Monthly Archives: April 2008

UMNO mesti kembali jadi ‘parti kampung’

KEPALA BATAS 20 April – UMNO mesti mengikis imej ‘parti eksekutif’ yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi ‘parti kampung’ dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.

Selain itu, pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati.

Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat.

“Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah isu-isu semasa anjuran Biro Latihan UMNO Bahagian Kepala Batas di Wisma UMNO di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pinang Tunggal, Datuk Roslan Saidin.

Hashim berkata, ‘parti kampung’ bukan bermaksud UMNO perlu mundur semula ke belakang tetapi mengukuhkan pendekatan yang lebih mesra rakyat dengan sering turun padang dalam menyelami masalah masyarakat.

Para pemimpin juga, katanya, hendaklah merapatkan jurang antara mereka dengan orang bawahan dan sentiasa bersedia untuk meluangkan masa bertemu dengan rakyat.

“Janganlah ada orang kata hendak jumpa pemimpin pun susah, selalu sangat sibuk, pemimpin kena sedar bahawa mereka adalah tempat rakyat untuk mengadu dan bergantung harap, jadi (hubungan) itu perlu dijaga,” jelasnya. sumber – Utusan Malaysia

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai Laman Web/Blog UMNO

Nasional :

UMNO Malaysia
Wanita UMNO Malaysia (Web)
Pemuda UMNO Malaysia
Puteri UMNO Malaysia
Putera UMNO Malaysia
Biro Agama UMNO Malaysia
UMNO TV

Johor :

UMNO Bahagian Gelang Patah
UMNO Bahagian Johor Bahru
UMNO Bahagian Pulai
UMNO Bahagian Sri Gading
Pemuda UMNO Bahagian Batu Pahat
Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru
Pemuda UMNO Bahagian Tebrau
UMNO Cawangan Danga, Pulai
UMNO Cawangan Jalan Sawi, Tenggara
UMNO Cawangan Kampung Merdeka
UMNO Cawangan Ulu Choh, Gelang Patah

Kedah :

UMNO Bahagian Kulim Bandar Baharu
UMNO Bahagian Langkawi
UMNO Bahagian Sik
Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu

Kelantan :

UMNO Bahagian Jeli
UMNO Cawangan Kampung Tong, Pasir Mas

Kuala Lumpur :

Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
UMNO Bahagian Batu
Puteri UMNO Bahagian Lembah Pantai

Melaka :

Badan Perhubungan UMNO Negeri Melaka
UMNO Cawangan Ayer Keroh, Bukit Katil
Pemuda UMNO Cawangan Kemus, Alor Gajah

Negeri Sembilan :

Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan
UMNO Cawangan Taman Bukit Kepayang, Rasah
UMNO Cawangan Taman Paroi Jaya, Seremban

Pahang :

Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang
UMNO Bahagian Kuantan
UMNO Cawangan Gambang, Paya Besar
Pemuda UMNO Cawangan Rumah Pangsa Alor Akar, Kuantan

Pulau Pinang :

UMNO Bahagian Kepala Batas
Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas
UMNO Cawangan Taman Sri Tunas, Bayan Baru

Perak :

UMNO Bahagian Gerik
Pemuda UMNO Bahagian Ipoh Barat
UMNO Bahagian Taiping
UMNO Bahagian Parit
UMNO Bahagian Sungai Siput
Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang
Puteri UMNO Bahagian Gopeng
UMNO Cawangan Bandaran Gerik, Gerik
UMNO Cawangan Taman Pertama, Ipoh Barat

Perlis :

Sabah :

UMNO Bahagian Beaufort

Sarawak :

Selangor :

Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor
UMNO Bahagian Hulu Selangor
UMNO Bahagian Shah Alam
UMNO Bahagian Subang
Pemuda UMNO Bahagian Kota Raja
Pemuda UMNO Bahagian Subang
Puteri UMNO Bahagian Gombak
Puteri UMNO Bahagian Hulu Selangor
Puteri UMNO Bahagian Serdang
UMNO Cawangan Bukit Changgang, Kuala Langat
UMNO Cawangan Desa Jaya, Subang
UMNO Cawangan Gombak Jaya, Gombak
UMNO Cawangan SS2 Utara Pusat Bandar, PJ Utara
UMNO Cawangan Taman Muhibah, Batang Berjuntai
Pemuda Umno Cawangan Jalan Enggang, Ampang
Puteri UMNO Cawangan Seri USJ 4, Kelana Jaya

