Janji manismu

blog ini menerima email dari seorang pembaca yang meminta kiriman(pantun) beliau dipaparkan di laman blog ini. pihak blog bersetuju untuk memaparkan kiriman beliau.

“Dulu kata air percuma diberi

Janji April ditukar ke Jun nanti

Jangan janji hanya tinggal  janji

Sebab keutamaan diberi kepada babi…”

nota: Kerajaan negeri Selangor pada mulanya berkata pemberian air percuma sebanyak 20liter bagi setiap rumah yang menggunakan meter air akan diberikan mulai bulan April ini. Walaubagaimanapun, baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan bahawa pemberian air percuma ini hanya akan dilaksanakan pada bulan Jun nanti. Semalam pihak Syabas memaklumkan bahawa cadangan pemberian air percuma ini masih lagi di dalam pertimbangan.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 responses to “Janji manismu

  1. Tolong sampaikan salam saya pada TOYO
    http://www.raksasabn.blogspot.com

    Sungguh lantang suara bacul Dr. Khir melaungkan salakan supaya peralihan kuasa segera dilakukan.Mungkin ada yang tersedak ketika ini apabila bekas MB Selangor ini mula berani berkata sesuatu mengenai korupsi, nepotisme dan membuat analisis senario politik semasa.
    Namun, meskipun untuk menyuarakan sesuatu itu hak beliau tetapi perlulah diingatkan agar mencermin dahulu diri sendiri sebelum membuka pekung orang lain.

    Penulis tidak mahu memperkatakan tentang pandangan lelaki ‘botox’ ini, tetapi apa yang penulis ingin bangkitkan adalah pendirian Dr. Khir sendiri terhadap perjuangan yang di laungkannya selama ini. Mungkin tidak ramai yang tahu atau mungkin ramai yang sedia tahu (tapi pura-pura tak tahu) bahawa bekas doctor gigi ini dahulu seorang peniaga..

    Bukanlah beliau ini peniaga karpet atau ‘bisnesman’ yang punya syarikat besar, tetapi pernah jugalah terlibat dengan perniagaan ‘atas angin’. Sewaktu beliau masih memegang jawatan dalam kabinet dan menjadi Menteri Besar Selangor, beliau adalah pemimpin yang betul-betul ‘putar alam’.
    Jika kita sangkakan Anwar Ibrahim si kaki belit, rupa-rupanya Khir Toyo pun pembelit.

    Ceritanya begini, suatu ketika dahulu kerajaan negeri Selangor telah menawarkan penjualan tanah kepada rakyat Selangor dengan harga yang ditetapkan sebanyak RM10 kaki persegi,(mungkin mahal sangat) maka Khir Toyo sendiri yang telah membeli tanah tersebut. Apa yang memeranjatkan ialah beliau membeli tanah tersebut dengan harga yang begitu murah.Menurut sumber penulis, Khir Toyo telah membeli tanah tersebut dengan harga RM 2 untuk setiap kaki persegi.

    Bayangkanlah betapa murahnya dari harga yang ditawarkan oleh kerajaan negeri kepada bekas MB ini. Mungkin kita boleh kata ianya rezeki Khir Toyo dapat harga murah, tetapi apa yang dikatakan pembelit tahap cipan si doktor gigi ini ialah tanah yang dibelinya itu kemudiannya telah dijual kembali kepada seorang pembeli cina dengan harga lebih dari RM 10. Bayangkanlah betapa untungnya Khir Toyo dengan hasil penjualan tanah tersebut kepada lelaki cina itu. Lebih menakjubkan lagi, kerajaan negeri yang waktu itu dibawah kuasa lelaki ‘botox’ ini telah membeli kembali tanah tersebut daripada lelaki cina terbabit.

    Ini bermakna tanah tersebut tidak kemana-mana, kembali ke tangan kerajaan negeri sebab perniagaan olok-olok Khir Toyo yang menguntungkan ini. Sudah tentu apabila kerajaan negeri membeli kembali tanah itu, dengan harga yang berbeza. Jika penulis jual tanah pun, tentu penulis ‘up’ lagi harga yang penulis beli. Jadi, kesimpulannya disini siapa yang rugi? Fikirkanlah berapa kos dikeluarkan oleh kerajaan negeri pimpinan Khir Toyo ini untuk membeli kembali tanah tersebut? Siapa punya rancangan? Siapakah yang menjadi ‘master mind’ dalam permainan jual-beli tanah ini?

    Secara jelas, kerajaan negeri jual tanah-Khir Toyo beli dan jual pula kepada orang cina- orang cina terbabit pula jual balik kepada kerajaan negeri.Tidakkah lucu? Sekarang ini, timbul pula isu babi.Bermacam-macam bantahan kita lihat dari banyak pihak.Termasuklah ‘si botox’ ini.Akhbar tempatan melaporkan:- Sebuah syarikat bumiputera turut terlibat dalam projek penternakan babi di Selangor yang menimbulkan kontroversi minggu lepas dan seorang wakil rakyat Umno berada “di belakang” projek tersebut, kata seorang pemimpin MCA.

    Syarikat tersebut, yang terlibat dalam satu projek usahasama, bercadang menggunakan wang – dilaporkan menelan belanja RM100 juta – daripada dana program alam sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Menteri besar Selangor waktu itu Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo sendiri telah meluluskan projek pemindahan 132 ladang babi ke projek seluas 460 hektar itu, kata Dr Lee, melalui dua ahli exco kerajaan negeri Datuk Ch’ng Toh Eng dan Datuk Tang See Hang pada awal tahun lepas. Tentu kita terperanjat dengan pendedahan berani dan drastik dari ahli BN sendiri apabila membuat kenyataan tersebut.

    Waktu itu terbayang dibenak penulis betapa panasnya punggung Khir dan kroni-kroninya bila keluarnya kenyataan dari Dr. Lee. Mungkin niat Dr.Lee itu baik kerana ingin menutup mulut orang yang ‘kencing haprak’, putar belit dan tidak habis-habis membuat kritikan kepada kerajaan Selangor sekarang..Bahkan, Ketua biro MCA itu juga kesal kerana Karim, yang juga bekas setiausaha politik Dr Mohamad Khir, dan ketua kampung itu Mohamad Tarmudi Tushiran sanggup membantah projek tersebut semata-mata kerana kepentingan politik peribadi.

    Walhal selama ini, Khir Toyo dan kroni-kroninya itulah yang begitu teruja dengan projek pemodenan lading babi terbabit.Apatah lagi ianya di luluskan sendiri oleh Khir Toyo sendiri? Siapalah kita untuk melawan cakap Menteri Besar…”ini negeri kuasa dia maaa…” Arakian isu Babi menjadi ‘front page’ media arus perdana, Khir Toyo pula sudah berpeluh-peluh maka keluarlah pula kenyataan darinya.Ini kita boleh lihat sendiri melalui Blog Khir Toyo sendiri.

    Antara petikan beliau:- “Pertamanya, saya tidak pernah membantah projek memodenkan kaedah penternakan atau perladangan babi. Sebab itu, kerajaan Selangor semasa saya lagi sudah mengkaji dan melihat kaedah-kaedah perladangan babi di negara luar termasuk di Thailand dan Jerman. Memang benar kita bersetuju tentang pemodenan ladang babi memandangkan ladang dalam bentuk sekarang amat mencemar alam sekitar.”“Yang dibantah ialah kenyataan untuk menjadikan Selangor sebagai pengeskpot babi dan saiz ladang yang dikatakan melebihi keperluan domestik.

    Bagi saya penternakan babi hendaklah untuk keperluan domestik sahaja.” Ikhlas ke apa yang dikatakan itu? Sudah-sudahlah Dr Khir, anda cuba memanipulasikan fakta.

    Sebenarnya,kerajaan selangor kini mengikuti langkah Hong Kong dalam menjaga alam sekitar dengan lebih baik dan menguruskan ladang babi dengan lebih efisyen disamping memilih tempat yang strategik.Sudah banyak pencemaran berlaku sebelum ini kerana tidak wujud satu mekanisme khusus untuk menjaga lading-ladang babi ini.

    Tetapi Khir membalas dalam Blog beliau:- “Tujuan kerajaan di bawah pimpinan saya ketika itu ialah untuk mengurangkan jumlah penternakan babi daripada mengeksport ke negeri lain dan negara luar kepada sekadar keperluan domestik Selangor sahaja.” Usah putar-belit lagi Dato’ Seri Khir… Memang isu ini sensitif, tapi takkan hanya sensitif pada keharaman makan babi untuk orang islam sahaja, bagaimana pula dengan keharaman makan rasuah di kalangan islam?

