Lindungi Hal Istimewa Melayu – Titah Baginda Tengku Mahkota Kelantan

Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail berkata, adalah tidak wajar bagi kaum-kaum bukan Melayu yang mendapat kerakyatan, menuntut persamaan hak dan keistimewaan sebagaimana orang Melayu.

“Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu.

“Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu,” titahTengku Mohammad Faris ketika merasmikan perhimpunan perpaduan Melayu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ib u negara hari ini.

Perhimpunan yang disertai hampir 1,000 orang itu adalah anjuran Barisan Bertindak Perpaduan Melayu (BBPM).

Ahli panel majlis tersebut ialah bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Hassan Ahmad; Presiden Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, pakar ekonomi, Datuk Kamal Salleh dan tokoh agama, Uthman El Muhammadi.

Tengku Mohammad Faris bertitah, hak dan keistimewaan orang Melayu adalah amanah dan tanggungjawab yang wajar dilindungi oleh generasi keturunan Melayu.

Orang Melayu, titah baginda, adalah penduduk asal negeri-negeri Melayu yang dijamin hak istimewa sebagai rakyat Malaysia.

Jadi tonggak

“Ia bukan sahaja perlu dipertahankan tetapi juga dijadikan tiang seri atau tonggak kepada kelangsungan ketuanan Melayu,” titah baginda.

Bagaimanapun, titah Tengku Mohammad Faris, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, hak kaum lain adalah sentiasa terjamin.

“Melihatkan tindak tanduk dan karenah mereka yang menang dan kalah (dalam pilihanraya), ia memberi petunjuk bahawa kedaulatan dan ketuanan Melayu amat mencabar.

“Mungkinkah ianya akan terhakis atau hilang terus,” titah Tengku Mohammad Faris.

Tengku Mohammad Faris turut menegur sikap kalangan pemimpin Melayu – demi kekuasaan – sanggup mengenepikan kepentingan orang Melayu sendiri.

Ini, tidak baginda, berbeza dengan pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu walaupun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka.

“Malangnya, saya dapati orang Melayu masih mengamalkan sikap marahkan nyamuk kelambu dibakar atau marahkan pemimpin, masa depan anak cucu digadaikan.

Pertahan Raja Melayu

“Yang menyedihkan ada pula paling taksub hendakkan kuasa sehingga membujur lalu, melintang patah asalkan mendapat kuasa,” titah baginda.

Sehubungan itu, Tengku Mahkota Kelantan itu berharap perhimpunan ini dapat menyatukan semula orang Melayu.

Ismail pula ketika berucap berkata, jika kerajaan negeri Pulau Pinang berlaku tidak adil kepada orang Melayu, perlulah ada satu perhimpunan seperti Hindraf sebagai protes.

Katanya, kedudukan orang Melayu sebelum peristiwa berdarah 13 Meil 1969, tidak ubah seperti orang Red Indian di Amerika Syarikat.

“Tetapi ia telah telah disusun oleh Tun Razak (Hussein) sehingga seperti yang ada sekarang ini,” katanya.

Sementara itu, Osman pula, dalam ucapannya  berkata, perhimpunan ini bertujuan untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu dan agama Islam sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan.

Katanya, ia juga bertujuan untuk menangani hambatan dan cabaran yang mengancam perpaduan Melayu dan agama Islam, serta mengatasi sindrom senyap di kalangan orang Melayu mengenai hak-hak mereka – petikan malaysiakini

nota: tidak dinafikan bahawa keputusan PRU yang lepas jelas menunjukkan bahawa bangsa melayu sanggup melihat rakan sebangsa mereka jatuh tersungkur kerana merebutkan kuasa. Sikap ABU (asal bukan UMNO) memimpin yang telah diterapkan oleh orang-orang Melayu bukan UMNO telah menyebabkan UMNO sendiri tersungkur. Ya sekiranya diambil contoh bahawa MB Perak masih lagi orang Melayu tetapi bagaimana pula dengan barisan EXCO nya….dan tidak ketinggalan negeri Selangor juga….berapa ramaikah bilangan EXCO mereka dari orang Melayu yang datang dari satu parti yang mendukung satu ideologi??? Apakah tindakan bersekutu antara PKR-DAP-PAS, yang pasti kita tahu DAP bukan lah satu parti yang betul2 ikhlas ‘berjabat tangan’ dengan PAS boleh kite panggil sebagai satu muafakat???….bukankah DAP sendiri setelah sekian lama menentang ideologi Islam dan menentang hak keistimewaan Melayu??Mahukah Melayu di Malaysia menjadi seperti Melayu di Singapura yang hanya ada hak di atas kertas Perlembagaan Singapura Fasal 152 di mana walaupun diberi hak istimewa tetapi tidak berkuasa dan tidak berdaya???

Fasal 152 Perlembagaan Singapura menyebut mengenai “Minorities and special position of Malay”

Jangan kita menanam hasad dengki dengan bangsa sendiri…Marilah kita bersatu agar Bangsa Melayu Gah Semula….Bak kata laksamana Hang Tuah…takkan melayu hilang di dunia…..

dan kita tambah sedikit penyataan di atas…Takkan Melayu Menjadi Hamba Di Tanah Sendiri…..

Jangan lah kita menang sorak , Kampung sendiri tergadai..

Allahuakbar!! Hidup UMNO !! Hidup Melayu !!

Advertisements

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “Lindungi Hal Istimewa Melayu – Titah Baginda Tengku Mahkota Kelantan

  1. mok

    Syukur Alhamdulillah.. memang saya ternanti-nanti satu kenyataan yang berpaksikan fakta sejarah ketuanan melayu semacam ini. Akhirnya penantian itu hadir jua melalui titah Pewaris Kesultanan Kelantan yang bijaksana, Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail : “Sewajarnyalah semua rakyat bersatu dan tidak harus ada ungkit mengungkit mengenai hak dan keistimewaan orang Melayu”.

    “Ia adalah quid pro quo sebagai balasan kepada beri paksa kerakyatan kepada 2.7 juta kaum lain yang datang ke Persekutuan Tanah Melayu,” titahTengku Mohammad Faris.

    Fakta sebegini penting dalam sejarah Tanah Melayu, begitu mudah dilupakan oleh generasi muda Melayu hanya setelah beberapa generasi sahaja dimenteraikan. Kesempatan inilah yang diambil oleh cauvinis DAP yang dengan biadap melaung-laungkan konsep “Malaysian Malaysia”.

    Ingatlah anak-anak muda melayu, asal-usul kalian di bumi bertuah ini. Susur-galur keturunan kita memang di sini. Mengapa diperdaya dengan mudah oleh DAP bahawa kita sama dengan mereka. BUKAN mereka dari root Tanah Besar China, kita asal di TANAH MELAYU.
    Astaghfirullah…
    Pilu, mereka baru 4-5 generasi di sini, namun kini mereka yang kita anugerahkan kerakyatan tiba-tiba menjadi TUAN di negara yang dulunya nenek moyang kita menjadi TUAN.
    Mustahil mereka lupa, namun mereka sekadar cuba menguji kita.

    Nak tahu mengapa ?
    Tengku turut bertitah, : “berbeza dengan pemimpin kaum lain yang sanggup bersatu walaupun berbeza fahaman demi mempertahankan hak mereka”.

    Undi mereka ke satu arah, undi kita berpecah-pecah termasuk kepada DAP.
    Sedarlah bangsaku.

  2. Saya suka dengan ucapan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Mohammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail, Datuk Hj. Nakhaie dan juga panel-panel yang berucap hari itu. Tiada unsir-unsur berat sebelah. Walaupun apa yang dikatakan itu mungkin pahit bagi barisan pimpinan unmo sekarang, diharap pahit itu akan menjadi ubat dan bukannya perasaan marah kerana ditegur.

  3. hazam08

    Selamat sejahtera semua pembaca. Moga semua pihak mengambil iktibar dari apa yang dititahkan oleh Baginda Tengku Mahkota Kelantan.Sebenarnya keputusan PLR yang lalu sebenarnya telah menyedarkan orang Melayu dan pemimpin UMNO sendiri tentang kelemahan, kesilapan, kebongkakan, kebodohan dan pelbagai ke……bukan sahaja pemimpin peringkat atasan tetapi bawahan. Isyarat rakyat jelas inginkan pemimpin yang mampu memimpin dengan baik dan bijaksana disamping memiliki moral yang tinggi.

  4. mok

    hazamo8,

    **************************************
    PLR yang lalu sebenarnya telah menyedarkan orang Melayu dan pemimpin UMNO sendiri tentang kelemahan, kesilapan, kebongkakan, kebodohan dan pelbagai ke……bukan sahaja pemimpin peringkat atasan tetapi bawahan.
    **************************************
    hazamo8, melayu dari parti mana yang menjalin hubungan dengan DAP ye ? Melayu parti mana yang sanggup bakar kelambu ye ? sanggup pecahkan undi melayu ? bersekongkol membentuk kerajaan dominasi cina di P.Pinang, Perak dan Selangor ? sokong projek babi skala besar Teresa Kok ? Nak hapus DEB ? sokong konsep Malaysian Malaysia ? sokong karpal S. yang minta langkah mayat dia dulu ?
    Tolong baca banyak-banyak buku sejarah, PETIR @ PAP yang diasaskan oleh L.K.Yew pelopor Malaysian Malaysia adalah berhaluan kiri (dan amat jauh berbeza dengan MCA yang lebih toleran). BUMIPUTERA adalah perkataan haram bagi LKY. DAP adalah pewarisnya setelah pemisahan Singapura.

    Ingat, ekonomi kita jauh ketinggalan sebelum DEB kerana dasar pecah perintah British menempatkan kaum cina di Bandar yang maju serba-serbi manakala orang melayu di kampung pedalaman pada masa itu tanpa kemudahan paling asas, malah majoritinya tidak pernah mengenali bandar. British telah memberikan “Hak Keistimewaan” lebih awal kepada orang cina seperti lombong-lombong, penempatan serba lengkap di bandar, sistem pendidikan maju, perdagangan hingga ke peringkat antarabangsa. Sebab itu mereka terus maju dan sukar kita kejar. Tolong fahami root bangsa, dan kenali dengan siapa anda bersekongkol.

  5. nora

    tak nafikan umno bongkak..tapi sentimen ABU(asal bukan UMNO) tu yang memusnahkan perpaduan melayu

  6. AbangJebat

    Daripada baca buku sejarah yang dah lapuk tu lebih baik orang UMNO baca Pengakuan MCA sahabat baik UMNO mengenai isu babi di Melaka dan Negri Sembilan. Tak lama lagi isu babi di Selangor pun akan terbongkar.Dalangnya siToyo jugak. Kenapa UMNO suka berbohong dan menyembunyikan fakta?

  7. mok

    Jebat konon,
    **************************************
    Daripada baca buku sejarah yang dah lapuk tu …..
    **************************************
    Mana kau dapat nama tu ? Dalam The Rocket ke ? Tak layak.

    Bagus.. bagus.. baru aku tahu hari ini, penyokong PR jenis buta sejarah, tak percaya sejarah. Lapuk konon! Kau ingat YM Tengku Faris bertitah, guna logik akal sahaja tanpa merujuk sejarah ke?PENDERHAKA !!!!!!!!!!!!!!

  8. mok

    Sembunyi fakta ? Mahkamah mana yang dah putuskan. Aku dapat maklumat, untuk kerajaan lama, perkara tersebut masih diperingkat perbincangan, itupun pada skala kecil. Tup-tup.. Teresa kata kerajaan baru dah lulus, dengan skala besar pula tu. Semua EXCO setuju, jadi yang setuju tu la yang beriya-riya nak. Kalau betul-betul tak setuju, bantah dan batalkan saja. Apa nak bising-bising lagi. EXCO Muslimat tu pun bukan main lagi, kawan punya pasal hilang semua prinsip. Paku dulang, paku serpih……

  9. AbangTuah

    Kesiannya bangsaku…bersengketa sesama sendiri. Ha..ha..ha begitulah gelak Sang Kasa terhadap bangsa yang merlayu dek puak yang sombong-bongkak, puak yang taksub-extrimis dan puak yang berdendam-kesumat.Lupakah bangsaku pada saudara-saudara kita..kerajaan Melayu Cam-pa dan Melayu Pu-luo…dimanakah mereka…merlayu dan hilanggg…bukan..! Wahai bangsaku saat walang dah kian hampir kini, maka buanglah yang keruh ambil yang jernih..baliklah pada Islam yang satu.

  10. mok

    tuah,
    Bersengketa ?
    Kepelbagaian idea, biar. Kita kutip yang baik, buang yang buruk. Kalau tak sanggup berbahas, pendam sahaja dalam jiwa, sampai bila akan ada titik pertemuan ?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s