Tema bagi bajet 2009 adalah meningkatkan daya tahan bagi pertumbuhan mapan dan perkongsian kemakmuran. Perbentangan bajet ini akan dibuat pada 29 Ogos 2008 di Parlimen. Adalah diharapkan agar bajet 2009 ini lebih mesra rakyat di mana beban kewangan yang ditanggung rakyat seperti kenaikan harga minyak dunia dan kenaikan harga barang makan menjadi tumpuan utama bajet 2009.