petikan dari utusan dan kmu..
”
ORANG Melayu yang beragama Islam mesti berwaspada dan hendaklah selalu mengingatkan diri betapa bahayanya mainan Yahudi terhadap umat Islam. Lihatlah negara dan rakyat Palestin bertahun-tahun menderita akibat kekejaman Yahudi.
Sebab itu apabila akhbar Israel Jerusalem Post meramalkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia (Anwar Ibrahim: Malaysia‘s Future Prime Minister), saya bukan gusar Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi saya risau jika negara kita diperalatkan Yahudi.
Orang Yahudi sedang menunggu saat untuk bertepuk tangan melihat sebuah kerajaan pimpinan orang Islam jatuh di kaki bangsanya sendiri. Mungkin ketika itu orang Melayu akan turut bersorak-sorai memuji, betullah apa yang diramalkan oleh akhbar Yahudi, Jerusalem Post. Semoga kita tidak menang sorak, kampung tergadai. ”
nota: negara dikejutkan dengan laporan sebuah akhbar israel iaitu Jerusalem post yang membuat liputan mengenai Anwar Ibrahim – Malaysia’ Future Prime Minister.. boleh di baca di sini dan sebelum itu, Tun Mahathir sendiri mengakui bahawa melayu akan menjadi alat kepada orang asing sekiranya Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri… petikan boleh dibaca di sini ….. Jawatan anwar ibrahim sebagai pengerusi yayasan masa depan atau future foundation amat meragukan. Ini kerana yayasan masa depan ini hanya menumpukan usaha mereka yang kononnya memperjuangkan kebebasan dan demokrasi di negara2 timur tengah dan afrika utara yang mana majoriti negara2 tersebut adalah negara ISLAM yang kita tahu sedang aman dan makmur seperti Arab Saudi, UAE, Qatar, Bahrain dan lain2…tidak dinafikan ada negara yang agak bergolak tetapi masih berjaya dikawal kerana pegangan terhadap ajaran Al Quran mereka masih kuat… sila baca pendapat awal mengenai yayasan ini di sini… Sedih melihat masih lagi yang beranggapan bahawa anwar ibrahim adalah bersih dan tiada kaitan dengan usa atau yahudi…. sehingga hari ini belum pernah lagi kita dengar kritikan anwar terhadap israel dan usa….di mana pendirian anwar apabila islam diperbodohkan oleh Ahli Parlimen Belanda menerusi filem Fitna?? Tidak memeranjatkan sekiranya apabila anwar menjadi PM Malaysia, rakyat Malaysia bebas utk pergi melancong ke Israel….(sekrg dlm passpot sudah nyatakan rakyat malaysia tidak dibenarkan ke Israel)….tidak memeranjatkan ekonomi Malaysia rancak ….dijana oleh dana kewangan Yahudi….tidak memeranjatkan banyak syarikat asing masuk melabur ke Malaysia..syarikat yang disokong oleh Yahudi seperti di Singapura….
Anda nilaikan….anda tentukan….bagi penulis biarlah Malaysia spt sekrg….jangan kerana emosi kita bertindak…kerana emosi bukan tempat terbaik untuk berfikir…..sebaiknya…gunakan akal fikiran yang Allah SWT berikan..insyaAllah tindakan terbaik yang kita akan ambil..Sehingga hari ini, para pemimpin PAS tidak mengeluarkan apa2 pendirian mereka terhadap liputan anwar di dada akhbar Yahudi Israel ini. Ini jelas kerana mereka sememangnya dahagakan kuasa, populariti dan ingin melihat Islam khususnya orang melayu menderita di tanah sendiri….ape tah lagi DAP…mereka sememangnya anti Islam…..
wassalam