Terengganu :

Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu
UMNO Bahagian Besut
UMNO Bahagian Kuala Terengganu
Pemuda UMNO Bahagian Besut
UMNO Cawangan Beladau Kolam, Kuala Terengganu

Lain-lain :

Ketua Wanita UMNO Malaysia
Ketua UMNO Bahagian Sipitang – Datuk Sapawi Hj. Ahmad
Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang
UMNO Pulai TV
Kelab UMNO Luar Negara
Kelab Penyokong Maya UMNO
Kumpulan Menyokong UMNO
Laman Pejuang Siber UMNO

nota: Terima kasih diucapkan kepada laman web UMNO Cawangan Desa Jaya kerana menyediakan senarai di atas.

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sekitar berita mengenai pemilihan parti

“Hishammuddin timbang bertanding Naib Presiden”

SINGAPURA 21 April – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein akan mempertimbangkan untuk bertanding jawatan Naib Pre siden pada pemilihan UMNO Disember ini jika mendapat pencalonan daripada peringkat bahagian.

Menteri Pelajaran itu berkata, beliau tidak menghalang mana-mana bahagian mencalonkannya bertanding jawa tan tersebut dan pertimbangan mengenainya akan dibuat apabila tiba masanya kelak.

“Memang saya tidak halang sesiapa mencalonkan bukan sahaja untuk diri saya, tetapi kepada sesiapa sahaja kerana seperti saya sebutkan tadi landskap politik yang baru menuntut kita mendengar kehendak akar umbi.

“Akar umbi pula, jangan menyalahkan pucuk pimpinan jika ia datang daripada sanubari mereka sendiri,” kata nya.

Beliau yang juga Presiden Pertubuhan Menteri Pendidi kan Asia Tenggara (SEAMEO) berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Pengajaran Bahasa di Dunia Pelbagai Bahasa: Cabaran dan Peluang anjuran SEAMEO di Pusat Bahasa Serantau di sini hari ini.

Pada 3 April lalu, Hishammuddin mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandangnya sejak sedekad lalu pada pemilihan parti Disember ini bagi memberi laluan kepada muka baru. sumber – Utusan

nota: Sekiranya Datuk Seri Hishamuddin menerima pencalonan dan terpilih sebagai Naib Presiden UMNO, diharapkan kecemerlangan Datuk memimpin pergerakan pemuda dapat diteruskan oleh ketua pemuda yang akan dipilih disember nanti.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Senarai 29 Ahli Parlimen

berikut adalah senarai 29 orang Ahli Parlimen yang gagal untuk mengemukakan soalan bagi persidangan Parlimen yang dijadualkan ada 28 April 2008. Untuk pengetahuan semua, semua ahli parlimen dikehendaki untuk mengemukakan soalan bagi persidangan sekurang-kurang 21 hari sebelum parlimen bersidang.

Ahli-ahli parlimen yang terlibat ialah:

1. Abd. Rahman bin Bakri – Sabak Bernam – BN
2. Datuk Haji Wahab bin Haji Dolah – Igan – BN
3. Dato’ Dr Abdullah bin Md Zin – Besut – BN
4. Ahmad Lai bin Bujang – Sibuti – BN
5. Datuk Anifah bin Aman @ Haniff Amman – Kimanis – BN
6. Abit Joo Hulu – Rajang – BN
7. Ding Kuong Hiing – Sarikei – BN
8. Datuk Seri Dr Jamaluddin bin Mohd Jarjis – Rompin – BN
9. Dato’ Dr James Dawos Mamit – Mambong – BN
10. Dato’ Seri Mohd Radzi bin Sheikh Ahmad – Kangar – BN
11. Dato’ Sri Muhammad Leo Michael Toyad Abdullah – Mukah – BN
12. Dato’ Seri Rafidah binti Aziz – Kuala Kangsar – BN
13. Datuk Dr Tekhee @ Tiki Anak Lafe Mas – Gading – BN
14. William @ Nyallau Anak Badak Lubok – Antu – BN
15. Datuk Haji Yusoff Bin Mahal – Labuan – BN
16. Charles Anthony a/l R Santiago – Klang – DAP
17. Er Teck Hwa – Bakri – DAP
18. Hiew King Cheu – Kota Kinabalu – DAP
19. John a/l Fernandez – Seremban – DAP
20. Prof Dr P Ramasamy a/l Palanisamy – Batu Kawan – DAP
21. Abdullah Sani bin Abdul Hamid – Kuala Langat – PKR
22. Haji Ahmad Kassim – Kuala Kedah – PKR
23. Chua Tian Chang – Batu – PKR
24. Gobalakrishnan a/l Nagapan – Padang Serai – PKR
25. Dato’ Kamarul Baharin Abbas – Telok Kemang – PKR
26. Manikavasagam A/L Sundaram – Kapar – PKR
27. Dato’ Rashid Bin Din – Merbok – PKR
28. William Leong Jee Keen – Selayang – PKR
29. Datuk Dr Zainal Abidin Bin Ahmad – Hulu Selangor – PKR

