Sultan Perak titah MB tarik balik arahan pertukaran Pengarah JAIP

IPOH 2 Mei – Sultan Perak hari ini menitahkan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin menarik balik arahan pertukaran serta-merta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP), Datuk Jamry Sury.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini petang ini, Istana Perak mengingatkan Menteri Besar itu bahawa pelantikan Jamry adalah di bawah bidang kuasa Sultan Perak.

“ Sebarang perbuatan dan tindakan yang dilakukan tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Baginda Sultan dan Baginda Raja Muda adalah dianggap telah membelakangkan kedudukan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak,” menurut kenyataan tersebut.

Selasa lalu, Mohammad Nizar mengarahkan Jamry mengosongkan pejabatnya serta-merta atas alasan tidak memberikan kerjasama kepada kerajaan negeri pimpinan DAP, PKR dan Pas. – Utusan.

nota: bila isu agama dipolitikkan…ini lah jadinya…

2 Comments

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

2 responses to “Sultan Perak titah MB tarik balik arahan pertukaran Pengarah JAIP

  1. mok

    Kepada Kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS. Janganlah terlalu ghairah dan mabuk kuasa, perasan untuk beraja di mata, bersultan di hati.

    Ingat..Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan sebagai Ketua Agama Islam dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak selaku Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.

    PAS tak ke mana tanpa perkenan baginda untuk memilih jawatan MB tempohari. Jangan jadi kacang lupakan kulit, kaduk dah naik junjung.

  2. AbangTuah

    Tak payahlah terlalu agressive sangat sampai hendak menunjukan-nunjuk kepada rakyat malaysia you deserved the position. Just be cool, nice and steady…show a bit of quality and be charismatic politician. Learn some from BN political leaders cause some of them are naturally talented and some are inherited.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s