UMNO Johor minta PM sedia pelan peralihan kuasa

Badan Perhubungan UMNO Johor secara konsesus meminta Perdana Menteri memikirkan pelan peralihan kuasa dalam usaha memulihkan semula UMNO.

Perkara itu disampaikan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semasa pertemuan UMNO Johor dengannya di Johor Bharu petang Jumaat.

Menurut sumber yang hadir pada pertemuan itu, cadangan Badan Perhubungan UMNO negeri itu adalah merupakan keputusan sebulat suara yang dicapai oleh UMNO Johor pada mesyuaratnya Sabtu lalu.

Di samping itu, UMNO Johor turut melahirkan sokongan kepada usaha-usaha Abdullah untuk memulihkan semula UMNO ekoran prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum yang lalu.

Salah satu usaha yang dicadangkan oleh UMNO Johor ialah mengenai pelan peralihan kuasa berkenaan.

Beberapa Ketua UMNO Bahagian yang hadir pada mesyuarat berkenaan menjelaskan,Abdullah perlu menyediakan pelan peralihan kuasa tersebut sebagai usaha untuk memulihkan keyakinan ahli-ahli parti dan rakyat kepada UMNO dan kerajaan.

Selain itu, mereka menjelaskan, dengan adanya pelan peralihan kuasa tersebut ia akan mengembalikan ketenangan dalam parti dan negara.

Mereka juga memaklumkan kepada Perdana Menteri, sekarang apa yang diperlukan bukanlah alasan terhadap prestasi buruk parti pada pilihan raya umum yang lalu sebaliknya apa yang diperlukan ialah jalan penyelesaian.

“Membangkitkan soal tindakan sabotaj yang menyebabkan kekalahan parti adalah merupakan penjelasan tetapi yang diperlukan sekarang adalah jalan penyelesaian dan salah satu daripada penyelesaian ialah dengan memberikan pelan peralihan kuasa,” demikian pandangan yang disampaikan kepada Abdullah pada pertemuan berkenaan.

Sementara itu bercakap kepada para wartawan selepas pertemuan selama dua jam dengan Badan Perhubungan UMNO Johor itu, Perdana Menteri mengakui beliau merupakan di antara faktor yang telah menyebabkan BN kehilangan undi pada pilihan raya umum ke-12 bulan lepas.

Abdullah berkata, disebabkan perkara tersebut beliau merasakan bertanggungjawab untuk berbuat sebaik-baiknya bagi memulihkan BN dan UMNO.

“Saya merasakan saya adalah penyebab kepada `pembuangan undi’ (undi tidak diberikan) kepada Barisan Nasional. Dan saya merasakan bertanggungjawab untuk membuat sebaiknya-baiknya untuk memulihkan BN dan UMNO,” katanya.


Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Naib Presiden UMNO, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Shahrir Abdul Samad.

Ketua Pemuda UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein tidak hadir kerana Menteri Pelajaran itu kini berada di Paris atas urusan rasmi kerajaan.

Perdana Menteri berkata, beliau memahami banyak perkara dan antaranya ialah perubahan-perubahan yang telah dijanjikan kepada rakyat sebelum ini tetapi masih belum ditunaikan oleh kerajaan sehingga kini.

Perubahan yang dijanjikan kepada rakyat itu, katanya meliputi pelbagai perkara seperti sistem kehakiman, pembanterasan rasuah, menurunkan kadar jenayah serta hubungan di antara kaum di negara ini.

Bagaimanapun, katanya ada di antara perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan itu perlu mengambil masa sebelum ianya menunjukkan hasil yang positif.

“Oleh kerana itu, saya akan terus memberikan perhatian untuk membawa perubahan-perubahan yang telah dijanjikan kepada rakyat. Malah ia telah pun dimasukkan di dalam janji-janji kerajaan BN di dalam manifesto (BN) pada (pilihan raya umum) 2004,” katanya.

Dalam sidang akhbar berkenaan Ghani telah menyuarakan sokongan UMNO Johor kepada Abdullah untuk pemilihan UMNO hujung tahun ini dan untuk menghadapi pilihanraya umum akan datang.