    Yang bab ini, pandai pula senyap!Mana ada ‘statement’ kata nak buat sampai jadi pengeksport, tapi hanya domestik Mufti Perlis sendiri cakap tidak salah kalau projek untuk memelihara kualiti alam sekitar dan cegah penyakit, tetapi salah kalau sampai niat hendak pergiatkan industri babi.

    Fikir-fikirkanlah…

  2. Panglima Perang

    ok lah tu..paling kurang ada jugak janji dapat 20 liter air percuma..cuma lambat skit..kerajaan dulu dikatakan yang terkaya di malaysia tapi satu titik pun haram!!!!! air kopi sungai klang dan gombak ada laaaa…mahukan perubahan

  3. mok

    Fakta :
    Bidang penternakan di Malaysia berlaku dualisme. Maksudnya yang maju terlalu maju, yang mundur begitu mundur. Ternakan babi dan ayam di Malaysia telah mencapai tahap mampu diri yakni cukup bekalan untuk rakyat malahan kita berpotensi (jika mahu) menjadi pengeksport babi di Asia Pasifik.
    Rasional :
    Taukeh babi kaya raya sebab ternakan ini mudah membiak (3 x 11 ekor setahun) dan boleh mendapat pasaran tetap domestik dan jika diizinkan boleh eksport ke metropolitan cina seperti Taiwan, Hong Kong, China dan Singapura yang ramai penggemar babi (jika diizinkanla, tapi Singapura dah stop import babi Malaysia semenjak kes JE dulu). Mereka pasti sanggup membayar dengan harga tinggi. Ironisnya, negara tersebut tidak ingin membela babi kerana sedar akan risiko penyakit dan kerajaan mereka lebih prihatin menjaga keselesaan rakyatnya agar tidak dicemari bau busuk dan sumber air tercemar menjadi hitam kotor (agaknya, air begini yang nak diberi percuma). Mereka lebih rela menjadi pengimport (dari Thailand) dan memperkudakan rakyat negara pengeluar untuk menjadi galang ganti penanggung risiko. Tauke babi pasti kaya.
    Persoalan :
    Dikatakan teknologi dari Jerman yang nak diperkenalkan itu sangat canggih sehingga tiada bau, tiada pencemaran dan baik serba-serbinya la. Kalau begitu, mengapa bodoh benar Kerajaan di Metropolitan-Metropolitan cina tadi, sekadar menjadi penonton. Buatla satu di negara masing-masing, tak payah nak mengimport lagi dah.. Takkan tak mampu kot ? Mustahil.
    Fakta :
    Berbalik kepada dualisme tadi, ternakan kambing dan lembu di Malaysia, tidak sehebat babi. Kita belum mencapai tahap mampu diri. Jauh sekali mengeksport, malah kita adalah pengimport yang besar khususnya dari negara India. Kambing dan lembu ini dimakan oleh semua terutamanya melayu la kan.
    Persoalan :
    Cuba kita cadang pada taukeh babi, supaya tukar kepada ternakan lembu atau kambing, agaknya mereka setuju tak ? No way man ! Lembu beranak seekor sahaja setiap kali dan sepanjang hayat cuma menghasilkan 6 ekor anak. Kalau guna bioteknologi buat teknik pemindahan embrio pun, bolehlah pindah 6 embrio sekali gus untuk dapat 6 ekor anak lembu tetapi kena sediakan 6 ekor ibu tumpangan. Babi ? Fuhh… berganda-ganda lemon, macam anak tikus beb.
    Kesimpulan :
    Kerajaan lama hanya buat cadangan, itupun pada skala kecil. Yang kerajaan baru bermati-matian luluskan dengan skala besar kenapa ? Batalkan la, kalau betul-betul tak suka cadangan tu, jadilah pengimport! Ooo.. MB Selangor kan tokoh korporat, EXCO Pertanian Kerajaan Selangor pula pakar Pertanian dan Pembentang kertas cadangan babi, Teresa orang kuat DAP. Masa meluluskan agaknya deorang dah congak keuntungan yang bakal diperoleh. Aku tak dapat agak, apa dalam kepala deorang. Mungkin sambil senyum2 baca komen orang melayu, dia kata : Elehh.. melayu mudah lupa. Takpa.. takpa.. kita on juga projek ni, pekakkan telinga dan bertahan kejap. Nanti setelah dapat untung besar, duit babi tu kita labur balik kepada rakyat, buat baik-baik punya.. untuk menunjukkan betapa prihatinnya kerajaan ini. Mungkin juga tidak, entahlah…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s