2 Perhimpunan Serentak Buat 1 Pakatan

semalam 2 perhimpunan telah diadakan oleh Pakatan Rakyat…

1. Majlis Perhimpunan Rakyat di Stadium Perak dan

2. Majlis Black 14 di Kelab Sultan Sulaiman….

Persoalannya…mengapa terdapat dua majlis yang sama diadakan di dua tempat yang berasingan??

Mengapa Anwar selaku penasihat Pakatan Rakyat tiada di Perak sedangkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri meraikan Majlis di Perak???….Adakah agenda peribadi bagi merayakan pembebasan Anwar untuk berpolitik lebih penting dari merayakan kejayaan Pakatan Rakyat????

Mengapa tiada kesepakatan mudah diambil…bukankah kedua-dua majlis ini boleh diadakan sebagai satu majlis sekiranya betul2 kekukuhan dalam Pakatan Rakyat menebal??…

Mana yang lebih penting..agenda peribadi Anwar atau agenda rakyat Pakatan Rakyat??

10 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

10 responses to “2 Perhimpunan Serentak Buat 1 Pakatan

  1. kamariah

    lu orang UMNO tahu apaa…… bagi yang jauh dari KL tak akan nak turun KL. Cuba sebelum keluarkan statement berfikir dahulu. Pakatan rakyak kukuh kerana ini terbukti ketika PRU. Walau dimana para pejuang untuk menegakkan keadilan berada, kami tetap pada niat yang satu, Keadilan untuk semua tiada sedikit pun agenda peribadi timbul.Jadi apa salahnya mereka meraikan pembebasan tersebut dinegeri sendiri.Hei Umno sambarono jangan samakan kami seperti kamu yang selalu meragut hak rakyat demi agenda tersendiri.

  2. kiran

    pakatan rakyat ni gile publisiti..
    mengarut!!

  3. aimani

    skang ni mmg nampak kukuh sebab nak kan kuasa..
    nt dah dapat kuasa…mula laa rapuh…
    kene ingat…hidup ni tak sentiasa di atas..macam roda..kejap atas kejap bawah…
    bn/umno kat atas masa 2004
    skang kat bawah…
    sama cam pakatan rakyat 2008 kat atas..
    lepas ni nt turun balik laa

  4. AbangJebat

    PR kalau dah dapat memerintah di 5 + 1 negeri susah juga bagi BN nak rampas kembali sebab BN- UMNO selalu berbohong pada orang melayu.Contoh Kelantan.Yang diKejar Tak Dapat Yang DiKendung Pula Keciciran!

  5. mok

    abangjebat kamariah,

    Betul ke PR kukuh ? Yang Karpal S. terkujat-kujat dan melenting membantah hasrat PAS membentuk negara Islam tu bergurau ke ? Siap sanggup mayatnya dilangkah dulu, gurau juga ?
    ************************************
    BN- UMNO selalu berbohong pada orang melayu.
    ************************************
    Betul ke PR tak berbohong dengan orang melayu ? Pengundi melayu PKR dan melayu PAS, terkejut beruk bila mendapati undi mereka memenangkan calon melayu dari parti masing-masing, rupa-rupanya bertujuan untuk membentuk kerajaan yang didominasi oleh cauvinis DAP di negeri Perak, Selangor dan Pulau Pinang. Calon melayu yang mereka menangkan, EXCO pun tak lekat. Menang sorak aja la ye.

  6. AbangTuah

    Hai entahlah….PAS, DAP dan PKR ni tak habis-habis bawa berita fitnat dan menghasut tanpa henti-henti hingga jatuh habis pemimpin melayu yang baik-baik. Yang lagi sedih ni ada pihak lak tu yang sanggup jadi kaldai tunggangan…yang akhirnya meranapkan bangsa dan agama sendiri. Lantak lah..aku harap biar dia orang jadi pemerintah..selagi tak punah bangsa, agama dan negara tak puas hati dan tak nak percaya.

  7. [ainis]

    Saudara & Saudari,

    Analoginya cukup mudah. Sama seperti perayaan-perayaan yang lain, Sambutan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Maulidur Rasul dsb. Sambutannya di seluruh pelusuk negara. Walaupun tempatnya berbeda, tetapi sambutannya sama. Untuk meraikan rasa kemenangan, kesyukuran dan keinsafan.

    Black 14 untuk meraikan pembebasan DSAI dari larangan berpolitik secara sah. Sekaligus ia merupakan detik kemenangan Pakatan Rakyat juga. Maka tidak timbul soal perpecahan ataupun soal-soal lain.

    “Mengapa Anwar selaku penasihat Pakatan Rakyat tiada di Perak sedangkan semua Menteri Besar dan Ketua Menteri meraikan Majlis di Perak???….”

    Saudara/i penulis, tidak SEMUA Menteri Besar dan Ketua Menteri Malaysia hadir. Molek kiranya saudara/i memperincikan lagi siapa gerangan MB dan KM tersebut. Siapa tahu, mungkin Ahmad Said, Ali Rustam, Adnan Yakob turut hadir. Apatah lagi Khalid Ibrahim menghadiri program di Kelab Sultan Sulaiman. Mohon penggunaan fakta dan correct statement selepas ini.

    Walaupun ianya mungkin nampak seperti kesilapan yang maha kecil, but you’re delivering the people voice. It counts.

  8. rocco

    persoalannye..kenapa sebagai penasihat PR tak turun je ke perak utk majlis PR..
    kenape agenda peribadi lebih penting sedangkan agenda rakyat lagi penting….
    kenapa harus sambutan black 14 diadakan di KSS sedangkan majlis rakyat dibuat di Perak…kan elok sekali kan je kedua2 majlis…
    ni tidak…
    nak kan publisiti….

  9. mok

    ainis,
    Analogi awak meleset.
    *************************************
    Analoginya cukup mudah. Sama seperti perayaan-perayaan yang lain, Sambutan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Maulidur Rasul dsb. Sambutannya di seluruh pelusuk negara. Walaupun tempatnya berbeda, tetapi sambutannya sama. Untuk meraikan rasa kemenangan, kesyukuran dan keinsafan.
    *************************************
    Analogi yang tepat:
    Pakatan Rakyat buat kenduri kesyukuran. Pada malam yang sama di tempat berbeza DSAI buat Birthday party.

    **Bukannya kedua-dua buat birthday party, ada faham ?

  10. MAT MALAY DESIGNER

    eNTAHLAHHHHH……

    MELAYU BERPECAH KAUM LAIN DAPAT UNTUNGNYEEEEEE……..
    Kini masa untuk maju ke hadapann…
    bukan bercakaran…bergaduh…yang lepas biarlahhh…perbaiki diri… yang baru berkuasa jangan tamak kuasa plakk… pecat sesuka hati….

    junjung kebenaran dan kesederhanaan…….
    jgn ingat diri sentiasa benar….ada ketikanya diuji ketakwaan kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s