Pada sebelah pagi Abdulllah menghadiri mesyuarat Lembaga Pengarah Pihak Berkuasa Pembangunan Iskandar (IRPA). – sumber agendadaily 11/4/2008

nota: Umum telah dimaklumkan oleh Pak Lah bahawa beliau tidak akan memegang jawatan PM dan Presiden UMNO dalam tempoh yang lama atau tempoh yang sepatutnya. Disebabkan itu, pelan peralihan kuasa kepada pengganti beliau hendaklah disediakan supaya kesinambungan kekukuhan parti dan pembangunan negara dapat diteruskan. Langkah mengadakan peralihan kuasa ini telah pun digunapakai oleh Mantan PM iaitu Tun Mahathir sendiri ketika melepaskan jawatan sebagai PM pada tahun 2003. Persoalannya sekarang kepada siapakah pelan peralihan ini akan ditujukan?

17 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

17 responses to “UMNO Johor minta PM sedia pelan peralihan kuasa

  1. kumislintang

    askum….saya ingin memberi sedikit komen berkenaan PM kita…..saya bukan tak sayang umno tapi dah sampai masanya PM kita berundur beri lalui pada pengantinya….UMNO dari akar umbi meminta berubahan pucuk pemimpin…saya harap PM kita dapat mendengar keluhan dari ahli2 umno amnya demi perpaduan melayu dan umno….

    dulu,sekarang dan selama2nya

  2. En Ibrahim Ali

    UMNO ni apa jenis parti?
    Tak suka sesiapa pun pergi.
    Menabur fitnah menunjuk benci.
    Menambah sakit dihati.
    UMNO dimaki.
    UMNO dicaci.
    Tanpa belas tanpa peri.
    Berbuat sesuka hati.
    Untungnya UMNO tetap di sini.
    Terdesak, sesiapa pun boleh kembali.
    Membawa kecelaruan haluan diri.
    Sanggup menyembah dengan murahnya harga diri.
    Manis mulut menabur pelbagai janji.
    Pijak semut pun tak mati.
    Sayangnya UMNO masih di sini.
    Kalau ya pun nak marahkan Badawi.
    Kenapa UMNO pulak yang dibenci?
    Menuduh tanpa peri
    Jasa Umno jauh untuk dihargai
    Yang nampak agenda peribadi
    Mahathir kecewa berlalu pergi
    Tercabut sudah segala duri
    Ezam berduka lantas kembali
    Apa beza onak dengan duri?
    Berani bercakap tentang kredibiliti.
    Konon inilah perjuangan sejati.
    Parti jenis apa UMNO ni?
    Tempat menjilat ludah sendiri?
    Boleh berbuat sesuka hati?
    Tak suka pergi, terdesak kembali?
    Yang salah UMNO lagi…
    Ah…apa kita nak peduli,
    UMNO tetap juga di sini,
    UMNO masih juga begini.
    Buatlah sesuka hati…
    Anggaplah UMNO parti diri sendiri,
    Gunakalah UMNO untuk kukuhkan diri,
    Bila dah kenyang boleh lari lagi..
    Apa yang nak susah disusahkan lagi
    UMNO adalah sebuah parti
    Kita boleh datang kita boleh pergi
    Kerana UMNO masih lagi berdiri.
    Dari dulu hingga kini
    Selamanya tak tahulah lagi?
    Jika UMNO diperlakukan begini….

  3. AbangTuah

    En. Ibrahim Ali

    Saya terpanggil menjawab puisi encik demi mempertahankan kewibawaan UMNO.
    Walau saya insan kerdil tapi demi darah MELAYU JATI yang berjihad mempertahankan Bangsa , Agama dan Negara saya sedikit pun tak gementar walau pun mungkin berdepan seorang gergasi.

