Perak akan jatuh ke tangan BN??

BN mungkin akan berkuasa semula di Perak dalam tempoh beberapa bulan lagi tanpa perlu menunggu pilihan raya umum akan datang berdasarkan beberapa perkembangan dan faktor semasa termasuk kerapuhan kerjasama pakatan pembangkang yang memerintah Perak.

Perkara ini dijelaskan oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Muhammad Muhd Taib semasa mengadakan pertemuan dengan Ketua UMNO Bahagian seluruh Perak dan pegawai-pegawai KEMAS negeri itu hari Ahad di Sungai Siput.

Menurut beliau, bagi mencapai tujuan itu apa yang perlu ialah seluruh rakyat negeri itu khususnya kalangan ahli UMNO bersatu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah turut menyentuh mengenai peranan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) yang katanya akan dirombak agar pendekatan serta operasinya sesuai dengan realiti semasa negara pasca pilihan raya umum yang menyaksikan beberapa negeri yang dahului dikuasai oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) kini jatuh ke tangan parti-parti pembangkang.

Menurut beliau, beberapa pembaharuan perlu dilakukan oleh KEMAS khususnya dalam aspek pembangunan masyarakat agar lebih berkualiti.

Beliau turut menjelaskan pentingnya masyarakat didedahkan dengan perkembangan teknologi maklumat ekoran penyebaran maklumat dan berita melalui media yang disiarkan melalui internet seperti laman berita dan blog.

Perkara-perkara tersebut dibangkitkan oleh beliau dalam pertemuannya dengan Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan pegawai-pegawai KEMAS seluruh negeri Perak di Pusat Konvensyen Sungai Siput hari Selasa. Turut hadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali.

Menurut mereka yang hadir, Muhammad yang juag Ketua Penerangan UMNO Malaysia mahukan KEMAS sebagai agensi yang berada paling dekat dengan masyarakat luar bandar melihat semula peranan serta pendekatannya agar ia benar-benar dapat membantu masyarakat luar bandar.

Pembaharuan dan pendekatan baru ini begitu penting khususnya di Perak dan beberapa negeri yang jatuh ke tangan pembangkang bagi memastikan nasib masyarakat luar bandar terbela.

Semua perubahan tersebut menurut meraka ditekankan oleh Muhammad sesuai dengan persediaan negara memasuki fasa kedua kemerdekaan negara iaitu untuk 50 tahun akan datang. – 8/4/2008

sumber agendadaily.

nota: tidak mustahil negeri Perak boleh jatuh kembali ke tangan BN tanpa menunggu PRU yang akan datang. Kedudukan orang melayu di dalam exco kerajaan negeri juga tidak berada di dalam keadaan selamat dan selesa. Kesepakatan PKR,PAS dan DAP hanya lah drama supaya pakatan ini dilihat sebagai berjaya…apapun kita tunggu dan lihat.

15 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

15 responses to “Perak akan jatuh ke tangan BN??

  1. Sdr
    Pada saya, yang paling mustahak sekarang ini ialah keupayaan UMNO mengukur sokongan & kekuatan parti melalui suara hati ahli ahlinya sekiranya semua pendokong parti UMNO ingin terus melihat parti itu terus relevan.

    Yang menjadi tonggak kekuatan UMNO ialah ahli ahlinya. Mereka sungguh ikhlas meyokong tanpa mengharap balasan berbentuk materi, sekadar mengharap sebuah kehidupan yang lebih baik & harmonis. Hargai mereka sebaik mungkin.

    Faktor calon pilihanraya jugak mustahak untuk dibuat kajian. Kalau calon yang dikemukakan menimbulkan byk kontroversi, eloklah ditimbang semula supaya kemudian hari tidak timbul isu sabotaj atau apa apa yang negatif.

    Pendekata, pada pengamatan saya, kajiselidik yang rapi mesti dibuat sebelum apa apa tindakan diambil. Politik zaman cyber ini memerlukan banyak perhatian kita pada “public opinion”.

    Salam perjuangan.

    ~ SAM~
    save UMNO !

  2. mok

    Suasana politik negeri Perak pada masa ini amat tidak logik. Dengan kedudukan wakil rakyat melayu dari parti UMNO yang jauh mengatasi bilangan wakil rakyat DAP. Cuma DAP mendapat bantuan daripada wakil rakyat Melayu PKR dan PAS, lalu secara tidak logik DAP mendominasi EXCO Keerajaan Negeri Perak. Mujur masih ada istana yang membentengi hasrat DAP untuk menjadi MenteriBesar. Kesimpulan: Melayu kena dahulukan survival melayu. Apa guna menang sorak kampung tergadai, marahkan nyamuk kelambu dibakar.

  3. pemudaumno

    saya setuju dengan pandangan mok..tapi apakan daya bila sifat ABU diterap di dalam minda dan hati parti pembangkang….ABU- ASAL BUKAN UMNO…
    bagi mereka biarlah bersekongkol dengan DAP …lagi mulia dari memberikan hak kuasa kepada UMNO..
    sifat hasad dengki manusia yang tamakkan kuasa memang susah untuk dibendung…

    ape2pun kite doakan agak umat Islam melayu di sana selamat hendakNYA….
    moga PRU akan datang Perak jatuh ke tangan BN semula.

  4. choe

    aku sbg penduduk asal kuala kangsar begitu terharu perkembgn politik diperak…first time perak dapat dipembangkang ..tahniahla pembangkang..aku dok beria2 ingatkan dptlah kelantan dapat kt BN rupe2nye tempat aku diambik org..tp kite sepatutnye ucapkan time kasih kpd pembangkang kerana berjaya kurgkan kuasa melayu dinegeri melayu..kite tunggu dan lihat sejauh mane kuatnya politik pas yg kononya nk bela nasib melayu diperak sedangkan DAP yg menguasai DUN perak…tanhiahla Pas bejya jd MB baru perak…

  5. kumislintang

    baguslah….orang melayu diperak dah sedar… selama ni kena tipu dengan PAS,PKR, lain kali jangan marah nyamok kelambu dibakar…..kan susah sendiri… digigit nyamok nak pasang kelambu dah tak ada. tgk lah diselangor MB dari PKR belum 100 hari berkuasa dan ada projek babi RM100 juta. disepang MB selangor boleh di beri anugerah BS gelar kepada Khalid Ibrahim (BS) Babi Selangor.
    diperak lak MB pas……..bagi geran tanah kepada kampong baru (cina) . melayu perak dapat apa?
    dapatlah air liur PAS,PKR dan DAP

  6. AbangJebat

    UMNO cukup marah PKR & PAS berbaik dengan DAP. Apa beza UMNO berbaik dengan MCA?Gerakan?

  7. rudi voller

    abg jebat..
    lihat sejarah gerakan…
    gerakan tu bukan parti racist orang cina laaa..

  8. Tahukah abangjebat, betapa terkejutnya kite. Fatwa Haji Hadi menghukum orang UMNO kafir kerana bersama MCA dan MIC. Tapi bila PAS berpakat dengan DAP yang ternyata terang lagi bersuluh menentang penubuhan negara Islam dan hak-hak keistimewaan orang Melayu. Saya mahu pemimpin PAS dan penyokong PAS jawab. Apakah tidak kafir orang/pemimpin PAS bila berpakat dengan DAP? Dulu isu babi, ada pemimpin PAS menghina “Badawi di sini bela babi”. Tapi bila kerajaan Selangor meluluskan penternakan babi bernilai RM100 juta. Dalam blog-blog pembangkang PAS pakat bersetuju dengan hujah-hujah memihak kepada kerajaan Selangor. Begitulah politik zaman siber. Tuduhan dan cercaan sebagai satu mainan pembangkang. Sejengkal jadi sehasta…banyak lagi!!!!

  9. mok

    **************************************
    AbangJebat
    April 15, 2008 at 8:59 pm
    UMNO cukup marah PKR & PAS berbaik dengan DAP. Apa beza UMNO berbaik dengan MCA?Gerakan?
    **************************************
    Awak buta sejarah ? Tan Cheng Lock pengasas MCA bersama-sama menuntut merdeka. Lee Kuan Yew pengasas PAP menyalakan api perkauman dalam pilihanraya tahun 1964. Dia keluar daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965 tetapi meninggalkan warisnya DAP, pujaan hati awak.

  10. Bersatu atas prinsip keadilan takpa. Tapi yang binasanya, main bersatu atas nepotisma, kronisma, rasuah dan banyak lagi gejala tak sihat. Orang sekarang nakkan pemimpin-pemimpin yang tak corrupt. Cuba check balik pemimpin-pemimpin UMNO camana. Kalo begini pemimpin UMNO, baik pilih pemimpin DAP yang makan babi. Setuju? Melayu takkan hilang di dunia. UMNO aje akan hilang.

  11. pkr jr.

    saya tak setuju pilih pemimpin bukan ISLAM..terutama yang memakan BABI…dan juga dari DAP yang sememangnya adalah cabang PAP(s’pura) yang telah berjaya membawa keluar singapura dari malaysia…lihat ape jadi saudara melayu islam kita di sana…??lihat anak2 muda melayu di sana…… sempit sungguh pemikiran yang menyokong bukan ISLAM untuk memerintah…
    ini dikatakan pengkhianat melayu

  12. AbangTuah

    Pada aku siapa aje yang memerintah tak lari dari melakukan kesilapan atau kesalahan.Yang korup serah pada Tuhan dan jawab di ahirat nanti. Pada prinsip aku asal kebajikan rakyat tak diabai..well, its fair enough.
    1.Paling utama rukun negara kepercayaan kepada Tuhan
    (Takan nak declare ‘Bersandaran hadis dan Al-Koran’..faham-faham aje lah, PAS pon takan mampu nak declare dan laksanakan..takut kena langkah mayat dulu.)
    2.Islam ugama rasmi (takkan nak declare negara islam kot..negara yang kita jajah boleh kita declare tapi ni negara ‘Bangsa Malaysia’ berbilang bangsa dan agama. Majoriti penduduk Islam dan bukan Islam 55%/45%.)
    3.sekolah hampir percuma untuk semua
    4.buku percuma untuk semua,
    5.rawatan hospital(RM1)untuk semua
    6.ubat hospital percuma untuk semua,
    7.subsidi minyak RM38 billion setahun untuk semua
    8.kawalan barang makan utama(ada subsidi),
    9.subsidi baja, benih dan lain-lain
    10.kadang-kadang dapat bonus,
    11.gaji sentiasa naik,
    12.pembangunan berterusan,
    13.Pemimpin berhemah dan berwawasan
    14.Penerapan nilai-nilai agama secara berperingkat & berterusan sehingga menjadi total negara islam satu hari nanti.
    15.Tidak mengabaikan keperluan agama bangsa lain.
    16.Polis dan tentera baik dan negara aman makmur
    17.Kurang rusuhan dan aman
    18.Income tax tak pernah kena walau gaji aku kira tinggi.
    19.TV ada banyak rancangan bicara agama dan mengaji interaktif pun ada dan bagi orang islam dan rancangan hiburan bagi bukan islam..eh..eh..pilih channel aje.
    20.banyak lagi lah…tak larat nak terangkan.
    21.Lupa satu lagi badan kehakiman dan BPR semakin baik.
    22.Eh lagi satu ada DEB, DPN dan Misi national.
    eh..eh..ni dah kira negara kebajikan yang hampir total..mana nak cari lagi. Aku tak yakin selain dari BN yang boleh laksanakan ini semua.
    Kalau sokong PAS,PKR dan DAP..melayu tetap ada tapi ditakuti melayu = merlayu macam disingapura dan hilang terus di Campa disebabkan sikap bangsa melayu ni faham-faham je lah(nak bersaing dengan bangsa lain konon…tengok cermin sikit la).Ada DEB,DPN dan Misi Nasional pun orang melayu masih merangkak dan kena gula-gula aje dengan orang lain.Sorry ya aku terpaksa secara terbuka mengkritik bangsa sendiri…kerana sayangkan bangsa.

  13. suntert

    saya suka hujah abg tuah..
    dan saya sokong sepenuhnya pendapat abg
    itu beza kafir zimmi dan kafir harbi..
    biar laa pakatan rakyat konon2 muafakat..

    terus terang saya katakan…sekiranya saya jadi PM sudah tentu tak semua kaum akan rasa adil….
    sebab manusia ni ada sifat tamak..
    diberi betis nak peha..
    diberi peha hendak pula diraba..

    jadi bagi saya status quo BN adalah paling terbaik utk malaysia

  14. AbangTuah

    Terima kasih Mr. suntert,
    Sama-samalah kita berjuang demi menyelamatkan BN dan negara ini,demi penghidupan yang bahagia dan demi masa depan anak cucu kita di kemudian hari nanti.

  15. Putra Gunung Ledang

    Saja nak tanya.Kenapa sejak UMNO semakin tenat baru teringat bangsa melayu? Kenapa tunduk dengan tuntutan MCA yang menjejaskan hak melayu/bumiputra ciontohnya MARA sehingga orang bukan bumi mendapat tempat 30% di MRSM.Dimana suara Pemuda UMNO ketika itu yang mendakwa Panglima Melayu?Pemuda UMNO tak ubah seperti burung kakatua.Jadi kenapa melenting mengatakan melayu yang sertai PKR adalah pengkhianat?

    Kenapa tidak menuduh pemimpin UMNO yang songlap wang Tabung Haji,PPRT, dll sebagai pengkhianat?

    Brother, siapa yang ‘jual’ Singapura bukankah PM Malaysia ketika itu juga Presiden UMNO?

    Jangan sewenang2 menuduh bila melayu menjauhkan diri daripada UMNO adalah pengkhianat?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s