollution. The people of Malaysia is waiting for the end result. Do come out with the right solution as soon as possible!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s