Daily Archives: April 11, 2008

UMNO Johor minta PM sedia pelan peralihan kuasa

Badan Perhubungan UMNO Johor secara konsesus meminta Perdana Menteri memikirkan pelan peralihan kuasa dalam usaha memulihkan semula UMNO.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa pertemuan UMNO Johor dengannya di Johor Bharu petang Jumaat.

Menurut sumber yang hadir pada pertemuan itu, cadangan Badan Perhubungan UMNO negeri itu adalah merupakan keputusan sebulat suara yang dicapai oleh UMNO Johor pada mesyuaratnya Sabtu lalu.

Di samping itu, UMNO Johor turut melahirkan sokongan kepada usaha-usaha Abdullah untuk memulihkan semula UMNO ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu.

Salah satu usaha yang dicadangkan oleh UMNO Johor ialah mengenai pelan peralihan kuasa berkenaan.

Beberapa Ketua UMNO Bahagian yang hadir pada mesyuarat berkenaan menjelaskan,Abdullah perlu menyediakan pelan peralihan kuasa tersebut sebagai usaha untuk memulihkan keyakinan ahli-ahli parti dan rakyat kepada UMNO dan kerajaan.

Selain itu, mereka menjelaskan, dengan adanya pelan peralihan kuasa tersebut ia akan mengembalikan ketenangan dalam parti dan negara.

Mereka juga memaklumkan kepada Perdana Menteri, sekarang apa yang diperlukan bukanlah alasan terhadap prestasi buruk parti pada pilihan raya umum yang lalu sebaliknya apa yang diperlukan ialah jalan penyelesaian.

“Membangkitkan soal tindakan sabotaj yang menyebabkan kekalahan parti adalah merupakan penjelasan tetapi yang diperlukan sekarang adalah jalan penyelesaian dan salah satu daripada penyelesaian ialah dengan memberikan pelan peralihan kuasa,” demikian pandangan yang disampaikan kepada Abdullah pada pertemuan berkenaan.

Sementara itu bercakap kepada para wartawan selepas pertemuan selama dua jam dengan Badan Perhubungan UMNO Johor itu, Perdana Menteri mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan BN kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas.

Abdullah berkata, disebabkan perkara tersebut beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO.

“Saya merasakan saya adalah penyebab kepada `pembuangan undi’ (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO,” katanya.


Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden UMNO, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana Menteri Pelajaran itu kini berada di Paris atas urusan rasmi kerajaan.

Perdana Menteri berkata, beliau memahami banyak perkara dan antaranya ialah perubahan-perubahan yang telah dijanjikan kepada rakyat sebelum ini tetapi masih belum ditunaikan oleh kerajaan sehingga kini.

Perubahan yang dijanjikan kepada rakyat itu, katanya meliputi pelbagai perkara seperti sistem kehakiman, pembanterasan rasuah, menurunkan kadar jenayah serta hubungan di antara kaum di negara ini.

Bagaimanapun, katanya ada di antara perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan itu perlu mengambil masa sebelum ianya menunjukkan hasil yang positif.

“Oleh kerana itu, saya akan terus memberikan perhatian untuk membawa perubahan-perubahan yang telah dijanjikan kepada rakyat. Malah ia telah pun dimasukkan di dalam janji-janji kerajaan BN di dalam manifesto (BN) pada (pilihan raya umum) 2004,” katanya.

Dalam sidang akhbar berkenaan Ghani telah menyuarakan sokongan UMNO Johor kepada Abdullah untuk pemilihan UMNO hujung tahun ini dan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Pada sebelah pagi Abdulllah menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRPA). – sumber agendadaily 11/4/2008

nota: Umum telah dimaklumkan oleh Pak Lah bahawa beliau tidak akan memegang jawatan PM dan Presiden UMNO dalam tempoh yang lama atau tempoh yang sepatutnya. Disebabkan itu, pelan peralihan kuasa kepada pengganti beliau hendaklah disediakan supaya kesinambungan kekukuhan parti dan pembangunan negara dapat diteruskan. Langkah mengadakan peralihan kuasa ini telah pun digunapakai oleh Mantan PM iaitu Tun Mahathir sendiri ketika melepaskan jawatan sebagai PM pada tahun 2003. Persoalannya sekarang kepada siapakah pelan peralihan ini akan ditujukan?

Advertisement

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Saya antara penyebab kemerosotan prestasi BN: PM

JOHOR BAHRU: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata, beliau adalah antara penyebab kepada kemerosotan prestasi Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum lalu.

Perdana Menteri yang juga Presiden Umno berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankuasa Perhubungan Umno Johor, di sini, petang ini.

Abdullah berkata, disebabkan perkara itu beliau berasa bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan Umno.

“Saya rasa saya adalah penyebab kepada `pembuangan undi’ (undi tidak diberikan) kepada BN. Dan saya berasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan Umno,” katanya.

Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden Umno, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

nota: tahniah diucapkan kepada Pak Lah yang berani mengakui bahawa beliau adalah salah satu penyebab kepada kemerosotan BN pada PRU yang lepas. Diharap Pak Lah dapat memperbaiki semula kesilapan yang telah berlaku dan semoga BN lebih kukuh dan kuat selepas ini. Pengakuan berani seperti ini sememangnya amat jarang didengari terutama dari pemimpin tinggi sesebuah negara. Apa2pun diharap ahli UMNO dapat memperkasakan semula parti seterusnya memperkuatkan lagi bangsa melayu.

AllahuAkbar…! Hidup UMNO…! Hidup Melayu!!

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Perjumpaan Pemuda Dengan Profesional Muda Melayu

Berikut adalah kesimpulan perjumpaan Pemuda UMNO Malaysia yang diketuai oleh Setiausaha Pergerakan Datuk Abdul Rahman Dahlan dengan Professional Muda Melayu seramai 80 orang pada 9 April 2008.

Antara kesimpulan dari perjumpaan tersebut terdapat pandangan :

– meminta agar UMNO dikembali dan mendengar pandangan ahli-ahli UMNO

diperingkat akar umbi.

– UMNO tidak boleh terlalu elit hingga pemimpinnya tidak boleh

didekati dan dilihat pemimpin berada dikalangan mereka sahaja dan

orang di bawah hanya dikalangan mereka saja.

– Meminta supaya persengketaan antara pemimpin dihentikan segera.

– Mengurangkan program dan cakap-cakap retorik.

– Mereka tidak percaya pada media arus perdana, mereka

lebih mempercayai media alternatif.

– Minta UMNO menggunakan internet sebagai wadah baru untuk menyebarkan maklumat.

– Kurangkan birokrasi dalam UMNO yang menghalang golongan muda gagal

mendaftar diri sebagai ahli UMNO.

– Menganggap UMNO gagal dan telah kalah dalam perang siber.

Diharap dengan pandangan di atas, Pemuda Umno dapat melihat dengan skop yang lebih besar medium internet bagi merapatkan lagi pergerakan pemuda dengan golongan muda khususnya golongan muda melayu,

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Pemuda Ipoh Barat nak Najib dan Mukhriz berganding


<!—
—>

Belum sampai 24 jam Ketua Pemuda UMNO Negeri Perak menyatakan sokongan terbuka terhadap Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin untuk mengambil alih kepimpinan pergerakan itu, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat tampil dengan kenyataan berbeza.

Selain menafikan UMNO Perak menyokong Khairy, Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat bukan sekadar menyatakan sokongan kepada Mukhriz Mahathir tetapi mencadangkan agar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib mengambil alih kepimpinan negara daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Pemangku Ketua Pemuda Ipoh Barat, Ahmad Faizal Azumu dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari Khamis berkata, beliau menyokong untuk Najib mengambil alih kepimpinan negara berdasarkan kepimpinannya yang baik.

“Saya juga ingin menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Mukhriz untuk memimpin Pemuda. Sokongan ini berdasarkan kepimpinan mereka yang dihormati oleh kawan dan lawan. Kekuatan moral yang ada pada diri kedua-dua pemimpin ini diyakini akan dapat mengembalikan keyakinan rakyat kepada UMNO dan Barisan Nasional,” ujar beliau.

Dalam kenyataan beliau itu juga, Faizal menyifatkan kenyataan Ketua Pemuda UMNO Perak, Zainol Fadzi Paharudin bahawa pergerakan Pemuda negeri itu menyokong Khairy adalah bersifat peribadi.

Sehubungan itu katanya, ahli-ahli UMNO seharusnya diberikan kebebasan untuk memilih pemimpin mereka dan bukannya melalui kenyataan sokongan terbuka yang tidak membawa apa-apa makna. – 10/4/2008

nota: belum 24jam dilaporkan bahawa Pemuda Perak menyokong YB Khairy untuk bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO, pemuda umno ipoh barat menyuarakan sokongan mereka kepada YB Mukhriz sebagai calon Ketua Pemuda UMNO. Sememangnya tiada halangan di dalam memilih pemimpin. Pengumuman sokongan terhadap individu utk menjawat jawatan tidak memberi makna apa-apa kerana semasa hari pemilihan lah penentu segalanya. Calon-calon yang ingin menjawat jawatan Pemuda hendaklah merupakan calon yang dikenali dan disegani oleh para perwakilan pemuda nanti. Cadangan Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Abdul Rahman Dahlan mewajibkan calon ketua pemuda umno untuk mempunyai laman web atau blog sendiri amat laa berpatutan.Ini kerana pada zaman siber ini, internet adalah media utama di dalam menyampaikan mesej kepada umum. Melalui laman internet/blog ini juga, para perwakilan boleh dengan bebas menyuarakan pendapat kepada calon dan calon itu sendiri boleh terus berinteraksi dengan para perwakilan.

Sesiapapun calon untuk Ketua Pemuda pada pemilihan kali ini, adalah diharapkan agar kepimpinan baru akan membawa pergerakan pemuda UMNO Malaysia ke tahap yang lebih tinggi lagi.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Ketua UMNO Tanah Merah Meninggal Dunia

KOTA BHARU 11 April – Ketua UMNO Bahagian Tanah Merah, Datuk Hashim Safin, 60, meninggal dunia akibat serangan jantung di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini petang ini.

Allahyarham yang meninggalkan isteri dan 12 orang anak menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 2.55 petang.

Setiausaha UMNO Bahagian Tanah Merah, Ahmad Ismail berkata, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gual Periok itu dimasukkan ke HUSM pada 19 Mac lalu selepas mengalami serangan jantung.

“Keadaan Allahyarham bertambah kritikal malam tadi,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

sumber dari Utusan

nota: Pihak Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang Ampang ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Hashim Safin. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan diletak bersama orang-orang yang beriman. Amin

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

WPI dikenali Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU 11 April – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan, Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) mulai hari ini dikenali Iskandar Malaysia bagi memudahkan lagi usaha menarik pelaburan.

Perdana Menteri bagaimanapun berkata, komitmen dan dasar berkaitan projek itu tetap kekal. – petikan Utusan

nota: penukaran nama kepada Iskandar Malaysia (IM) adalah bagi mengelakkan kekeliruan timbul dalam usaha menarik para pelabur datang melabur ke Wilayah ini. Ini disebabkan lokasi yang berhampiran dengan Singapura mengundang anggapan bahawa Wilayah ini terletak dalam negara Singapura.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda