BN mungkin akan berkuasa semula di Perak dalam tempoh beberapa bulan lagi tanpa perlu menunggu pilihan raya umum akan datang berdasarkan beberapa perkembangan dan faktor semasa termasuk kerapuhan kerjasama pakatan pembangkang yang memerintah Perak.
Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib semasa mengadakan pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian seluruh Perak dan pegawai-pegawai KEMAS negeri itu hari Ahad di Sungai Siput.
Menurut beliau, bagi mencapai tujuan itu apa yang perlu ialah seluruh rakyat negeri itu khususnya kalangan ahli UMNO bersatu.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut menyentuh mengenai peranan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang katanya akan dirombak agar pendekatan serta operasinya sesuai dengan realiti semasa negara pasca pilihan raya umum yang menyaksikan beberapa negeri yang dahului dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kini jatuh ke tangan parti-parti pembangkang.
Menurut beliau, beberapa pembaharuan perlu dilakukan oleh KEMAS khususnya dalam aspek pembangunan masyarakat agar lebih berkualiti.
Beliau turut menjelaskan pentingnya masyarakat didedahkan dengan perkembangan teknologi maklumat ekoran penyebaran maklumat dan berita melalui media yang disiarkan melalui internet seperti laman berita dan blog.
Perkara-perkara tersebut dibangkitkan oleh beliau dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan pegawai-pegawai KEMAS seluruh negeri Perak di Pusat Konvensyen Sungai Siput hari Selasa. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.
Menurut mereka yang hadir, Muhammad yang juag Ketua Penerangan UMNO Malaysia mahukan KEMAS sebagai agensi yang berada paling dekat dengan masyarakat luar bandar melihat semula peranan serta pendekatannya agar ia benar-benar dapat membantu masyarakat luar bandar.
Pembaharuan dan pendekatan baru ini begitu penting khususnya di Perak dan beberapa negeri yang jatuh ke tangan pembangkang bagi memastikan nasib masyarakat luar bandar terbela.
Semua perubahan tersebut menurut meraka ditekankan oleh Muhammad sesuai dengan persediaan negara memasuki fasa kedua kemerdekaan negara iaitu untuk 50 tahun akan datang. – 8/4/2008
sumber agendadaily.
nota: tidak mustahil negeri Perak boleh jatuh kembali ke tangan BN tanpa menunggu PRU yang akan datang. Kedudukan orang melayu di dalam exco kerajaan negeri juga tidak berada di dalam keadaan selamat dan selesa. Kesepakatan PKR,PAS dan DAP hanya lah drama supaya pakatan ini dilihat sebagai berjaya…apapun kita tunggu dan lihat.