    UMNO parti melayulah, apa lagi?
    Tak pula merayu orang kembali
    Walau difitnah, jasamu tetap dihargai
    Ubat-ubatilah luka dihati, belalah bangsa ini
    UMNO sekarang pula kian dipuji
    UMNO juga kian dihargai
    Di keji hanya oleh oleh insan yang tak tahu membalas budi
    Yang tak tahu dimana letaknya harga diri
    Memanglah UMNO masih berdiri
    Kekosongan banyak, masih mencari pejuang sejati
    Tenangkan hati, carilah arah dan identiti
    Sembah salam tentu dipertimbangi
    Keiklasan mu petamanya dikaji
    Sebelum lulus apa yang dihajati
    UMNO memanglah tetap berdiri
    DSABadawi masih tetap disanjungi
    Usah gusar UMNO tetap kembali disayangi
    Hanya sekadar meredakan hiba dihati
    UMNO tetap kuat bertahta di sanubari
    Didalam hati tak siapa mengetahui
    Pahlawan negara pergi membawa diri
    Membawa jasa mengunung, tak terperi
    Semangat muda datang pula menganti
    Yang lama pahlawan dikagumi yang muda pula satria jati
    Satria jati muda telah teruji, menongkah ombak yang sangat ngeri
    Kini bertemu pula kebenaran hakiki
    UMNO, tetaplah parti melayu apa lagi?
    Maaf memaafi amalan bijak lagi bistari
    Tapi terpulanglan pada MT bijak bistari
    Begitulah tabii manusia kini
    Tak salah UMNO bersikap liberal dan demokrasi
    Memanglah UMNO kian teguh berdiri
    Inshaallah PRU 13 akan sebagai bukti
    Sebab UMNO tidak lagi berbuat sesuka hati
    UMNO untuk bangsa dan agama perlu diyakini
    Menguatkan bangsa dan agama matlamat terkini
    Rasuah kini telah dijauhi, gerun kepada BPR bebas berdiri
    Apa yang nak disusahkan lagi, tak henti-henti ni?
    Memanglah UMNO cermerlang sebagai parti
    Biar berduyun datang dan pergi
    Memang UMNO akan terus teguh berdiri
    Memang sedari dulu hingga kini
    Tak akan kecundang selagi berdoa melayu jati
    Melayu jati kenal erti harga diri tidak derhaka kepada parti

  4. Kuntakinte

    Fuh……, wa caya lu abangtuah, sesuai….

  5. AbangTuah

    Bro kuntakinte ,sekupang dua dan MOK lebih hebat dan lebih pro. Cara penulisan saudara semua saya dapat agak tentunya mempunyai peribadi yang baik dan mentaliti yang tinggi. Samalah kita terus berjuang…

  6. Mamak Penang

    Angkatan Perpaduan Ummah terkubur selepas Pilihan Raya 1990 & 1995.Dalam bulan Mei 1996,Tengku Li and Dato Sri Utama Dr.Yatim masuk UMNO!.Ada kah……………….
    Parti Keadilan Rakyat selepas PR 2004 &2008???.

  7. Kuntakinte

    Salam… mamak penang, nasi kandar satuu…., kuntakinte tahu jawapan nya, T_ _k_b_r, buktinya :-

    1) orang paling kanan PKR masuk UMNO dan diikuti beberapa orang pemimpin pusat dan negeri PKR masuk UMNO dan coming soon lagi.
    2) Asas penubuhan PKR hanya untuk memperjuangkan pembebasan Anwar.
    3) Asas penubuhan PKR tidak kukuh
    4) PKR bukan Parti mewakili orang Melayu ia seperti parti kacang marba, usaha Anwar gagal bagi menjadikan PKR seperti UMNO yang terbukti Parti orang Melayu.
    5) Perwatakan pimpinan yang xtreme, bongkak dan gangterism terutama semasa Demostrasi jalanan dan Pilihanraya.
    6) Keupayaan tiada untuk menubuh cawangan PKR di kampung – kampung gagal, tidak seperti Cawangan UMNO yang terdapat di setiap pelosok Malaya.

    Betul ka.. tuan haji.

  8. mok

    AbangTuah, puisi tu memang best lah.
    Kepada Mamak Penang, kita dah tak boleh nak mengharap pada nasib dan magic dah. Kita perlu bekerja keras melalui penerangan, pembaharuan dan mengotakan apa yang dikata. Rakyat nak lihat eviden dan bukannya retorika. Sekarang mereka especially orang muda sedang membuat perbandingan. Pihak mana ikhlas menunaikan janji dalam manifesto dan pihak mana yang asyik berdolak-dalik. InsyaAllah.. tanpa perlu dihuraikan, rakyat dah mula nampak kebenaran yang kian tersingkap.

  9. alto

    apa-apa yang berlaku biarlah ia tidak memudaratkan negara. krna apa yang penting malaysia akan sentiasa aman dan damai

  10. Kuntakinte

    Salam sdr. alto, saya setuju dgn pendapat saudara ‘Malaysia akan sentiasa aman dan damai’.

    mengenai ‘apa-apa yang berlaku biarlah tidak memudaratkan negara’, kuntakinte sikit mahu komen.

    Sdr. alto, keadaan negara kita yang aman, makmur, damai, sejahtera bla..bla.. lagi bukan nya datang sendiri secara black magic seperti komen sdr. Mok, segala yang kita kecapi adalah atas kebijaksanaan pimpinan Negara selama ini ditambah pula dengan perpaduan dan kerjasama yang disumbangkan oleh setiap rakyat yang berbilang Agama, bangsa, kaum dan etnik, berbanding banyak juga negara yang hanya satu bangsa seperti Afghanistan, India, Pakistan, Iraq, Palestin dsbnya yang tidak tenteram, kelam kabut, tidak aman, meletup sana sini, bergaduh sana sini, rusuhan sana sini kerana berpunca daripada kepimpinan negara (politik) yang lemah dan rakyat yang jumud.

    Kita bertuah dilahirkan di Malaya, dan seharusnya kita amat berbangga menjadi anak Malaya dan Melayu, kerana setiap sumbangan yang diberikan oleh kita rakyat Malaya bermula dari generasi pertama kita lagi telah membukti sumbangan kita dalam apa jua bentuk pun ditambah dengan kebijaksanaan pemimpin kita dapat mencapai hingga ke tahap ini hingga kita layak bersaing dengan bangsa lain di negara2 lain, mungkin mereka mencemburi apa yan kita miliki yang tidak mereka miliki.

    Ayat pertama yang saya komen memberi gambaran dan tanggapan sikap saudara yang acuh tak acuh dan boleh di kompromi, seperti peduli lah apa jadi- jadi lah!! yang penting aku boleh hidup aman dan damai.

    kalau sikap ini berputik dalam setiap generasi kedua dan ketiga bangsa kita jangan hairan kalau kita pun akan mengikuti jejak – jejak negara yang saya sebut kan tadi.

    Oleh itu kekuatan kerajaan amat penting, terbukti Kerajaan dalam pimpinan BN dulu hingga sekarang dapat mengubah kehidupan kita hingga ke tahap ini dan ini perlu diteruskan tanpa sebarang koma atau noktah, untuk meneruskan keadaan ini rakyat perlu insaf dan sedar dan perlu melakukan lonjakan sikap dan pemikiran mereka menjadi benteng yang cukup padu dibelakang kerajaan BN agar Wawasan 2020 tercapai, apabila ini tercapai saya percaya rakyat akan hidup dengan bermaruah. W2020 akan meletakkan semua kaum dikeduduki yang cukup selamat, pendapatan isi rumah akan tinggi, jurang antara kaum akan lupus, jurang kemiskinan akan dihapuskan sebagai contoh pengawal keselamatan (jaga) dan tukang sapu akan memperolihi gaji RM2,000 sebulan, dan ini boleh berlaku sekiranya Kerajaan kuat dan usaha terus menerus yang sememangnya dilakukan sejak TDM mencipta Wawasan 2020 diteruskan oleh Pak Lah disokong padu oleh rakyat yang berfikiran 1st atau 2nd class.

    Kita doa kan bersama2 agar Negara kita makmur dan sejahtera hingga ke akhir zaman. InsyaaAllah.

  11. Mamak Penang

    Salam,Kunte-kinte masih mamak ingat nama itu…yang berjuang untuk membebaskan diri dari penghambaan kulit putih!.
    Mamak setuju dengan perkara No.6 “you did your home work” memang rasional.Kebanyakan Parti politik di Malaysia ini Nafsu kuat Kemampuan Tiada!.Ada Parti politik yang hanya inginkan populariti induvidu dan ingin berada di Parlimen,itu sajalah…Satu idea pun untuk memajukan negara tak ada ;cuma berkokok tanda dah subuh!.Tak mustahil yang sekarang ini blogger pun boleh jadi Wakil rakyat kononnya berjuang untuk kebaikan rakyat..Blogger seperti ini hanya “Baling Batu sembunyi Tangan”!.Mamak pun tengah try lah ini ,mana tau ada rezeki!.Mungkin mamak boleh rekomen abang tuah dan kunta-kinte kalau depa bukak parti baru kerana pada kebelakangan ini yang merajuk keluar parti ini dah ramai..sebulan bukak blog dah dapat sejuta peminat!.Mana tau parti baru ini boleh meletup!!! kita dok sepenggal dah lah!.kalau lama pecah tembelang kita.kita buat parti lain pulak!.
    Mamak bukan apa… syok tengok pendapat hampa kat sini..kalau dah tak ada cawangan macam manalah bantu rakyat…!.Nak mintak sain borang pun terpaksa cari EX-YB Umno juga!.Kadang terasa malu pulak jumpa depa ‘dah Ludah jilat pulak’!.hang bagi tau kat Bekas-Bekas YB UMNO itu janganlah kecik hati kat orang kampung yang undi parti pembangkang…kerana belum cuba belum tau,Sudah cuba……..?!!!!!.Tapi Mamak Tabik kat YB Datuk Arief Shah,Seberang Jaya!!!

  12. Kuntakinte

    Salam, mamak nasi kadarrrr satu!!!, betul la mamak haji, mana masuk akai Pru12, blogger, anak cina ambil video VK Lingam tinggal di Shanghai cakap Melayu pun sepatah haram tak tau, pencen Posmen, jual bundel, tukang isi borang permohonan Pasport, OKU (maaf bukan nak hina tapi dalam Islam dah ditetapkan tak layak dijadikan pemimpin) boleh jadi YB, malah tak dikenali pun oleh orang kampung dan masyarakat, tah dari mana datang nya, dari mana asal usul nya, tiba2 sebab Pru12 ada Parti tak cukup orang main tangkap muat je boleh menang jadi YB.

    Kita bising dan sibuk mengatakan Wakil Rakyat BN (WR) tidak turun padang, tak masuk kampung, tak tolong orang kampung, walhal secara keseluruhannya tengah mati WR tu bekerja bangunkan kawasan dan bantu masyarakat kampung dan paling lekeh pun sedikit sebanyak ada jasanya di kawasan, pun mereka tak di undi dan kalah. akai ada ka.. mamak haji, patut kita pilih yang terbaik dari yang baik, ini tidak kita pilih membabi buta, akhirnya siapa yang rugi.

    Mamak haji, saya percaya ex-YB UMNO akan tetap membantu masyarakat di kawasan, sebab saya percaya darah mereka darah pejuang, darah mereka sejak dulu lagi memang suka bantu orang dan kerja ini dah lama diorang buat dan dah jadi darah daging, sekarang ni mungkin diorang sendiri rasa ganjil sikit sebab kurang kerja.

    Apa pun mamak haji, kuntakinte respect your idea, di Penang kita kasi itu BN kuat, UMNO saya tengok memang dah kuat, berapa ke kerusi UMNO menang? kalau tak silap saya 11 kerusi UMNO menang, yang kalah semua parti komponen, saya percaya dengan sikap mamak haji dan seluruh rakyat Penang terutamanya Melayu yang komited dan insaf, insyaaAllah UMNO dan BN akan perintah balik Penang.

    Mamak teh tarik satu!!!!!

  13. mok

    Wah mamak penang. Sambil jual nasi kandar, you bukak 1 topic yang bagus. Kena pula pengulasnya KuntaKinte, lagi terangkat la. Sebelum diterus.. bikin teh tarik satu.
    Memang betul, pemilihan WR dalam PRU12 kali ini dibuat dalam keadaan yang irrasional. Apa yang kita lihat adalah berlakunya ‘Pembunuhan Personaliti’ secara berleluasa. Pengundi benar-benar terpengaruh dengan dakyah dan persepsi -ve yang tidak dapat dipastikan kesahihannya.
    Memang ada personaliti yang patut kalah namun memenangkan pemimpin-pemimpin yang unqualified seperti yang disenaraikan oleh KuntaKinte adalah sesuatu yang amat ekstrem. Impak -ve nya akan kembali kepada pengundi semula. Kesannya dah terlihat dalam persidangan Dewan Rakyat baru-baru ini.

  14. AbangTuah

    2 thumbs-up…. bro kuntakinte…
    memang kawan pun nak bercerita tapi bro dah mendahului berkaitan negara lain yang kebanyakan semuanya mempunyai satu bangsa gagal mengujudkan keamanan tetapi di Malaysia kita patut berbangga Malaysia berjaya mengujudkan keamanan negara walaupun negara terdiri dari masyrakat berbilang kaum dan agama. Ini menunjukan dasar dan polisi negara berjaya…cuma dinafikan sahaja oleh puak yang berkepentingan politik sempit.
    Saudara Mamak…parti apa kita nak tubuhkan..”Parti kuntumamok”…cantuman nama saudara-saudara kita kuntakinte, tuah, mamak dan Mok…hmmm..”kuntumamok” “kuntumamok” .”kuntumamok” macam pelik aje bunyinya…ehhh kawan rasa tak bolehlah nama pelik tentu jadinya pelik..baik stay terus dalam UMNO sampai selamanyalah…tapi tak sampai pula bawa kat akhirat cuma bakti,jasa dan jihad kita yang kita bawa kat akhirat.
    Kawan rasa orang tak marah sangat kat PKR ni…fasal depa ni BENCI TAPI RINDU je…merajuk tapi sayang je tu…jadi bersama-samalah kita berdoa agar saudara kita ni kembali semula inshallah

    Bro kuntakinte, sekupang dua, Mok,battleship dan terbaru Mamak semua hujahan dan fakta yang telah saudara semua postingkan kawan copy dan save dalam komputer kawan buat rujukan dan pelajaran….kerana bukan senang nak dapat maklumat yang bernas lagi positive ni…dan lagi pun dengan maklumat dan fakta tersebut senang nak belasah mereka yang berfikiran –ve didunia nyata.

    Bro kuntakinte semalam kawan tengok kat berita ada orang dah kurang gagap cakap melayu la….mungkin berkat tegoran bro tempohari agaknya. Semalam juga beliau cuba memberi fakta-fakta yang membina kearah mengatasi masalah krisis ekonomi…hmmm…hmmm sudah cukup baik tu…tapiiiii Cuma beliau guna data dan fakta yang lama…tak pa..janji positif itu yang rakyat mau. Apa komen bro kuntakinte dan lain-lain.

  15. Kuntakinte

    Salam, sori la abangtuah teman tak boleh komen sebab tak tengok pun, semalam teman out of service (out station), any way teman rasa abangtuah lagi layak komen banding ngan teman, lepas abangtuah komen baru teman tumpang sekaki. ok….

  16. Kuntakinte

    Mamak….. itu mok sama abangtuah guna strategi baru, dia perangkat kuntakinte cukup2, walhal diorang yang hebat dan warlord termasuk mamak sekali.

    Apapun kuntakinte ucap Selamat datang pejuang utara, diperkenalkan….. Mamak!!!!!!!!!!!!!!!

  17. Mamak Penang

    Mamak juga banyak hentam saudara Ezam masuk kembali kepangkuan UMNO,Tapi sejak kebelakangan ini Mamak rasa bersalah dan perlu Mohon Maaf pada saudara Ezam.Mamak cuma teringatkan kisah Rasullulah semasa Perang Uhud di mana isteri Abu Sufyan ,Hindun bt ‘Utba telah robek perut dan dikeluarkan Jantung Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib iaitu bapa saudara Nabi.Ralullah pada masa itu sangat sedih dan terlalu Marah perbuatan kaum Quraisy lalu baginda berdoa pada Allah,”Demi Allah , kalau pada suatu ketika Allah memberikan kemenangan kepada kami melawan mereka,niscaya ku aniyaya mereka dengan cara yang belum pernah dilakukan oleh orang Arab.”Dalam kejadian itu friman Allah s.w.t turun Surah An-Nahl ayat 126 Maksudnya:
    “Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan),maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu,dan jika kamu bersabar,(maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang-orang yang sabar.”
    Kalau kita hendak membalas orang-orang yang telah menyakiti kita,maka balaslah dengan adil dan janganlah melampui batas.dalam pada itu,jika kamu bersabar,maka yang demikian amatlah baiknya bagi kamu.Mungkin inilah prinsip Pak lah yang selalunya diam dan tidak menjawab tohmahan terhadap beliau oleh orang yang marah dengan beliau dan memaafkan Saudara Ezam!.
    “Roman built Rome 100 Years!!!.Pak Lah cuma memerintah baru dalam 5 tahun…kita membuat sebarang keputusan terhadap kempimpinannya mungkin tak adil!.Kita tanya TDM pasai UMNO yang memimpin selama 21 tahun?.Baru perasan selama ini beliau tak betul?…!!!!.Wasalam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s