Berbagai alasan diberikan. Ada yang lupa dan ada yang sibuk sangat dan ada juga berkata berlakunya ‘communication breakdown’. Apa-apa pun alasan mereka, harap tiada lagi insiden seperti ini berlaku!

sumber – iammalaysian dan the star

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Janji manismu

blog ini menerima email dari seorang pembaca yang meminta kiriman(pantun) beliau dipaparkan di laman blog ini. pihak blog bersetuju untuk memaparkan kiriman beliau.

“Dulu kata air percuma diberi

Janji April ditukar ke Jun nanti

Jangan janji hanya tinggal  janji

Sebab keutamaan diberi kepada babi…”

nota: Kerajaan negeri Selangor pada mulanya berkata pemberian air percuma sebanyak 20liter bagi setiap rumah yang menggunakan meter air akan diberikan mulai bulan April ini. Walaubagaimanapun, baru-baru ini kerajaan negeri memaklumkan bahawa pemberian air percuma ini hanya akan dilaksanakan pada bulan Jun nanti. Semalam pihak Syabas memaklumkan bahawa cadangan pemberian air percuma ini masih lagi di dalam pertimbangan.

3 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Nazrin: Kestabilan minda Melayu penting

sumber dari malaysiakini

“Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah bertitah bahawa sebarang pandangan prejudis antara kaum di negara ini dapat dihilangkan jika minda masyarakat Melayu berada dalam keadaan stabil dan selesa, seterusnya hubungan harmoni akan terjalin.

Baginda bertitah kestabilan minda masyarakat Melayu amat penting dan ia adalah satu prasyarat kepada kestabilan negara.

“Agama Islam, kedaulatan Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan istimewa orang Melayu adalah antara perkara yang tidak pernah lepas daripada perhatian Raja-Raja Melayu.

raja nazrin and malay malaysia sultan sultanate power”Raja-Raja Melayu amat memahami bahawa kestabilan politik negara sangat bergantung kepada persediaan minda orang-orang Melayu menghadapi perubahan,” titah baginda ketika menyampaikan titah sembah setia sempena sambutan Hari Keputeraan Ke-80 Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar hari ini.

Turut berangkat di majlis tersebut ialah Raja Pemaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Dihilir Perak Raja Jaffar Raja Muda Musa, Raja Puan Muda Raja Normahani Raja Shahar Shah, kerabat diraja Perak, Menteri Besar Mohammad Nizar Jamaluddin, barisan exco kerajaan negeri, ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Menurut laporan Bernama, Raja Dr Nazrin bertitahnya sejak Durbar pertama yang berlangsung di Kuala Kangsar pada 13 Julai 1897, Raja-Raja Melayu terbukti sentiasa memberi perhatian dan menyuarakan kepentingan orang Melayu dan agama Islam.

Oleh itu titah baginda, dengan perkenan Sultan Perak, baginda akan berusaha dan merintis langkah ke arah memastikan pemikiran serta persepsi orang-orang Melayu tidak akan membawa mereka berada dalam kegelisahan dan ketidakstabilan.

Keyakinan terhadap Raja

Baginda bertitah Raja menjadi pilihan rakyat untuk bernaung ketika merasakan kedudukan diri mereka sebagai pribumi bagaikan tergugat dan ia merupakan satu penghormatan serta keyakinan terhadap Raja ketika rakyat cemas menghadapi krisis.

