Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial

Salam semua,

Blog ini menerima email daripada seorang pembaca supaya artikel mengenai Ketuanan Melayu dituliskan di dalam blog ini supaya orang ramai faham mengenai perkara di atas. Ini disebabkan menurut beliau, rata-rata generasi muda melayu tidak faham mengapa ketuanan melayu harus dipertahankan. Penulis membuat sedikit carian dan kajian mengenai Ketuanan Melayu dan mendapati bahawa bukan isu mengenai Ketuanan Melayu harus dipostkan tetapi juga mengenai Artikel 153 dan kontrak sosial Malaysia harus dipostkan kerana ia saling mengaitkan antara satu sama lain. Sumber rujukan dari wikipedia dan lawnet.

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia

Artikel 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan penduduk asal Malaysia, secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputera. Artikel mengspesifikkan bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan orang Melayu bahawa mereka adalah penduduk asal Malaysia.

Berikut adalah penyataan penuh Artikel 153 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-aa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalnakan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(7) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh berkuat kuasa untuk melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu atau untuk memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-mana orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak seseorang jika pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu—

(a) melucutkan atau memberi kuasa supaya dilucutkan apa-apa hak, keistimewaan, permit atau lesen mana-mana orang, yang terakru kepada orang itu atau yang dinikmati atau dipegang oleh orang itu; atau

(b) memberi kuasa untuk menolak pembaharuan mana-mana permit atau lesen mana-manaa orang atau untuk menolak pemberian apa-apa permit atau lesen kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang jika pembaharuan atau pemberian itu mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan, atau menghalang mana-mana orang daripada memindahkan hakmilik bersama dengan perniagaannya apa-apa lesen yang boleh dipindahkan hakmiliknya untuk mengendalikan perniagaan itu; atau

(c) jika tiada permit atau lesen dahuluya dikehendaki bagi mengendalikan pertukangan atau perniagaan itu, memberi kuasa untuk menolak pemberian permit atau lesen kepada mana-mana orang bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan yang telah dijalankan olehnya secara bona fide sebaik sebelum undang-undang itu mula berkuat kuasa, atau memberi kuasa untuk menolak pembaharuan kemudiannya mana-mana permit atau lesen mana-mana orang, atau untuk menolak pemberian mana-mana permit atau lesen sedemikian kepada waris, pengganti atau penerima serah hak mana-mana orang itu jika, mengikut peruntukan yang lain dalam undang-undang itu, pembaharuan atau pemberian itu mungkin semunasabahnya dijangkakan mengikut perjalanan biasa keadaan.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan “anak negeri” berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.

Terdapat perbezaan ketara di antara artikel 153 perlembagaan Malaysia dengan artikel 153 perlembagaan Singapura yang masing-masing menyebut mengenai hak istimewa orang Melayu. Artikel 153 (Malaysia) lebih spesifik dengan menjelaskan bagaimana hak-hak orang Melayu dan Bumiputra Malaysia dipertahankan.

Ketuanan Melayu

Ketuanan Melayu ialah konsep perkauman yang mendakwa bahawa orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia . Orang Cina dan India di Malaysia yang dianggap sebagai pendatang (yang dibawa masuk oleh British) disifatkan terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu itu, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) Malaysia). Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini biasanya dipanggil Kontrak Sosial. Konsep Ketuanan Melayu ini sering kali dijadikan retorik ahli politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang berpengaruh semenjak 50 tahun Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) mencapai kemerdekaannya dari British sebagai usaha meraih sokongan orang Melayu walaupun pada hakikatnya tidak ramai orang Melayu yang arif tentang konsep atau fahaman ini.

Walaupun retorik ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, frasa ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai hingga ke awal tahun 2000-an. Kebanyakan tentangan konsep ini adalah daripada parti-parti yang tidak berdasarkan kaum Melayu, seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP), tetapi sebelum kemerdekaan orang Baba dan Nyonya juga menentang konsep ini. Konsep keulungan kaum Melayu mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura — yang merupakan negeri Malaysia dari 1963 hingga 1965 — dan DAP selepas pemisahan Singapura. Walaupun begitu, sebahagian Perlembagaan berkaitan ketuanan Melayu berakar umbi selepas rusuhan kaum Mei 13, 1969 yang terjadi akibat kempen pilihan raya yang menjadikan hak-hak orang bukan Melayu dan ketuanan Melayu sebagai isu tumpuan. Tempoh ini juga menyaksikan kebangkitan ultra yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, dan pertambahan penekanan bahawa orang Melayu merupakan “orang asal” Malaysia — iaitu hanya orang Melayu boleh dianggap penduduk asal Malaysia.

Tentangan yang dimainkan oleh DAP ini sebenarnya merupakan lanjutan tentangan yang dimainkan oleh parti induk DAP iaitu parti PAP(Singapura).

Berikut adalah tentangan mengenai ketuanan Melayu di dalam fasal 153 Perlembagaan Malaysia oleh PAP.

Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu “Malaysian Malaysia”. Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: “Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato’ Syed Ja’afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Kontrak Sosial

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Kontrak sosial selama ini telah lama diamalkan oleh para pemimpin terutamanya pemimpin dari parti kompenen Barisan Nasional. Tidak terdapat syarat-syarat formal mengenai kontrak sosial ini. Di bawah sedikit petikan mengenai kontrak sosial.

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah “kontrak sosial” (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: “Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak.” [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar “meritokrasi”. Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa “…apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan.” Bagaimanapun, dia menambah bahawa “Bagi mereka yang mencintai dan berasa bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu.”

Ketiga-tiga di atas merupakan sentimen yang sering dimainkan oleh parti-parti politik sejak kebelakangan ini. Semangan muhibah dikalangan pemimpin-pemimpin awal negara seakan-akan dipermainkan oleh anak cucu mereka yang menjadi pemimpin parti-parti politik pada hari ini. Persoalannya ketika isu kontrak sosial dimainkan oleh pemimpin bukan melayu…di mana pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari pembangkang tampil mempertahankan kontrak sosial yang sudah sekian lama terbina?? Adakah adil sekiranya kita membiarkan konsep Ketuanan Melayu ini dihapuskan dan diganti dengan konsep Ketuanan Rakyat (sedangkan Ketuanan Melayu juga adalah sama kecuali penekanan yang lebih diberikan kepada orang Melayu) yang belum terbukti lagi menjamin masa depan orang Melayu? Adilkah sekiranya anak-anak kita terpaksa mengharungi keperitan untuk ‘survive’ di masa hadapan sedangkan kita telah membesar dengan agak selesa sehingga apa yang kita kecapi setakat hari ini adalah hasil dari konsep Ketuanan Melayu. Diharap anak-anak muda faham akan kenapa walaupun negara kita sudah 50tahun merdeka konsep ini masih digunapakai. Konsep ini bukan lah sesuatu yang baru dan sejarah membukti bahawa terpisahnya Malaysia dengan Singapura adalah akibat perbuatan tidak bertanggungjawab pemimpin parti induk DAP iaitu PAP yang memainkan isu ketuanan Melayu ini. Adakah anda lebih gemar konsep Ketuanan Melayu ini digugurkan dan digantikan dengan konsep Malaysian Malaysia atau konsep Ketuanan Rakyat??? Bukankah pemimpin parti seperti PKR dan PAS ini merupakan anak-anak yang membesar hasil dari konsep Ketuanan Melayu ini. Cuba fikirkan di mana pemimpin-pemimpin ini berada sekiranya konsep Ketuanan Melayu dihapuskan dahulu?? Adakah mereka akan begelar pemimpin??

