Terima Kasih Atas Sokongan Anda Semua

Assalamualaikum wbt,

Berkat limpah kurnia dari NYA dan sokongan dari pembaca tidak kira dari parti politik yang berlainan, blog ini telah pun menerima kujungan lebih dari 21,000 pembaca. Bilangan pembaca yang tinggi ini amat memeranjatkan pihak kami di mana pihak kami beranggapan blogger kecil seperti kami ini tidak mampu mencecah puluhan ribu pembaca. Kunjugan lebih 21,000 orang pembaca ini bermula dari posting pertama laman blog ini iaitu pada tanggal 12 Februari 2008 bertajuk Selamat Datang.

Walaupun pilihanraya ke 12 telah berlalu, laman blog ini terus memaparkan isu-isu semasa politik tanah air dari berbagai sumber. Semoga segala isu yang dipostkan dapat meningkat kesedaran diri kita terhadap persekitaran politik negara kita yang sedang melalui jalan yang berliku.

Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca atas sokongan, komen dan kritikan dari anda semua. Diharap laman blog ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Akhir kata, walaupun terdapat perbezaan ideologi politik di antara kita terutamanya bangsa Melayu, satu perkara yang harus kita sepakat iaitu kita harus terus memperjuangkan dan membangunkan agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri di Malaysia. Kekukuhan agama Islam dan orang Melayu dapat menjamin kestabilan negara bagi menghadapi cabaran untuk 50 tahun yang akan datang. Tonggak kekuatan orang Melayu selama ini adalah bertunjangkan semangat Ketuanan Melayu yang telah digunapakai sejak lebih dari 50 tahun dahulu. Justeru itu, semangat ini harus dipertahankan dan perlu diserlahkan supaya generasi muda Melayu dapat memahami tentang semangat Ketuanan Melayu ini.

Sekian Terima Kasih.

Wassalam

Allahuakbar !! Hidup UMNO !! Hidup Melayu !!

Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Jalan Enggang

Bahagian Ampang

Selangor

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Terima Kasih Atas Sokongan Anda Semua

  1. melayu baru

    tahniah….ahli pemuda caw enggang wajar mendapat tempat di bahagian ampang atas usaha yang telah dicurahkan melalui pendekatan blog ini. tidak banyak cawangan pemuda yang menggunakan pendekatan ini sebagai satu platform utk mendekati para pengundi di AMPANG..

    sekalung tahniah…

  2. mok

    Syabas…Teruskan usaha kalian. Dalam kepelbagaian idea dan pandangan, boleh kita kutip yang terbaik sebagai teladan dan yang buruk sebagai sempadan. Kita insan bukanlah sempurna.

  3. Tuan,

    Tahniah di atas kewujudan blog ini. Akhirnya pihak PEMUDA UMNO mengambil langkah bijak dalam mengatur dan menyusun semula strategi memikat hati rakyat. Sepatutnya blog ini sudah lama wujud agar rakyat semua dapat bekongsi pendapat dan memberi komen. Namun demikian, setelah terkena tsunami politik yang agak dahsyat barulah PEMUDA UMNO sedar akan kepentingan blog.

    Bukan itu sahaja, saya agak terkejut serta terfikir kemanakah perginya bijak pandai ICT di dalam PEMUDA UMNO yang sepatutnya sedar akan teknologi mampu mengubah corak pemikiran seseorang. Mungkin sikap ambil mudah serta memandang rendah keupayaan musuh menjadi anda lalai serta limpahan kekayaan yang melemaskan menyebabkan kita tidak sedar bahawa rakyat sudah mula terpengaruh dan akan mengambil langkah drastik terhadap kepimpinan negara setelah membaca blog-blog daripada pembangkang.

    Rasanya tidak manis untuk mengatakan nasi sudah menjadi bubur kerana anda boleh lagi berusaha untuk membetulkan keadaan dalam politik Malaysia atau setidak-tidaknya memikat semula hati rakyat yang telah dingin dengan UMNO.

    Tidak lupa juga selain blog, SMS juga salah satu cara yang cepat dalam menyebarkan sesuatu perkara. Tidak seperti blog ia hanya boleh dilayari jika seseorang itu mempunyai akses internet serta sudah tentu komputer atau sebuah telefon bimbit yang akses internet. Hal ini juga telah lama disedari oleh pembangkang lalu mengambil langkah segera dengan menghantar SMS kepada pihak sasaran mereka seperti warga muda supaya memilih mereka di dalam pilihanraya. Ini adalah salah satu sikap yang bijak kerana ia dapat mendekat mereka dengan pihak sasaran mereka serta membuka mata pengundi dengan berfikir bahawa pihak pembangkang lagi maju dalam menggunakan teknologi untuk mempengaruhi mereka. Kerana para pengundi tahu pihak pembangkang mempunyai dana dan yang akses yang terhad tetapi masih lagi mampu mengeluarkan duit untuk menghantarkan SMS kepada mereka. Bijak memang bijak.

    Oleh itu, anda iaitu PEMUDA UMNO yang menpunyai dana serta akses yang tanpa had sepatutnya sedar semua ini. Nasihat saya ialah gunakan apa yang ada jika anda betul-betul ingin menawan hati rakyat tetapi jangan sampai tahap membazir pula.

    PRO NET ENTERPRISE
    menyediakan perkhidmatan SMS blasting ke lebih 55,000 nombor telefon bimbit dalam masa 1 saat.
    sesuai untuk tujuan mempromosikan syarikat, barangan, servis, restoran atau DIRI SENDIRI

    http://pronetsms.blogspot.com
    +6012 963 5827

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s