Raja Dr Nazrin mahu seluruh rakyat menerima realiti bahawa Malaysia mempunyai pelbagai kaum dan usaha memupuk perpaduan dan usaha mengikis sebarang prasanga negatif antara kaum adalah menjadi agenda penting serta satu prasyarat kepada kestabulan politik di samping menjadi keperluan untuk jaminan ketenteraman awam.

“Bumi Malaysia haruslah mengamalkan satu kesaksamaan yang tidak membenarkan berlaku diskriminasi atau tindakan negatif berunsur rasis. Semangat berpijak di bumi sama, dan menjunjung langit yang sama perlu dipupuk dan dihayati supaya terbina kekuatan warga yang teguh berpadu, cekal bersatu lalu sama-sama dapat membangunkan sebuah negara merdeka yang kekal berdaulat,” titah baginda.

Selain itu Raja Dr Nazrin bertitah baginda akan memastikan bahawa institusi agama yang berada di bawah bidang kuasa Sultan Perak seperti masjid, surau dan institusi pendidikan Islam akan dijadikan alat penyatuan dan tidak dibenarkan menjadi pentas politik yang boleh membawa perpecahan.

Baginda bertitah masyarakat Islam akan rugi jika terus bertelagah dan berselisih hingga akhirnya “yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu” kerana Islam menyeru kepada perpaduan dan amat menekan aspek perdamaian serta mengajak umat untuk membina semangat ukhuwah di samping menjalinkan silaturrahim.

“Umat Islam hari ini bukan umat yang kuat, baik di dunia begitu juga di negara ini. Umat Islam tidak boleh berpecah kepada kumpulan-kumpulan kecil hingga akhirnya menjadi umat yang lebih lemah. Umat Islam jangan terlalu taksub berselisih hingga ke peringkat `berkerat rotan, berpatah arang’. Umat Islam haruslah arif lagi bijaksana memastikan antara permata dan kaca,” titah baginda.

Raja Dr Nazrin bertitah umat Islam perlu berpegang kepada ‘semangat kiambang yang akan kembali bertaut sebaik biduk berlalu’ kerana mampu menjadi tenaga yang kuat jika mengamalkan semangat bermaaf-maafan, memberi dan menerima, semangat musyawarah dan persaudaraan yang akan membawa penemuan kata sepakat.

Kuasa memerintah

Menteri Besar dalam ucapan persembahan tahniah dan setianya, berkata kerajaan negeri sedang merangka pelan strategik yang berteraskan prinsip-prinsip amanah, adil, telus dan berkebajikan di samping meneruskan agenda pembangunan yang telah dirancang oleh kerajaan terdahulu.

“Keutamaan yang akan patik dan kerajaan lakukan hari ini ialah program-program yang memberi kebajikan dan kesejahteraan rakyat…kerajaan negeri berazam meneruskan dan memperkukuhkan dasar pembangunan negeri berpaksikan prinsip dan nilai sejagat,” kata Mohammad Nizar yang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar pada 17 Mac lalu.

Sebuah kerajaan yang diberi kuasa memerintah dan mentadbir negeri serta rakyatnya adalah amanah besar daripada Allah s.w.t, katanya.

“Menyedari hakikat…maka sayugialah kerajaan itu melaksanakan tanggungjawab selari dengan ketetapan Allah S.W.T. yakni menegakkan yang makruf dan mencegah kemungkaran serta menjadi ‘negara berkebajikan dan mendapat keampunan’,” katanya.

Mohammad Nizar juga berkata kerajaan negeri akan sentiasa memelihara dan meningkatkan kestabilan sosioekonomi dan politik, kedaulatan institusi Raja, adat istiadat dan juga agama.

“Kerajaan negeri di bawah bimbingan patik sangat mengharapkan bimbingan dan teguran Paduka Seri Tuanku yang adil lagi bijaksana agar pemerintahan hari ini akan lebih maju, aman, makmur, amanah dan berkebajikan…Insyallah kerajaan yang ada sekarang tidak akan mensia-siakan hasrat rakyat Perak yang telah membuat perubahan.

“Patik akan sentiasa mendukung institusi Raja Berperlembagaan di negeri ini yang sentiasa merupakan sebahagian sejarah dan sistem berkerajaan di bumi Melayu. Patik akur dan menyedari bahawa institusi Raja Berpelembagaan akan kekal relevan dan memenuhi peranan besar pada sepanjang masa seiring dengan undang-undang tubuh negeri yang menyatakan bahawa kuasa pemerintah negeri hendaklah terletak hak kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku,” katanya.”

nota: Daulat Tuanku!