Terkini:

Istilah “Ketuanan Melayu” perlu dilihat dalam konteks perjuangan orang Melayu sebelum merdeka yang menganggap Semenenjung Tanah Melayu sebagai tanah pusaka (sons of the soil) seperti yang diakui oleh pihak penjajah British ketika itu. Istilah ini juga merujuk kepada situasi sebelum merdeka yang menjelaskan reaksi orang Melayu terhadap penubuhan Malayan Union yang telah menghapuskan “Ketuanan Melayu” dari segi kedaulatan, kuasa politik dan isu kewarganegaraan yang longgar. “Ketuanan Melayu” dilaungkan oleh pemimpin Melayu pada ketika itu bagi menyatupadukan orang Melayu menentang Malayan Union dan bukannya menuntut kemerdekaan. Oleh itu, konsep ini ialah peristiwa dan reality sejarah pada ketika itu dan ia dimasukkan bukan bertujuan untuk menggugat perpaduan masyarakat Malaysia.

Istilah di atas merupakan penjelasan Kementerian Pendidikan mengenai Ketuanan Melayu. Penjelasan ini dipetik dari blog LKS.

Advertisements

34 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

34 responses to “Artikel 153 Perlembagaan Malaysia, Ketuanan Melayu dan Kontrak Sosial

  1. marina

    apa kata anak anak muda melayu terutama remaja melayu kita satukan wadah untuk mereka. dari kecil kita didik mereka untuk memahami sejarah dan sentiasa membela bangsa mereka samaada secara perbuatan atau tuturkata. didik mereka semangat cintakan negara dan bangga dengan bangsa mereka. saya bukan lah anti feminist tetapi seelok elok nya ibu ibu melayu menjaga sendiri anak anak mereka sedari kecil lagi. beri lah makanan dari hasil air tangan kita. kalau kita asyik mengejar dunia sahaja lihat lah apa hasilnya.

  2. mok

    Sekalung tahniah buat penulis atas inisiatif murni memaparkan post ini, boleh disebarkan sebagai fakta rujukan menjelang persidangan nanti. Betul Marina, malang sungguh kerana anak-anak muda melayu sekarang telah melupakan root bangsa. Mereka sepatutnya boleh menukar pemimpin, yang korup, yang tidak cekap, yang bongkak dll. tetapi mereka tidak sewajarnya mengadai maruah bangsa hanya kerana marah lalu bersekongkol dengan musang berbulu ayam, sama seperti Naina Chetu atau lebih popular dengan gelaran Si Kitul mengkhianati Melaka. Saya dapati begitu ramai pemimpin melayu yang berkualiti terkena tempias tindakan semberono. Saya yakin dan percaya, anak-anak muda yang celik IT dan celik akal ini adalah produk DEB, hasil jerih-perih datuk nenek mereka. Melayu begitu jauh ketinggalan di bidang ekonomi dan pelajaran semenjak zaman British lagi. Dengan Ketuanan, maka adanya Hak Keistimewaan dan lahirlah DEB yang boleh melahirkan anak-anak muda yang terpelajar. Berapa kerat anak melayu yang mampu ke Universiti luar negara dengan biaya sendiri berbanding pelajar cina ? Dalam bisnes, jaringan perniagaan saudagar cina amat luas dan kukuh kerana sejarah pecah perintah British dulu. Tanpa DEB, mampukah diwujudkan persaingan terbuka secara sihat yakni tidak berat sebelah ? Pemimpin awal masyarakat cina amat memahami kedukaan orang melayu dan mereka bersetuju menerima kontrak sosial, serta memberikan hak keistimewaan kepada datuk nenek kita sebagai penghargaan memberikan kewarganegaraan kepada mereka.
    Jika sekiranya datuk nenek kita tahu, beginilah balasan anak cucu cicit mereka, tidak perlu mereka berjuang bermati-matian menentang Malayan Union yang cuba meragut hak Ketuanan Melayu. Rupa-rupanya, ketika hayat LK Yew masih ada, tanpa dipaksa-paksa anak cucu cicit Pejuang telah mengkhianati dengan memenangkan pewaris PAP (yang begitu tebal dengan sikap perkaumannya dulu) iaitu DAP. Pasti kelak dia akan mati dan bersemadi dengan bangga, kerana dendam kesumatnya keatas datuk nenek kita telah dilunaskan oleh anak cucu cicit musuh-musuhnya sendiri. Benar dan amat benarlah, marah nyamuk kelambu dibakar, menang sorak kampung tergadai. Geram bila melihat cicit PAP, Teresa Kok samada sengaja atau kebetulan, bergambar megah dengan 5 ekor Babi Panggang simbolik kepada 5 negeri (download masterdedah dan edarkan) yang dihadiah oleh anak cucu cicit Pejuang yang sesat jalan pulang. …..hasil mengalir kpd yg lain, pribumi merintih sendiri……..

  3. raskal

    terima kasih kepada tuan punye blog
    sangat bermanfaat maklumat ni..
    mok

    saya lagi geram ngan teresa tu..
    simbolik ape..
    terasa betul saya apetah lagi saya duduk di selangor..dan wife orang perak….
    negeri kami bukan negeri babi!!!

  4. tangtangtu

    Bila pula UMNO Melayu? Jalan membusung dada dan tayang kekayaan projek adalah. Tak payah ceritalah saya pun kerja gomen. Sapu projek dan melangut tunggu komisyen siapa kalau tak UMNO punya orang. Batang penyapu RM4.00 jadi RM18.00 kerana nak pakat-pakat bagi. Nak beli kapal Perancis pasang orang tempatan sebagai orang tengah. Ada akalkah? Orang tengah dapat komsiyen dan tukang lulus projek dapat sikit. Kenapa tak runding terus saja…

  5. mok

    tangtangtu,
    Dalam mana-mana organisasi, pasti terselit mereka yang buruk fiil. Buang aja la, apa nak bising-bising. Tapi prinsip perjuangan melayu mesti terus dan tak boleh digadai pada orang lain. Opportunis ni ada di mana-mana bukan UMNO aja malah seluruh dunia. Dalam PAS juga ada berebut tender balak, PKR jangan cakap la, beli-beli orang ni dah jadi amalan.
    Aku dah malas nak layan orang yang perasan macam awak. Nanti kejap, biar aku paste mana-mana post untuk awak. Boleh muhasabah diri.
    *************************************
    rawprune
    April 21, 2008 at 6:59 am
    memang bukan semua dalam UMNO tu baik sebagaimana bukan semua dalam PAS dan PKR itu baik..selagi kita bernama manusia. Tapi yang paling saya ingat ialah dari saya kecik kecik hingga sekarang kalau kat Terengganu tu tak pernah tak ada kes PAS rampas IC pengundi. Dulu Hadi, sekarang ni anak Hadi pulak. PAS ni tak akan ke mana pun.. pegang Terengganu 4 tahun pun kacau bilau. PAS bukannya putih bersih tak pernah buat salah…. bukan tak de pemimpin PAS kena tangkap khalwat pun… caye tak? Bukan tak der PAS rasuah pun… anak anak pemimpin PAS dihantar belajar dengan belanja sendiri ke luar negara, Australia ,US , UK… kenapa orang PAS tak bising ?OOOO… pasal dia orang PAS, parti Islam konon.. harta diaorang tu semua 150% halal lah… cakap pandai tapi bila nak minta biasiswa ke apa ke dari kerajaan… tak timbul pulak duit kerajaan tu haram. Anak anak di hantar belajar ke oversea dengan duit kerajaan, ish katanya.. itu hak anak dia sebagai rakyat. Pelik kan… jadi tak payahlah nak berlagak baik pun…
    **************************************

    • ady_rahim

      astargfirrullah….

      bukan slh sesiape pun dlm hal ni….UMNO,Pas,PKR ke semua ok je kot…
      dh jgn gadoh2 kte pk la sendiri

  6. rakyat sabah

    terima kasih kerana bagi refresher ttg 153 ni
    mmg berguna blog pemuda cawangan ini.
    harap banyak lagi cawangan umno buka lama blog

  7. aisehman

    bagus artikel ni
    sekurang2nya ia membuka minda kita

  8. doonn

    saya sokong sekiranya ketuanan melayu dipertahan kan..

  9. awang

    Ketuanan jelas dalam perlembagaan. Tidak perlu lagi dipertikai. Mempertikaikannya bererti sama mempertikaikan kewarganegaraan kaum pendatang – imigran (suatu ketika dulu). Kita telah sekian lama merdeka. Serlahkanlah kemerdekaan kita dengan melunaskan segala hak kita seperti sebelum merdeka. Tetapi dalam hal ini UMNO agak ketinggalan apabila baru-baru tidak menyertakan tulisan jawi pada latar pentas sempena ulang tahunnya yang ke-62. Dulu pernah ditegur dah. Kalau hal warisan dan identiti bangsa sendiri pun terabai macam mana nak bercerita perihal ketuanan.

  10. awang

    Negara ini bertuankan Melayu. Mana-mana yang pertikaikannya bermakna pertikaikan juga jus soli yang diberikan kepada bangsa imigran. Ingat tu. Kemelayuan itu teras dan kebangsaan negara kita. Misalnya bahasa kebangsaan bahasa Melayu. Melayu ada hak dan hadnya yang tertentu. Kaum lain juga ada hak dan haknya tersendiri dan tidak boleh melampaui hak Melayu itu sendiri. Sikap dan tabiat melebihi hak dan had inilah menimbulkan ekstremis atau pelampau. Memperjuangkan kaum secara tidak bertanggungjawab yang melampaui kenasionalan – Melayu. Ini semua telah jelas dalam pembentukan kenegaraan kita. Cuma tetap ada segelintir yang mengaku warga negara tetapi tidak mengaku ciri-ciri kenegaraan yang telah dibentuk. Misalnya dalam bahasa negara, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang merupakan bahasa semua warga negara kita…tetapi masih banyak yang masih seakan menafikannya. Begitu juga dengan Islam…

  11. Kuntakinte

    Salam, saudara Tangtangtu, isu saudara ke tengahkan dah lapuk lama dulu, isu saudara pembangkang mainkan sejak pembangkang baru belajar nak jadi pembangkang dulu kala lagi, kerajaan ketika itu berjaya juga bangun kan tanah melayu, UMNO berjaya juga menyatukan orang 2 melayu malah kaum2 lain juga tumpang sekaki, mentelaah lah apa yang sdr. Mok ketengahkan jangan asyik mentelaah akbar harakah saja.

    Isu rasuah, kroni, komisyen dah lama webblog ni bahaskan mungkin saudara terpanggil pun disebabkan webblog ni mendapat sambutan, dan rasional, syukur juga diatas kehadiran saudara dan sahabat2 lain, paling tidak kita dapat bertukar2 pandangan dengan syarat kita buka minda, buka hati dan buka otak, telinga, mata dan macam2 lagi dibuka jangan buka seluar sudah le.

    Isu pembelian kapal perang dah dijelaskan di dewan parlimen yang suci baru2 ini oleh Timbalan Perdana Menteri sendiri, pembangkang bercakap sekadar cakap kosong tanpa sebarang bukti, saya sebut dewan yang suci sebab disitu lah berebut2 parti pembangkang sanggup mengunakan konsep ‘matlamat menghalalkan cara’ di merata2 pelosok malaya meracun otak rakyat termasuk otak saudara sendiri, untuk apa? untuk dapat jadi AP dan dapat duduk di Dewan Parlimen, disitu lah kemuncak untuk membukti kan apa yang dikatakan tidak betul dan berlaku penyelewengan dan disitu jugalah Kerajaan akan menjelaskan apa yang tidak jelas, memberi bukti apa yang belum terbukti seperti berbagai isu yang kerajaan jelaskan untuk difahami oleh semua AP termasuk rakyat itu sendiri.

    Jangan sembrono saja membuat tuduhan tanpa bukti, Ahli Perniagaan ke, Pelobi ke, Pegawai Kerajaan ke, menteri ke dan bla…bla..mereka manusia dan setiap manusia bukannya mahsum, kita tidak perfect, sedikit sebanyak ada kekurangannya, tidak semesti yang makan komisyen itu semestinya satu2 pihak saja selagi ia bernama manusia, Qada dan Qadar perlu kita jadikan pedoman, seperti contoh 1) ada kah salah sekiranya seorang berusaha gigih dengan akal, tenaga, pengetahuan dan kebolehan yang ada pada dirinya dalam memperolihi sesuatu kerja atau projek dan sebagainya dengan mendapat sesuatu pendapatan untuk diri nya dan keluarganya salah sama sekali dan adakah semesti nya orang UMNO sahaja, tidak PAS, tidak PKR atau tidak lain2 individu, di contoh kan 2) adakah saudara sebagai Pegawai kerajaan mahsum, dengan gaji yang dibayar kepada saudara oleh Kerajaan dengan tangungjawab dan amanah yang diberi saudara bekerja sepenuh masa dan tekun seperti yang dijanjikan dalam kontrak saudara bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 5.00 petang, kalau sepenuhnya saudara tunaikan saudara tidak berdosa dan gaji saudara di perolihi akan diberkati, tetapi terdapat juga yang berkerja tidak sepenuh masa seperti dijanjikan, yang terdapat berpeleseran di restoran, pusat membeli belah, kerja bertangguh2 sehingga rakyat marah dan sebagainya apakah istilah yang boleh kita tafsir kan terhadapnya dengan gaji yang dibayar kepada mereka2 ini berbanding dengan contoh 1 tadi, dan apa kan perbezaannya dengan kedua2 contoh ini.

    Itu lah DEB saudara, semua orang akan memperolihi peluang sekiranya dia berusaha, rezeki ada di mana2 saja, waima orang PAS ke PKR ke DAP ke, rakyat ke semuanya memperolehi rezeki dengan berbagai2 cara di bumi Allah ini. Dalam semua Parti malah dalam keluarga kita sendiri, ada yang baik ada yang tak baik dan berbagai2 perangai, ini realiti, jangan di tunding kepada satu pihak saja manakala pihak satu lagi terutama parti saudara perfect. Buktikan kalau berlaku penyelewengan, kes yang mempunyai bukti sudah tentu kerajaan yang saudara salah seorang kakitangan nya akan mengambil tindakan,
    hanya sekadar provokasi dan retorik saja tidak boleh diterima sama sekali.

    Saya sentuh ayat saudara mengenai kapal perang perancis, ‘kenapa tidak di runding terus saja’, selagi otak yang ada pada saudara dan species seumpamanya tidak dibuka, tiada sebarang jawapan yang boleh di berikan saudara akan terima dan bersetuju, runding terus ada puak saudara pukul tong kosong keliling kampung termasuk saudara akan kata berlaku penyalahgunaan kuasa, tetap ada kroni, tetap kata harga RM1.00 jadi RM10.00 dan bla..bla… lagi, bagi cara tender, tak telus, rasuah, kroni, orang UMNO, harga RM1.00 jadi RM20.00, jelas lah bagaimanapun, bukti lah dengan apa carapun, cakap lah dengan seribu bahasa sekali pun, selagi class otak manusia species saudara tak di up grade kan takan kemana, segala bapak penipuan dan negatif elemen tetap didakwa berlaku.

    p/s mok, jual zhulian dapat komisyen, jual kereta dapat komisyen, jual insuran dapat komisyen, jual rumah dapat insuran, macam2 komisyen ada la…. salah ke makan komisyen. pening2……ana manyak pening…. buat dik puak ni….

