Malaysiakini mohon maaf kepada Khairy

Laman web berita Malaysiakini memohon maaf kepada Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan berita yang tidak benar berhubung dengan kemenangan Khairy pada pilihan raya umum yang lalu bagi Parlimen Rembau.

Berdasarkan surat penjelasan yang dihantar oleh Khairy kepada Malaysiakini dan tuntutan permohonan maaf di atas laporan yang tidak benar itu, Malaysiakini melalui Nota Editornya memohon maaf kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam berita yang dilaporkan sebelum ini.

“Pada malam pilihan raya, kami dimaklumkan oleh calon PKR Badrul Hisham Shaharin bahwa dia diberitahu oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya bahawa akan ada kiraan semula dibuat.

“Berita kami adalah bersandarkan maklumat itu. Bagaimanapun akhirnya kami mendapat maklumat bahawa tidak ada kiraan semula dibuat. Dengan itu kami memohon maaf kepada Khairy Jamaluddin kerana menyiarkan dakwaan tersebut dalam laporan kami sebelum ini,” demikian bunyi permohonan maaf yang dibuat oleh Malaysiakini.

Berdasarkan laporan Malaysiakini berhubung dengan isu itu, Malaysia kini melaporkan bahawa keputusan pilihan raya bagi Parlimen Rembau menimbulkan kontroversi kerana selepas kiraan pertama Khairy kalah sebanyak 800 undi.

Bagaimanapun Khairy telah meminta kiraan semula dan hasilnya beliau diisytihar sebagai pemenang dengan majoriti 5,726.

Berdasarkan laporan itu, Khairy menghantar surat penjelasan dan tuntutan permohonan maaf kepada Malaysiakini.

Menurut Khairy, pada hakikatnya tidak ada kiraan semula yang dibuat bagi parlimen Rembau.

Malah katanya, pada malam 8 Mac di pusat penjumlahan undi, beliau hadir di situ dan tidak ada kiraan undi semula dibuat malah calon PKR, Badrul Hisham tidak kelihatan di pusat penjumlahan undi tersebut.

Khairy berkata, dakwaan tersebut bukan sahaja tidak tepat tetapi diulang dalam berita yang disiarkan pada 11 dan 18 April oleh Malaysiakini.

“Laporan yang disiarkan adalah tidak bertanggungjawab dan nakal.

“Dengan itu, adalah adil untuk kepentingan umum khususnya para pengundi di Rembau, Malaysiakini hendaklah menarik balik dakwaannya itu dan menyiarkan pembetulan dengan disertakan permohonan maaf,” ujar Khairy. – SUMBER AGENDADAILY

nota: tindakan media alternatif seperti malaysiakini yang kebanyakan berita diterbit tanpa usul periksa akhirnya mengundang padah. Tindakan mereka yang menyiarkan bulat-bulat berita sumber dari calon PKR Badrul Hisham Shaharin adalah sesuatu yang tidak profesional dan berat sebelah. Diharap media-media alternatif pada masa hadapan dapat membuat ‘due diligence’ yang lebih komprehensif sebelum menerbitkan sesuatu berita. Ini kerana sebagai salah satu sumber maklumat alternatif, maklumat yang diterbitkan mestilah sahih dan tidak berat sebelah.

5 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

5 responses to “Malaysiakini mohon maaf kepada Khairy

  1. sri

    Khairy bila pulak nak mohon maaf pada rakyat?

  2. saya ingin memberi komen tentang kemenangan khairy ,banyak desas desus mengatakan yang khairy menang melalui undi pos yang di topup untuk nya, ini yang menyebabkan banyak kawasan mengalami kekalahan seterusnya membawa kepada kekalahan BN..entah betul ke tidak.
    Disini juga saya melahirkan rasa terkilan terhadap kekalahan BN jelas menampak kan Orang Melayu tidak bersatu.Apapun yang terjadi ketuanan Melayu Perlu di Jaga.

  3. Jeff

    Saya hairanlah asyik2 nak jaga ketuanan melayu je…habis tu bumiputra yg lain tu macamana?Seharusnya UMNO jgn berpolitik untuk melayu saja…Melayu kat malaysia ni ade berapa juta?yg non melayu ada berapa juta?

  4. AbangTuah

    Mr Jeff, ketuanan melayu adalah hanya bersifat ‘Sovereignty’ iaitu yang dikaitkan dengan asalmula kesultanan Melayu..sebab bangsa melayu amat setia kepada raja dan mahu terus mengekalkan sistem Raja Berpelembagaan iaitu ketuanan RAJA,itu sahaja.
    Mr Jeff…siapa lagi nak jaga kepentingan orang melayu…UMNO lah. MCA jaga kepentingan bangsa Cina dan MIC bangsa India. Apabila mereka membentuk kerajaan mereka akan menjaga kepentingan ‘BANGSA MALAYSIA’ keatas isu-isu yang bersifat nasional. Sekiranya sesuatu perkara atau isu dari sesuatu bangsa yang bersifat etnik,budaya dan agama perlu diketengahkan maka parti yang mewakili bangsa masing-masing akan membawanya kepengetahuan kerajaan, iaitu BN untuk diselesaikan. Rasanya itulah yang terbaik untuk negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama ini. Pakatan DAP-PKR pun begitu juga, sebagai contoh di Pulau Pinang TKM 1 dan TKM 2 yang dipilih dari etnik berlainan disamping bertanggungjawab menjaga semua bangsa secara tak langsung akan bertanggungjawab juga mewakili bangsa masing-masing mengetengahkan isu-isu berkaitan etnik, budaya dan agama masing-masing manakala KM akan mewakili kepentingan semua bangsa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

<span>%d</span> bloggers like this: