Daily Archives: May 6, 2008

Raja Petra hadapi tuduhan menghasut

Pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin hari ini dihadap di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas tuduhan menghasut berhubung artikel yang ditulis dalam blognya.

Artikel tersebut didakwa mengaitkan timbalan perdana menteri, Datuk  Seri Najib Tun Razak dan isterinya dalam pembunuhan seorang wanita muda Mongolia.

Raja Petra minta dibicarakan. Beliau didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan kerana menyiarkan artikel berunsur hasutan pada 25 April dalam Malaysia Today.

Kes tersebut akan didengar pada 6 hingga 10 Oktober depan dan Raja Petra dibenarkan ikatmain RM5,000.

Beliau bagaimanapun tidak membayar ikatjamin dan akan ditahan di Penjara Sungai Buloh, sehingga tarikh kesnya bermula.

raja petra police questioning 020508 walking outKertas tuduhan itu memuatkan sembilan perenggan dalam artikelnya yang didakwa berunsur hasutan.

Pendakwaan dibuat oleh timbalan pendakwaraya Nordin Hassan manakala Raja Petra diwakili oleh sepasukan enam peguambela yang diketuai oleh Karpal Singh.

Malam tadi, beliau diminta menyerah diri di kompleks mahkamah Jalan Duta pada jam 9.30 pagi ini untuk menghadapi tuduhan menghasut.

Ketika beliau sedang menunggu di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur apabila menerima panggilan telefon dari pihak polis pada kira-kira jam 10.20 pagi supaya hadir di mahkamah Petaling Jaya.

Bercakap kepada pemberita di komplek mahkamah Jalan Duta pagi tadi, Raja Petra mendakwa, beliau menjadi mangsa pendakwaan politik.

Katanya, beliau tahu mengenai gesaan yang dibuat oleh seorang pemimpin Umno dari Petaling Jaya (Utara) kira-kira tiga minggu lalu yang mahu “mereka mencari jalan untuk menangkap saya”.

Berita mengenai kes Raja Petra itu cepat tersebar malam tadi dan pagi ini orang ramai berkumpul di kompleks mahkamah sebagai tanda sokongan terhadapnya.

Turut hadir ialah pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Ronnie Liu serta ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Jumaat lalu, Raja Petra dipanggil memberi kenyataan kepada polis berhubung artikel dalam blognya, Malaysia Today dua minggu lalu berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Pada 25 April, Raja Petra menyiarkan satu artkel bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ dalam blognya, Malaysia Today. Artikel itu mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes berprofail tinggi itu.

Najib kemudiannya menafikan perkara itu melalui setiausaha akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Rosmah juga telah menafikan dakwaan terhadapnya itu.

Perbicaraan kes pembunuhan Altantunya sedang berjalan di Shah Alam.

sumber: Malaysiakini

nota: di zaman kebebasan bersuara terutama kebebasan bersuara di internet pada hari ini haruslah tidak disalahgunakan. penyebaran berita-berita sensasi, berita panas dan tidak ketinggalan juga berita berunsur fitnah dan hasutan tersebar luas. diharap kebebasan bersuara di alam maya ini dapat dimanfaat sepenuhnya. Konsep “Great Power comes with Greater Responsibilites” harus diterapkan supaya kebebasan media di internet terkawal protokolnya.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda

Laporan Kongress Permuafakatan Melayu

Kongress Permuafakatan Melayu: Ekonomi perlu capai 65% & ‘Ketuanan Melayu’ menjurus kepada keadilan dan sistem progressif
Kongress Permuafakatan Melayu, anjuran NGO melayu dan Sekretariat GAPENA bermula 3 petang tadi di PERSADA, Johor Bahru, Johor dan mengumpulkan cendekiawan, karyawan, penulis, akademia dan professional Melayu seluruh Negara.

Kertaskerja pertama dibentangkan oleh Prof Madya Dr. Mohd. Agus yusof mengenai kedaulatan politik Melayu. Menurut Dr. Agus, persepsi hari ini bahawa Pakatan Rakyat sedang menjurus kepada ‘gila kuasa’ dan UMNO pulang kita berada dipersimpangan ‘takut hilang kuasa’. Pecahan Ahli Parlimen Melayu ialah UMNO 78, PAS 23, PKR 12 (dari 31 MP) dan 11 orang dari Sarawak, bersamaan 124 MP atau 55.8% dari kerusi Dewan Rakyat. Pilihanraya Umum ke XII menyaksikan peralihan undi sebanyak 69% keturunan India, 43% keturunan Cina dan kurang 5% undi Melayu.

Antara penyebab utama ialah keangkuhan segelintir pemimpin, keengganan menerima kritik, kleptocracy, keengganan berubah, manifesto pembangunan yang tiada mempunyai erti dan orang Melayu hari ini melihat ujud alternatif kepada UMNO.

Kertaskerja kedua dibentang Mantan Pengarah Urusan Malaysia Airlines Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman mengenai evolusi Perlembagaan Negeri kepada Perlembagaan Persekutuan sebagai “Federalism”. Beliau juga mengupas logik Bukan Melayu keatas konsep ‘Ketuanan Melayu’, iaitu kepimpinan oleh orang Melayu yang mengamalkan keadilan, kesetabilan politik, pentadbiran yang berjaya dan keselamatan Negara. ‘Ketuanan Melayu’ berpandukan sejarah, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.

Kertaskerja ketiga pula dibentangkan oleh Pengerusi Johor Corp Tan Sri Mohd. Ali Hashim, yang bercakap soal ekonomi dari sudut rendah pencapaian, ketirisan dari sistem, ketidakadilan pembahagian dan pemerosotan jatidiri dan keyakinan. Lantas, beliau mengutarakan pendekatan korporat sebagai jalan keluar dari permasalahan yang dikupas.

Beliau menegaskan bahawa teras kemajuan ekonomi dan kesuburan kehidupan adalah bergantung kepada penguasaan sektor perniagaan. Sasaran tahap ekonomi orang Melayu tidak sepatutnya dibelengu kepada 30%, malah disarankan agar ianya ditingkatkan kepada 65%, sesuai dengan komposisi kaum. Ini boleh dicapai dengan:

1. Perniagaan sebagai jihad untuk menjadi kekayaan sebagai kuasa Melayu dan menegakan sistem adil dan halal

2. Strategi yang terancang dan tersusun rapi. Beliau mencadangkan tiada lagi pengswataan dan sebaliknya menekankan konsep ‘Intrapreneurism’, terutama dikalangan professional Melayu

Laporan Kongress Permuafakatan Melayu ini dibawa oleh blogger A Voice dari Another Brick in the Wall

*Perkembangan dikemaskini Sabtu 3 Mei 2008 12.25am

Kertaskerja keempat dibentangkan oleh Prof. Dato’ Dr. Zainal Kling berkenaan kedaulatan kebudayaan, pendidika, bahasa dan agama Bangsa Melayu. Ianya mencakupi peranan imperatif kebudayaan dalam kedaulatan dan kekuasaan Bangsa Melayu.

Leave a comment

Filed under Berita & Aktiviti Pemuda