  12. Kuntakinte

    Salam, kuntakinte nak sambung balik komen tadi, terpaksa terhenti sebab ada komitmen lain untuk dilaksanakan.

    Sedara tangtangtu, baca la sejarah jangan main dakwa dakwi je tengok la bukti dan fakta, baru sedara layak menentukan UMNO itu melayu ke atau tidak.

    Sedara, sebab salah satu populariti kerajaan BN merosot kerana faktor kakitangan kerajaan seperti sedara lah yang mengkhianat kerajaan yang memberi sedara makan, kerana tingkah laku kakitangan seperti sedara lah rakyat marah kan kerajaan BN, rugi dan malang kerajaan mengajikan sedara duduk dan membesar kan anak bini dengan duit kerajaan yang sedara benci kan itu, kalau saya seperti sedara, demi perjuangan sedara yang dirasakan betul saya berani untuk berhenti dari bekerja dengan kerajaan yang saya sendiri tak suka, baru lah gantlemen, tidaklah seperti dianggap seumpama memberi anjing makan tapi mengigit balik tangan yang menyuap kita.

    Ingat lah sedara, tanpa UMNO siapa lah Melayu termasuk sedara tu, kalau tak kan UMNO memperjuang dan mempertahankan ketuanan Melayu tak kan duduk sedara bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan sehingga ke pencen dan bawa kemati di bayar oleh kerajaan BN, tak kan ada Pegawai Daerah melayu, takan ada Pengarah Melayu, takan ada KSU melayu, takan kan ada pekerja2 lain di jabatan2 kerajaan dikalangan melayu, ini adalah fakta sedara, 1946 Jabatan kerajaan ditubuh siapa DO nya ketika itu bukan kah bangsa saxon sehingga 1948 baru lah UMNO mula menempatkan berperingkat2 DO melayu di Pejabat Tanah dan jajahan, jangan buta dan benak sejarah, jangan lansung tak ada didalam diri sedara rasa terima kasih kepada UMNO dan bersyukur kepada Allah S.W.T.

    Buka balik lambaran sejarah dan mentelaah lah sampai tamat baru layak sedara bercakap sebagai anak melayu, tiada dulu tiada lah sekarang, perkara ini dah kuntakinte dan sahabat2 lain banyak menjelaskan dalam webblog sebelum ini, tetapi ada juga species seperti sedara yang muncul dan terpaksa di ulang2 kan, tapi demi melayu kuntakinte sanggup ulangi tanpa jemu.

    Sedar lah sedara, UMNO lemah, Islam dan melayu akan ditekan dan di kotak katik kan, pejuang 2 UMNO lah yang bangkit mempertahan kan ketuanan Melayu untuk siapa, untuk orang seperti sedara yang duduk bangku empuk di pejabat kerajaan, bekerja didalam aircond mendapat berbagai2 habuan dan milage, buat harta dan beli berbagai aset dengan duit kerajaan yang bijak pandai atas sumbangan kerajaan kerana perjuangan siapa?.

    kuntakinte tak kerja kerajaan pun, tak merasa goverment housing loan yang dikatakan cukup istimewa yang tak terdapat di negara2 membangun lain, saya tak merasa pun bonus, saya tak merasa tuntutan perjalanan, tuntutan mesyuarat, tuntutan penginapan, tak merasa pun pencen, tak merasa pun 1st dan 2nd class hospitality, tapi siapa kuntakinte, sebab apa kuntakinte bermati matian mempertahankan UMNO sekaligus mempertahankan ketuanan melayu, yang merasa nikmat nya species macam sedara dan lain – lain yang ada di luar, malah ramai yang tidak nikmati senikmat sedara dan species seumpamanya.

    Sebab kesedaran dan keinsafan, sebab Agama, bangsa dan negara kuntakinte disini, walau pun pahit tetap ditelan, anak2 melayu masih ramai yang memerlukan pembelaan dari UMNO, sebab kuntakinte sedar dari mana asal usul saya, saya sedar siapa dan dari mana lahirnya saya, saya insaf bagaimana perit nya kehidupan keluarga terdahulu saya, saya malu dengan kebangsatan bangsa saya dahulu, saya takut dengan kerempatan bangsa saya dahulu KINI saya amat bangga menjadi melayu. saya bangga diatas usaha kuat keluarga dan bangsa saya dulu, saya megah berpijak di bumi malaya ini, saya sanjung bangsa yang hebat ini, kejayaan demi kejayaan yang di tempuh bangsa melayu yang hanya tamadun nya sekadar berumur 605 tahun berbanding bangsa cina dan Hindu beribu2 tahun tamadun nya dilahirkan.

    Berpijak lah sedara dibumi yang nyata, jangan lah dibuai mimpi dan fantasi, jangan lah leka didendangkan dengan pantun seloka, kuntakinte menyuarakan demi suvival politik BANGSA dan bukan politik KEPARTIAN, ingat lah Islam dan Melayu akan ditekan dengan bangsa yang lama tamadun nya kalau kita tidak berwaspada, hidup mungkin singkat tetapi genarasi yang kita suapkan makan nya akan membesar yang sewarna kulitnya dengan kita, yang semerah warna darah nya, dan sebahasa tutur kata nya, tidak kah terfikir akan kita dimanakah rempatnya mereka ini, tidak terfikirkah kita dimana tersesat nya mereka ini, tidak terlintas kah kita dimana sebangsat nya mereka ini ATAU pun adakah segagah berdirinya, semegah bijaknya, atau sehebat kuatnya, atau pun sepintar ilmunya atau sekukuh jatinya, atau sekeras imannya, dan itu lah bangsa ku MELAYU YANG TAK AKAN HILANG DI DUNIA, itu lah doa ku untuk bangsa ku yang amat menyentuh emosi ku.

    Sekali merdeka bukan seterusnya akan merdeka, selamat tidak semestinya tiada bahaya nya, bijak tidak semestinya ada bodohnya, kaya tidak semesti tiada miskin nya.

    p/s kuntakinte kena beredar dulu…. mata dah luyu… salam perjuangan.

  13. mok

    Ya Allah.. kau berkatilah sahabat kami KuntaKinte atas pengorbanan masa, tenaga dan buah fikiran yang tulus dan luhur demi survival agama dan bangsa. Ya Allah, limpahkan rahmat atas perjuangannya. Mudah-mudahan akan tercuit hati-hati yang gersang tandus kesedaran dan keprihatinan. Amin.. Amin, Ya Robbal ‘Alamin.

  14. AbangTuah

    Alright..bro kuntakinte..jelas lagi terang ulasan bro…sekiranya masih ada yang tak mahu faham lagi…entahlah dah tertutup agaknya hati mereka.Disini ingin menambah sikit berkaitan pembelian alat kelengkapan ketenteraa yang dipertikaikan tu…..

    Tangtangtu…bukankah pihak Kementah telah menerangkan bahawa pembelian tersebut sememangnya di buat secara rundingan terus. Begitu juga segala pembelian lain-lain senjata oleh TUDM, TLDM dan TDM ianya juga dibuat secara rundingan terus dengan pihak OEM. Bermula dari kajian diperingkat awal sehingga keperingkat akhir dan sehingga kontrak dimenterai, semuanya dilaksanakan terus dengan pihak OEM. Tiada syarikat, mahu pun anak syarikat kerajaan terbabit menjadi orang tengah berkaitan dengan pembelian tersebut. Apa yang pertikaikan dan diputar belitkan olih pihak pembangkang yang di panggil orang tengah adalah sebuah syarikat yang dilantik olih pihak kerajaan bagi menguruskan anggota-anggota yang terbabit dengan Projek Team dan anggota yang terbabit dengan program Off-SET.

    Sebelum saya pergi lebih jauh lagi ingin saya memberi sedikit penerangan kepada saudara/saudari makna Projek Tim dan Off-SET agar saudara/aaudari tidak lagi terkeliru dengan pemutarbelit yang tidak bertanggungjawab. Apabila sesuatu kontrak pembelian alat kelengkapan ketenteraan dimenterai ia biasanya akan melibatkan satu pasukan yang dipanggil Projek Tim, dimana mereka ini akan di hantar ke OEM (Original Part Manufacture) dan bertanggungjawab bagi merancang, mengkaji, membuat justifikasi, membuat spesifikasi, pememantauan dan melaporkan perjalanan dan perkembangan sesuatu kontrak. Manakala Program Off-SET pula ialah program yang berkaitan dengan pemindahan teknologi (latihan dan kursus) yang biasanya termasuk kedalam pakage sesuatu kontrak pembelian. Jumlah anggota yang terlibat dengan Projek Tim dan Off-set pada kebiasanya adalah antara 100 hingga 300, bergantung kepada besar atau kecilnya sesuatu projek. Anggota yang terlibat sebagai Projek Tim dan Off-SET Program pada kebiasaan akan berada di luar negara (OEM) adakalanya sehingga lima tahun iaitu bermula peringkat perancangan sehingga selesai program kontrak tersebut.

    Saudara/Saudari Tangtangtu….bagi menguruskan jumlah anggota yang ramai untuk suatu tempoh yang begitu lama bukan suatu perkara yang mudah…iaitu dari penyedian pakaian yang sesuai, tiket perjalanan kapal terbang pergi dan balik, penyediaan tempat penginapan yang sesuai mengikut peringkat, logistic dan lain-lain lagi. Pada kebiasaanya bagi sesuatu kontrak pembelian yang besar pihak kerajaan akan melantik satu syarikat yang mempunyai kepakaran, kredibiliti dan dipercayai mampu melaksanakan tugas-tugas tersebut dan ianya bukanlah sebagai orang tengah atau perantaraan antara kerajaan dan pihak OEM sebaliknya sebagaimana yang telah saya katakan sebagai syarikat yang mengurus pasukan Tim Projek dan pasukan OFF-SET bagi pihak kerajaan.

    Pelantikan syarikat tersebut dibuat seiringan dengan konsep kontraktorisasi dan penswastaan kerajaan sebagaimana wujudan syarikat KTM, TNB, Telekon, Airod, PSC naval Dockyard dan lain-lain lagi. Sebagaimana yang kita ketahui dengan konsep kontratorisasi dan penswastaan ini ianya akan mempertingkatkan lagi effisiensi dan keberkesanan sesuatu objective dan misi kerajaan. Di samping itu ianya juga selari dengan konsep DEB bagi melahirkan lebih ramai koporat bagi meningkat ekonomi orang melayu. Jadi dengan penerangan saya ini diharap tangtangtu dan lain-lain yang masih lagi tak faham agar dapat melihat dengan jelas perjalan berkaitan sesuatu kontrak pembelian persenjataan negara agar tidak lagi di kelirukan dengan tomahan dan putarbelit politik mereka yang tak bertanggungjawab. Setahu saya pihak BPR akan sentiasa memerhatikan dan memantau bagi menentukan tiada berlaku pembabitan rasuah atau ketirisan wang kerajaan bagi sesuatu projek yang sebegini besar.

    Saya juga ada mendengar pihak pembangkang mempertikaikan harga pembelian pesawat Sukhoi yang lebih dari harga sebenarnya Berkaitan dengan pembelian pesawat perjuang pada kebiasaanya kerajaan akan mengkaji dan memilih pesawat yang sesuai digunakan di negara ini yang mempunyai cirri-ciri yang terkini dan tercanggih dari segi Air Superioriti dan alatan Avionik. Apa yang saya faham harga yang mahal yang di bayar oleh kerajaan untuk sesuatu pesawat adalah disebabkan kecangihannya iaitu keberkesanan dan keupayaannya alatan Avioniknya amat mengkagumkam. Sebagaimana yang telah dimaklumkan olih TPM bahawa alatan Avioniknya adalah berbeza dari pesawat yang digunakan olih pihak Russia..Disini saya jelaskan madsud TPM tersebut. Alat Avionik yang telah dipasang kepada pesawat Sukhoi SU 30 MKM (MKM bermadsud versi Malaysia, MKI versi India) adalah yang terkini, tercanggih…malah lebih canggih dari pesawat Russia sendiri dan ianya bukan mengunakan alatan Avionik dari negara Russia (disini saya tak boleh bercerita lebih faham-faham aje). Saudara/saudari Tangtangtu, tahu atau tidak berapa mahalnya harga alatan Avionik yang tercanggih dan terkini…percaya atau tidak sekiranya saya katakan bahawa ia lebih mahal dari rangka dan enjin sebuah pesawat itu sendiri…maka pembelian alatan Avionik dan kos pemasangannya ke dalam kokpit pesawat Sukhoi Su 30 MKM tentu melibatkan kos.puluhan hingga ratusan jutaan ringgit sebuah. Jadi disini ingin saya ulangi lagi bahawa kos pesawat yang di beli lebih mahal dari harga pesawat yang asal adalah disebabkan harga alatan Avioniknya yang mahal (tak payahlah saya huraikan perkataan Avionik nanti terlampau panjang pula ulasan saya..carilah sendiri dengan membaca majalah-majalah berkaitan pesawat pejuang.)

    Pada kebiasaan pihak kerajaan tidak perlu atau tidak dapat menerangkan (rahsia) kepada rakyat secara terperinci tentang sesuatu kontrak atau projek melainkan saudara/saudari adalah orang yang terlibat secara langsung atau yang perlu mengetahui. Kalau saudara/saudari tangtangtu dan lain-lain menyambut seruan kerajaan dan prinsip Islam Hadari agar mempertingkat ilmu pengetahuan dengan banyak membaca bahan yang berfaedah selain Harakah atau Adil atau rajin melayari internet dan website yang boleh memberikan ilmu pengetahuan dan munafaat selain dari website pihak pembangkang tentunya saudara/saudari boleh menjadi insane yang lebih berilmu.

    Nasihat saya jadilah insan yang berpengetahuan…jangan terlalu cepat percaya pada sesuatu tomahan dan tuduhan yang tak berasas, rajin-rajinlah masuk ke webblog pemudaenggang dengan cara berhemah dan sama-samalah kita berhujah berdasarkan fakta demi mencari pengetahuan dan kebenaran.

    “Taming Sari menari lagi”

    Mamak Haji nasi kandex special…lauk kari kambing extra large….kerja lebih masa ni…exhausted.

  15. AbangTuah

    Bro kuntakinte…setelah kawan hayati dengan lebih mendalam tulisan bro…tanpa di sedari mengenang air mata kawan…sungguh terharu dengan kesedaran saudara yang mendalam tentang survival bangsa dan agama.

    Kawan pun berdoa agar dilimpahkan rahmat diatas perjuangan mu sahabat.

  16. AbangTuah

    tangtangtu…kenapa diam aje setelah membaca ulasan kami…kalau diam aje tu madsudnya setuju…

    “Taming Sari menari lagi”

  17. Adakah satu organisasi bangsa Melayu yang bergerak secara berkumpulan atau mungkin secara individu yang mengambil tanggungjawab untuk memberi penjelasan tentang pentingnya mempertahankan KETUANAN MELAYU kepada orang Melayu dan bukan Melayu? Jika ada saya ingin mendaftar diri sebagai ahli.

  18. Mamak Penang

    Assalamualaikum Sahabat-sahabat pejuang semua!
    Abang tuah,Kuntakinte,dan sekupangduas dan Mok hampa ini macam angkatan tentera untuk kerajaan kita ini..Abang Tuah Macam KD.Hang Tuah (Tentera Laut)Kuntakinte Tentera Udara..sekupangduas tentera darat cukup sempoi. hampa jagalah pertahanan Negara dan Khasnya bangsa Melayu semoga Allah merahmati perjuangan saudara semua ,sedih Mamak tak dapat berserta.Pc Mamak kena spam e-mail teruk-teruk tapi Mamak pi beli Lap top baru . lap-top baru ini mamak terpaksa pasang Anti Missile yang baru dan canggih!!!.Tak apa yang buat itu pengecut!!.Balasan tetap ada..!!.Mamak hanya rugi tak dapat bersama dengan hampa!.mamak memang tunggu atikal perlembagaan 153 daripada moderator,memang dijangka!!!!.pagi nanti mamak tunggu hero pembangkang masuk..memang nak lepaskan geram..Hidup Melayu hanya bersama UMNO itu sajalah peluang yang ada!.Teruskan perjuangan-perjuangan alaf baru ini nescaya Allah akan balas dengan pahla!.Jangan Tanya apa Negara/Bangsa buat untuk kamu tapi Tanyalah Apa yang anda telah buat Untuk Bangsa dan Negara!!!!!Wasalam.Mamak will return!!!.

  19. pemudaumno

    salam mivec

    pada pengamatan penulis…hanya UMNO adalah organisasi yang memperjuangkan dan member penjelasan mengenai ketuanan melayu. tetapi sayang usaha UMNO ini dilihat sebagai satu usaha untuk meraih populariti. Yang lebih menyedihkan apabila ada umat Melayu itu sendiri menolak konsep ketuanan melayu dan ingin digantikan dengan ketuanan rakyat. siapa orang itu tidak perlu dijelaskan kerana sudah disiarkan di dada2 akhbar sejak selepas PRU tempohari.

  20. AbangTuah

    Salam Mamak Haji…kawan turut simpati…Battle Ship Mamak Haji kena attack dengan bandit pemusnah bangsa tu…baguslah Mamak Haji dah order Destroyer yang baru tu…lengkapi dengan Laser Guided Weapon…kasi ajar itu Bandit.

  21. AbangTuah

    “HIDUP MELAYU BERSAMA UMNO ITU SAHAJA PELUANG YANG ADA”.

    Baik punya slogan tu Mamak Haji…bertepatan dengan situasi terkini…dengan slogan tersebut tentu ramai pembaca yang akan naik semangat berjuang semula bersama-sama UMNO.

  22. AbangTuah

    “ME-LAYU MELAYU BERSAMA DAP ITU PESANAN PUSAKA ZAMAN”

    Mamak la ni kena bagi tahu direct aje..liat betul dah tengkorak melayu yang hilang arah dan identiti tu…tak faham-faham bahasa kiasan.

  23. Mamak Penang

    Salam,
    Kenapa UMNO dan apa kena mengena dengan Ketuanan Melayu?.Apakah yang sebenarnya yang dikatakan ‘Ketuanan’itu?Adakah dikatakan tuan itu bermakna seperti yang dipanggil tuan itu bermakna dia Master ? atau orang yang panggil itu hamba (slave)?.Atau dalam Bahasa Inggeris istilah ‘Tuan’itu hanya bermakna ‘Owner’?.Ataupun Makna hanya ‘Hormat’ seperti dalam bahasa kegunaan dalam Angkatan tentera!.Apakah intipati makna ‘tuan’?.Perkataan dalam Bahasa Melayu ini kadangkala peningkan kepala Mamak!.Kekeliruan inilah yang telah berlaku dikalangan bukan Melayu di negara ini tanpa rumusan yang tepat dari awal!.Kelemahan ini telah digunakan oleh parti pembangkang untuk kepentingan mereka untuk meraih undi dalam PR baru-baru ini!.Mamak tertarik dengan penjelasan TDM erti ‘Tuan’ ini dalam blognya bila sentuh mengenai Hindraf!.Tapi sayangnya ia hanya berlaku selepas PR12!.Apa yang Tun kata itu memang tepat ‘Dia umpamakan seorang drebar kereta,walau pun kereta itu bukan kepunyaannya tapi apabila dia bawa kereta itu orang akan kata dia(drebar) tuan punya kereta itu!.Walau pun perkara sebenarnya Tuan punya kereta yang sebenar adalah Boss dia!.Walaupun kita menduduki rumah sewa dan berhak keatas rumah itu dan boleh digelar tuan rumah tetapi kuasa sebenar keatas rumah itu adalah tuan punya rumah yang sebenar!.Cuma kita duduk menyewa dan mengecat rumah,mengubah-suai rumah dengan perbelanjaan sendiri ,rumah itu tak akan jadi rumah milik sendiri!.Dan tak patutlah tuan punya rumah yang sewa itu tuntut rumah itu kononya dia telah membayar sewa berpuluh tahun dan banyak belanjakan wang sendiri untuk rumah itu!.Cuma kita mempunyai satu perjanjian bersewa (tenancy Aggrement) di mana penyewa rumah itu ada haknya dan tuan punya rumah pun ada haknya secara adil.Bila kita bersetuju mengikut perjanjian, aman dan keharmonian akan berlaku dalam diri untuk penyewa dan empunya rumah atau tuan rumah.Dengan tenancy aggrement ini tak boleh lah tuan rumah itu halau sesuka hati yang menyewa!.Inilah dipanggil ‘Sosial Contract’ dalam perlembagaan!.Inilah setiap rakyat kena fahami janganlah yang tuan Melayu ini kata kat bukan Melayu ini hampa pendatang/Immigrant kita Master hampa cuma Slave.Ini akan menyakitkan hati dan lukakan hati mereka.Keharmonian Negara akan runtuh!.Fikirlah kalau anda rasa ‘tuan’ perlu ada kelayakan jadi tuan,ia itu memilki harta,Ilmu pengetahuan dan lain-lain lebih dari kaum lain.Dengan itu mereka akan menghormati Bangsa Melayu tanpa di Minta atau pun berperang!.

    Apa perlu buat untuk menaikan taraf hidup tuan-tuan ini?.Siapa yang nak tolong?.Bantuan ini umpama sebatang jalanraya!.(Ini Mamak punya term lah)Apabila kalau kita bina jalanraya untuk menuju sesuatu destinasi kadangkala ada juga di satu dua tempat jalan itu akan berlubang,pecah dan lain-lain masalah kecil tapi adakah kita perlu ganti jalan itu keseluruhan dengan yang baru!.Tetapi kita akan baiki jalan itu untuk keselesaan untuk perjalan kita.Jalan mamak Maksud itu ialah UMNO kini dalam proses membaiki kerosakan yang telah berlaku untuk keselesaan orang Melayu.Janganlah hampa yang Melayu ambil jalan pintas yang merbahaya seperti Parti PKR. Jalan pintas begini belum tentu selamat kerana baru lagi, perjalan jauh lagi.Wal hal UMNO dah berpuluh tahun dah tuju dan dah pun destinasi dengan tepat dan selamat.Fikirlah sebelum anda ingin mengikuti Jalan Pintas yang belum tentu boleh sampai ke destinasi.DEB ini masih releven dan akan diperbaiki keadaannya. Tak perlu buang, baiki balik!!!Duit kena jimat sikit!!!.Mamak jimat makan hari roti bom saje!!pasai duit habis beli lap-top baru!!!.Akhir sekali mamak harap anak muda tunjukanlah hampalah yang betul-betul dikatakan Tuan…dan harus kaum lain hormat Melayu dengan panggilan Tuan…bukan Enche atau Taukeh!!!.Yang taukeh sebenar adalah orang Melayu!!!.UMNO- Ultimate Malay Nobilility Occupant Party.Tak ada tempat untuk yang malas dan derhaka!!!!
    Kuntakinte hang patut pekena Tongkat Ali. kesian tengok hang celik mata kat pc semalam!.Mamak belanja…!tongkaaaaaaaaat Ali satuuuuuuuu..
    Wasallam. part 1

  24. AbangTuah

    Salam…Mamak Haji…
    Tenang hati kawan melihat Mamak Haji telah kembali berjuang. Destroyer yang baru beli dari Perancis tu melalui orang tengah ke….weapon yang fitted tu mesti hebat.

    Kawan nak cerita masa kawan kecik-kecik dulu, kat kampung kawan ada satu orang tu suka betul ikut jalan short-cut ikut hutan pergi bandar…sedar-sedar suatu hari…kena makan ngan rimau…he..he..(depa tak tahu DAP tu rimau belang yang menyembuyikan kuku)

    Anyway, ulasan yang amat baik dan penuh pandangan bernas.Teruskan Mamak Haji….

  25. Kuntakinte

    Salam, la… ni… mamak duk kata orang tu tentera laut la. udara la darat la… mamak tu apa dia, mai kuntakinte nak gelar mai, mamak spy 007, hebat tu, pasal layak banyak sangat ilmu dan pandangan yang mamak bagi seperti diatas tu ha… banyak graduate boleh dapat ilmu kalau nak siapkan tesis dan assigment. barvo… 007.

    Tongkat ali…… kuntakinte tak pernah try, boleh la kut lepas ni pi cari minum secawan dua.

    Setuju juga slogan abangtuah tu, kunta kinte pun bagi juga kut2 boleh di pertimbangkan oleh sahabat2 dan orang melayu di luar sana “HIDUP MELAYU!!!! KERANA UMNO, HIDUP UMNO!!!! KERANA MELAYU. – huh….. tentu sakit hati puak pelik tu bila depa baca slogan kita abangtuah.

    p/s dalam hidup, hidup , hidup orang melayu selama ini ada juga no..hak.. tak percaya masih hidup.

  26. Mamak Penang

    Salam,
    Saudara kuntakinte dan Abang tuah memang hebat boleh karang buku; dah lengoh mata mamak nak baca …dah 3x mamak baca komen engkau orang…seronok juga dapat kawan-kawan seperti hampa dan mok serta sekupangduas yang kita boleh share pendapat!!!.Mamak harap blog ini akan jadi satu juta dalam dua tiga bulan ini!!!.
    Kuntakinta memang betul ..hidup Umno hidup Melayu kerana umno adalah roh orang-orang Melayu tanpa roh tak guna jasad!.Walau pun kadangkala ada yang terguris dan merajuk dengan Umno tapi mereka masih cinta dan kasihkan umno!.mereka marah bukanlah benci tetapi mereka akan sayang lebih jika mereka mengetahui apa kah inti pati Umno itu sendiri..orang-orang muda sebenarnya bukan tak sayang sebenarnya mereka tak kenal Umno dan maka tak kenak tak cinta.Mereka cuma fikir Umno ini untuk tua-tua bangka macam mamak ini hah!.Orang muda sekarang orang milinium yang mana sangat bergantung pada yang canggih.Hang tengok handphone depa pakai je dah!memang depa tukar yang baru kalau yang keluar baru walaupun tak berapa tahu functionnya dan juga apakah pembaharuan(future) itu sesuai untuk mereka kelak!.Inilah dikatakan Zaman milinium.Dulu kita cuma syok dengan Mini kompo kalau nak dengar musik tapi mereka kini cuma pakai Mp4 atau pun blue tooth saja lagi hebat soundnya!!!.dengan ini mamak masih ingat cadangan kuntakinte tentang orang muda perlu diberi peluang yang lebih luas dalam pemuda untuk menguruskan sayap pemuda Umno.Memang tepat pendapatnya. kalau dah umur 40 itu tak payah lah duduk kat pemuda lagi!!.Bukan apa; yang umur macam itu tak terkejar pemuda-pemuda yang milinium ini!.Hari ini ramai customer mamak pelik tengok mamak nasi kandar pakai lap-top.Anak mamak pun pelik!!!.Kadangkala kita yang tua ini nak tukar kepada milinium baru ini memang janggal sekali!.
    Mamak fikir ini lah yang menyebabkan pemuda-pemudi Melayu kecewa dengan Umno!.jiwa mereka revival sikit (jiwa berontak) pasai itu depa lari kat parti yang revival Umno!!!.Ini cuma pandangan mamak yang tua tapi mamak fikir Mok dan kunta kinte lebih memahami.Blog seperti ini amat sesuai dalam berintraksi dengan golongan muda tapi perlu ada revival sikit macam abang tuah beri komen walau pun kasak sikit tapi itu adalah penulisan jenis revival yang orang muda milinium akan tertarik!!!!jadi mamak harap moderator faham maksud mamak!!!.
    satu lagi Mamak megah RMAD telah berjaya menunjukkan prestasi yang terbaik di Buckingham Palace di London.Seronok mamak tengok depa di tv3 tadi!.Ia seperti orang barat mula dah yakin dengan tentera yang muslim yang pertama kali telah dijemput oleh negara itu dari kalangan negara Islam.Ini satu pencapaian patut dimegahi oleh semua rakyat khasnya oleh Bangsa Melayu.RTM perlu menunjukan iniasitif sikit untuk menayangkan rancangan ini kepada umum.Mamak ucapkan syabas tahniah kepada pasukan RMAD Malaysia!!!!!Wasallam.

  27. Nenek moyang kaya raya..
    tergadai seluruh harta benda..
    akibat sengketa…
    sesama lah kita…
    bumi dipijak …
    milik orang..
    Bersatulah kita semua wahai org melayu tak kira pas,umno,pkr…

  28. AbangTuah

    Syabas Jebat ni lah konsep terpuji, konsep Melayu Baru…hidup Jebat..

  29. Lexus

    ha,kita patut contoh macam abang jebat.politik is politik,tapi kita janganlah sampai berpecah belah.bagi pengikut umno,kalau boleh kaji la semula konsep yang diperjuangkan oleh umno.dah x relevan lagi dah.umno memperjuangkan mempertahankan hak melayu dan juga membela nasib orang melayu.YA,memang konsep itu adalah murni dari segi zahirnya.tapi dari segi batinnya,tu sume halusinansi sahaja untuk mengaburi pandangan kita sebagai rakyat.memang pemimpin2 umno ini membela nasib orang melayu.tapi itu semua pada zaman Tun Abdul Rahman serta 3 orang penggantinya selepas itu.tapi selepas Tun Dr.Mahathir dan Pak Lah mengambil alih tampuk pemerintaha,dah tak ade dah semua tu.cuba saudara2 tanya pada Tun Dr.Mahathir dan Pak Lah,siapa orang melayu yang dibantu dan dibela nasibnya???jawapannya,cukup mudah.orang melayu yang dibantunnya itu adalah kuncu2,serta orang atasan sahaja.tapi kita sebagai rakyat,apa yang kita dapat??yang kita dapat hanyalah,peningkatan harga minyak dan barangan lain.macam mana kita nak bagi makan pada anak2 kita?kalau bagi keluarga yang berada,memang mereka hanya pandang sebelah mata sahaja mengenai kenaikan harga minyak ini,tapi bagaimana pula bagi rakyat yang miskin yang tinggal di kawasan pedalaman dan juga estet?dimanakah janji pemimpin umno untuk membela nasib orang2 melayu?kasihanilah rakyat..

  30. AbangTuah

    Lexus…terima kasih diatas pandangan yang baik awak..
    Minta laluan bagi pihak kawan pula mengutarakan pandangan

    Semasa era arwah Tunku, Tun Razak, dan Tun Hussein adalah zaman muda kemerdekaan. Rakyat ketika itu rata-rata daif dan miskin…makan pun miss..Semasa era tersebut taraf hidup rakyat, ekonomi rakyat, pendidikan rakyat dan segala keperluan asas rakyat menjadi keutamaan negara sejajar juga dengan rancangan dan dasar-dasar malaysia yang digubal ketika itu. Kerajaan bertungkus lumus bagi memastikan jumlah rakyat yang miskin, daif dan buta huruf dapat dikawal dan dikurangkan. Dengan usaha dinamik kerajaan ketika itu kadar penurunan peratusan kemiskinan amat ketara. Ini dapat dibuktikan melalui bancian seluruh negara ketika itu dan dari kajian tersebut telah menunjukan bahawa peningkatan kadar pendapatan berkapita rakyat Malaysia telah meningkat secara memuaskan.

    Semasa era pemerintahan TDM dan DSAB kebanyakan keperluan asas untuk rakyat telah dapat disediakan dan kebanyakan masalah rakyat telah dapat diatasi. Semasa era ini pemimpin2 merancang dan mengubal pula dasar-dasar dan polisi bagi membangunkan lagi negara agar menjadi lebih pesat membangun dan maju dengan harapan dapat melahirkan lebih ramai rakyat yang berjaya dan mewah. Dengan perancangan yang rapi dan usaha yang berterusan ini..berpuluh-ribu usahawan telah dapat didik dan dihasilkan..dan berjuta lagi rakyat dapat menikmati perkerjaan atau pendapatan dengan gaji yang agak memuaskan. Rakyat Malaysia ketika era ini rata-rata boleh dikatakan mewah dan ini dapat kita lihat dimana rata-rata mereka mempunyai kereta dan rumah sendiri. Keadaan seperti ini tidak dapat dilihat semasa era 25 hingga 30 tahun dahulu. Memang tidak dinafikan masih terdapat segelintir atau peratus kecil sahaja rakyat yang masih miskin atau miskin tegar…tatapi usaha kerajaan masih berterusan bagi mengatasi dan membasmi masalah ini. Rakyat Malaysia ketika ini menikmati kemewahan yang melimpah ruah dan telah menjadi manja dan terlalu boros sehingga tidak mampu lagi dengan sedikit kesusahan….ini termasuk kawan sendiri. Sebagai contoh..mampu guna Kancil beli Wira, mampu guna Wira beli Waja dan mampu guna Waja beli Perdana…memang dah jadi tabiat orang melayu BIAR PAPA KEDANA ASAL BERGAYA….tapi….bila dah tak cukup shuruuu..pun miss, mula salahkan kerajaan…kata gaji rakyat Malaysia rendahlah …cukai tinggilah..dan macam-macam lagi. Yang sebenarnya adalah rakyat Malaysia tidak pandai menguruskan pendapatan dan perbelanjaan mereka sendiri

    Kawan syorkan sesekali semak, baca dan kajilah semua rancangan Malaysia dari yang pertama hingga kesembilan juga segala dasar dan polisi kerajaan tentu awak akan faham…

    Berkaitan dengan kenaikan harga minyak dan barangan makanan utama dunia…kerajaan juga berusaha bagi mengawal dan memantau keadaan ini agar rakyat tidak menjadi terlalu terbeban. Banyak usaha-usaha yang telah dilaksanakan dan akan dilaksanakan kerajaan…contohnya, melalui agihan semula subsidi minyak, peruntukan 4 billion bagi subsidi makanan utama, pelupusan pinjaman petanian, subsidi racun dan baja kepada pesawah, memberikan insentif bagi mengalak hasil tanaman dan perikanan, membenarkan kakitangan kerajaan berkerja sambilan, memudahkan permohonan lesen perniagaan kecil, menaikan kadar biasiswa pelajar agama di Mesir, menanguhkan projek mega yang kurang menguntungkan selain mengutamakan projek mesra rakyat dan banyak lagi yang sedang diusahakan.

    Kawan seronok dapat duit rebat subsidi minyak…boleh cover duit road-tax insuran kereta setahun, dan bagi menunjukan bahawa kawan bukan kufur nikmat kawan ucapkan;

    SETINGGI-TINGGI TERIMA KASIH PADA KERAJAAN MALAYSIA DIATAS KEPERIHATINAN TERHADAP RAKYAT.

    Wasalam….

  31. part -2

    Malaysia as multi-racial country is a country that recognized the existence of foriegn races by giving them privileged and rights as described in the constitution.
    We must proud of this country context of Nation and country is the richness and mixed culture,arts,customs and the way of thinking to name few.The strong foundation of multi-racial society is the elements of TOLERANCE EMPATHY and UNDERSTANDING BETWEEN EACH RACE that lives in one place as a nation.
    more on this assimination must be conducted and administered by the countries political influence and sharing of wealth in the economics activity that would subsequently create harmony and prevent the income disparity among races.

    Sharing of intelligence having diverse culturess and multi- racial community create the norms intelligent sharing.The way thinking and approach towards problem,opportunities and etc.Should be vital elements to learn from each other.One could enhance their knowledge through diverse thinking of the races and would create a sense of self-improvement in every aspect.

    p/s:Any non-malays welcome to comment on Umno!.

  32. mangkukhayun

    Perlembagaan hanyalah satu landasan memperakui ketuanan melayu…

    menghormati ketuan melayu?!!
    orang melayu sendiri tidak menghormatinya.. apatah lagi kaum lain..
    kaum melayu kena menjadi model kepada kaum lain, baru kaum lain hormat..
    tunjukan budaya yang baik, hormat akan datang dengan rela..

  33. apa punya mangkuk…
    yg tak menghormati ketuanan org melayu adalah bapak penghancur bangsa iaitu Mat Jenin yg berangan nak jd PM… Pastu tu mat Jenin ni pulak ada ramai pengikut mangkuk hayun yg x reti nak berpikir main ikut jer…. apa yg diaorg perjuangkan diaorg pun x tahu… Nak kata hapuskan rasuah… mat jenin ni lg kuat bg rasuah… sampai luar negara dia kejar org kerajaan… Nak kata nak tegakkan islam baru PAS kata nak buat Hudud dah kena sergah kat DAP…. so apa agaknya perjuangan magkukhayun yg setia sgt kat mat jenin tu yer???

    Lg satu, lu ni magkuk cakap mcm org2 PAS jer la… main sedap jer mulut… nak suruh org melayu tunjukkan budaya yang baik yer???? kau x ingat ker sejak mat jenin tu dapat skit kuasa berapa banyak perhimpunan haram yg dia anjurkan??? Konsert apa yang dia adakan kalau bukan konsert tayang punggung dulu??? Bangsa apa yg diperbodohkan supaya berkelakuan macam beruk jalanan terkinja2 ramai2 berarak kat jalanraya??? Aku rasa la puak2 ni la yang slalu berdemontrasi dan menunjukkan budaya buruk kat kaum lain…. Jd kau pun dah tau kan so slamat beramal dan insafla wahai umat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s