Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam

petikan dari Utusan

KOTA BHARU 6 April — Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menganggap kenyataan Pengerusi DAP Karpal Singh meminta agar PAS tidak memasang angan-angan untuk menunjangi Pakatan Rakyat kerana khuatir ia akan menegakkan negara Islam, sebagai memperlecehkan usaha membangunkan Islam oleh kerajaan Kelantan.

Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta Karpal Singh memberikan bukti di mana kelemahan PAS yang telah mentadbir Kelantan mengikut acuan Islam selama 18 tahun itu.

“Saya nak tahu apa tak kena Islam dan apa lagi yang dia (Karpal Singh) tak setuju Islam. Semua masyarakat bukan Islam gembira berada di bawah kami (PAS),” katanya kepada pemberita selepas menerima lawatan Duta Besar Jepun ke Malaysia, Masahiko Horie di pejabatnya di sini, hari ini.

Minggu lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob berkata PAS wajar menjadi tunjang kepada Pakatan Rakyat yang dibentuk oleh parti- parti pembangkang sekiranya ia mahu merealisasikan impian menubuhkan sebuah negara Islam.

Ahmad berkata impian itu akan hanya tercapai akhirnya jika semua pihak memahami dan menerima konsep Islam yang sebenar, yang merupakan agama untuk semua umat manusia.

Nik Aziz menjemput Karpal Singh melawat Kelantan dan melihat sendiri pembangunan di negeri itu yang dibangunkan mengikut acuan Islam.

“Saya tanggung kos penginapan hotel. Tak payah jumpa saya pun tidak apa, jumpalah masyarakat bukan Islam di Kelantan dan lepas itu beritahu apa yang tidak baik dengan Islam ini,” katanya.

Nik Aziz berkata sistem kewangan Islam yang diterapkan kerajaan Kelantan juga telah diikitraf oleh pakar-pakar ekonomi seluruh dunia dan sejak Kelantan di perintah PAS banyak penambahbaikan telah dilakukan termasuk penghapusan riba dan mewujudkan pajak gadai Islam.

“Bukan itu sahaja, masyarakat bukan Islam juga diberi hak dengan dilantik sebagai penyelia masyarakat dan saya nak tanya dimana tidak baiknya apa yang kami buat ini,” katanya.

Beliau berkata masyarakat bukan Islam juga tidak pernah dipaksa untuk memeluk agama Islam dan sejak penerapan nilai Islam oleh PAS itulah menyebabkan kaum lain merasa selesa di bawah pemerintahan PAS.

Mengulas kunjungan Masahiko itu, Nik Aziz berkata duta itu tertarik dengan kerajinan wanita Kelantan mencari nafkah yang berbeza di tempat lain.

“Saya jemput duta itu untuk melawat Pasar Besar Siti Khadijah dan Pasar Borong Wakaf Che Yeh untuk melawat dari dekat kerajinan wanita Kelantan ini,” katanya.

nota: bagaimanakah sebuah pakatan yang dinamakan Pakatan Rakyat akan bekerjasama? Adakah pakatan ini akan menjadi pakatan yang efektif bagi mewakili rakyat…??  3 parti 3 matlamat berasingan..cuba disatukan…?? Belum disatukan lagi..sudah tidak sebulu….ibarat peribahasa tidur sebantal mimpi lain2….DAP yang umum tahu sememangnya dari sejak penubuhan parti ini memang tidak pernah bersetuju atau pun ingin berkompromi mengenai ISLAM di malaysia….ape tah lagi dengan idea PAS utk menjadikan Malaysia sebagai negara ISLAM….di mana PKR dalam isu ini….PKR hanya gelak melihat kemelut PAS dan DAP ini…tujuan utama PKR sebelum ini hanyalah untuk mendapatkan suara mereka di Parlimen…maka DAP dan PAS menjadi kuda tunggangan mereka..

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Nik Aziz selar kenyataan Karpal Singh perlekeh usaha bangunkan Islam

  1. mok

    Mok memang tak pernah percaya pada DAP. Orang lama kata DAP memang dah termasuk dalam golongan kafir Harbi. Pengerusi dia KS pernah isytihar langkah mayat dia dulu, baru PAS mimpi bentuk negara Islam. Hai,jangan sampai orang kata, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dah.
    Mok – Sedar diri.

  2. pemudaumno

    nak buat macam mana mok..orang PAS tau cuma buat2 tak tau…matlamat halalkan cara mok..kelak memakan diri sendiri.

  3. choe

    sebagai org melayu dan beragama islam sy berasa terhina dgn pandgn negatif terhadap pas walaupun sy nie org kuat umno…tp itula kesilapan pas kerana lebih sanggup bersekongkol dgn Dap sebab nk lwn Umno sendiri…dari dulu Dap bukanla kwn yg baik untok org Melayu tetapi dengan bantuan Pas, Dap mendapat tempat dihati org melayu sebab dia lawan umno dan Bn …Pas kene cari penyelesaian mcm mn nk settel masalah nie….hang dah support Dap hang kene tanggung

  4. donnaopi

    BABI KO KARPAL. PEGUAM APA KO NI? UNDANG!2 JE KAU TAHU. TAPI TAK PANDAI NAK HORMAT ORG. MACAM PUKI KO. KO INGAT DUK KAT NEGARA NI TAK YA ADA HORMAT PADA SULTAN?AKU TAK PERNAH TGK PEGUAM SEBEGINI ANGKUH MENIDAKKAN KUASA SULTAN. HIDUP MACAM NI HANYA KAT TEMPAT ASAL KO. WALAUPUN AKU PASTI KO TAK DA TEMPAT ASAL. DUK KAT SINI KASI RAPUH SAHAJA PERPADUAN ORG MELAYU. PENDERHAKA KAPADA SULTAN. ORG MELAYU MELUAT TENGOK KO MACAM NI. KONON NAK SAKSAMA?TAPI TUDUH BUKAN2 SAHAJA. HIDUP DA LAMA. SEPARUH ABAd PUN DA LEPAS. TAPI PEMIKIRAN TAK MATANG2. AKU MALU KO JADI PEGUAM. PEGUAM YANG MEMALUKAN PEGUAM. PEROSAK PEMIKIRAN RAKYAT KEPADA SEKULARISMA. PEROSAK KEPADA RAKYAT BERFIKIRAN PERKAUMAN. PENDERHAKA KEPADA SULTAN DAN TANAH AIR ITU SENDIRI.

  5. AbangTuah

    Hai apa nak buat…terpaksa bercampur dengan puak ni dalam kehidupan seharian…walau pun mereka tak mengaku kita ni saudara…dan cara pandangan mereka ni terhadap kita lebih hina dari…. Itu lah hakikatnya puak ni…kalau berlaku sesuatu pada bangsa, agama dan negara..mereka ni bukan tahu nak bertanggungjawab paling-paling pun mereka akan berkata manalah kami tahu itu akan terjadi..kami ni manusia tak terlepas dari kesilapan. Aku dah masak dengan perangai mereka ni..mashaallah…mentalitinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s