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sultan Selangor Gesa Penyatuan Umat Islam Bersatu

KUALA LUMPUR 18 April – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa umat Islam di Selangor supaya bersatu semula selepas berbeza pendapat dan pendirian semasa pilihan raya umum lepas.

“Negara kita baru melalui pilihan raya dalam keadaan aman dan damai. Pemimpin yang baru telah dipilih untuk mentadbir negeri Selangor.

“Oleh itu umat Islam di negeri ini hendaklah melupakan segala perbezaan ideologi dan pegangan politik yang telah lalu, tetapi hendaklah sama-sama bersatu semula untuk kemajuan agama, bangsa dan negeri yang kita cintai ini,” titah baginda semasa merasmikan Masjid Bukit Indah di Ampang dekat sini hari ini.

Baginda bertitah amat penting bagi umat Islam menjauhi perpecahan yang disebabkan perbezaan pendapat kerana ia hanya akan merugikan bangsa dan agama. – sumber Bernama

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Tan Sri Muhammad Muhd Taib kini seorang blogger

Tan Sri Muhammad Muhd Taib iaitu Naib Presiden UMNO dan Menteri Kemajuan Dan Pembangunan Luar Bandar kini juga telah memiliki laman blog beliau sendiri. Sila layari http://www.muhammadmuhdtaib.com

Diharap melalui laman blog beliau, rakyat dapat meluahkan segala apa pandangan demi kepentingan dan pembangunan rakyat Malaysia.

1 Comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

3 Timbalan Menteri Baru Dilantik

Maznah Mazlan, Abdul Rahim Bakri dan Lajim Ukin


KUALA LUMPUR 18 April – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan pelantikan tiga timbalan menteri baru termasuk dua pemimpin dari Sabah.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, beliau berkata, mereka yang dilantik ialah Datuk Maznah Mazlan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai Timbalan Menteri Luar dan Datuk Lajim Ukin sebagai Timbalan Menteri Pengangkutan.

Pelantikan tersebut berkuat kuasa selepas mereka mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara Rabu ini.

Perdana Menteri berkata, pelantikan tersebut telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengikut Fasal (1) Perkara 43A Perlembagaan Persekutuan.

Abdul Rahim merupakan Ahli Parlimen Kudat manakala Lajim ialah Ahli Parlimen Beaufort.

Maznah pula merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Pahang.

Maznah ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah. Beliau merupakan Ketua Wanita UMNO Pahang.

Menurut Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong juga telah memperkenankan pelantikan Maznah sebagai Ahli Dewan Negara bagi membolehkan beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Mac lalu Ahli Parlimen Kalabakan dari Sabah, Datuk Ghafur Salleh melepaskan jawatan sebagai Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar manakala dua lagi Ahli Parlimen menolak tawaran menyertai pentadbiran kerajaan.

Mereka ialah Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Anifah Aman yang menolak jawatan Timbalan Menteri Pengangkutan dan Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar yang menolak pelantikan sebagai Timbalan Menteri Luar.

– Sumber dari Utusan

nota: selamat berkhidmat diucapkan kepada kesemua timbalan menteri yang baru dilantik.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Sajak Dato’ Norza Zakaria – Nyalakan

NYALAKAN

Sahabat,

Hujan semalam memberi pesan,
Agar kita menyorot arah,
Agar kita sedar,

Semalam

Hampir terpadam api yang semalam ini semarak,
Hampir menghilangnya erti kewujudan,
Hampir tiris dari genggaman

Sahabat

Hujan semalam memberi pesan
Agar melangkah dalam jaga
agar kita tidak lupa

Sahabat

Apai yang terpadam perlu dinyalakan semula,
Agar dalam mengertikan bangsa,
Agar semarak perjuangan kita,

Ayuh

Kita himpun semula
Unggun api yang semalam basah,
Kita tiup dengan semangat,
Kita tiup sampai nyala,

Agar perjuangan kita hidup semula,
Agar menyala erti bangsa,
Agar kita berjaya,

Dalam mengertikan perjuangan ini,

Sahabat

Ini sumpah kita sekeluarga

Norza Zakaria
25 Mac 2008

8 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda